Jawapan ringkas, pilihan terbaik kami: terbaik keseluruhan ialah VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil, RM77.30 di Shopee Malaysia (harga disemak 4 Oktober 2026), sesuai untuk kereta Proton, Perodua, Honda, Toyota dan Nissan. Kalau anda mencari jenama Brooklyn secara khusus, Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 pula kini RM48.90, antara pilihan paling jimat dalam senarai ini.
Artikel ini dikemas kini pada 4 Oktober 2026 dengan harga terkini bagi setiap minyak hitam kereta dalam senarai ini, disemak terus di Shopee Malaysia.
Kandungan
- 10 Minyak Hitam Terbaik Kereta 2026
- Terbaik Untuk Keseluruhan: VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil Car
- VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil Car
- Terbaik Untuk Proton Wira: PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil
- PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil
- Terbaik Untuk 10W-40: MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil
- MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil
- Terbaik Untuk Harga Murah: Shell Helix HX5 15W40 Engine Oil
- Shell Helix HX5 15W40 Engine Oil
- Terbaik Untuk Kereta Lama: CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil 4L
- CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil 4L
- Terbaik Untuk Perodua Semi Synthetic: Perodua Semi Synthetic 5W-30 Engine Oil
- Perodua Semi Synthetic 5W-30 Engine Oil
- Terbaik Untuk Jimat: Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 Ester C60 Super Racing Engine Oil
- Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 Ester C60 Super Racing Engine Oil
- Terbaik Untuk Top Up 1 Liter: Mizu 10W30 1L Mineral Engine Oil
- Mizu 10W30 1L Mineral Engine Oil
- Terbaik Untuk Fully Synthetic: Bold 5W40 4L Fully Synthetic SP Engine Oil
- Bold 5W40 4L Fully Synthetic SP Engine Oil
- Terbaik Untuk Perodua Genuine: Perodua Genuine Engine Oil SAE 10W30 3L
- Perodua Genuine Engine Oil 10W30 3L
- Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini (Panduan Memilih Minyak Hitam Kereta)
- Cara Check Minyak Hitam Kereta
- Tempoh Tukar Minyak Hitam Kereta
- Soalan Lazim
- Artikel Berkaitan
Setiap kereta perlu tukar minyak hitam kereta atau minyak pelincir yang sesuai dengan enjin agar setiap bahagian enjin dapat berfungsi dengan optimum.
Nak tukar minyak kereta pula kena ikut jenis minyak hitam kereta yang sesuai, dan mengikut level minyak hitam kereta untuk elak kereta cepat rosak.
Barulah kenderaan anda boleh bertahan lama dan tidak rosak secara tiba-tiba di tengah jalan, dan ini boleh elak daripada minyak hitam kereta bocor.
Kos tukar minyak hitam kereta dan servis minyak hitam kereta tidaklah mahal kalau nak dibandingkan perlu repair kereta sebab tak menjaga servis minyak hitam kereta.
Untuk elakkan tersalah pilih minyak hitam, jom tengok harga minyak hitam kereta dan jenama minyak hitam kereta terbaik yang ada di pasaran agar prestasi enjin kereta anda lebih cemerlang dan pemanduan juga lebih lancar.
VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil CarRM77.30Shopee
PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine OilRM56.99Lazada
MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine OilRM93Shopee
Shell Helix HX5 15W40 Engine OilRM53.31Shopee
CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil 4LRM139.90Shopee
Perodua Semi Synthetic 5W-30 Engine OilRM73.98Shopee
Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 Ester C60 Super Racing Engine OilRM48.90Shopee
Mizu 10W30 1L Mineral Engine OilRM29.15Shopee
Bold 5W40 4L Fully Synthetic SP Engine OilRM70.17Shopee
Perodua Genuine Engine Oil 10W30 3LRM60Shopee
10 Minyak Hitam Terbaik Kereta 2026
Terbaik Untuk Keseluruhan: VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil Car
3 lagi
Sebab Menjadi Pilihan Utama:
Minyak enjin VTAG separa sintetik ini memastikan pelinciran optimum untuk kereta Proton, Perodua, Honda, Toyota dan Nissan.
Ciri-ciri:
Ia dirumus untuk menjimatkan penggunaan petrol kerana minyak hitam ini mampu mengurangkan geseran pada bahagian dalam enjin.
Formula khasnya pula boleh mengurangkan masalah kebocoran minyak. Bagus bukan?
