Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
minyak hitam motor terbaik

7 Minyak Hitam Motor Terbaik di Malaysia 2024 (Shell, Castrol)

Gunakan minyak motor yang sesuai untuk penjagaan motor anda.

Setiap motor perlu tukar minyak hitam motor kerana penjagaan minyak hitam amatlah penting untuk memastikan ketahanan, kelancaran serta prestasi yang cemerlang ketika menunggang motosikal.

Bukan itu sahaja, malah penjagaan enjin yang baik merupakan salah satu aspek keselamatan yang paling utama untuk penunggang motosikal.

Mungkin ada yang tak tahu nak guna jenis minyak hitam motor terbaik yang mana, dan berapa pula harga minyak hitam motor.

Terdapat pelbagai jenis minyak hitam di pasaran, berikut adalah senarai jenama minyak hitam motor terbaik yang terdapat di pasaran


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 7 Minyak Hitam Motor Terbaik

Minyak hitam motor terbaik untuk performance
Petronas Sprinta F900
Petronas Sprinta F900
mulai
RM36.00
Semak Petronas Sprinta F900 harga dibawah:
add_circle Jenama kebanggaan negara
add_circle Jenama yang diperakui sukan permotoran dunia
add_circle Perlindungan terbaik untuk enjin
add_circle Prestasi yang responsif
remove_circle Perlu tukar setiap 3000KM

Untuk anda yang inginkan performance dan rasa ringan ketika memecut, minyak Petronas F900 mungkin salah satu pilihan yang baik.

Petronas Sprinta F900 dirumus dengan teknologi UltraFlex™ untuk bertindak pantas terhadap pelbagai keperluan bahagian kritikal motosikal anda serta memberikan perlindungan segera dan prestasi yang responsif. 

Ia juga terbukti memanjangkan jangka hayat motosikal, mencegah clutch slip dan mengekalkan prestasi motosikal pada suhu yang tinggi.

Paling penting, ini merupakan jenama yang popular di Malaysia dan mudah di dapati di kedai atau secara online

Minyak hitam semi synthetic terbaik
Motul 5100 Technosynthese Ester
Motul 5100 Technosynthese Ester
mulai
RM46.50
Semak Motul 5100 Technosynthese Ester harga dibawah:
add_circle Ester untuk melindungi gear
add_circle Tahan suhu tinggi
add_circle Jenama yang dikenali
add_circle Memberi daya pecutan yang baik
remove_circle Banyak produk tiruan di pasaran

Motul 5100 merupakan salah satu minyak enjin semi synthetic terbaik yang menjadi pilihan penunggang motosikal di Malaysia

Dengan teknologi Technosynthese daripada Ester, ia mampu meningkatkan daya perlindungan pada gear.

Selain itu, ia turut mengekalkan kelembutan dan kelancaran penunggangan walaupun pada suhu tinggi.

Jadi enjin motor anda akan lebih terjaga, sekaligus memanjangkan jangka hayat enjin motosikal anda.

Minyak hitam terbaik fully synthetic
Silkolene Pro 4T Oil Fully Synthetic Ester
Silkolene Pro 4T Oil Fully Synthetic Ester
mulai
RM75.20
Semak Silkolene Pro 4T Oil Fully Synthetic Ester harga dibawah:
add_circle Terbukti dalam sukan permotoran
add_circle Tahan suhu tinggi
add_circle Perlindungan terbaik untuk enjin
add_circle Prestasi yang baik
remove_circle Perlu ikut kesesuaian jenis motor

Merupakan antara pesaing utama dalam kalangan jenama minyak hitam terbaik di dunia dan dikenali dalam Kejuaran Superbike Dunia (WSBK).

Minyak hitam ini dirumus dengan ester base untuk mengekalkan prestasi enjin pada suhu tinggi serta memberi perlindungan pada komponen enjin.

Jadi enjin motor anda akan lebih terjaga, tidak mudah rosak dan dapat memanjangkan jangkahayat enjin.

Ia juga berupaya menyeimbangkan geseran untuk memberikan kawalan baik pada klac serta menjimatkan bahan bakar.

Minyak hitam motor untuk jalan jauh
Shell Advance Long Ride
Shell Advance Long Ride
mulai
RM34.90
Semak Shell Advance Long Ride harga dibawah:
add_circle Extra Mileage
add_circle Mudah didapati
add_circle Jenama yang dikenali
remove_circle Harga sedikit mahal

Untuk anda yang gemar touring, atau menempuh perjalanan harian jarak jauh, anda mungkin boleh mencuba minyak enjin dari Shell ini.

Shell Advance Long Ride memberikan ketahanan yang terbaik untuk motosikal moden.

Selain itu, turut memberi mileage tambahan dan formulasinya yang mantap memastikan enjin berjalan tanpa masalah,

Jadi anda akan berasa lebih selamat kerana ia memberikan ketenangan fikiran ketika ride jauh.

Minyak ini juga mempunyai kawalan penggunaan minyak untuk memastikan penggunaan minyak yang rendah serta berupaya memberi perlindungan pada enjin sehingga 6000km mileage.

Minyak hitam motor murah terbaik
Castrol Activ 4T Engine Oil
Castrol Activ 4T Engine Oil
mulai
RM3.49
Semak Castrol Activ 4T Engine Oil harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Melindungi dan mengurangkan kehausan komponen enji
remove_circle Terdapat banyak minyak tiruan di pasaran

Castrol Activ baharu melindungi enjin melalui ketiga-tiga peringkat:

  • Semasa permulaan - Castrol Activ baharu mengurangkan kehausan pemanasan sebanyak 75 peratus. 
  • Semasa menunggang – Castrol Activ baharu melawan mendapan dan memberikan kebersihan enjin yang unggul, untuk membantu memastikan penunggangan lancar serta mengurangkan kehausan piston.
  • Semasa enjin dimatikan – Dengan berpaut pada bahagian enjin walaupun semasa enjin dimatikan, Castrol Activ memberikan perlindungan yang sangat baik terhadap kakisan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kelembapan.

Dengan perlindungan enjin melalui ketiga-tiga peringkat ini, ternyata Castrol Activ mampu menjaga keadaan enjin agar tidak cepat rosak.

Minyak hitam terbaik untuk motor Yamaha
Yamalube Fully Synthetic
Yamalube Fully Synthetic
mulai
RM34.90
Semak Yamalube Fully Synthetic harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Recommended oleh pusat servis rasmi
add_circle Perlindungan enjin yang baik
remove_circle Hanya ada 10W-40 sahaja

Merupakan minyak hitam rasmi yang disarankan oleh pengedar atau pusat servis rasmi Yamaha.

Minyak ini direka untuk memberikan kuasa dan prestasi enjin yang cemerlang termasuk tunggangan yang ekstrem.

Dengan Formulasi yang menggabungkan minyak asas VHVI berkualiti premium dengan teknologi aditif termaju berprestasi tinggi, ia memberi faedah anti gelinciran klac baik untuk memastikan pecutan dan prestasi enjin yang luar biasa.

Anda pasti sukakan minyak hitam motor ini kerana ia juga banyak disarankan oleh pusat servis rasmi.

Minyak hitam terbaik untuk scooter
Ipone Scoot 4 4 Stroke Semi Synthetic Motor Oil 10W40
Ipone Scoot 4 4 Stroke Semi Synthetic Motor Oil 10W40
mulai
RM61.00
Semak Ipone Scoot 4 4 Stroke Semi Synthetic Motor Oil 10W40 harga dibawah:
add_circle Perlindungan dan pelinciran yang baik untuk scooter
add_circle Dirumus khas untuk scooter
add_circle Menjimatkan bahan api
remove_circle Hanya boleh digunakan pada scooter

Ipone Scoot 4 memastikan pelinciran optimum untuk skuter 4 lejang anda serta menjamin perlindungan enjin yang baik.

Ia juga dirumus dengan formula Fuel Eco membolehkan anda menjimatkan bahan api.

IPONE Scoot 4 didatangkan dalam 2 kelikatan iaitu 10W30 dan 10W40.

Bagaimanapun, jenama ini kurang popular dalam kalangan rider kerana ianya dirumus khas untuk motor jenis scooter.

Jika anda mempunyai motor scooter, kami sarankan untuk mencuba minyak hitam motor ini. 


Tempoh Tukar Minyak Hitam Motor

Tempoh atau jangkahayat mileage untuk penukaran minyak hitam motor adalah berbeza mengikut jenis minyak hitam serta saranan pengeluar motosikal anda.

Jadi anda disaran untuk mengikut jadual servis yang disarankan oleh pengeluar.

Namun begitu, jenis minyak hitam yang digunakan juga mempengaruhi tempoh ketahanan minyak hitam, seperti minyak hitam jenis fully synthetic memberi jangkahayat ketahanan dan mileage yang lebih tinggi, seterusnya diikuti oleh semi synthetic dan yang paling rendah adalah jenis mineral.

Berikut adalah saranan tempoh penukaran minyak enjin untuk motosikal kondisi standard dan enjin masih dalam keadaan baik:

Motosikal bawah 200cc

  • Mineral - 1000km atau 1 bulan
  • Semi Synthetic - 1500-2000km atau 3 bulan
  • Fully Synthetic - 2000-3000km atau 6 bulan

Motosikal 250cc dan keatas

  • Semi Synthetic - 2500- 3000km atau 3 bulan
  • Fully Synthetic - 4000-5000km atau 6 bulan 

Cara Check Minyak Hitam Motor

  • Indicator jenis dipstick

Dipstick kebiasaanya terdapat pada penutup minyak hitam, anda perlu membuka penutup minyak enjin, lapkan dahulu pengukur dipstick seterusnya masukkan semula untuk mendapatkan ukuran paras minyak hitam yang tepat. 

Anda juga perlu memastikan motosikal anda dalam keadaan tegak untuk mendapat ukuran yang tepat.

  • Indicator jenis kaca

Yang ini lebih mudah berbanding jenis dipstick dimana anda hanya perlu memerhatikan pada kaca kecil dibahagian kulit enjin dan anda akan terus nampak paras dan kondisi minyak enjin.

Untuk mendapatkan ukuran yang tepat, anda perlu memastikan motosikal anda dalam keadaan tegak.


Cara Tukar Minyak Hitam Motor

Kalau tak ada masa untuk pergi ke pusat servis, mesti anda nak tukar sendiri di rumah kan? Jadi boleh ikut langkah mudah ini untuk tukar minyak hitam motor.

  1. Parking motosikal dalam keadaan tegak, gunakan paddock stand untuk motosikal yang tiada double stand.
  2. Sediakan tempat untuk tadah minyak enjin lama.
  3. Buka nat pembuangan minyak enjin untuk buang minyak enjin lama.
  4. Bersihkan nat pembuangan minyak enjin.
  5. Buka tempat oil filter, gantikan dengan oil filter baru (sekiranya motosikal anda ada oil filter).
  6. Untuk motosikal yang menggunakan oil strainer, disaran untuk cuci atau tukar oil strainer mengikut tempoh yang disarankan pengeluar.
  7. Pasang semula nat pembuangan minyak enjin.
  8. Masukkan minyak enjin baru mengikut kapasiti yang disarankan oleh pengeluar.
  9. Running enjin sebentar selepas penukaran minyak enjin untuk memeriksa kebocoran.

Kesan Tak Tukar Minyak Hitam Motor

Sekiranya anda tidak menukar minyak hitam motor dalam tempoh atau mileage yang disarankan, komponen di dalam enjin tidak akan dapat pelinciran yang cukup sekaligus menyebabkan kehausan dan kerosakan pada komponen enjin

Ini akan membuatkan anda terpaksa menanggung kos membaik pulih yang tinggi.

Tambahan lagi ia bukan sahaja menyebabkan kerugian untuk anda menanggung kos membaiki motosikal, malah ia turut berisiko untuk membahayakan nyawa anda sekiranya enjin motosikal anda rosak ketika menunggang.

Jadi anda disarankan untuk menukar minyak hitam motor secara berkala dan sentiasa pantau keadaan enjin serta peka jika berlaku kebocoran.


Artikel Berkaitan

End of Article