Samsung kini menawarkan jam pintar premium, Galaxy Watch 5 Pro yang sesuai untuk pengguna profesional yang mahu kelihatan kemas, versatile dan in trend.
Bukan itu saja, smartwatch ini juga mempunyai ciri-ciri menarik antaranya skrin paparan lebih besar, jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri mapping tambahan.
Erti kata lain, Galaxy Watch5 Pro merupakan jam pintar pertama dari Samsung dalam versi Pro yang lebih besar dan rekaan yang lebih eksklusif.
Penyunting
Table of Contents
Skrin Lebih Besar & Rekaan Kemas
Galaxy Watch 5 Pro dilengkapi dengan cip berkuasa Exynos W920 Dual-Core @ 1.18 GHz, 1.5 GB RAM bersama storan 16GB.
Bahagian skrin pula bersaiz 45mm akan nampak lebih jelas dan terang dengan adanya ciri Super AMOLED.
Lebih menarik lagi, rekaan dan body part jam pintar ini yang menggunakan material daripada titanium manakala untuk cermin jam pula diperbuat daripada kristal sapphire.
Ciri ini menjadikan jam pintar ini lebih solid, kelihatan kemas dan tahan lasak untuk apa jua aktiviti yang anda ingin lakukan.
Manakala rekaan pada bingkai jam pintar ini pula, tampak lebih selamat kerana bingkainya timbul lebih tinggi daripada skrin jam.
Ciri ini akan kurangkan risiko cermin jam mudah calar atau mengalami apa-apa kerosakan ketika anda lakukan aktiviti harian.
Untuk peminat warna gelap, ciri warna hitam Black Titanium Galaxy Watch 5 Pro ini pasti melengkapkan lagi gaya eksklusif dan premium ketika anda memakainya.
GPS Lebih Kuat & Ciri Istimewa - Turn-By-Turn
Antara spesifikasi utama untuk Samsung Galaxy Watch5 Pro ini adalah capaian GPS dan ciri turn-by-turn untuk navigasi.
Ciri turn-by-turn ini hanya ada untuk Samsung Galaxy Watch5 Pro untuk memudahkan anda jejak arah pergerakan dan perjalanan pada pergelangan tangan sahaja.
Menariknya, anda hanya perlu menggunakan data GPS dan peta GPX tanpa memerlukan sambungan celular.
Sebagai info tambahan, GPS atau Global Positioning System adalah sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi.
Selain ciri sambungan WiFi yang baik, jam pintar ini juga mempunyai ciri sokongan pengecasan tanpa wayar dan anda boleh imbas kadar degupan jantung pada masa sebenar!
Jika anda salah suka buat bayaran tanpa tunai, Galaxy Watch5 Pro ini ada ciri NFC yang membolehkan pembayaran tanpa tunai dengan mudah!
Selepas ini tidak perlu keluarkan wallet dan telefon pintar, halakan sahaja jam anda pada mesin pembayaran cashless.
Bateri Besar & Tahan Lebih Lama - Boleh Beroperasi Selama 7 Hari!
Antara ciri paling menarik untuk jam pintar Galaxy Watch5 Pro ini adalah bateri bersaiz besar dan ketahanannya yang mampu beroperasi selama hampir 7 hari selepas di cas penuh 100%.
Kapasiti bateri 590mAh Galaxy Watch5 Pro merupakan antara jam pintar yang dimuatkan dengan kapasiti bateri terbesar setakat ini.
Jika anda gunakan jam pintar ini secara aktif seperti membuat panggilan telefon, aktifkan GPS atau sambungan WiFi, bateri jam pintar ini boleh bertahan sehingga hampir 3 hari.
Selepas ini, anda boleh lakukan aktiviti harian dan bersukan tanpa perlu risau akan ketahanan bateri jam pintar lagi!
Pantau Corak Tidur, Hari Anda Jadi Lebih Produktif!
Sama seperti Galaxy Watch5, anda boleh pantau kadar jantung, jumlah kalori yang telah dibakar, kadar SpO2 anda dan rekod aktiviti senaman dengan Galaxy Watch5 Pro ini.
Turut dilengkapi dengan Samsung BioActive sensor yang akan berikan anda gambaran keseluruhan statistik kesihatan melalui siri ukuran komposisi badan.
Ciri ini juga boleh bantu anda analisi indeks jisim badan, jisim otot, peratusan lemak badan dan komposisi air supaya anda boleh rancang senaman yang lebih berkesan.
Ciri Sleep Tracking untuk Galaxy Watch5 Pro ini juga boleh rekod berapa kali anda terjaga untuk bantu anda memahami tentang corak tidur harian.
Menariknya lagi, ciri penjejakan tidur ini juga boleh membantu anda mencipta tabiat tidur yang lebih sihat dan mengenal pasti jenis tidur anda melalui 8 simbol tidur.
Psst! Anda juga akan menerima laporan tidur setiap malam, supaya anda boleh rancang cara tidur yang lebih baik.
Sambil Bersenam, Nak Dengar Muzik Pun Boleh!
Jam pintar Samsung Galaxy Watch5 Pro ini turut dilengkapi dengan speaker untuk memudahkan anda menjawab panggilan dan mendengar lagu!
Menariknya, anda boleh muat turun dan mainkan muzik melalui aplikasi Spotify, walaupun tanpa telefon anda.
Paling penting, audio dari speaker ini sangat jelas dan kuat jadi anda boleh memainkan muzik ketika anda jogging di taman atau bersenam di gym!
Kalau anda risau muzik yang dimainkan akan mengganggu orang lain, anda boleh sahaja sambungkan Galaxy Watch5 Pro ini dengan Galaxy Buds2 Pro dengan mudah.
Jangan risau, Samsung sudah ada ekosistem Galaxy dimana anda boleh sambungkan semua peranti Galaxy untuk melakukan aktiviti gaya hidup dengan lebih mudah.
Tapi, jika anda bukan pengguna telefon pintar koleksi Samsung Galaxy, anda boleh muat turun aplikasi Galaxy Wearable untuk menyambungkan telefon pintar dan Galaxy Watch5 Pro ini.
Kini anda boleh dapatkan Galaxy Watch5 Pro dengan harga RM1,899.00 di mana mana official store Samsung.
[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]