Paling penting, pelepasan asap dari ekzos kereta juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak hitam jenama terbaik ini.
Review:
“Setakat ni, baguslah minyak ni, harga murah. Memang kurang bunyi bising enjin dan perjalanan lebih lancar. Boleh pakai lama sebab untuk servis kereta seterusnya ialah pada 10,000 km.”
Terbaik Untuk Proton Wira: PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil
3 lagi
Diformulasikan dengan Cooltech Technology, minyak hitam Petronas Syntium ini boleh menjaga enjin daripada haba yang terlalu tinggi.
Ia cukup bagus untuk menjaga enjin kereta agar tahan lama kerana minyak enjin ini cekap dalam mengawal kotoran sekaligus memberikan pemanduan yang lancar dan terbaik.
Boleh mengelakkan kereta anda dari mengalami kerosakan di tengah jalan.
Untuk kenderaan Proton, gunakanlah jenama minyak hitam kereta terbaik buatan Malaysia ini!
Terbaik Untuk 10W-40: MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil
3 lagi
Minyak hitam kereta Mizu semi sintetik ini yang diformulasikan di Jepun ini sesuai digunakan pada kereta Perodua, Proton, Toyota, Honda, Nissan, Mazda dan Hyundai.
Malah, kenderaan jenama BMW dan Ford juga boleh guna minyak hitam ini tanpa masalah.
Diformulasikan dengan kelikatan yang tinggi agar dapat memberikan pemanduan yang lancar dan melindungi kereta dari kesan bahaya akibat pembakaran bahan api dalam enjin.
Isipadu 4 liter minyak ini cukup untuk pertukaran minyak untuk jarak 7,000 kilometer atau tempoh 6 bulan.
Ia turut memudahkan pemandu untuk menghidupkan kereta ketika enjin dalam keadaan sejuk.
Terbaik Untuk Harga Murah: Shell Helix HX5 15W40 Engine Oil
1 lagi
Untuk pemilik kereta jenama Toyota, Honda atau Lexus pula, anda boleh guna minyak enjin Shell Helix ini untuk kenderaan kesayangan anda.
Selain harganya yang mampu milik, ia juga sesuai digunakan pada kereta lama tanpa menimbulkan masalah.
Kereta jenama Proton, Perodua dan Kia juga boleh guna minyak hitam premium ini dan pasti akan membantu kelancaran enjin kereta.
Pemanduan juga lebih lancar walaupun kereta anda kereta tua.
Harganya yang murah pula membantu anda untuk menjimatkan kos tukar minyak hitam kereta.
Terbaik Untuk Kereta Lama: CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil 4L
3 lagi
Buat anda yang memiliki kenderaan yang dibuat sekitar tahun 1990-an, disarankan untuk guna minyak hitam Castrol semi sintetik dengan tahap kelikatan 10W-40 ini.
Ia mampu melindungi enjin dalam pelbagai jenis cara pemanduan, keadaan jalan dan suhu.
Molekul dalam minyak enjin ini juga akan melekap dengan baik pada komponen penting enjin untuk membentuk lapisan perlindungan tambahan ketika enjin dipanaskan agar tidak cepat haus.
Barulah enjin kereta dijaga dengan baik dan anda boleh nikmati pemanduan yang lebih lancar.
Terbaik Untuk Perodua Semi Synthetic: Perodua Semi Synthetic 5W-30 Engine Oil
2 lagi
Minyak pelincir separa sintetik Perodua ini diformulasikan khas untuk semua kereta keluaran Perodua seperti Myvi dan Alza.
Lagi terbaik, ia juga boleh digunakan pada kereta Perodua lama termasuklah model Kancil, Kenari, Kelisa dan Viva.
Ia melindungi enjin dari kesan kehausan setiap kali enjin dipanaskan dan dihidupkan.
Selain itu, minyak enjin Perodua mempunyai pengoksidaan yang baik dan kestabilan termal untuk tempoh penggunaan yang lama.
Bagi anda yang ingin menjimatkan penggunaan petrol dan memastikan prestasi enjin yang baik, jenama ini adalah pilihan tepat bagi kereta Perodua.
Terbaik Untuk Jimat: Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 Ester C60 Super Racing Engine Oil
2 lagi
Inginkan prestasi pemanduan yang luar biasa ketika memandu? Minyak enjin separa sintetik Brooklyn mempunyai kestabilan pengoksidaan yang padu.
Sekali gus mampu menjaga kualiti minyak agar tak cepat merosot.
Mampu juga untuk mengekalkan kelikatan minyak dan mengurangkan kadar pemeruapan minyak, jadi anda tak perlu tambah isipadu minyak hitam dengan kerap.
Enjin kereta juga lebih terjaga, sekaligus memanjangkan jangka hayat enjin kereta kesayangan anda.
Terbaik Untuk Top Up 1 Liter: Mizu 10W30 1L Mineral Engine Oil
1 lagi
Harga minyak hitam kereta jenama Mizu ini murah, jadi anda boleh berjimat banyak untuk servis minyak enjin kereta.
Kualitinya tetap premium kerana diperbuat daripada minyak mineral yang didapati dari minyak mentah yang telah ditapis dan diproses untuk menyingkirkan kekotoran.
Jangka hayat enjin kereta juga dijamin tahan lebih lama kerana ia melindungi enjin daripada kesan kehausan.
Sekaligus prestasi enjin dapat dikekalkan walaupun kereta dipandu pada permukaan jalan yang teruk.
Diformulasikan di Jepun, minyak pelincir Mizu juga telah mengikut piawaian antarabangsa API.
Boleh digunakan pada kereta Toyota, Honda, Perodua, Proton, Mazda, Nissan, Naza, BMW dan Hyundai.
Terbaik Untuk Fully Synthetic: Bold 5W40 4L Fully Synthetic SP Engine Oil
2 lagi
Minyak enjin sintetik penuh Bold ini dicipta khas untuk memastikan enjin kereta anda sentiasa di prestasi yang terunggul.
Ia boleh menghalang pembentukan kotoran di bahagian penting enjin dan penggunaannya sesuai untuk semua jenis pemanduan.
Direka dengan tahap kelikatan yang rendah dan tidak menyebabkan geseran sekaligus membantu menjimatkan minyak petrol.
Malah, minyak hitam ini menjamin perjalanan yang lebih lancar dan senyap tanpa bunyi getaran.
Antara kereta yang sesuai digunakan dengan minyak hitam ini termasuklah kereta Proton dan Toyota.
Terbaik Untuk Perodua Genuine: Perodua Genuine Engine Oil SAE 10W30 3L
2 lagi
Kualiti minyak hitam Perodua ini pula setanding dengan minyak enjin jenama mahal lain yang ada di pasaran kerana enjin kereta akan dilindungi bagi memastikan prestasi pemanduan sentiasa di tahap optimum.
Diperbuat dari 100% minyak mineral tulen, di mana ia sangat bagus untuk enjin-enjin kereta lama keluaran Perodua seperti Kancil, Kelisa atau Kenari.
Bukan itu sahaja, ia turut mempu membersihkan enjin kereta dari sebarang hakisan kotoran.
Pergerakan enjin juga dijamin lebih berkuasa sekali gus pemanduan anda lebih efisien.
Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini (Panduan Memilih Minyak Hitam Kereta)
Panduan pilih minyak hitam kereta ini kami susun berdasarkan empat faktor yang benar-benar menentukan sama ada minyak hitam itu sesuai untuk kereta anda, bukan sekadar jenama yang popular.
Gred Kelikatan (Viscosity Grade) Perlu Sepadan Dengan Manual Kereta
10W-40, 5W-30 atau 15W-40, nombor ini bukan hiasan. Ia menentukan betapa cair atau likat minyak itu pada suhu sejuk dan panas enjin. Minyak dengan gred yang salah boleh buat enjin kurang terlindung atau pam oil bekerja lebih kuat. Semak manual kereta atau tag di bawah bonet sebelum membeli.
Jenis Minyak: Mineral, Separa Sintetik atau Sintetik Penuh
Minyak mineral (seperti Mizu 10W30 1L) lebih murah tetapi perlu ditukar lebih kerap. Separa sintetik (VTAG, Petronas Syntium, Mizu 10W-40, Castrol Magnatec, Perodua) jadi pilihan paling popular sebab seimbang antara harga dan prestasi. Sintetik penuh (Bold 5W40) tahan lebih lama dan sesuai untuk pemanduan jarak jauh atau enjin moden.
