Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
storage box mr diy

6 Storage Box Terbaik di Mr.DIY Malaysia 2024

Lepas ni stor kemas, barang pun senang nak cari.

Penyimpanan barang boleh menjadi masalah yang besar sekiranya tidak disusun dengan teratur.

Bukan saja membuatkan ruangan menjadi berselerak tapi adakala menyukarkan untuk mencari barang.

Jalan penyelesaian, di Mr DIY terdapat pelbagai storage box murah dengan pelbagai saiz dan berkualiti.

Berikut adalah senarai storage box Mr Diy yang boleh membuatkan penyimpanan barang anda menjadi lebih kemas dan teratur.


Senarai 6 Storage Box Mr DIY

MR.DIY Plastic Tool Box (17)
mulai
RM47.30
Semak MR.DIY Plastic Tool Box (17") harga dibawah:
add_circle Rekabentuk yang menarik
add_circle Solid
add_circle Compartment yang tersusun

Sebab menjadi pilihan:

Dapat menyimpan alat membaiki dan mudah dibawa kemana-mana.

Ciri-ciri:

Apabila anda melakukan aktiviti seperti camping di hutan, storage box untuk menyimpan alatan merupakan salah satu keperluan yang penting.

Storage box ini dibina dengan 2 klip untuk memastikan tidak mudah terbuka dan sesuai untuk penyimpanan perkakas untuk kegunaan di hutan,memancing atau alatan membaiki.

Compartment storage box ini tersusun dimana membuatkan penyimpanan barangan menjadi lebih teratur dan kemas.

Badan storage box ini berbentuk segi empat tepat diperbuat daripada sebahagian besi dan plastik.

Material yang digunakan sekaligus membuatkan nampak menarik dan tahan lama.

Dengan ukuran bersaiz 40 (panjang) x 17 (lebar) x 18cm (tinggi), boleh memuatkan barang dalam kuantiti yang banyak.

Review

“Barang terbaik, boleh beli lagi”

Foldable Storage Box Mr DIY
Foldable Storage Box
mulai
RM27.90
Semak Foldable Storage Box harga dibawah:
add_circle Mudah dialihkan dan disimpan
add_circle Ringan
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Tidak sesuai untuk menyimpan barang berat

Untuk anda yang tinggal di dalam bilik yang tidak mempunyai ruangan terlalu besar, storage box jenis foldable ini sesuai untuk anda.

Ini kerana saiznya tidak memakan terlalu banyak ruang malah boleh dilipat sekiranya anda tidak digunakan atau hendak bawa travel.

Storage box ini sememangnya mudah digunakan, anda hanya perlu membuka zip beg untuk menyimpan dan mengambil barang.

Harganya juga boleh dikatakan agak murah, sesuai untuk anda menyimpan pakaian atau barangan ringan.

MR.DIY Medium Plastic Stackable Shoes Storage Box Pink
mulai
RM95.00
Semak MR.DIY Medium Plastic Stackable Shoes Storage Box Pink harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk menyimpan kasut dengan kemas
add_circle Hadir dengan 8 unit dimana ia boleh menyimpan 8 pasang kasut
add_circle Mudah alih
add_circle Tidak mengganggu acuan kasut
add_circle Ada ventilation
remove_circle Hanya sesuai untuk menyimpan kasut

Sekiranya kasut anda terlalu banyak, bersepah dan tidak mempunyai tempat untuk susun, storage box ini adalah penyelesaian kepada masalah anda.

Storage box ini membantu anda untuk menyimpan kasut tanpa memakan banyak ruang serta ia juga mudah untuk dialihkan.

Storage box ini dibina dengan jenis stack ,terdapat built in ventilation untuk memastikan kualiti serta mengekalkan acuan kasut anda apabila disimpan.

Penutup nya juga jenis see through dimana ia memudahkan anda untuk melihat kasut, sambil itu ia boleh menjadi nilai dekorasi buat pencinta kasut.

Felton Iconic Storage Box with Wheel
mulai
RM39.81
Semak Felton Iconic Storage Box with Wheel harga dibawah:
add_circle Ruangan besar
add_circle Transparent
add_circle Ada roda
add_circle Kalis habuk dan lembapan
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
remove_circle Item akan terdedah dengan haba sekiranya panas

Storage box ini direka material transparent bagi memudahkan melihat barang di dalamnya.

Produk ini mempunyai kapasiti yang besar untuk memuatkan banyak barangan di dalamnya.

Tambahan lagi, storage box ini kalis habuk dan kalis lembapan bagi memastikan barangan tersimpan tidak rosak dan bahagian penutupnya mempunyai lid dan lock yang ketat.

Apa yang menarik lagi mengenai storage box ini, mempunyai roda untuk memudahkan pergerakan.

Storage box ini sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Storage box kayu
Wooden Box (5x9x5.5cm)
mulai
RM1.79
Semak Wooden Box (5x9x5.5cm) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk simpanan barang kecil
add_circle Tidak memakan ruang yang besar
add_circle Nilai dekorasi
remove_circle Kayu akan mudah rosak sekiranya terkena air
remove_circle Tidak sesuai untuk simpan barang besar

Untuk menambah nilai dekorasi di ruangan serta untuk menyimpan barang kecil, storage box ini adalah pilihan sesuai.

Anda boleh letak barang seperti duit syiling, pin tudung, barang kemas atau aksesori lain. 

Storage box ini berukuran 5X9X5.5cm dimana ia tidak memerlukan ruangan yang besar.

Tambahan lagi barangan kecil tidak akan bercampur dengan barangan yang besar jadi akan memudahkan anda untuk mencari.

TACTIX Plastic Storage Box (14 compartments)
mulai
RM14.80
Semak TACTIX Plastic Storage Box (14 compartments) harga dibawah:
add_circle Banyak compartment
add_circle Mudah disimpan
add_circle Saiz kecil
remove_circle Tidak sesuai untuk barang besar

Penyimpanan barangan kecil seperti skru adakala boleh menjadi masalah sekiranya berterabur dan tidak tersusun.

Ini kerana saiz yang kecil akan menyukarkan kita untuk mencarinya. Lebih menyedihkan, barang tak jumpa bila nak guna.

Tapi dengan storage box ini, boleh menjadi penyelesaian kerana terdapat 14 compartment yang akan membuatkan susunan barangan kecil menjadi lebih teratur.

Paling penting dapat memudahkan anda untuk mencarinya apabila perlu.

Tambahan lagi, storage box ini juga kecil dan mudah untuk disimpan serta di bawa kemana-mana.


Jenis Storage Box Mr DIY

Di Mr DIY, terdapat pelbagai jenis storage box yang boleh menjadi penyelesaian masalah kepada penyimpanan barang keperluan.

Malah, setiap jenis storage box mempunyai pelbagai jenis dan saiz mengikut kesesuaian barangan anda.

Jom kita lihat apa yang terdapat di Mr DIY.

Foldable storage box - Storage box jenis kain yang boleh dilipat, sesuai untuk penyimpanan pelbagai barang.

Cirinya mudah alih dan boleh dilipat jadi sesuai untuk barangan ringan seperti pakaian.

Cooler Storage Box - Storage box thermal untuk penyimpanan makanan atau minuman.

Berfungsi untuk mengekalkan kesejukan dan kehangatan makanan di dalamnya

Plastic Storage Box - Storage box ini terdapat pelbagai jenis saiz, ada yang transparent, ada yang jenis bertutup.

Ciri ini sesuai untuk penyimpanan pelbagai jenis barang dengan kuantiti yang besar, namun begitu, terdapat juga yang bersaiz kecil.

Tool Storage box - Storage box ini kebiasaannya mempunyai banyak bahagian diasingkan untuk penyusunan. 

Mudah dibawa ke mana saja kerana mempunyai pemegang.

Wooden storage box - Storage box jenis kayu, selain untuk menyimpan barang, ia juga mempunyai nilai dekorasi.


Artikel Berkaitan

End of Article