Tidak lengkap hidangan Melayu kalau tidak ada sambal sebagai penambah selera dan menyedapkan lagi menu harian.
Anda juga salah seorang yang memang wajib makan sambal ketika menjamah nasi? Mungkin anda boleh dapatkan sambal ini.
Antara resepi yang berasaskan sambal seperti ayam sambal, telur sambal dan paling simple, sambal tumis petai! Fuh, padu!
Namun, tidak semua orang ada masa untuk buat sambal sendiri sebab sibuk dengan urusan harian.
Jangan risau, kami sedia bantu anda!
Jom lihat senarai jenis-jenis sambal Malaysia yang sedap dan pedas untuk dimakan dengan pelbagai menu harian.
Penyunting
Table of Contents
Senarai 10 Sambal Terbaik
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Sambal Nyet oleh Khairul Aming ini menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia kerana rasa yang sedap dan sudah terjual 1.7 botol sejak tahun 2021.
Ciri-ciri;
Sambal ini diperbuat daripada bawang merah, cili, bawang putih, lada berperisa, gula, garam dan minyak masak.
Selain boleh terus dimakan, anda juga boleh guna sambal ini dalam udang tumis petai, masak lemak, mee segera dan nasi goreng sebagai perencah.
Untuk menjaga kualiti dan rasa sambal, anda diingatkan untuk mengelakkan daripada menggunakan sudu basah ketika mencedok sambal.
Review;
‘Sedap dan pedas, lazat dimakan dengan nasi panas-panas dan ayam goreng. Dah banyak kali repeat beli sebab sedap menepati selera’
Siapa yang suka rasa ‘kick’ tapi tidak terlalu pedas, boleh cuba sambal tempoyak Sambaleena kerana mengandungi tempoyak dan ikan bilis.
Jika penutup belum dibuka, sambal ini mampu tahan selama 6 bulan namun perlu diingatkan, selepas dibuka, sambal perlu diletakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Makanan ini akan memudahkan anda yang sibuk belajar atau bekerja kerana sambal boleh terus dimakan.
Kesedapan sambal tempoyak ini dengan nasi putih panas, telur mata dan ulam sudah cukup untuk membangkitkan selera.
Diperbuat daripada cili padi hijau dan udang kering yang dikisar halus, sambal hijau ini akan membuatkan anda bertambah nasi hingga 2 pinggan.
Ini kerana rasa udang kering yang ditumis dengan cili membuatkan sambal ini sangat seimbang dengan perisa udang kering dan pedas.
Sambal hijau Mama Cah Kitchen tidak terlalu pedas dan sesuai dimakan oleh orang tua mahupun yang muda.
Jangka hayat sambal ini mampu bertahan hingga 12 bulan jika anda simpan dalam peti sejuk selepas dibuka namun digalakkan untuk habiskannya secepat mungkin.
Memang sedap sangat kalau makan bersama nasi panas, ayam goreng atau telur dadar dan salad.
Sambal hitam tradisi Pahang jenama Tokey ini pasti akan menjadi penambah selera untuk anda yang kurang selera makan.
Sambal ini diperbuat daripada ikan bilis, bawang, belimbing buluh, garam, MSG dan cili api, jadi rasanya sangat sedap dan dijamin hingga menjilat jari.
Anda boleh makan sambal ini bersama lemang, nasi goreng atau nasi panas bersama telur mata.
Paling menarik, anda boleh pilih sama ada nak variasi sambal yang pedas atau yang kurang pedas.
Jika pek belum dibuka dan disimpan pada suhu bilik, sambal mampu bertahan hingga 1 bulan.
Jadi, jangan lupa untuk simpan sambal Tokey ini dalam peti sejuk jika mahu tahan lagi lama.
Untuk anda yang nak makan nasi lemak buatan sendiri tapi tidak mahu kotorkan dapur, boleh cuba sambal nasi lemak ready-to-eat dari Ocean Papa ini.
Kalau nak tahan lama, pastikan simpan sambal dalam peti selepas dibuka.
Sambal yang seimbang dari segi rasa manis dan pedas ini telah dimasak lama hingga pecah minyak.
Jadi, wanita yang sibuk boleh terus hidang sambal dengan cepat dan mudah!
Tiada masalah jika guna sambal ini untuk jadi perencah sambal bilis, sambal tumis telur, sotong masak pedas dan asam pedas ayam.
Anda boleh juga hidangnya dengan roti canai, roti putih, roti jala dan mee goreng.
Jika anda nak makan sambal ayam penyet yang dijamin sedap, boleh cuba Tokey sambal penyet ini kerana tak perlu dipanaskan semula, jadi menjimatkan masa anda.
Selain boleh dihidangkan bersama tempe goreng dalam nasi ayam penyet, sambal ini juga enak jika dimakan dengan makanan bergoreng yang lain dan ulam-ulaman.
Anda nak guna sebagai pes perencah nasi goreng, sambal udang, sambal sotong dan ayam sambal juga tiada masalah.
Diperbuat daripada bawang merah, bawang putih, cili api, tomato, gula kerek dan garam.
Sambal yang mengandungi jering, ikan bilis dan petai ini sesuai dimakan oleh anda yang tidak tahu nak masak menu apa lepas sibuk seharian.
Anda yang suka rasa pedas ‘kick’ yang menyengat memang wajib cuba kerana diperbuat menggunakan cili padi dan cili merah yang dijamin berapi.
Selain boleh dimakan begitu sahaja, ia juga sedap jika dijadikan perencah untuk masak sambal udang, nasi goreng dan mee goreng.
Kalau anda nak buat ikan cencaru goreng atau bakar sumbat dengan sambal Gila Betty’s Kitchen ini pun boleh.
Kelazatannya lebih berganda jika dipadukan dengan tempoyak, confirm nasi bertambah sampai berpinggan-pinggan!
Hidangan ayam bakar untuk seisi keluarga dapat disediakan semudah ABC dengan sambal ikan bakar Demuara.
Walaupun sebenarnya khas untuk menu ikan bakar, namun sambal ini boleh juga sesuai digunakan untuk protein lain seperti ayam, sotong, ketam dan kupang.
Resepi sambal ini merupakan tradisi turun temurun, jadi memang sedap dinikmati sehingga menjilat jari.
Cara nak makan mudah sahaja, sapu sambal pada ikan atau ayam yang hendak dibakar.
Kemudian balut ayam atau ikan tadi dengan daun pisang sebelum dibakar dan jangan lupa perah limau semasa menghidang agar rasa lebih ‘kick’.
Kalau dah bosan makan ayam dan daging, apa kata anda cuba makan nasi dengan sambal bilis yang pedas berapi dan rangup ini pula.
Sambal ini dibungkus dalam mini pack yang mudah dibawa ke mana-mana terutamanya jika nak melancong di dalam atau ke luar negara.
Boleh beli banyak-banyak sebagai stok lauk di rumah atau bekal di pejabat dan untuk anak-anak yang tinggal di asrama.
Sesuai juga jika dijadikan goodies untuk sebarang majlis kerana harganya murah.
Sambal bilis ini resipi turun temurun dan masa renehan yang lama menjadi rahsia keenakannya, jadi memang rugi kalau tidak cuba.
Sambal soto Enaq ini bukan sahaja lazat dimakan dengan soto ayam, malah juga boleh dinikmati dengan makanan berkuah yang lain seperti bakso, bihun sup dan mee sup.
Sambal ini akan memudahkan kehidupan harian anda sebab tidak perlu lagi berkecah di dapur, kisar bawang, asam jawa dan cili semata-mata untuk membuat sambal.
Dijamin tidak cukup dengan hanya sebotol!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih sambal?
Ada banyak jenis sambal dipasaran dan ini semestinya akan menyukarkan pemilihan sambal terbaik untuk lengkapkan hidangan di rumah.
Sebelum beli sambal, pastikan anda perhatikan dulu perkara-perkara berikut.
-
Tarikh luput
Pastikan anda beli sambal yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan tidak mudah basi.
-
Harga sambal
Harga sambal amat penting untuk diteliti terutamanya jika anda mempunyai bajet yang terhad.
-
Jenis-jenis sambal
Terdapat pelbagai jenis sambal ready-to-eat yang dijual di pasaran, antaranya, sambal nasi lemak, sambal ayam penyet, sambal hijau dan sambal hitam.
Jadi, pilih sahaja sambal kegemaran anda.
-
Jenis pembungkusan sambal
Jika anda ingin membawa sambal yang dibeli untuk dimakan ketika melancong di luar negara, pilihlah sambal yang telah dibungkus dengan betul.
Lebih baik jika anda beli sambal yang dibungkus dalam sachet, aluminium food packaging atau travel pack.
Namun, jika anda nak makan sambal di rumah, tiada masalah untuk beli sambal dalam botol.
Artikel Berkaitan
- 7 Jenis Lesung Batu Moden (Penumbuk) Terbaik 2024
- 10 Sos Ikan Halal di Malaysia 2024 - Sedap & Bagus
- 17 Jenis Biskut Raya Terbaik, Sedap & Popular di Malaysia 2024
- 11 Makanan Sahur yang Sihat & Berkhasiat (Tahan Lama) 2024
- 9 Jenis Madu Terbaik & Berkualiti di Malalaysia 2024