Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Air cooler terbaik

14 Air Cooler Terbaik di Malaysia 2024 - Berkualiti & Murah

Anda nak sejukkan ruang dengan bajet rendah? Jom beli air cooler!

Anda rasa panas akibat cuaca panas terik sepanjang hari? Tidur malam sentiasa berpeluh? 

Kini, dengan adanya “portable aircond” atau penyejuk mudah alih ini, nikmati suhu sejuk pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda inginkan.

Dilengkapi dengan kipas sejuk macam aircond untuk meningkatkan pengudaraan dalam bilik anda, air cooler fan ini dapat menyebarkan udara yang sejuk dan menyegarkan seluruh ruangan. 

Paling penting, harga air cooler juga lebih rendah berbanding penghawa dingin tau!

Anda nak tau jenama air cooler terbaik dan air cooler Malaysia yang bagus? Jom lihat senarai di bawah!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Air Cooler Terbaik

Air cooler terbaik secara keseluruhan
Mind Air Purifying Cooler Portable Air Conditioner (20L)
Mind
From
RM259.90
Check Mind Air Purifying Cooler Portable Air Conditioner (20L) price below:
add_circle Fungsi 4 dalam 1
add_circle Jimat tenaga
add_circle Kapasiti air 20L
add_circle Touch screen & remote control
add_circle 4 kawalan kelajuan
remove_circle Bunyi sedikit bising

Sebab menjadi pilihan utama:

Air cooler ini menawarkan fungsi 4 dalam 1 iaitu air cooler, ionizer, kipas dan humidifier.

Ciri-ciri:

Penyejuk udara jenama Mind mudah dialihkan kerana mempunyai pegangan sisi dan 4 roda di bahagian bawahnya. 

Anda tidak perlu risau kehabisan air dengan tiba-tiba kerana turut dilengkapi dengan penggera air rendah.

Menariknya, tangki air untuk air cooler ini bersaiz 20 liter yang mampu bertahan sehingga 48 jam. 

Penyejuk udara ini juga dilengkapi dengan honeycomb cooling pad, kawalan masa selama 8 jam, automatic oscillating louvers, panel kawalan skrin sentuh dan remote control.

Paling penting, air cooler ini selamat digunakan kerana telah diiktiraf oleh SIRIM, Suruhanjaya Tenaga dan CB. 

Tersedia dalam 2 warna yang menarik untuk anda pilih iaitu Rose Gold dan Metallic Blue.

Anda juga anda dapat percuma 2 kotak ais untuk extra cooling!

Review:

“Saya berpuas hati dengan air cooler ni. Warna sangat cantik. Mudah digerakan menggunakan tayar yang disediakan. Storage air besar, kipas agak kuat. Udara sejuk berbanding kipas biasa.”

Air cooler untuk dapur
Sharp Air Cooler PJA36TVB PJA36TVW
Sharp Japan
Sharp Air Cooler PJA36TVB PJA36TVW
From
RM355.00
Check Sharp Air Cooler PJA36TVB PJA36TVW price below:
add_circle Kawalan jauh
add_circle 4 kelajuan kipas
add_circle Kelajuan motor tinggi 110RPM
add_circle Auto-swing
add_circle Mod paparan LED
remove_circle Bunyi bising
remove_circle Wayar pendek

Air cooler ini dilengkapi dengan isipadu udara sehingga 320m3/h dan mempunyai ciri ‘water-lacking protection’ untuk jaminan keselamatan lebih baik.

Pengguna juga boleh menetapkan timer sehingga 15 jam dan pilih tiga pilihan angin iaitu biasa, semula jadi dan tidur.

Dengan reka bentuk ‘back air intake’, air cooler ini dapat memastikan arah masuk udara dalam ruang udara anda dengan lebih optimum. 

Tambah lagi, anda boleh mengawal air cooler ini dengan alat kawalan jauh dan memantau tetapan melalui paparan LED serta memilih kelajuan kipas (soft, rendah, sederhana, tinggi).

Penggunaan kuasa pula hanya 65W, jadi air cooler ini boleh menjimatkan bil elektrik di rumah anda.

Mempunyai berat 7kg dan kapasiti tangki air sebanyak 6L yang besar, memastikan operasi yang tahan lama tanpa perlu mengisi semula air secara kerap. 

Ciri tambahan termasuk kelajuan motor tinggi sebanyak 1150 RPM, evaporative cooling and humidifying.

Walaupun wayar air cooler ini sedikit pendek, anda tidak perlu risau kerana anda boleh adjust sudut auto-swing hingga 75° arah kanan & kiri dan 90° arah atas dan bawah.

Portable air cooler
MORGAN MAC-COOL1A
Morgan
Morgan air cooler
From
RM309.00
Check MORGAN MAC-COOL1A price below:
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Penapis kalis habuk
add_circle Fungsi 3 dalam 1
add_circle Jimat elektrik
remove_circle Saiz kecil

Aircond jenama Morgan ini sangat efisien dari segi tenaga dan mempunyai kapasiti tangki air sebesar 5L untuk kesegaran yang tahan lama tanpa perlu kerap mengisi air. 

Untuk saiz air cooler ini, sesuai untuk bilik berkeluasan 20-25m² akan terasa sejuk dan selesa.

Ada 3 pilihan kelajuan dan ada 2 pek penyejuk tambahan yang anda boleh masukkan ke dalam pembeku dan menggunakannya ketika diperlukan.  

Dilengkapi penapis honeycomb yang tahan lama dan tahan habuk, di mana ciri ini akan memberikan udara yang lebih segar dan bersih. 

Turut mempunyai teknologi 3 dalam 1 sebagai penghawa dingin, penapis udara dan penyejuk, air cooler ini memberikan kualiti udara yang optimum di rumah anda. 

Dengan saiz badannya 365 x 315 x 785mm, air cooler ini sesuai diletakkan di ruang sederhana seperti ruang tamu, bilik tidur atau bilik kerja.  

Air cooler angin kuat
Dawa Air Cooler 30L AC-5100R
Air Cooler [ High Quality Dawa Air Cooler 30L ] AC-5100R
From
RM475.00
Check Dawa Air Cooler 30L AC-5100R price below:
add_circle Angin kuat
add_circle Mudah diselenggara
add_circle Bunyi tidak kuat
add_circle Ada remote control
remove_circle Berat
remove_circle Harga mahal

Kalau anda mahukan air cooler yang mengeluarkan angin kuat, anda boleh dapatkan penyejuk udara jenama Dawa AC-5100R ini.

Air cooler ini telah mendapat review yang bagus daripada ramai pembeli yang menyatakan angin yang dikeluarkan kuat dan sejuk.

Selain menggunakan kipas blade yang besar, air cooler ini menggunakan kuasa 105W dan mempunyai swing mode yang mudah laras.

Tangki air pula bersaiz 30L cukup besar untuk ruang tamu rumah sederhana dan mempunyai sistem water sensor yang akan berbunyi jika air habis.

Dawa Air Cooler  AC-5100R juga dilengkapi dengan remote control yang akan memudahkan anda melaras dan mengawal suhu tanpa perlu bergerak.

Walaupun beratnya 11kg, air cooler mengguna copper motor yang berkualiti untuk memastikan motor tahan lasak dan kuat.

Menarik lagi, air cooler ini juga mempunyai sistem timer 24 jam untuk anda set masa mengikut keperluan harian.

Air cooler untuk kawasan luas
COCCA STORM series Powerful 100L Tank
COCCA STORM series Powerful 100L Tank
From
RM379.00
Check COCCA STORM series Powerful 100L Tank price below:
add_circle Sesuai untuk kawasan sebesar 30-60m2
add_circle Motor jimat elektrik
add_circle Bertahan 9-11 jam
add_circle 3 kelajuan kipas
add_circle Auto Water Pump Cut-off
remove_circle Mahal

Jika anda mencari penyejuk udara yang sesuai untuk cuaca panas dan kering, penyejuk udara COCCA Storm Series Commercial Air Cooler 100L (COMPACT) ini pilihan yang tepat. 

Dengan fungsi 3-dalam-1, bukan sahaja berfungsi sebagai penyejuk udara, tapi juga sebagai humidifier dan kipas. 

Penyejuk udara ini menggunakan air untuk mendinginkan udara dan danoscillating louvers untuk memastikan pengaliran udara sejuk sekata. 

Berbeza dengan penyejuk udara jenama lain, penyejuk udara COCCA ini boleh disambungkan terus dengan paip air untuk bekalan air berterusan ke dalam tangki penyejuk udara.

Paling penting, air cooler besar ini mudah dipasang dan diselenggara tanpa memerlukan bantuan technician.

Dengan kapasiti 100L, anda boleh gunakan air cooler dalam tempoh yang lama kerana penyejuk udara ini boleh bertahan selama 9-11 jam tau.

Turut dilengkapi dengan pam air automatik yang akan mematikan air cooler apabila bekalan air habis. 

Dengan kuasa 210W, penyejuk udara ini menggunakan motor yang menjimatkan bil elektrik anda. 

Aliran udara yang dihasilkan sehingga 20,000m3/jam menjadikannya sesuai untuk kawasan dengan saiz 30-60m2.

Sesuai untuk ruang acara, aktiviti luar, gerai makanan, restoran terbuka, bengkel, gudang, kedai dan pelbagai lagi.

Tambah lagi, mempunyai fungsi osilasi sudut yang luas iaitu auto swing untuk kiri kanan dan secara manual untuk pengaliran udara atas bawah.

Air cooler untuk ruang kecil
Electrova iPure Series Evaporative Portable Air Cooler ET-AC01
electrova air cooler
From
RM389.00
Check Electrova iPure Series Evaporative Portable Air Cooler ET-AC01 price below:
add_circle Senyap
add_circle Mempunyai panel sentuh digital dan kawalan jauh
add_circle 3 wind mode
add_circle Fungsi 3 dalam 1
add_circle Dual filter protection
remove_circle Mahal

Bukan sahaja berfungsi sebagai air cooler, alat elektrik ini juga boleh digunakan sebagai kipas dan humidifier.

Paling penting, saiznya kurus dan tinggi sesuai untuk diletakkan di ruang yang terhad atau sempit seperti di celahan antara meja ruang tamu rumah dan sofa anda.

Dengan 3 mod berbeza iaitu semula jadi, tidur dan normal untuk tetapan kelembapan angin, pasti anda dapat udara yang lebih berkualiti.

Turut ada 3 kelajuan angin iaitu rendah, sederhana dan tinggi untuk anda sesuaikan mengikut penggunaan harian! 

Jika anda ingin udara lebih sejuk, hanya aktifkan mod penyejukan dan tambahkan ais beku/air ais ke dalam tangki air, aliran udara akan menjadi lembap dan sejuk dengan cepat.

Dilengkapi dengan timer sehingga 12 jam, bladeless air cooling ini akan berhenti secara automatik setelah tempoh yang ditetapkan. 

Selain itu, mempunyai paparan skrin LED yang besar dan jelas, suhu bilik akan ditunjukkan dengan tepat. 

Cahaya skrin juga akan berhenti secara automatik jika tidak digunakan dalam masa 10 saat tau!

Ciri ini untuk membantu anda lakukan aktiviti di rumah tanpa gangguan cahaya dan bunyi aliran angin.

Sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan di rumah kerana bladeless air cooler ini mampu mengelakkan sentuhan jari secara tidak sengaja.

Compartment air di bahagian belakang juga mudah dikeluarkan dan boleh dicuci selepas penggunaan.

Dengan Whisper-Quiet Oscillations, air cooler ini akan mengeluarkan udara yang lebih sejuk dengan senyap dan sekata di sekitar bilik.

Air cooler dengan tangki kecil
HYUNDAI Air Cooler 4L 70W Large Air Volume Portable Air Conditioner
HYUNDAI Air Cooler 4L 70W Large Air Volume Portable Air Conditioner
From
RM148.52
Check HYUNDAI Air Cooler 4L 70W Large Air Volume Portable Air Conditioner price below:
add_circle Mod tetapan masa
add_circle Kecil
add_circle Ringan
add_circle Bahagian bawah ada roda
remove_circle Perlu kerap isi tangki air

Kegunaan kipas dalam air cooler ini ialah untuk memastikan air di dalam tangki air dipam ke tirai ais untuk mengeluarkan udara yang lebih sejuk.

Dilengkapi dengan tangki air 4L, bekas ais penyejuk udara ini perlu diletakkan di dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum digunakan. 

Terdapat tiga pilihan kelajuan dan arah angin juga boleh diatur naik dan turun secara automatik menggunakan kawalan jauh yang disediakan.

Sesuai untuk digunakan di rumah, pejabat, waktu santai, hiburan, dan pelbagai acara lain kerana air cooler ini ringan dan mudah dibawa. 

Ciri menarik lain termasuk kuasa 70W, mod tetapan masa dan boleh beroperasi selama 7 jam secara berterusan!

Dengan harga rendah, anda boleh nikmati udara sejuk seperti air cooler berjenama.

Air cooler untuk ruang tamu
Midea Air Cooler with Humidifying Function (6.0L) MAC-106A-BK MAC-106A
Midea Air Cooler with Humidifying Function (6.0L) MAC-106A-BK MAC-106A
From
RM245.00
Check Midea Air Cooler with Humidifying Function (6.0L) MAC-106A-BK MAC-106A price below:
add_circle Remote Control
add_circle Waterless Protection
add_circle 4-hour timer settings
add_circle 3 Speed Fan
remove_circle Perlu tukar ais dengan kerap

Dengan kapasiti tangki air sebanyak 6.0L, anda dapat menikmati udara sejuk dan selesa di dalam rumah anda.

Ada ciri perlindungan automatik dengan ciri pemotongan automatik pam apabila air kering untuk pastikan keselamatan anda terjamin. 

Selain itu, anda juga boleh mengatur waktu operasi dengan mudah melalui tetapan jam atau set timer selama 4 jam.

Dengan 3 kelajuan kipas yang boleh disesuaikan, anda dapat menyesuaikan tahap peredaran udara mengikut kehendak anda.

Jika anda pilih tetapan angin pada kadar speed tiga, udara sejuk boleh dirasa sejauh 7-8 kaki dalam ruangan rumah anda.

Menariknya, turut dilengkapi dengan kotak ais untuk penyejukan tambahan dan fungsi melembapkan udara serta boleh dikawal dengan remote control.

Nikmati udara yang sejuk dan selesa dengan air cooler ini dan dapatkan jaminan 1 tahun dan 5 tahun untuk kompresor.

Air cooler untuk bilik
PerySmith Air Cooler Zefer Series T9
PerySmith
PerySmith Air Cooler Zefer Series T9
From
RM249.00
Check PerySmith Air Cooler Zefer Series T9 price below:
add_circle Fungsi smart memori & timer
add_circle Paparan LED
add_circle 3 mod angin
add_circle Senyap
add_circle Tangki air boleh tanggal
add_circle Diperakui SIRIM
remove_circle Tiada remote control

Air cooler jenama Perysmith ini menggunakan teknologi Zefer untuk menghasilkan angin yang lembut di dalam rumah anda. 

Selain menawarkan aliran udara yang kuat dan stabil dengan penggunaan tenaga yang rendah, air cooler ini juga mempunyai sudut putaran 45 darjah.

Dengan ciri tersebut, anda akan dapat udara segar yang sekata serta mencipta suasana yang sejuk dan tenang tanpa bunyi aliran angin.

Untuk air cooler bladeless swing ini, ada tiga mod angin iaitu sleep, natural and normal yang disediakan. 

Paling penting, keselamatan anak-anak di rumah juga lebih terjamin dengan ciri bladeless ini. 

Dengan penampilan LED yang jelas, anda boleh mengubah mod dengan sekali sentuh. 

Antara ciri lain termasuklah timer hingga 8 jam, fungsi smart memori and honeycomb filter untuk menapis habuk mikro bagi menjadikan udara lebih bersih.

Beratnya hanya 3.85kg dan kapasiti air sebanyak 2.5L, air cooler ini juga mudah dibawa serta sesuai untuk ruang kecil seperti bilik tidur. 

Menariknya, air cooler turut dilengkapi 2 kotak kristal ais untuk kegunaan anda dalam pengitaran semula dan boleh bantu menurunkan suhu persekitaran ruang bilik.

Air cooler tower
Midea Air Cooler MAC-107AR 7L
midea air cooler.jpg
From
RM499.00
Check Midea Air Cooler MAC-107AR 7L price below:
add_circle Bunyi senyap
add_circle Paparan led dan kawalan jauh
add_circle Menjimatkan ruang
add_circle Penggunaan kuasa yang rendah (65W)
remove_circle Kurang sesuai untuk bilik besar

Midea Air cooler direka untuk menjimatkan ruang dengan reka bentuknya yang compact dan tinggi dengan harga bawah RM500.

Ia boleh menyejukkan bilik dengan cepat dengan fungsi lembap yang memberikan angin yang lebih sejuk melalui saluran udara ketinggian 95cm.

Penyejuk udara ini mempunyai tiga kelajuan kipas, tiga mod angin, paparan LED, alat kawalan jauh, pemasa program 10 jam, tetapan pemasa 7 jam dan tiga tahap kelajuan. 

Berfungsi paling baik di bilik-bilik kecil kerana sudut swing hanya 60° dan menghasilkan bunyi yang tidak terlalu kuat seperti bunyi hujan.

Selain itu, air cooler Midea mempunyai penapis pembersih di bahagian belakang, kotak mengisi ais yang mudah dibersihkan, tangki 7 liter dengan penggera dan perlindungan tanpa air.

Lagi sejuk dari kipas dan memberikan rasa sejuk seperti aircon apabila diisi ais!

Air cooler mini
Morgan Air Cooler (6 L) MAC-WINDY6
morgan air cooler
From
RM299.00
Check Morgan Air Cooler (6 L) MAC-WINDY6 price below:
add_circle Murah
add_circle Angin kuat
add_circle Mempunyai penapis honeycomb yang tahan lama
add_circle Berat hanya 3.5kg
remove_circle Kurang sejuk seperti aircon

Air cooler Morgan model MAC-WINDY6 sesuai untuk saiz bilik 15-20m2 dan boleh berfungsi 3 dalam 1; penyejuk udara, penulen udara dan humidifier.

Ia mempunyai aliran udara yang kuat 1130 CBM dan penapis honeycomb tahan lama yang berfungsi untuk menyerap udara panas.

Anda boleh memilih dari 3 kelajuan yang berbeza: rendah, pertengahan, dan tinggi. 

Penyejuk udara juga mempunyai louvers swing auto kiri dan kanan yang membantu mengedarkan udara sejuk secara merata di seluruh bilik. 

Kapasiti tangki air besar 6L memastikan anda tidak perlu mengisi semula dengan kerap dan mudah untuk bergerak dari bilik ke bilik dengan berat hanya 3.5kg.

Air cooler murah dan bagus
Russell Taylors iCool Air Cooler 5L AC-6
rusell air cooler
From
RM379.99
Check Russell Taylors iCool Air Cooler 5L AC-6 price below:
add_circle Jaminan 2 tahun
add_circle Diiktiraf SIRIM
add_circle Jimat elektrik
add_circle Senyap dan motor kuat
add_circle Sesuai untuk indoor dan outdoor
remove_circle Tangki air hanya 5L

Air cooler 3 dalam 1 Rusell Taylor menawarkan fungsi penyejuk udara, kipas dan humidifier.

Dilengkapi dengan kipas berayun 80° dengan tiga kelajuan, air cooler ini boleh memberikan angin sejuk dan menurunkan suhu persekitaran anda.

Reka bentuknya yang ringan memudahkan anda meletakkan air cooler ini di mana sahaja di dalam rumah, pejabat, gym, bilik tidur, ruang tamu atau luar teres.

Jangan risau, air cooler ini mampu menjimatkan bil elektrik dengan ciri iCool yang hanya menggunakan 80 watt berbanding dengan penghawa dingin yang menggunakan 3500 Watt.

Bagi rumah yang tiada aircon atau perlukan aircon portable untuk berkhemah, beli je jenama air cooler ni!

Air cooler untuk rumah
Honeywell 30L Air Cooler TC30PEUI
honeywell air cooler
From
RM789.00
Check Honeywell 30L Air Cooler TC30PEUI price below:
add_circle Tangki 30 L
add_circle Angin kuat dan sejuk
add_circle Mempunyai built in ionizer

Bagi yang kekurangan kipas di rumah atau rasa panas berpeluh, beli je air cooler Honeywell untuk tidur dengan selesa pada waktu malam.

Disyorkan untuk kawasan seluas 26 m2 (280 kaki2) dan mempunyai built in ionizer yang membantu membersihkan udara.

Design slim membolehkan air cooler diletakkan di tempat yang sempit dan boleh dikawal dengan alat kawalan jauh sahaja.

Ciri-cirinya yang lain termasuk mempunyai 3 kelajuan, roda untuk bergerak, penapis Honeycomb Cooling Media dan Mesh Filter.

Kipas penyejuk udara mempunyai louvers berayun yang boleh diselaraskan untuk mengarahkan aliran udara ke arah tertentu.

Penggera air rendah turut memberi amaran kepada anda apabila tiba masanya untuk mengisi semula tangki air 30 liter.

Air cooler untuk ruangan kecil
Khind Air Cooler EAC600
khind air cooler
From
RM374.00
Check Khind Air Cooler EAC600 price below:
add_circle Bunyi tidak terlalu kuat
add_circle Mudah dialihkan
add_circle Perlindungan pam auto shut off
remove_circle Kurang sesuai untuk bilik besar

Dengan tetapan 3 kelajuan dan pemasa 7 jam, sesuaikan air cooler Khind mengikut keinginan anda.

Air cooler mempunyai ayunan sudut lebar yang boleh menyejukkan setiap sudut secara sekata sehingga 10m2 dengan aliran udara 5m3/min.

Selain itu, mempunyai perlindungan pam auto shut off yang menghalang kerosakan pada air cooler apabila air habis.

Turut dilengkapi dengan pek ais, alat kawalan jauh dan mempunyai kapasiti tangki air 6L.

Nak rasa lebih sejuk, tambahkan je ais atau air sejuk!


Apakah Perbezaan Air Cooler & Air Conditioner?

Cuaca panas di negara kita kadangkala boleh menyebabkan seseorang rasa kurang selesa untuk menjalani rutin harian.

Penggunaan kipas sahaja tidak mencukupi dan anda mungkin memerlukan air cooler atau aircond.

Namun, antara air cooler dan air conditioner, manakah yang lebih baik untuk rumah anda? 

Jangan risau, baca perbezaan air cooler dan air conditioner di bawah!

Kriteria

Air Cooler

Air Conditioner

Harga

Lebih murah 

Lebih mahal 

Penggunaan tenaga

Menggunakan tenaga yang rendah, menjimatkan tenaga dan kos operasi

Memerlukan tenaga yang tinggi dan mungkin meningkatkan bil elektrik 

Kualiti udara

Tiada penapis udara

Menapis dan memperbaiki udara

Kegunaan

Sesuai di kawasan kecil

Sesuai di kawasan besar

Pemasangan

Mudah dipasang dan ‘portable’

Memerlukan pemasangan professional

Penggunaan air

Memerlukan bekalan air secara berterusan

Tidak memerlukan bekalan air

Penjagaan

Memerlukan penyelenggaraan yang minimum seperti pembersihan air cooler atau penukaran air

Memerlukan penyelenggaraan yang kerap seperti penggantian penapis

Cara penyejukan

Menggunakan prinsip penyejukan udara untuk menurunkan suhu dan mengedarkan udara sejuk  

Menggunakan kompresor dan penukar haba untuk mendinginkan udara


Apakah Fungsi Air Cooler?

Air cooler antara salah satu alternatif yang paling berbaloi bagi mereka yang ingin rasa sejuk tanpa menanggung kos tinggi.

Kipas dalam air cooler menarik udara dari luar, lalu udara melalui penapis dan pad penyejuk.

Kemudian, air menyejat dan udara sejuk dikeluarkan ke bilik melalui kipas dan bilik menjadi sejuk.

Selain itu, ia membantu meningkatkan kelembapan udara dalam bilik yang baik untuk hidung dan mengelakkan kekeringan kulit.

Turut dilengkapi penapis yang mengurangkan habuk dan debu di udara dan menjadikan udara dalam bilik lebih segar dan bersih.

Air cooler juga mudah digunakan, senang diselenggara dan boleh dialihkan dari satu bilik ke bilik yang lain.

Penyelenggaraannya juga minimum seperti membersih penapis dan mengisi semula air.

Beberapa model air cooler juga dilengkapi kawalan suhu dan kelembapan untuk keselesaan pengguna.


Artikel Berkaitan

End of Article