Haiwan Peliharaan

11 Sikat Kucing Terbaik di Malaysia 2026

Nak bulu kucing sihat, kemas dan tidak gugur pastikan anda berus bulu kucing yang dikhaskan. Jadi jom lihat sikat bulu kucing terbaik untuk si bulus anda.


Editor · 15 Nov 2022, 2:53pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Sikat Kucing Terbaik di Malaysia 2026

Bukan mudah nak jaga kebersihan dan kesihatan haiwan peliharaan lebih-lebih lagi yang jenis berbulu, misalnya kucing.

Jadi bagi tuan kucing pasti runsing dengan masalah bulu kucing yang berterbangan dan bersepah di lantai rumah.

Kandungan

Jalan penyelesaiannya adalah memberus bulu kucing bagi mengurangkan gumpalan bulu gugur, menghindari masalah kulit dan sebagainya.

Lagipun, aktiviti ini boleh mengeratkan kasih sayang dan mereka memerlukan bantuan terutama apabila mereka meningkat usia tua.

Jadi, kami nak kongsikan beberapa jenis sikat bulu kucing terbaik yang bagus untuk kesihatan bulu si bulus anda.


Senarai 11 Sikat Kucing Terbaik

GUN PET Pet Cat Self Grooming Massage Brush
Sikat kucing terbaik secara keseluruhan 1 daripada 11
GUN PET Pet Cat Self Grooming Massage Brush
Partnership with
Dari RM4.84
Lihat harga di Shopee Malaysia
Terdapat 3 pilihan warna
Harga murah
Perlu ajar kucing cara guna alat ini
1 lagi
Lembut & selamat digunakan

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Berus kucing ini akan mudahkan rutin harian anda yang sibuk untuk mendandan si bulus kerana boleh diletakkan pada dinding atau hujung perabot. 

Ciri-ciri;

Produk sikat bulu kucing ini mudah untuk pemilik kucing kerana kucing boleh menggesel badan mereka sendiri pada alat ini.

Anda juga juga boleh sikat bulu kucing dan buang bulu yang gugur secara manual. 

Cuma anda disarankan untuk letakkan Catnip pada alat ini untuk menarik perhatian kucing agar menggunakan sikat bulu kucing terbaik ini. 

Review;

‘Berus diperbuat daripada bahan yang kuat, jadi tak mudah patah. Nak letak kat mana-mana dinding pun mudah sebab ada 4 skru dan 4 tape double-sided. Kucing pun suka guna berus ni,

WaggyWaggy Budget Needle Comb Cat
Sikat bulu terbaik untuk anak kucing 2 daripada 11
WaggyWaggy Budget Needle Comb Cat
Partnership with
Dari RM1.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Pemegang anti gelincir
Tidak menyebabkan alergik
2 lagi
Sesuai untuk anjing & kucing
Harga murah

Sikat bulu kucing yang diperbuat daripada plastik dan stainless steel ini boleh digunakan untuk merapikan kucing dewasa dan anak kucing.

Jangan risau, sikat bulu kucing ini sesuai untuk pelbagai jenis saiz dan bulu kucing. 

Sangat mudah untuk dibersihkan kerana hanya perlu menekan butang, kemudian bulu-bulu kucing yang melekat pada alat boleh ditarik dengan mudah untuk dibuang.

Terdapat 5 pilihan warna berus yang boleh dipilih oleh semua pencinta kucing.

Pet Flea Comb
Sikat kutu kucing 3 daripada 11
Pet Flea Comb
Partnership with
Dari RM4.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Terdapat 2 pilihan saiz
Pelbagai pilihan warna
2 lagi
Harga sangat murah
Sesuai dengan semua jenis kulit haiwan

Jika kucing anda mengalami masalah kutu, memang wajib guna sikat kutu yang direka seperti jarum ini untuk menghilangkan kutu dan telurnya. 

Boleh digunakan juga pada mana-mana haiwan berbulu yang menghadapi masalah yang sama. 

Yang penting, rekaannya ergonomik, jadi selesa untuk dipegang. Sikat kutu kucing ini boleh digunakan pada si bulus yang berbulu panjang. 

Alat ini turut bagus untuk membersihkan kekotoran atau merapikan bulu kucing yang kusut.

Berus kucing jenis silikon 4 daripada 11
PET Silicone Bath Brush Massage
Partnership with
Dari RM4.36
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga murah
Lembut & elastik
2 lagi
Selesa dipegang
Boleh urut badan kucing

Berus silikon ini sesuai digunakan untuk memandikan kucing atau anjing peliharaan anda.

Ini kerana boleh membersihkan kulit dan bulu haiwan dengan bagus dan mendalam. 

Turut berkesan untuk exfoliate badan kucing supaya selepas ini si bulus anda dah tak takut terkena air lagi. 

Terdapat 3 pilihan warna berus yang disediakan untuk iaitu biru, merah jambu dan kuning. 

Paling bagus, pengguna boleh letak sabun atau syampu kucing ke dalam lubang kecil yang tersedia pada berus ini. 

Jadi, apabila bahagian atas berus ditekan, syampu tadi akan keluar daripada bahagian bawah. 

Sekali gus syampu akan berbuih dengan banyak walaupun kuantiti yang digunakan sedikit. 

Pet Cat Grooming Glove
Sarung tangan buang bulu kucing 5 daripada 11
Pet Cat Grooming Glove
Partnership with
Dari RM2.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Bahagian tapak tangan jenis silikon
Persis seperti sentuhan tangan
Perlu cuci sarung tangan terus
1 lagi
Mudah dibersihkan

Bukan mudah nak bersihkan kucing sebab terutama kucing yang suka gigit tangan kita. 

Bagi penyelesaian ini, anda disarankan untuk guna sarung tangan khas ini untuk buang bulu kucing yang gugur atau untuk deshedding. 

Sesuai dipakai oleh semua jenis saiz tangan kerana direka dengan velcro strap yang boleh disesuaikan mengikut keperluan. 

Boleh juga digunakan untuk urut kepala, muka, ekor atau perut kucing anda. 

Sarung tangan ini turut diperbuat dari fabrik yang breathable, jadi tapak tangan anda tak mudah berpeluh.

2 in 1 Pet Hair Dryer And Comb
Sikat bulu kucing kusut 6 daripada 11
2 in 1 Pet Hair Dryer And Comb
Partnership with
Dari RM26.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai dengan anjing & kucing
Rekaan ergonomik & ringan
Perlu kuasa elektrik
2 lagi
Tidak berbunyi bising
Ada ciri keselamatan

Pengering bulu kucing 2 dalam 1 ini pula boleh menjimatkan masa anda untuk bersihkan kucing kerana boleh rapikan bulu kucing yang bergumpal atau kusut. 

Boleh digunakan selepas mandikan kucing atau untuk keringkan bulu kucing selepas terkena air hujan. 

Suhu pengering bulu kucing ini juga boleh dilaraskan jadi anda boleh pilih ikut ketebalan bulu kucing. 

Jangan risau, alat ini tidak akan sakiti kucing sebab angin pengering rambut sangat lembut walaupun kuat. 

Jadi, tak akan rosakkan bulu kucing comel anda.

SUPERSAVE Pet Comb Fur Removal
Sikat untuk kucing berbulu pendek 7 daripada 11
SUPERSAVE Pet Comb Fur Removal
Partnership with
Dari RM9.98
Lihat harga di Shopee Malaysia
Pemegang sikat ergonomik
Sesuai dengan anjing & kucing
1 lagi
Tidak akan menyakitkan kulit haiwan

Apa yang menarik tentang sikat untuk kucing ini ialah harganya murah tapi kualitinya tak mengecewakan. 

Ini kerana boleh mengurangkan masalah bulu gugur atau shedding sehingga 90%. 

Sikat ini yang diperbuat daripada stainless steel akan membuang bulu-bulu yang telah gugur dengan selamat dan cepat. 

Bahagian pemegang sikat ini turut direka dengan ciri anti gelincir. 

Paling penting, lengkap dengan butang Quick Release yang memudahkan pemilik kucing untuk membuang bulu-bulu gugur yang melekat pada sikat.

Cat Comb Pet Hair Removal
Sikat untuk kucing bulu panjang 8 daripada 11
Cat Comb Pet Hair Removal
Partnership with
Dari RM6.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh urut kucing
Terdapat 3 pilihan warna sikat
Kurang sesuai untuk anak kucing
2 lagi
Bulu kusut mudah dileraikan
Sesuai juga untuk anjing & arnab

Sikat kucing ini mempunyai butang Self-Cleaning agar bulu kucing yang terlekat pada sikat boleh dibersihkan dengan mudah. 

Berus ini tidak akan mencenderakan anda ataupun haiwan peliharaan ketika proses merapikan bulu kucing. 

Dalam masa yang sama, penggunaan sikat ini akan meningkatkan peredaran darah kucing anda. 

Lagi bagus, bahagian pemegang jenis anti gelincir dan sangat selesa untuk anda pegang. 

Berkesan juga untuk hilangkan kekotoran pada kucing yang berbulu panjang dan pendek.

Stainless Steel Comb for Cat Dog
Sikat kucing stainless steel 9 daripada 11
Stainless Steel Comb for Cat Dog
Partnership with
Dari RM11.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Merapikan bulu kucing
Boleh urut badan haiwan
Kurang efektif
1 lagi
Boleh singkirkan kekotoran pada bulu kucing

Walaupun nampak macam tajam, tapi anda boleh guna sikat ini untuk berus bulu kucing dengan selamat kerana bahagian hujungnya jenis bulat. 

Diperbuat daripada stainless steel, sikat bulu kucing ini dijamin tidak akan mudah patah. 

Selain boleh buang bulu gugur, turut berkesan untuk hilangkan kekusutan pada bulu si comel anda. 

Uniknya lagi, sikat in boleh digunakan pada semua saiz anjing dan kucing tak kira yang berbulu panjang ataupun pendek. 

Dijamin selepas ini, kucing anda akan tampak lebih kemas, sihat dan comel.

CATTO Pet Comb Cat Deshedding Brush
Sikat kucing untuk deshedding 10 daripada 11
CATTO Pet Comb Cat Deshedding Brush
Partnership with
Dari RM10.58
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh hilangkan kutu & semut
Tak menyakitkan kulit
Hanya ada 3 pilihan warna sikat
1 lagi
Gigi sikat jenis elastik

Sikat bulu kucing ini turut sesuai digunakan pada anjing atau mana-mana haiwan lain yang berbulu tak kira peringkat umur termasuk arnab.

Selain boleh urut badan kucing dengan lembut, alat grooming ini juga boleh meleraikan kekusutan pada bulu haiwan peliharaan anda.  

Hasilnya, bulu kucing akan tampak lebih lembut, bersinar dan rapi. 

Bulu-bulu yang mati turut dapat dibuang dengan mudah. Jika bulu mati ini tidak dibuang, boleh menyebabkan iritasi pada kulit kucing. 

Boleh digunakan pada kucing atau anjing yang berbulu panjang, sederhana atau pendek. 

Bahagian pemegang sikat ini pula direka seperti bentuk muka dan telinga kucing. Comel kan?

Donut Cat Hair Brush
Sikat kucing parsi 11 daripada 11
Donut Cat Hair Brush
Partnership with
Dari RM14.07
Lihat harga di Shopee Malaysia
Rekaan comel
Mudah dibersihkan
2 lagi
Boleh urut badan haiwan
Boleh dibasuh dengan air

Berus bulu kucing berbentuk donat ini boleh digunakan pada kucing Parsi kerana sesuai dengan haiwan berbulu panjang dan pendek. 

Sesuai juga dimiliki oleh anda yang memelihara pelbagai spesies kucing sebab tak perlu beli berus berbeza untuk setiap kucing yang ada. 

Bulu-bulu kucing yang melekat pada berus ini boleh ditanggalkan dengan mudah menggunakan butang yang tersedia. 

Terbaik juga jika mahu digunakan pada anjing yang bersaiz besar. Yang penting, lembut dan tidak menyakitkan kulit. 


Bagaimana Hendak Memilih Berus Kucing Yang Terbaik? 

Paling penting, berus atau sikat kucing perlulah lembut pada kulit si bulus anda agar tidak menyakitkannya. 

Selain itu, pilih berus kucing yang boleh membuang bulu-bulu yang gugur dan memastikan bulu kucing sentiasa bersih. 

Untuk kucing yang enggan diberus, anda boleh guna berus jenis sarung tangan supaya dapat mengelakkan tangan anda digigit atau dicakar.

Ini kerana berus jenis ini diperbuat daripada getah lembut, jadi tidak akan merengsakan kulit kucing. 

Berus jenis bristle pula sesuai digunakan pada semua jenis bulu kucing dan bagus digunakan untuk kucing yang berbulu pendek dan sederhana. 

Boleh digunakan untuk hilangkan kekusutan pada bulu si comel anda. 

Jika kucing anda sedang diserang kutu, boleh cuba berus bulu si bulus dengan menggunakan sisir besi untuk membuang parasit-parasit tersebut. 


Cara Sikat Bulu Kucing 

Tak susah pun nak jaga kebersihan kucing anda kerana formula utama adalah kucing yang memiliki bulu panjang perlu disikat setiap hari.

Aktiviti ini bagi elakkan bulu-bulunya daripada bergumpal manakala kucing dengan bulu pendek pula tak perlu diberus dengan kerap. 

Jika anda tidak tahu sikat buku kucing dengan betul, anda boleh berus dengan cara berikut. 

  • Berus atau sikat mengikut arah bulunya tumbuh
  • Berus di semua kawasan tubuh kucing, termasuklah dada dan abdomen kucing 
  • Anda perlu berus di setiap kawasan dengan teliti agar bulu kucing yang bergumpal atau gugur boleh dileraikan atau dibuang 

Anda juga boleh tonton di bawah untuk mengetahui cara penjagaan kucing dengan betul.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation