Kelengkapan Rumah

10 Dehumidifier (Penyerap Lembap) Terbaik di Malaysia 2026

Anda perlu ada dehumidifier atau penyerap lembab ruangan agar ruangan tidak lembab. Jom lihat senarai jenis dan harga dehumidifier terbaik.

A
Editor · 9 May 2023, 4:49pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Dehumidifier (Penyerap Lembap) Terbaik di Malaysia 2026

Rumah anda bersaiz kecil atau sedang menyewa bilik kecil dan mempunyai aliran pengudaraan yang tidak mencukupi kerana kekurangan tingkap?

Anda sangat digalakkan guna alat dehumidifier agar ruangan tidak lembap.

Kandungan

Ini kerana udara yang terlalu lembap boleh menyebabkan kulat bertumbuh pada dinding ruangan atau pada pakaian anda. 

Lebih teruk, pembiakan kulat tadi mungkin boleh mengakibatkan masalah pernafasan kepada mereka yang tinggal di dalam kawasan tertutup itu. 

Ada banyak jenis dehumidifier di pasaran dan pelbagai harga dehumidifier yang boleh dapatkan bergantung pada bajet anda.

Untuk memudahkan anda yang sedang mencari alat dehumidifier yang berkualiti, jom lihat dehumidifier atau penyerap lembab ruangan yang paling bagus. 


Senarai 10 Dehumidifier Terbaik

Samu Giken Household Portable Digital Dehumidifier SG-DEH06
Dehumidifier terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Samu Giken Household Portable Digital Dehumidifier SG-DEH06
Dari RM189.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ringan & portable
Kapasiti tangki air 1500ml
Tempoh jaminan hanya 1 tahun
3 lagi
Mempunyai fungsi automatic defrost
Membantu menyingkirkan hama debu
Terhenti automatik jika tangki air penuh

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Dehumidifier Samu Giken ini berkuasa untuk mengurangkan kelembapan udara di sekitar anda sehingga 60ml per jam. 

Ciri-ciri;

Dehumidifier ini bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti udara di rumah anda, malah boleh juga mengelakkan pertumbuhan kulat.

Dengan penggunaan yang berpanjangan, anda boleh elakkan kulat daripada tumbuh pada baju, perabot dan dinding akibat udara lembab. 

Direka dengan sistem Smart Control yang memudahkan anda tahu masa, suhu dan indikator kelembapan. 

Sesuai diletakkan di ruangan yang berkeluasan sekitar 0-30㎡seperti ruang tamu, bilik belajar dan bilik tidur kerana alat ini beroperasi tanpa bunyi bising.

Paling menarik, anda boleh gunakannya untuk mengeringkan baju yang lembab. 

Review;

‘Lepas guna 1 jam pun dah ada banyak air dalam alat ni, maknanya memang berfungsi dengan baik. 

Bau dalam bilik dah kurang hapak. Sangat berguna ketika cuaca sejuk dan hujan, dapat mengelakkan pertumbuhan kulat pada perabot.’

Simplus Air Dehumidifier 600ml Water Tank
Air dehumidifier 2 daripada 10
Simplus Air Dehumidifier 600ml Water Tank
Dari RM202.40
Lihat harga di Shopee Malaysia
Jimat tenaga
Ringan, hanya 1kg
Sesuai untuk bilik kecil
3 lagi
Kapasiti tangki air 600ml
Tidak berbunyi bising
Mempunyai panel sentuhan

Alat dehumidifier Simplus ini mampu menghapuskan kelembapan pada udara sehingga 300 ml sehari. 

Dehumidifier ini direka dengan lampu penunjuk yang akan bertukar merah dan akan berhenti secara automatik apabila air penuh.

Tangki airnya pula boleh ditanggalkan, jadi mudah untuk anda buang air tanpa perlu mengangkat keseluruhan alat. 

Sesuai diletakkan di ruang berkeluasan kecil bersaiz 5-20 m² termasuklah bilik tidur anak, almari baju, bilik kerja, tandas, dapur dan stor barang. 

Paling penting, tidak perlu risau tentang pencemaran alam jika guna alat ini kerana dehumidifier ini hanya menggunakan kuasa 23W karbon rendah.

Primada Smart Dehumidifier MPA15
Portable dehumidifier 3 daripada 10
Primada Smart Dehumidifier MPA15
Dari RM339
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mengurangkan pertumbuhan kulat
Mempunyai alat kawalan jauh
Tempoh jaminan hanya 1 tahun
3 lagi
Direka dengan ciri timer 24 jam
Tidak bising
Jimat tenaga

Alat penyerap lembab ruangan jenis portable ini sesuai digunakan di bilik bersaiz 30 m persegi seperti kamar tidur, bilik mandi, stor, ruang bawah tanah atau dobi dan dapur. 

Selamat digunakan kerana alat ini akan berhenti berfungsi secara automatik jika air penuh. 

Selain itu, alat ini dilengkapi dengan tangki air yang berkapasiti 2200ml dan mampu menyahlembab udara sehingga 1080ml air setiap hari. 

Turut direka dengan 2 outlet udara di bahagian kiri dan kanan serta lampu UV yang mempunyai kuasa yang efisyen untuk mengeluarkan udara segar. 

Jadi, anda akan menghirup udara yang lebih bersih tanpa bau hapak di rumah.

SwissThomas Household Dehumidifier
Dehumidifier terbaik untuk rumah 4 daripada 10
SwissThomas Household Dehumidifier
Dari RM89
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mengelakkan pertumbuhan kulat
Tidak bising ketika beroperasi
Hanya sesuai di ruangan yang berkeluasan 20m2 kebawah
4 lagi
Mempunyai 3 pilihan warna
Kapasiti tangki air 800ml
Tempoh jaminan 2 tahun
Mudah dibersihkan

Untuk ruang bilik yang terhad pula, anda disarankan untuk guna dehumidifier dari SwissThomas yang bersaiz kecil ini. 

Walaupun kecil, tetapi berkuasa untuk mengurangkan kelembapan pada udara sehingga 220 ml dalam masa 24 jam. 

Dilengkapi dengan lampu indikator yang memudahkan anda untuk menggunakan alat ini. 

Lampu berwarna biru menunjukkan bahawa dehumidifier ini berfungsi dengan baik manakala jika lampu bertukar merah, itu bermakna tangki airnya sudah penuh. 

Jika lampu masih berwarna merah walaupun air sudah dibuang, anda perlu periksa kedudukan tangki air sama ada telah dipasang dengan betul atau tidak. 

Selain bilik tidur, alat ini boleh anda letakkan di dalam bilik wardrobe, rak buku dan kotak penyimpanan barang.

Momax AP2 Fresh 360 Plus Reusable Dehumidifier
Dehumidifier untuk kereta 5 daripada 10
Momax AP2 Fresh 360 Plus Reusable Dehumidifier
Dari RM49.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh diletakkan di dalam tempat sempit
Boleh digunakan lebih 300 kali
Saiz kecil, diameter hanya 700mm
1 lagi
Harga murah

Apa yang menarik tentang dehumidifier jenama Momax ini ialah bukan sahaja sesuai digunakan di dalam bilik tidur, malah boleh juga digunakan dalam kereta. 

Memandangkan saiznya yang kecil membolehkan alat ini muat diletakkan dalam kabinet kasut, laci atau almari baju dan beg tangan. 

Barulah barangan kesayangan anda tak berkulat atau berbau hapak. 

Selain itu, sesuai sangat digunakan di tempat yang mempunyai aliran pengudaraan yang rendah agar ruangan tidak lembab. 

Yang penting, harga dehumidifier ini murah dan mampu milik.

Deerma Dehumidifier CS50M
Dehumidifier murah 6 daripada 10
Deerma Dehumidifier CS50M
Dari RM89
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga mampu milik
Menyerap kelembapan
Tempoh waranti hanya setahun
2 lagi
Tidak diperbuat dari bahan toksik
Sesuai untuk kegunaan di rumah & pejabat

Untuk yang tercari-cari dehumidifier yang kecil dan portable, kami sarankan anda untuk beli alat jenama Deerma ini. 

Selain itu, boleh untuk menyingkirkan lembapan ruangan dengan cara mengeringkan udara dengan cepat. 

Alat penyahlembapan ini juga mempunyai 600g zarah dessicant yang mampu bertahan sehingga 2-3 minggu untuk menyerap kelembapan. 

Memang terbaik jika diletakkan di dalam kabinet kasut atau laci pakaian agar fabrik kegemaran anda tidak naik kulat. 

Sesuai juga digunakan jika rumah anda dimasuki air banjir untuk mengeringkan ruang dalam rumah.

Thirsty Hippo Dehumidifier Moisture Absorber
Hippo dehumidifier 7 daripada 10
Thirsty Hippo Dehumidifier Moisture Absorber
Dari RM24.35
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mudah digunakan
Berkesan sehingga 3 bulan
Hanya sesuai diletakkan di ruangan sempit
2 lagi
Melawan bau busuk hapak
Tak perlu disambung dengan elektrik

Produk Thirsty Hippo ini pula sesuai digunakan oleh anda yang mahukan dehumidifier yang murah dan senang digunakan kerana tidak menggunakan elektrik. 

Anda hanya perlu buka penutup bekas dehumidifier ini yang berwarna merah jambu, tanggalkan aluminium foil dan tutup semula penutupnya. 

Kemudian, anda boleh meletakkannya di mana-mana tempat yang tidak mempunyai sumber elektrik seperti dalam almari baju, rak kasut dan kabinet buku. 

Boleh juga letak di dalam kereta untuk membantu mengelakkan pertumbuhan kulat dan fungus pada kusyen kenderaan dan barangan kesayangan anda.

Reusable Dehumidifier Mini Air Absorber
Mini dehumidifier 8 daripada 10
Reusable Dehumidifier Mini Air Absorber
Dari RM29
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh diletakkan di dalam kabinet makanan
Tidak perlu menggunakan elektrik
Perlu tukar renew base dengan kerap
2 lagi
Mesra alam sekitar
Ringan & portable

Risau bil elektrik melambung jika guna alat dehumidifier biasa? Tak mengapa, guna sahaja dehumidifier mini tanpa wayar ini. 

Alat ini juga direka tanpa tangki air, jadi anda tidak perlu khuatir tentang kebocoran sebab segalanya lebih mudah dengan alat bersaiz kompak. 

Boleh digantung di mana-mana ruang yang lembab di rumah anda seperti almari baju, rak buku dan laci tempat simpan kamera, alat solekan atau ubat-ubatan.

Manik penyerap lembapan dalam alat ini akan bertukar warna hijau jika kemampuannya untuk menyerap lembapan telah mencapai tahap maksimum. 

Tapi jangan risau, jika bertukar hijau, anda boleh keringkannya semula dalam masa 2 jam dengan menggunakan renew base yang tersedia.

Xiaomi Mijia Smart Dehumidifier CSJ0122DM
Xiaomi dehumidifier 9 daripada 10
Xiaomi Mijia Smart Dehumidifier CSJ0122DM
Dari RM688.88
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kapasiti tangki air hingga 4.5L
Sesuai dengan ruangan bersaiz besar
Harga mahal
2 lagi
Dilengkapi dengan panel sentuhan & paparan digital
Boleh dikawal menerusi app

Kalau ada bajet lebih, apa salahnya pilih dehumidifier Xiaomi ini kerana walaupun mahal, mampu beroperasi untuk menyerap kelembapan seluruh kediaman anda sehingga 22L. 

Paling bagus, alat ini direka dengan sleep mode di mana tidur nyenyak anda tidak akan terganggu kerana bunyinya hanyalah serendah 35.5dB(A). 

Alat ini juga mampu menyerap kelembapan di ruangan sehingga 8 jam namun jika tangki air penuh, alat ini akan terhenti dengan automatik untuk mengelakkan limpahan. 

Turut direka dengan Drying Mode agar pakaian anda lebih cepat kering. 

Dehumidifier Xiaomi mempunyai tayar di bahagian bawahnya agar mudah dialihkan ke ruangan lain.

Farcent Dehumidifier Disposable Rose Lavender Charcoal
Dehumidifier untuk tandas 10 daripada 10
Farcent Dehumidifier Disposable Rose Lavender Charcoal
Dari RM4.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Saiz kecil
Anti kulat
Kurang sesuai untuk ruangan yang besar
3 lagi
Jenis pakai buang
Mudah untuk digunakan
Boleh diletakkan di mana-mana

Jika alat dehumidifier yang menggunakan elektrik diletakkan di dalam tandas, sudah tentu akan ada risiko berlaku kejutan elektrik. 

Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, anda boleh guna dehumidifier Farcent yang boleh berfungsi tanpa sebarang sambungan elektrik ini. 

Terdapat 3 pilihan bauan segar yang boleh anda pilih iaitu Lavender, Rose dan Charcoal. 

Boleh juga digunakan sebagai penyegar udara dan penghalau serangga. 

Yang penting, produk ini berkesan untuk menyerap lembapan sekali gus mengelakkan pertumbuhan kulat. 

Penggunaannya tahan hingga 3 bulan, bergantung kepada suhu dan persekitaran di rumah anda.


Apa Itu Dehumidifier?

Dehumidifier merupakan sejenis peralatan yang berfungsi untuk menyingkirkan kelembapan dari udara di sekitar anda. . 

Ini kerana jika udara terlalu lembab, boleh menyebabkan udara di rumah jadi kurang menyenangkan. 

Dinding rumah anda berkulat dan baju serta fabrik di dalam almari juga akan boleh berkulat atau rosak jika udara dalam kediaman terlalu lembab. 

Cara kerja dehumidifier adalah dengan menarik udara lembap melalui penapis dan kitarkan udara semula melalui proses penyejukan. 

Apabila udara melalui pengesan penyejuk, wap air di udara itu akan kondensasi menjadi air cecair dan kemudiannya dikumpulkan dalam bekas.

Kemudiannya udara lembap akan boleh dilepaskan atau dibuang melalui saluran pembuangan. 

Udara yang keluar dari dehumidifier akan menjadi lebih kering dan kurang lembap.


Apakah Fungsi Dehumidifier?

Dehumidifier berfungsi seperti vacuum cleaner di mana alat ini akan menyedut udara dari bilik atau ruangan dan menyingkirkan kelembapan dari udara.

Selepas itu, dehumidifier ini akan meniup udara yang telah bebas dari kelembapan tadi ke bilik semula. 

Selain itu, dehumidifier juga boleh: 

  • Mengurangkan tahap kelembapan di udara sekitar anda
  • Mengurangkan risiko pertumbuhan kulat pada dinding atau perabot rumah
  • Mengurangkan sebarang bau busuk atau hapak
  • Menjadikan udara di dalam bilik lebih segar
  • Mungkin boleh mengurangkan gejala alahan  

Jika ada di antara ahli keluarga anda yang mengalami alergi terhadap kulat atau bakteria, memang disarankan guna alat ini. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation