Perkakas Rumah

7 Vacuum Sealer Terbaik di Malaysia 2026 (Bagus & Murah)

Jom beli mesin vacuum sealer sebab banyak fungsi vacuum sealer dan cara guna vacuum sealer pun mudah. Ini senarai harga vacuum sealer yang bagus.


Editor · 19 Sep 2023, 4:15pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Vacuum Sealer Terbaik di Malaysia 2026 (Bagus & Murah)

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh mengekalkan kesegaran makanan anda untuk jangka masa yang lama?

Anda sebenarnya boleh menggunakan mesin vacuum sealer yang mempunyai fungsi untuk mengelakkan makanan anda rosak dan cepat busuk.

Vacuum sealer atau pengedap vakum adalah salah satu cara terbaik untuk menyimpan stok makanan anda dan mempunyai banyak kelebihan.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli vacuum sealer, anda boleh lihat dahulu 7 mesin vacuum sealer terbaik di bawah.

Terdapat beberapa pilihan dengan fungsi yang berlainan dan harga vacuum sealer yang bagus. Jom lihat senarai produk di bawah!


Senarai 7 Vacuum Sealer Terbaik

VORTEX 2 in 1 Weight Scale Food Vacuum Sealer
Vacuum sealer terbaik secara keseluruhan 1 daripada 7
VORTEX 2 in 1 Weight Scale Food Vacuum Sealer
Dari RM189
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mempunyai Built-in Kitchen scale
Sesuai untuk perniagaan kecil-kecilan
Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Vacuum sealer ini mempunyai fungsi dua dalam satu, iaitu penimbang dan seal, jadi kerja dapur anda akan menjadi lebih mudah.

Ciri-ciri:

Vortex Vacuum Sealer menawarkan cara yang cepat, mudah dan murah untuk menyimpan makanan anda.

Selain itu, anda boleh menggunakan penimbang dengan skala dapur khas sedia ada yang terdapat pada vacuum sealer ini untuk menimbang makanan.

Vacuum Sealer ini juga boleh mengendap beg makanan yang mengandungi perapan daging atau ayam tanpa menjejaskan kualiti dan rasa makanan tersebut.

Tambahan lagi, sistem pengedap vakum Vortex ini direka dengan mod yang berbeza yang boleh dipilih berdasarkan kesesuaian dan keperluan anda, menjadikan ia lebih praktikal.

Review:

“Sangat berpuas hati dengan kualiti...Berbaloi beli.. Hasil packaging produk juga lebih kemas. Sangat recommend kepada yg sedang mencari seal dan vakum.”

Ronegye Vacuum Sealer
Vacuum sealer terbaik untuk makanan 2 daripada 7
Ronegye Vacuum Sealer
Dari RM126.82
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mudah dibersihkan
Tahan lasak
Mesin sedikit bising

Jika anda ingin mengekalkan kualiti bahan masakan seperti pasta selepas menggunakan separuh dari paket, anda boleh cuba untuk menggunakan vacuum sealer dari Ronegye.

Dengan reka bentuk dan fungsi pemanasan yang baik, ia berkesan untuk beri kualiti pengedapan yang bagus. 

Selain itu, ia juga mempunyai 3 lapisan perlindungan keselamatan berbanding dengan pengedap vakum yang biasa.

Vacuum sealer jenama Ronegye ini mempunyai berat 1.2kg dan didatangkan dengan warna hitam.

Apa yang bagus, vacuum sealer ini berkesan untuk menghalang kelembapan daripada memasuki beg supaya makanan anda akan kekal lebih lama.

BioloMix Automatic Vacuum Sealer
Vacuum sealer terbaik portable terbaik 3 daripada 7
BioloMix Automatic Vacuum Sealer
Dari RM136.33
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mudah disimpan
Sangat ringan
Proses pengedapan lama
1 lagi
Kuasa sedutan yang kuat

Jika anda mencari vacuum sealer yang murah, anda boleh pertimbangkan untuk membeli pengedap vakum dari BioloMix Automatic Vacuum Sealer.

Ia bukan sahaja memanjangkan tempoh pengawetan dengan berkesan, tetapi memudahkan proses dan penyediaan bahan memasak anda.

Cara menggunakan mesin pengedap vakum ini juga amat mudah, dengan hanya menekan satu butang sahaja untuk seal makanan anda.

Dengan reka bentuk yang kecil dan ringan, anda boleh menyimpannya di mana sahaja anda mahu.

Hericaine Vacuum Food Sealer
Vacuum sealer terbaik dan murah 4 daripada 7
Hericaine Vacuum Food Sealer
Dari RM24.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
6 bulan warranty
Sesuai simpan makanan berminyak
Perlukan bag plastik tebal

Vacuum sealer ini mempunyai kelebaran 11 inci dan boleh mengedap makanan kering seperti buah-buahan, sayur, kacang atau beras.

Selain makanan kering, makanan basah dan berminyak juga sesuai untuk dikedap menggunakan vacuum sealer ini.

