Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
makanan basah kucing

9 Makanan Basah Kucing Terbaik di Malaysia 2024 (Tin,Sachet)

Pelbagaikan jenis makanan supaya mereka tak bosan.

Tahukah anda, kucing memerlukan 41 nutrient untuk mengekalkan kesihatannya dan selepas umurnya setahun, keperluan nutrien akan berubah sekali lagi bila umurnya mencecah 7 tahun.

Malah, jenis makanan untuk mereka juga perlu dipelbagaikan supaya mereka tak bosan dan dapat nutrien yang cukup dari setiap jenis makanan.

Jadi selain beri makanan kucing jenis kering atau kibbles, pemberian jenis makanan basah kucing juga penting untuk tumbesaran dan kesihatan si bulus.

Lagipun nutrisi yang ada pada makanan kucing dalam tin sedikit berbeza berbanding kibbles biasa. 

Cuma mana satu wet food terbaik untuk si comel? Adakah dinilai dari harga makanan kucing basah?

Jadi kami mudahkan anda dengan menyenaraikan jenama wet food kucing terbaik untuk kucing anda. Jom lihat!


Penyunting

Senarai 9 Jenama Wet Food Kucing Terbaik

Makanan kucing terbaik secara keseluruhan
Fussie Cat USA Premium Cat Canned
Fussie Cat USA Premium Cat Canned
From
RM3.85
Check Fussie Cat USA Premium Cat Canned price below:
add_circle Mengandungi taurin
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama makanan basah kucing dari Fussie Cat dapat memastikan kucing anda menerima nutrien yang diperlukan secukupnya supaya pertumbuhan dan tumbesaran sempurna.

Ciri-ciri:

Kandungan dalam makanan basah kucing ini mengandungi nutrisi yang seimbang dan kaya dengan taurin.

Jadi dapat beri kesihatan yang baik pada bahagian penglihatan dan mencegah jangkitan saluran kencing.

Selain itu, dengan kandungan yang kaya dengan nutrisi, taurin dan vitamin dapat memberi pencegahan jangkitan pada saluran kencing.

Terdapat lebih 10 jenis pilihan perisa, anda boleh pilih mana-mana untuk dihidangkan pada si bulu.

Review:

“Boleh dikatakan jenama paling bagus dan terbaik untuk makanan kucing saya, dia pun tak muntah dengan kerap dah,”

Makanan basah untuk ibu kucing
Whiskas Ocean Fish 400g
Whiskas
Whiskas Ocean Fish
From
RM4.50
Check Whiskas Ocean Fish 400g price below:
add_circle Bagus untuk bulu
add_circle 100% lengkap nutrien
add_circle Mengandungi 41 zat
remove_circle Sedikit berbau hanyir

Genap satu tahun si comel melangkah ke alam dewasa kadar nutrien yang diperlukan adalah berbeza.

Malah, pada usia ini kucing memerlukan bekalan protein yang 4x lebih tinggi berbanding manusia.

Jadi, produk Whiskas mengandungi 41 zat makanan dan direka khas untuk memastikan si comel dibekalkan dengan nutrien 100% yang lengkap dan seimbang.

Diperbuat daripada ikan segar yang lazat, berkhasiat dan mengandungi lebih air untuk kesihatan dalaman si bulu.

Kandungan air ini memastikan kesihatan saluran kencing dan kandungan kalorinya lebih rendah berbanding makanan kering.

Makanan basah kucing premium
MISHA Wet Canned Cat Food 400g
MISHA Wet Canned Cat Food 400g
From
RM4.50
Check MISHA Wet Canned Cat Food 400g price below:
add_circle Tiada bahan pengawet
add_circle Tiada campuran jagung
add_circle Tidak mengandungi gelatin
remove_circle Harga mahal

Makanan kucing jenis basah dengan berat 400g ini mengandungi isi tuna 100% tanpa bahan pengawet dan nutrisi yang mencukupi untuk seekor kucing.

