Fesyen

10 Jam Tangan Couple Terbaik 2026 (Original & Model Terbaru)

Nak beli jenama jam tangan terbaik untuk pasangan pastikan mempunyai ciri jam tangan yang paling tahan lama. Jadi jom lihat senarai jam tangan couple set.


Editor · 23 Dec 2022, 11:49am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Jam Tangan Couple Terbaik 2026 (Original & Model Terbaru)

Nak tunjukkan kasih sayang pada pasangan tapi tak tahu bagaimana caranya? 

Senang je! Hadiahkan jam tangan couple set untuk pasangan supaya si dia rasa anda wujud dalam cerita hidupnya.

Kandungan

Tapi pastikan anda beri jenama jam tangan yang terbaik untuk si dia, jika tidak dirinya rasa kurang dihargai.

Bagi memudahkan anda, kami tolong senaraikan jenama jam tangan yang paling tahan lama jenis couple set. Jom pilih!


Senarai 10 Jam Tangan Couple Set

WISHDOIT Couple Watch Set Original Jam Tangan Pasangan
Jam tangan couple terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
WISHDOIT Couple Watch Set Original Jam Tangan Pasangan
Partnership with
Dari RM59.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Terdapat ciri anti kabus
Tempoh jaminan 3 tahun
Tidak boleh terkena air panas
1 lagi
Tali jam selesa dipakai

Sebab menjadi pilihan utama:

Selain kalis air dan kalis hentakan, jam tangan couple WISHDOIT ini diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti tinggi. 

Ciri-ciri:

Jam tangan paling tahan lama ini tak mudah rosak atau tercalar jika dijaga dengan baik. 

Mempunyai pelbagai pilihan warna jam untuk anda dan pasangan, antaranya warna perak biru, perak hitam, perak putih, emas putih, emas biru dan emas hitam. 

Memang sesuai dimiiliki oleh anda yang sentiasa sibuk kerana direka dengan fungsi kalendar. 

Tambah pula, rekaan jam tangan ini kelihatan seperti high end brand.

Review:

“Memang sesuai dibeli untuk dijadikan hadiah anniversary untuk suami atau isteri. Kotak jam pun cantik”

Men Women Couple Set Polo Watch Stainless Steel Water Resistant
Jam tangan anti karat 2 daripada 10
Men Women Couple Set Polo Watch Stainless Steel Water Resistant
Partnership with
Dari RM29.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Unisex
Tahan air
Harga sedikit mahal
2 lagi
Pelbagai pilihan warna
Strap jenis stainless steel

Set jam tangan couple jenama Polo ini sangat sesuai dijadikan hantaran atau hadiah hari jadi pasangan. 

Boleh juga dijadikan hadiah untuk ahli keluarga anda seperti ulang tahun perkahwinan ibu bapa.

Ini kerana rekaannya seperti jam tangan berkualiti tinggi dimana bahagian tali jam tersebut menggunakan material besi yang tahan karat.

Seain itu, jam ini mampu tahan air dengan kedalaman 5 meter, jadi tiada masalah jika jam analog ini terkena air hujan atau basah ketika basuh tangan.

X-Gear Auto Light Couples Watch Dual Time XG3796  XG3697
Jam tangan kalis air 3 daripada 10
X-Gear Auto Light Couples Watch Dual Time XG3796 / XG3697
Partnership with
Dari RM94.72
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air
Kalis hentakan
Mudah kotor
3 lagi
Mempunyai lampu
Boleh set penggera
Unisex

Jam tangan couple set X-Gear ini memang terbaik untuk dimiliki oleh pasangan yang sering melakukan aktiviti lasak.

Ini kerana bahagian tali jam diperbuat daripada getah yang kalis air jadi tali jam tidak mudah terputus dan mampu tahan air sedalam 50 meter.

Ciri lain lagi, jam tangan ini mempunyai dua jenis paparan waktu iaitu analog dan digital. 

Selain itu, jam ini mampu set penggera sebanyak 4 kali sebagai penanda aras waktu dan mempunyai lampu untuk dihidupkan ketika keadaan gelap.

Untuk setiap pembelian, anda akan menerima jaminan selama 12 bulan pada bahagian enjin jam.

X-Gear Jam Tangan Tawaf Couple Watch Arabic
Jam tangan tawaf 4 daripada 10
X-Gear Jam Tangan Tawaf Couple Watch Arabic
Partnership with
Dari RM75
Lihat harga di Shopee Malaysia
Waranti 12 bulan
Pelbagai pilihan warna jam
Pusingan anticlockwise (lawan arah jam)
1 lagi
Diperbuat dari stainless steel

Jika anda ingin jam couple set yang unik, boleh dapatkan jam tangan tawaf dengan nombor dalam bahasa Arab ini. 

Dan disebabkan jam ini dalam menggunakan nombor jawi, pergerakan jam ini akan menjadi lawan arah jam.

Jadi pastikan individu yang anda ini hadiahkan ini tahu melihat nombor dalam jawi, kalau tak memang jarang mereka guna.

Material jam ini diperbuat daripada besi tahan karat dan menggunakan kaca jenis hardlex. Memang tahan lasak.

Jam ini mempunyai 4 pilihan warna iaitu white rose gold, white blue, white silver, black silver dan black rose gold. Pilih saja.

Jam tangan analog ini juga kalis air hingga 30 meter dan mempunyai jaminan selama 12 bulan.

Casio MTP-V001GL-1B LTP-V001GL-1B Watch
Jam tangan couple Casio 5 daripada 10
Casio MTP-V001GL-1B LTP-V001GL-1B Watch
Partnership with Casio
Dari RM101
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air
Rekaan klasik
Harga mahal
1 lagi
Bateri tahan 3 tahun

Bagi anda yang mementingkan jenama jam mahal, boleh dapatkan jam jenama Casio untuk pakai sedondon bersama pasangan. 

Ciri lain am ini adalah jenis analog dan rekaan jam juga sesuai dipadankan dengan semua jenis fesyen.

Ditambah pula dengan tali jam diperbuat daripada kulit menjadikan mudah digayakan dengan apa jua warna pakaian.

Tak perlu risau tentang sebarang kerosakan sebab mempunyai tempoh waranti selama 2 tahun.

Casio G-Shock x Baby-G SLV-22B-9 Yellow And Brown Band Couple Set Pair Watch
Jam tangan digital 6 daripada 10
Casio G-Shock x Baby-G SLV-22B-9 Yellow And Brown Band Couple Set Pair Watch
Partnership with
Dari RM1,075
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air hingga 100m
Bateri jam tahan hingga 2 tahun
Harga sangat mahal
1 lagi
Terdapat fungsi kalendar & jam randik

Set jam tangan pasangan G-Shock ini wajib dimiliki mereka yang menggemari jam jenis digital. 

Terdapat juga ciri lampu untuk dinyalakan apabila anda berada dalam keadaan gelap.

Paling penting, jam ini tidak mudah rosak walaupun anda melakukan aktiviti lasak kerana direka kalis hentakan.

Malah, anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan kitaran waktu 12 jam atau 24 jam serta direka dengan ciri penggera untuk anda kunci jam.

SUBMARINE Men Women Watch Couple J-035-LMDD-MT
Jam tangan couple 7 daripada 10
SUBMARINE Men Women Watch Couple J-035-L/MDD-MT
Partnership with
Dari RM133.10
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tali jam jenis logam
Kalis air hingga 30 meter
Harga mahal
1 lagi
Tempoh jaminan 1 tahun

Inginkan jam tangan couple yang sesuai dipakai ke semua acara sama ada formal atau kasual? 

Jam analog jenama Submarine ini adalah pilihan yang tepat kerana reka bentuk jam ini kasual yang menjadikan sesuai untuk semua jenis majlis,

Bahagian buckle jam ini diperbuat daripada bahan jenis clasp dan stainless steel, jadi tidak mudah berkarat. 

Jangan risau, jam ini kalis air dengan kedalaman 30 meter dan mempunyai jaminan selama 1 tahun.

Terdapat pelbagai pilihan warna seperti hitam, putih, perak dan luminous.

Fashion Watch Nylon Strap Couple Watch
Jam tangan murah 8 daripada 10
Fashion Watch Nylon Strap Couple Watch
Partnership with
Dari RM19
Lihat harga di Shopee Malaysia
Banyak pilihan warna menarik
Jam jenis analog
Bateri mudah rosak
1 lagi
Harga murah

Jika anda mempunyai bajet terhad untuk menghadiahkan pasangan anda, boleh hadiahkan set jam tangan murah ini.

Walaupun harganya murah tapi bahagian tali jam ini diperbuat daripada material nilon, jadi tak akan mudah terkoyak. 

Terdapat pelbagai pilihan warna cantik yang boleh dipilih untuk orang tersayang, antaranya hijau muda, biru, hitam, coklat muda, merah jambu, hitam keemasan dan hitam rose gold. 

Sesuai dipakai untuk ke mana-mana sama ada untuk ke acara formal atau keluar berjalan.

Roscani Ryker & Reagan 433-434 Bracelet Couple Watch - Raised Curve Crystal
Jam tangan couple mewah 9 daripada 10
Roscani Ryker & Reagan 433-434 Bracelet Couple Watch - Raised Curve Crystal
Partnership with
Dari RM748
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tali diperbuat dari stainless steel
Terdapat paparan tarikh
Harga mahal
1 lagi
Kalis air

Jam tangan pasangan mewah dari jenama Roscani Paris ini sangat sesuai dihadiahkan pada pasangan anda yang mementingkan kualiti sebuah jam.

Memandangkan jam ini direka khas untuk dipakai acara formal, jadi kurang sesuai dipakai untuk beriadah atau bersukan.

Rekaannya memang mewah kerana jam ini ini diperbuat daripada kaca mineral dan besi tahan karat.

Jangan risau jika jam ini terkena hujan atau air kerana mempunyai ciri tahan air dengan kedalaman 30meter.

Mempunyai tempoh jaminan antarabangsa selama 1 tahun, jadi si pemakai tak perlu risau tentang sebarang kerosakan.

Couple Watch Polo Men Women
Jam tangan couple Polo 10 daripada 10
Couple Watch Polo Men Women
Partnership with
Dari RM28.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air
Rekaan mewah
Kualiti jam biasa-biasa
1 lagi
Tali jam jenis kulit

Untuk peminat jam bertali kulit, kami sarankan anda dan pasangan untuk dapatkan jam tangan couple set ini. 

Terdapat 2 pilihan warna tali jam untuk anda, iaitu warna coklat dan hitam. 

Jadi, anda boleh padankan jam ini dengan pelbagai warna pakaian yang dipakai setiap hari. 

Jam tangan analog ini tahan karat dan sangat sesuai dipakai untuk acara formal dan kasual. 

Cara Memilih Jam Tangan Couple 

Dengan lambakan jenama dan jenis jam tangan couple di pasaran, mesti anda terasa buntu mana satu patut dibeli untuk pasangan. 

Jangan risau, ikuti sahaja tips yang kami kongsikan ini. 

  • Pilih jenama jam tangan yang diinginkan. Jadi, anda perlu tahu jenama jam kegemaran pasangan. 
  • Digalakkan untuk pilih set jam tangan pasangan yang natural bagi memudahkan padanan dengan warna pakaian. 
  • Elakkan pilih jam tangan terlalu berwarna-warni kerana menampakkan penampilan anda terlalu banyak elemen warna.
  • Pilih jam tangan yang mempunyai rekaan sesuai dipakai untuk acara formal dan keluar bersiar-siar.
  • Ketahui jenis material tali jam digemari pasangan sama ada jenis getah, kulit atau stainless steel. 
  • Pilih jam kalis air dan anti-debu jika anda dan pasangan sering melakukan aktiviti lasak bersama-sama. 
  • Pastikan juga jam tangan dibeli mempunyai tempoh jaminan lebih dari satu tahun sekurang-kurangnya.
  • Beli jam tangan sesuai dengan saiz pergelangan tangan pasangan anda kerana kebanyakan jam tangan wanita direka bersaiz kecil, bagaimanapun terdapat juga wanita lebih gemar memakai jam tangan bersaiz besar. 

Apapun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara mengukur lengan sebelum membeli jam tangan. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation