Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
TudungPeople x Spritzer Campaign (5).jpg

Spritzer X TudungPeople Keluarkan Rekaan Edisi Terhad

Beli satu tudung, anda berjaya recycle 8 botol plastik!

Spritzer bekerjasama dengan salah satu jenama selendang terkenal di Malaysia, TudungPeople untuk menghasilkan selendang edisi terhad yang diperbuat daripada botol plastik dikitar semula.

Kolaborasi ini adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif sustainability atau kelestarian alam sekitar daripada Spritzer.

Menariknya, jika anda memakai sehelai selendang koleksi Edisi Terhad Hutan Hujan ini, seumpama anda telah mengitar semula 8 botol plastik tau!


Penyunting

Koleksi Edisi Terhad Hutan Hujan

Cara yang sangat unik, TudungPeople telah menggunakan lapan botol plastik yang telah dikitar semula bagi setiap satu selendang.

Warna dan rekaan koleksi ini diinspirasikan oleh reka bentuk botol ICON Spritzer dan anda boleh dapatkannya mulai 24 Mei 2023.

Selendang dan scrunchie atau pengikat rambut edisi terhad ini memberikan imej indah flora hutan hujan dengan warna biru firus (turquoise) sebagai latar belakangnya.

Gabungan corak bunga orkid, paku-pakis dan monstera akan memberikan anda look yang lain daripada yang lain serta tampak lebih menawan! 

Anda juga akan dapat satu rekaan beg saku sepadan yang boleh diguna semula bagi menyimpan selendang unik ini!


Kesedaran Tentang Kepentingan Air Bersih

Spritzer yang terkenal dengan air mineralnya yang kaya dengan silika, mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran yang bersih adalah penting kepada sumber air.

Turut berusaha menuju masa depan yang lebih mesra pengguna, mereka menggalakkan orang ramai terus mengamalkan kelestarian alam sekitar. 

Inisiatif ini bagi membuka mata rakyat Malaysia untuk membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.

Selendang buatan TudungPeople x Spritzer yang cantik ini dijual pada harga RM179, scrunchie comel pula pada harga RM25 atau set pada harga RM184.

Anda boleh beli produk diatas di www.tudungpeople.com dan https://shop.spritzer.com.my/.


Artikel Berkaitan

End of Article