Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Body mist terbaik

8 Body Mist Terbaik di Malaysia 2024 - Pewangi Tahan Lama

Body mist merupakan sejenis semburan bauan badan untuk memberikan aroma segar dan lembut pada kulit.

Pewangi badan wanita ini bertindak seperti minyak wangi atau essential oil dan sangat membantu mereka yang sering berpeluh untuk kekal segar.

Body mist biasanya memiliki konsentrasi pewangi yang lebih rendah, sehingga memberikan aroma yang lebih ringan, tahan lama dan mudah melekat pada kulit.

Bagi anda yang menjaga bau badan dan kerap berpeluh sangat disarankan untuk menggunakan body mist setiap hari agar badan kekal wangi.

Jangan pening, jangan risau! Jom kita lihat senarai body mist terbaik yang sesuai untuk anda.


Penyunting

Senarai 8 Body Mist Terbaik Untuk Badan

Body mist terbaik secara keseluruhan
Bare Vanilla Shimmer Victoria Secret Body Mist
Bare Vanilla Shimmer Victoria Secret Body Mist
From
RM12.00
Check Bare Vanilla Shimmer Victoria Secret Body Mist price below:
add_circle Bau manis yang lembut
add_circle Ketahanan bau sehingga 8 jam
add_circle Masih wangi walaupun berpeluh
remove_circle Shimmer boleh melekat pada wajah

Sebab menjadi pilihan utama:

Bauan manis yang menyegarkan dan tidak membuatkan anda pening, serta bauan tahan sehingga 8 jam selepas penggunaan.

Ciri-ciri:

Bau wangi pada badan bukan untuk menarik perhatian orang ramai, tapi untuk memberi keyakinan buat diri sendiri. 

Dengan cuaca di Malaysia agak panas dan lembap boleh membuatkan badan kita sangat mudah untuk berpeluh dan berbau. 

Penggunaan body mist ini membantu memberikan bauan yang harum pada badan anda sepanjang hari.

Jangan risau, badan tetap berbau wangi jika bercampur dengan peluh. Badan anda akan kekal wangi dan berbau manis sahaja!

Badan juga ada kesan kilauan pada kulit selepas semburan membuatkan anda nampak lebih menarik.. 

Review:

“Bau badan akibat peluh makin berkurang bila pakai body mist. Kekal wangi sehingga petang ”

Body mist untuk remaja
Body Mist DeXandar
Body Mist DeXandar
From
RM20.00
Check Body Mist DeXandar price below:
add_circle Pewangi rambut dan badan
add_circle Wangian untuk fabrik
add_circle Penyegar udara
add_circle 5 pilihan wangian
remove_circle Pembelian secara online sahaja

Body mist bukan sahaja untuk orang dewasa, remaja juga sesuai menggunakannya dan tambahan pula harga body mist DeXandar murah. 

Pewangi badan ini mempunyai pilihan bauan dari floral, buah-buahan sehingga ke bauan yang manis. Anda pilih sahaja!

Paling menarik dan menjimatkan, body mist ini boleh diguna pada rambut dan fabrik seperti kusyen, sofa atau langsir bagi menghilangkan bau kurang menyenangkan. 

Tahap ketahanan juga lama dan tidak memerlukan banyak semburan untuk pastikan ia kekal wangi.

Bukan itu sahaja, body mist jenama ini juga boleh dijadikan penyegar ruang udara sekali. Sudahlah murah, banyak kegunaannya!

Body mist drugstore terbaik
ALIA Floral Scented Body Mist Harmony 100ml
ALIA Floral Scented Body Mist Harmony 100ml
From
RM16.92
Check ALIA Floral Scented Body Mist Harmony 100ml price below:
add_circle Bau tahan lama
add_circle Harga yang mampu milik
add_circle Terdapat habbatussauda dan jeju Tea Tree ekstrak
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Pilihan bau yang terhad

ALIA Floral Scented Body Mist Harmony mempunyai bauan yang kaya dengan bunga yang manis dan akan buatkan anda terasa kekal segar. 

Body mist ini diformulasi dengan Habbatus Sauda dan juga Jeju Tea ekstrak yang bagus untuk melembapkan kulit. 

Bukan itu sahaja, pewangi badan ini kaya dengan antioksidan, bau badan wangi serta kulit anda juga terjaga dan sihat.

Haruman bunga manis ini pastinya membuatkan anda jatuh cinta dan boleh didapati di seluruh drugstore di Malaysia.

Body mist tahan lama
IZZI HIJAB BODY MIST
IZZI HIJAB BODY MIST
From
RM5.50
Check IZZI HIJAB BODY MIST price below:
add_circle Kegunaan untuk hijab dan badan
add_circle Wangian kekal sepanjang 8 jam
add_circle Tidak meninggalkan kesan semburan pada fabrik
add_circle Lembut pada kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

2 in 1! Siapa sahaja yang tidak mahukan body mist yang juga boleh dijadikan pewangi untuk hijab atau pakaian.

Izzi Hijab Body Mist dijual dengan harga yang murah tetapi tetap berkualiti kerana boleh memberikan ketahanan wangian sehingga 8 jam. 

Bukan hanya mampu membuatkan bauan badan kekal wangi, kulit anda juga terjaga dengan bantuan PPG-20 Methyl Glucose Ether yang menjadikannya lembut pada kulit. 

Jika anda sudah seharian berpeluh memakai hijab, anda hanya semburkan Izzi Hijab Body Mist pada tudung untuk kembalikan kesegaran.

Anda jangan risau, tudung anda tidak akan rosak kerana pewangi ini tidak meninggalkan kesan semburan pada fabrik tudung.

Body mist yang tidak mengeringkan kulit
Elianto Perfume Body Mist
Elianto Perfume Body Mist
From
RM16.99
Check Elianto Perfume Body Mist price below:
add_circle 11 pilihan bauan
add_circle Terdapat glycerin
remove_circle Wangian tahan sehingga 2 jam sahaja

Body mist Elianto ini boleh dicari di butik ataupun atas talian sangat mudah untuk anda buat pembelian.

Untuk anda peminat bauan yang manis, body mist ini ada 11 piliahn bauan yang haruman dari bau buah-buahan manis hingga bauan floral.

Anda hanya perlukan beberapa semburan sahaja dah cukup membuatkan seluruh badan anda harum dan segar. 

Jangan risau, kulit anda juga akan terjaga dengan kandungan glycerin dalam body mist ini akan memastikan kulit kekal lembut dan lembap.

Body mist untuk kanak-kanak
SilkyGirl Fragrance Mist for Hair Body
SilkyGirl Fragrance Mist for Hair Body
From
RM7.59
Check SilkyGirl Fragrance Mist for Hair Body price below:
add_circle Ketahanan bau sehingga 6 jam
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Wangian untuk badan dan rambut
add_circle Menyegarkan kulit kepala
remove_circle Kuantiti sedikit

Bila badan anda kekal wangi seharian, diri pun turut ceria dan bersemangat sepanjang masa betul tak?

Body mist Silkygirl ini bukan hanya untuk badan, tapi anda boleh gunakannya untuk rambut juga tau.

Dengan harga yang murah, produk berkualiti ini sangat menjimatkan kerana ada fungsi 2 dalam 1. Sangat menjimatkan! 

Mempunyai bauan floral, manis dan citrus segar akan membuatkan anda kekal wangi sepanjang hari.

Body mist ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada kawan, adik atau saudara anda. Pasti mereka akan sukakannya.

Body mist untuk badan berpeluh
Pucelle Mist Cologne
Pucelle Mist Cologne
From
RM5.90
Check Pucelle Mist Cologne price below:
add_circle Bau yang tahan lama
add_circle Castor oil bagi melembapkan kulit
add_circle Boleh digunakan pada fabrik
add_circle Bauan yang ringan
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan bau body mist Pucelle, harga yang murah dan baunya sangat wangi. 

Paling penting, harga yang murah tak bermakna body mist ini tak berkualiti kerana bauannya memberikan kesan haruman dalam tempoh yang lama tau. 

Bila cari body mist, pastikan ada castor oil untuk memastikan kulit anda juga kekal lembap tidak kering akibat alkohol yang terkandung di dalamnya. 

Kegunaan 2 dalam 1, untuk body mist dan perfume! Sudahlah murah, tahan lama..rugi kalau anda tak cuba sendiri. 

Perlu diingatkan, body mist ini mungkin boleh menyebabkan iritasi jika anda ada kulit sensitif.

Body mist tahan lama
Champagne Toast Body Mist Bath Body Works
Champagne Toast Body Mist Bath Body Works
From
RM21.75
Check Champagne Toast Body Mist Bath Body Works price below:
add_circle Ada Peg-120 Methyl Glucose Dioleate
add_circle Bau tahan lama
add_circle Mengandungi Cocamidopropyl Betaine
add_circle Mengandungi Oleth-10
remove_circle Ammonium Lauryl Sulfate menyebabkan masalah iritasi

Champagne Toast Body Mist Bath Body Works yang memberikan kelembapan pada kulit sekaligus membuatkan anda harum sepanjang hari.

Body mist ini mengandungi Cocamidopropyl Betaine yang akan melindungi kulit anda dari kering dan kekal lembap sepanjang hari. 

Selain itu, body mist ini turut mengandungi bahan Oleth-10 yang akan membantu menyingkirkan kotoran pada kulit anda.

Bauan mewah seperti sparkling berries dan sweet tangerine pastinya memberikan keharuman yang segar untuk anda. 

Paling menariknya, Peg-120 Methyl Glucose Dioleate antara bahan yang membantu mengurangkan masalah iritasi kulit dari berlaku akibat kandungan alkohol.


Perfume vs Body Mist

Perbezaan terutama pada body mist dan perfume adalah pada kandungan kepekatan minyak serta alkohol.

Body mist mempunyai kandungan yang lebih rendah pada kepekatan minyak dan tinggi kandungan alkohol.

Tapi perfume mempunyai kandungan yang tinggi untuk semua bahannya terutama pada kepekatan minyak dan rendah alkohol atau air. 

Bila kandungan kepekatan minyak tinggi, harganya akan menjadi lebih mahal tetapi ketahanan bau juga lebih lama. 

Body mist pula mempunyai ketahanan bauan wangi hanya beberapa jam sahaja paling lama sehingga 8 jam.

Bagaimanapun, perfume pula ada masanya kita dah basuh baju pun masih melekat baunya.


Cara Pakai Body Mist

Sama seperti anda menggunakan perfume begitu juga cara menggunakan body mist, jom kami kongsikan langkah mudah pakai body mist. 

Berikut ini adalah cara menggunakan body mist:

  1. Pastikan tubuh anda bersih dan kering sebelum menggunakan body mist.
  2. Goncang botol body mist anda terlebih dahulu sebelum digunakan supaya bahan-bahan yang ada di dalamnya dicampur dengan baik.
  3. Halakan body mist sekitar 20 cm dari tubuh anda dan kami nasihatkan jangan spray terlalu dekat supaya cecair body mist ini dapat terkena pada seluruh badan.
  4. Semburkan body mist ini ke arah tubuh dan jangan ke arah wajah atau mata dan pastikan untuk menutup mulut dan hidung.
  5. Biarkan body mist kering di kulit anda. 
  6. Anda boleh gunakan body mist mengikut kesesuaian anda sepanjang hari.

Apa pun, pilihlah body mist yang terbaik yang mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan 

End of Article