Spesifikasi API/ACEA Perlu Sepadan Dengan Enjin
Label seperti API SN/CF atau API SP menunjukkan minyak itu diuji mengikut piawaian antarabangsa untuk jenis enjin tertentu. Minyak yang direka untuk Proton, Perodua, Honda atau Toyota biasanya dinyatakan terus pada kemasan, macam yang kami senaraikan di atas.
Harga Berbanding Tempoh Tukar
Minyak yang lebih mahal biasanya tahan lebih lama (sehingga 10,000km), jadi kosnya tidak semestinya lebih tinggi bila dikira semula per kilometer. Kami bandingkan harga sebenar di Shopee Malaysia, bukan harga cadangan, supaya anda boleh kira kos sebenar sebelum membeli.
Cara Check Minyak Hitam Kereta
Ikuti langkah-langkah berikut untuk periksa minyak hitam kereta:
- Buka bonet atau bahagian depan kereta terlebih dahulu.
- Setelah itu, cari bahagian dipstick atau alat pencelup minyak enjin kereta.
- Tarik keluar dipstick tersebut dan bersihkannya dengan kain buruk.
- Kemudian, celupkan semula disptick ke dalam minyak untuk ketahui level minyak hitam kereta.
- Keluarkan semula dipstick yang telah dicelup itu dan tengok sekiranya paras minyak hitam kereta melebihi paras sepatutnya, anda patut keluarkan sebahagian darinya agar tidak menganggu enjin.
- Manakala jika paras minyak hitam berada di bawah low level, jangan lupa untuk tambah isipadunya agar enjin tidak rosak.
- Calit juga dipstick pada kain putih untuk lihat tahap kelikatan minyak hitam.
Boleh tonton video YouTube ini untuk lebih faham tentang cara check minyak hitam.
Tempoh Tukar Minyak Hitam Kereta
Buat anda yang baru sahaja mula memandu, mesti ada yang tak tahu bila tempoh anda perlu servis minyak hitam kereta.
Sebenarnya minyak hitam kereta perlu ditukar atau diselenggara setiap 5,000 atau 10,000 kilometer perjalanan.
Namun, untuk anda yang sering memandu jarak dekat sahaja atau jarak perjalanan kereta tak sampai 10,000 km pula, disarankan untuk tukar minyak hitam kereta setiap enam bulan.
Jangan lupa juga untuk sentiasa periksa kenderaan anda sebab risau jika minyak hitam kereta bocor.
Pastikan anda ikut tempoh pertukaran minyak hitam bagi mengekalkan pemanduan yang lancar serta menjaga enjin daripada cepat rosak.
Soalan Lazim
Minyak enjin yang mana terbaik di Malaysia?
Tiada satu jenama yang "terbaik" untuk semua kereta, ia bergantung pada gred kelikatan dan spesifikasi API/ACEA yang disyorkan pembuat kereta anda. Dalam senarai ini, VTAG 10W40 Semi Synthetic (RM77.30) jadi pilihan paling seimbang untuk kereta Proton, Perodua, Honda, Toyota dan Nissan, manakala Perodua Semi Synthetic 5W-30 (RM73.98) lebih sesuai untuk model Perodua terkini.
Apakah jenama minyak enjin nombor satu di dunia?
Tidak ada satu jenama rasmi yang diiktiraf sebagai "nombor satu dunia" kerana pasaran minyak enjin berbeza mengikut negara dan jenis kenderaan. Di Malaysia, jenama seperti Petronas, Shell dan Castrol paling kerap disyorkan oleh pengeluar kereta sebab mereka memenuhi piawaian API/ACEA yang digunakan tempatan.
Jenama minyak enjin yang mana terbaik?
Untuk kereta harian di Malaysia, Petronas Syntium 10W40 (RM56.99), Shell Helix HX5 15W40 (RM53.31) dan Castrol Magnatec 10W-40 (RM139.90) adalah tiga jenama yang paling dipercayai sebab mudah didapati di bengkel dan memenuhi spesifikasi SN/CF untuk enjin Malaysia. Pilih mengikut gred kelikatan kereta anda, bukan semata-mata jenama.
Minyak enjin 5W-30 yang mana terbaik di Malaysia?
Perodua Semi Synthetic 5W-30 (RM73.98) adalah pilihan paling praktikal untuk kereta Perodua yang disyorkan gred ini, kerana ia direka khusus mengikut spesifikasi enjin jenama tersebut dan harganya lebih kompetitif daripada minyak 5W-30 import.




