Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Galaxy S23 Nightography

Galaxy S23: Nightography & Space Zoom—Era Baru Untuk Smartphone Fotografi

Fotografi waktu malam akan buat anda lebih teruja lepas ni!

Saban tahun setiap kali model baharu smartphone keluar, pasti pelbagai inovasi baru yang akan diperkenalkan bagi menarik minat penggemar smartphone.

Malah, semua jenama gergasi berlumba untuk menjadi yang terawal memperkenalkan teknologi baru.

Kali ini Samsung Galaxy S23 Ultra merupakan antara telefon andalan (flagship) yang terawal menetapkan standard telefon fotografi terbaik.

Jadi, memperkenalkan ciri Nightography dan Space Zoom pada kamera, yang bakal membuatkan anda lebih teruja untuk meneroka fotografi pada waktu malam.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Nightography: Menerangi Fotografi Waktu Malam

Jika anda individu yang minat dengan fotografi, antara cabaran utama adalah mendapatkan gambar yang jelas dan dengan warna yang tepat, terutama sekali dalam keadaan cahaya yang kurang atau pada waktu malam.

Semua ini bergantung pada kebolehan kamera peranti yang kita gunakan, sama ada ia dapat memproses gambar tersebut dengan baik atau sebaliknya.

Telefon Samsung memang terkenal dengan kebolehan mengambil gambar dalam keadaan malap atau pencahayaan yang kurang.

Siri Samsung Galaxy S23 direka khas untuk tujuan nightography, mampu menghasilkan gambar dengan detail yang menakjubkan 

Dengan penggunaan menyeluruh terhadap algoritma AI yang terkini seperti yang ada pada kamera ultra-sensitive Galaxy S23 Ultra, gambar pada waktu malam dapat diterangi tanpa menjejaskan gambar sebenar.

Jadi bagaimana teknologi ini berfungsi?

  • Teknologi kamera mampu disesuaikan dengan keadaan persekitaran!

Sistem kamera pada siri telefon Galaxy S23 dihasilkan agar ia dapat disesuaikan dalam pelbagai keadaan persekitaran.

Sama ada anda mahu mengambil gambar dengan pencahayaan yang terang seperti suasana matahari terbenam, atau dalam keadaan malap seperti semasa candlelit dinner, kamera ini mampu menangkap setiap butiran gambar dengan tepat dan jelas.

Selepas ini anda tidak akan menghadapi lagi masalah gambar kurang jelas dan gelap, atau gambar pecah dan blur disebabkan kurang pencahayaan.

  • Kamera berkuasa tinggi…

Galaxy S23 Ultra dilengkapi kamera 200MP dengan Adaptive Pixel sensor yang mampu menangkap detik penting dengan ketepatan yang tinggi.

Sensor ini menggunakan pixel binning, iaitu proses bagi mengurangkan noise dan meningkatkan kadar frame rate, dan dalam masa membantu meningkatkan kebolehan memproses gambar beresolusi tinggi secara serentak.

Ini juga akan membantu menjadikan setiap gambar yang anda ambil sebagai gambar yang berkualiti dan juga terbaik.

  • Dan dengan bantuan teknologi AI…

Teknologi AI yang semakin menjadi kegilaan ramai ini juga ada digunakan dalam Galaxy S23 Ultra.

Ia digunakan bagi membantu meningkatkan lagi kualiti gambar yang diambil pada waktu malam.

Algoritma AI-powered Image Signal Processing (ISP) bukan sahaja mengurangkan noise, tetapi juga membetulkan butiran dan tona warna objek yang diambil.

Dengan ini, ia akan memastikan setiap gambar yang anda ambil akan sentiasa kelihatan cantik dan hidup dengan warna dinamik, tidak kira dalam apa jua keadaan.

  • Swafoto anda juga akan lebih cantik!

Selain daripada kamera belakang, Samsung turut mengutamakan kualiti pada kamera hadapan untuk anda dapatkan kualiti terbaik semasa berswafoto, melakukan panggilan video, atau untuk merakam content media sosial.

Dengan Samsung Galaxy S23 Ultra, gambar swafoto anda akan jadi lebih cantik kerana kebolehan kamera hadapannya yang lebih sharp.

Kamera depan Samsung Galaxy S23 Ultra dilengkapi dengan autofokus laju dan Super HDR pertama untuk kamera swafoto.

Peralihan dari 30fps kepada 60fps juga turut memastikan anda dapat kualiti terbaik semasa menggunakan kamera depan, sama ada untuk mengambil gambar atau merakam video.

Untuk kaki selfie, memang anda akan suka dengan ciri kamera hadapan pada Samsung Galaxy S23 Ultra yang telah ditambah baik ini, menjadikan setiap gambar swafoto lebih yakin untuk dikongsi ke media sosial.


Space Zoom: Siap Boleh Ambil Gambar Bulan!

Mungkin anda mahu mengambil gambar bulan atau bintang pada waktu malam, tetapi kamera yang ada tidak cukup power

Kebanyakkan kamera telefon lama dengan megapiksel yang tinggi tidak dapat menghasilkan gambar pemandangan langit seperti gambar bulan dengan jelas.

Gambar mungkin akan menjadi pecah dan juga blur, kerana tidak mempunyai kemampuan zoom yang diperlukan.

Galaxy S23 Ultra boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan Space Zoom, menjadikan gambar pemandangan langit atau bulan lebih jelas.

Ciri Space Zoom in mempunyai Dual Optical Zoom 3x dan 10x, yang membolehkan anda mengambil gambar tanpa menjejaskan kualiti gambar.

Sama ada anda mengambil gambar idola anda dari jauh di atas pentas semasa konsert, atau gambar bulan yang jauh di angkasa, Dual Optical Zoom akan memastikan gambar dapat dihasilkan dengan tepat.

Selain itu, semasa anda zum pada subjek anda menggunakan telefon Samsung S23 Ultra, ia akan menambahkan kejelasan subjek dalam gambar anda menerusi algoritma super-resolution.

Ini akan memastikan gambar yang diambil pada kadar zum yang tinggi akan tetap kelihatan jelas dan tidak pecah.

Lebih menakjubkan, gambar bulan yang anda ambil menjadi sangat jelas sehingga ia menampakkan kawah pada permukaan bulan!

Tidak lengkap rasanya kalau teknologi kamera yang canggih ini hanya dapat digunakan menerusi smartphone Samsung sahaja.

Anda juga dapat menggunakan kemampuan zum yang baharu ini bersama dengan siri jam tangan pintar Galaxy Watch6, menerusi aplikasi kawalan kamera.

Keseluruhan pengalaman fotografi anda menjadi lengkap dan mudah dengan ciri yang telah disertakan bersama dengan jam tangan pintar Samsung ini. 


Kesimpulan

Untuk rakan-rakan yang baru dalam dunia fotografi, atau yang sudah profesional, siri Samsung Galaxy S23 menawarkan pengalaman fotografi yang baharu dan lebih efisen.

Sama ada anda mahu menangkap gambar di bawah langit yang penuh bintang, atau memerlukan kemampuan zum yang tinggi untuk meneroka dunia, pastinya siri Samsung Galaxy S23 menjadi pilihan utama anda.

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article