Antaranya bagus untuk penghadaman, membri penglihatan yang baik, baik untuk bulu dan kulit.

Ini kerana mengandungi protein, taurin, minyak Omega 3 & 6 untuk kulit sihat dan bulu bersinar serta antioksidan membantu melindungi sel dan tisu.

Kandungan yang ada dalam tin ini adalah tuna, minyak kacang soya, carrageenan, vitamin dan mineral penting, antioksidan. 

Analisis nutrisi dalam jenama tin ini adalah;

  • Protein mentah: 13%
  • Lemak mentah: 2.5%
  • Serat mentah: max 1%
  • Lembapan: max 82%
Makanan kucing basah
SmartHeart Cat Canned Food 400g
SmartHeart Cat Canned Food 400g
From
RM3.29
Check SmartHeart Cat Canned Food 400g price below:
add_circle Makanan seimbang dan berkhasiat
add_circle Terdapat pelbagai pilihan perasa
remove_circle Tidak boleh disimpan lama

Bagi anda yang memiliki bajet terhad, makanan basah kucing ini sangat pilihan yang tepat.

Bukan saja murah tapi nutrisi yang terkandung dalam makanan ini dapat beri beberapa kebaikan pada kesihatan si bulus.

Antaranya menguatkan gigi serta tulang, meningkatkan imun sistem, menguatkan otot, memberikan bulu bersinar dan menguatkan penglihatan.

Ini kerana makanan kucing dari jenama Smartheart mengandungi protein, taurin, vitamin, minerals dan lemak.

Makanan kucing tuna basah
ProDiet Wet Cat Food Adult 400g
ProDiet Wet Cat Food Adult 400g
From
RM4.66
Check ProDiet Wet Cat Food Adult 400g price below:
add_circle Membantu penghadaman
add_circle kandungan protein tinggi
add_circle Tidak mengandungi pengawet
remove_circle Tidak tahan lama

ProDiet Wet Food dibuat dengan ikan segar dan penuh dengan nutrien penting seperti taurin dimana bagus antung dan penglihatan yang baik. 

Padat dengan protein dan asid lemak omega-3 untuk membantu kucing anda kekal sihat dan bulu berkilat. 

Dibuat tanpa sebarang pengawet tambahan, jadi kucing anda kurang risiko dijangkiti penyakit barah.

Makanan kucing ini mempunyai pelbagai perisa seperti ikan, ayam, tuna dan salmon.

Makanan kucing basah murah
Kucinta Cat Canned Food 400g
Kucinta Cat Canned Food 400g
From
RM3.09
Check Kucinta Cat Canned Food 400g price below:
add_circle Terdapat pelbagai perisa
add_circle Bagus untuk diet
add_circle Tinggi protein
remove_circle Susah dapat dipasaran

Walaupun murah tapi kandungan nutrien dalam makanan basah ini mengandungi 4 nutrien penting.

Antaranya omega 3, protein, antioksidan, anti-radang dan mineral dimana semuanya bagus untuk otot, bulu dan kulit.

Malah dengan kandungan tinggi taurin, dapat memberikan penglihatan dan jantung yang baik untuk si bulu.

Analisis nutrisi dalam jenama tin ini adalah;

  • Protein mentah: 10.0-14.0%
  • Lemak mentah: 2.0%
  • Serat mentah: 1.0%
  • Garam: 1.0%
Makanan kucing basah murah
Snappy Tom Cat Canned Food 400g
Snappy Tom Cat Canned Food 400g
From
RM3.52
Check Snappy Tom Cat Canned Food 400g price below:
add_circle Terdapat pelbagai perisa
add_circle Bebas produk sampingan
add_circle Tidak mengandungi pewarna
remove_circle Sukar dapat di pasaran

Apa yang best dengan jenama wet food kucing terbaik, Snappy Tom ini adalah mempunyai 8 jenis pilihan perisa untuk si bulu.

Antaranya Sardines in Smoked Salmon Jelly, Whole Fish, Tuna bersama Sardine Chunk, Tuna bersama ayam, ayam,  ayam bersama hati lembu, ayam bersama kepingan tuna dan kambing.

Dalam setiap tin akan mengandungi protein, agen pembentukan gel, pewarna dibenarkan, taurin, mineral dan vitamin.

Paling penting tidak mengandungi bahan tiruan dan menggunakan isi protein yang baik untuk kucing.

Dalam makanan basah Snappy mengandungi jumlah nutrien yang telah analisis iaitu;

  • Protein mentah: 10.0%
  • Lemak mentah: 1.5%
  • Serat mentah: 1.0%
  • Garam: 1.0%
Makanan kucing basah sachet
Sheba Melty Mix Flavour Creamy Cat Treats
Sheba Melty Mix Flavour Creamy Cat Treats
From
RM4.97
Check Sheba Melty Mix Flavour Creamy Cat Treats price below:
add_circle Harga murah
add_circle Tekstur berkrim
remove_circle Pilihan perisa sedikit

Jenis makanan kucing basah sachet jenama Sheba ini mempunyai tekstur berkrim dan rasa sedap.

Terdapat dua pilihan perisa iaitu tuna dan tuna & makanan laut  yang dihasilkan dari isi protein sebenar.

Walaupun bungkusan kecil tapi mengandungi nilai kalori yang cukup untuk saiz hidangan kecil iaitu 8 Kcal.

Dengan cara beri makanan menggunakan tangan anda sendiri dapat membina hubungan rapat antara anda dan si bulu.

Makanan kucing yang bagus
Me-O Wet Food
Me-O Wet Food
From
RM3.75
Check Me-O Wet Food price below:
add_circle Diperbuat daripada isi protein yang sebenar
add_circle Kandungan nutrisi seimbang
add_circle Terdapat pelbagai vitamin
add_circle Mengandungi taurin plus
remove_circle Harga mahal

Makanan kucing basah dari jenama Me-O mengandungi isi daging dan ikan sebenar.

Kemudian dicampur dengan pelbagai tekstur dan perisa mengikut kesesuaian kucing.

Malah, jenama makanan basah kucing dari Me-O ini menambah pelbagai vitamin untuk meningkatkan imunisasi si bulu.

Selain itu, terdapat empat lagi nutrisi penting dalam makanan basah jenis Me-O ini antaranya protein, lemak, mineral dan taurin plus.

Semua nutrisi ini dapat memastikan otot dalam keadaan baik, bulu kucing yang bersinar, kulit yang sihat, menguatkan tulang dan gigi serta dapat beri penglihatan yang tajam.

Boleh dikatakan makanan basah jenama Me-O ini mengandungi natrium yang seimbang.


Cara Simpan Makanan Kucing Dalam Tin 

Tidak dinafikan makanan basah kucing dapat menaikkan selera si bulu.

Jadi perkara utama yang anda perlu tahu soal makanan basah kucing adalah cara simpan supaya tidak mudah basi.

Ini kerana makanan basah kucing tidak sama seperti makanan kucing kering yang boleh disimpan pada suhu bilik apabila sudah dibuka.

Jika dibiarkan lebih dari 4 jam di suhu bilik dalam keadaan terbuka, bakteria lebih mudah aktif dan cepat membiak.

Sebaiknya, selepas buka tin makanan basah ini tutup semula dengan plastik atau apa saja asalkan ditutup dengan penuh 

Bila sudah tin sudah ditutup, pastikan anda simpan makanan tersebut dalam peti sejuk yang bersuhu  4-7 darjah celsius.

Kemudian, pastikan anda mencedok dengan sudu yang bersih supaya dapat mengekalkan kesegaran serta nutrisi makanan.

Akhir sekali makanan basah kucing yang disimpan dalam peti ais perlulah dibuang selepas 5 hari.

Ini kerana makanan mereka yang sudah bercampur dengan udara secara tidak langsung akan mengubah rasa dan tekstur.


Artikel Berkaitan

End of Article