Cara menggunakan mesin ini sangat mudah dengan hanya perlu baringkan beg tersebut dan kedapkan bahagian yang perlu.

Walaupun harganya murah tapi kuasa sedutan yang tinggi sebanyak 60kpa untuk memberikan kedapan yang maksima.

Selepas membuat pembelian, anda tidak perlu risau sekiranya ia tidak boleh digunakan selepas sebulan kerana anda akan diberikan warranty selama 6 bulan.

Johnsonlux Quality Food Vacuum Sealer
Vacuum sealer yang ringan 5 daripada 7
Johnsonlux Quality Food Vacuum Sealer
Dari RM25
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mudah digunakan
Mempunyai 2 jenis mod pengedap
Sedutan kurang kuat
1 lagi
Kecil dan ringan

Pengedap udara dari Johnsonlux ini mempunyai beberapa lapisan untuk mengelakkan udara keluar bagi mengurangkan kerosakan makanan yang disimpan.

Tambahan lagi, ia diperbuat daripada plastik ABS yang mampu bertahan lama dan sangat sesuai untuk simpan baki makanan yang tidak habis.

Pengedap vakum ini juga didatangkan dengan saiz yang kecil, jadi ia mudah untuk disimpan atau dibawa kemana sahaja.

Vacuum sealer ini didatangkan dengan warna hijau, hitam dan putih. Pilih saja mana warna anda suka.

KIMOZO Household Vacuum Sealer
Vacuum sealer untuk makanan basah 6 daripada 7
KIMOZO Household Vacuum Sealer
Dari RM299
Lihat harga di Shopee Malaysia
Terdapat 3 mod berbeza
mempunyai kedapan yang kuat
Berpotensi mencairkan beg kedap

Anda boleh menyimpan makanan atau bahan basah yang bersaiz kecil dan sederhana dengan mudah menggunakan mesin vacuum sealer ini.

Bag plastik yang telah dikedap menggunakan mesin ini boleh disimpan pada bahagian freezer.

Pengedap vakum KIMOZO ini boleh mengedap paket makanan dengan menghalang pertumbuhan bakteria atau lendir, menjadikan makanan yang dikedap itu lebih tahan lama.

Mesin pengedap vakum ini mempunyai 3 mod berbeza mengikut keperluan anda dan anda hanya perlu menekan butang yang tersedia untuk mengaktifkan mesin pengedap vakum ini.

Emiliya Vacuum Sealer
Vacuum sealer untuk makanan kering 7 daripada 7
Emiliya Vacuum Sealer
Dari RM144.34
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sedutan yang sangat kuat
Kecil dan ringan
Harga mahal

Emiliya Vacuum Sealer ini mempunyai reka bentuk mesin pemanasan yang elegan dan berfungsi dengan lebih efektif berbanding dengan mesin pengedap biasa.

Kelebaran kawasan pemanasannya adalah sebanyak 3mm dan tahap kuasanya pula adalah sebanyak 110W

Selain itu, ia mesin vacuum sealer ini turut mempunyai 3 lapisan perlindungan keselamatan.

Anda boleh menyimpan mi basah, daging segar, roti atau ayam yang telah diperap kerana pengedapan yang berkesan dan tidak akan menjejaskan rasa serta tekstur makanan tersebut.


Fungsi vacuum sealer

Vacuum sealer adalah mesin yang digunakan untuk menghilangkan udara dari dalam bag bungkusan plastik yang biasa digunakan untuk menyimpan makanan. 

Ia menggunakan teknologi sedutan untuk mengeluarkan sebarang udara yang ada, dan teknologi haba bagi menutup bag bungkusan tersebut dengan rapat.

Semua pengedap vakum berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dari beg dengan berkesan dan memastikan udara luar tidak masuk ke dalam bag yang telah ditutup. 


Manfaat vacuum sealer

Berikut adalah beberapa manfaat utama vacuum sealer:

  • Memanjangkan tempoh simpanan makanan dengan menyedut keluar udara dari dalam beg penyimpanan makanan bagi mencegah dari pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau busuk. 
  • Menghindari pengoksidaan yang boleh menyebabkan perubahan warna, rasa dan tekstur pada makanan. Ia membantu mengekalkan kualiti makanan.
  • Menghindari ‘freezer burn’ apabila makanan terdedah pada udara di dalam peti sejuk beku, dan mengelakkan ais kristal terbentuk di permukaan makanan.
  • Mengekalkan nutrisi makanan yang disimpan dengan lebih baik dan dapat mengurangkan pembaziran makanan.
  • Menjimatkan ruang peti sejuk anda dan akan memudahkan anda untuk mencari bahan masakan yang disimpan.
  • Membantu dalam pemprosesan makanan dimana ia sering digunakan dalam industri makanan supaya ia kekal bersih dan terjaga kualitinya.

Artikel Berkaitan

Kandungan

Lagi daripada ProductNation