Automotif

13 Tayar Motor Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama, Size & Harga)

Kena tukar tayar tapi tak tahu harga tukar tayar motor dan tayar motor terbaik? Ini senarai tayar motor terbaik dan ada juga jenama tayar buatan Malaysia.


Editor · Updated 11 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Tayar Motor Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama, Size & Harga)

Jawapan ringkas: tayar motor terbaik di Malaysia buat masa ini ialah Duro Tubeless Tyre Original Yamaha (dari RM90 di Shopee Malaysia, semakan 11 Ogos 2026), sesuai untuk kegunaan harian Y15ZR dan motosikal kapcai kerana ia padanan asal kilang. Kalau anda sering menunggang waktu hujan, Corsa Sport Rain (RM145) lebih sesuai kerana cengkaman basahnya lebih baik. Duro ini sesuai untuk komuting harian tetapi bukan pilihan terbaik untuk selekoh laju atau touring jarak jauh, untuk itu Michelin Pilot Street 2 (dari RM91, semakan hari ini) lebih sesuai.

Jika anda sering menunggang motosikal di jalan raya, anda sebenarnya berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan.

Kandungan

Lebih-lebih lagi jika motosikal tidak membuat penyelenggaraan dengan baik setiap 6 bulan.

Tapi salah satu cara untuk meningkatkan ciri keselamatan adalah pemilihan tayar motosikal yang bagus, periksa tarikh luput tayar, guna saiz tayar motor dan bunga tayar yang sesuai. 

Tayar motor terbaik sangat selamat jika ditunggang ketika dalam keadaan cuaca ekstrim untuk elakkan tayar mudah rosak atau tayar motor pancit.

Anda tidak tahu mana satu jenis tayar motor yang sesuai, atau tayar motosikal terbaik dengan harga tayar motor yang berpatutan? 

Jangan risau kami bantu anda dengan senarai tayar motor terbaik, dan ada juga jenama tayar buatan Malaysia.

Jom lihat senarai jenama tayar motor terbaik dan harga tukar tayar motor di bawah.


Senarai 13 Tayar Motosikal Terbaik

Corsa Sport Rain
Tayar motor terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
Corsa Sport Rain
Dari RM145
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cengkaman baik ketika hujan & selekoh
Corak bunga menarik
Mudah merekah
1 lagi
Ada saiz kecil dan besar

Sebab menjadi pilihan:

Dapat memberi cengkaman yang baik ketika cuaca hujan dan panas, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian di Malaysia.

Ciri-ciri:

Cuaca hujan yang lebat dan ekstrim di negara kita merupakan cabaran utama penunggang motosikal di Malaysia.

Tapi tak menjadi masalah sekiranya anda menggunakan tayar Corsa Sport Rain.

Dengan corak bunga tayar seperti motosikal lumba, ia mampu berikan pengaliran air yang baik dan juga menambah cengkaman jalan.

Kompaun tayar jenis medium ini bertujuan memberi cengkaman yang baik di selekoh ataupun jalan lurus.

Dalam masa yang sama jangka hayat tayar ini boleh dikatakan lama jika untuk penggunaan harian, namun perlu jaga angin tayar untuk elak dari merekah.

Tayar ini terdapat pelbagai saiz iaitu dari saiz kecil 70/90 hingga ke saiz besar 130/70 menjadikan tayar ini sesuai untuk motor kapcai ataupun motosikal sport bike bawah 250cc.  

Review:

“Padu dan mantap. Bawak pergi kerja dari Shah Alam ke Sepang tiap-tiap Isnin sampai Jumaat. Sesuai untuk kegunaan harian dalam cuaca panas, hujan dan bagi perjalanan jauh.”

Dunlop TT100
Tayar motor tahan lama 2 daripada 13
Dunlop TT100
Dari RM100
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tahan lama
Tahan lasak
Rekabentuk bunga terlalu old school
3 lagi
Harga murah
Cengkaman yang baik
Saiz kecil

Sebut sahaja tayar jenama Dunlop, pastinya terkenal sebagai tayar legend kerana telah menjadi pilihan utama penunggang motosikal.

Corak bunga yang banyak memberikan keupayaan tayar ini untuk mengalirkan air dengan baik sekaligus memberikan cengkaman kuat walaupun ketika hujan.

Kompaun tayar ini adalah semi hard dimana tidak terlalu keras bagi memastikan mendapat cengkaman yang baik ketika jalan lurus atau di selekoh.

Tayar ini tahan lasak serta mempunyai jangka hayat yang lama jadi sangat sesuai untuk kenderaan harian. 

Kebiasaannya di pasaran, tayar ini terdapat dalam saiz 70/90 dan 80/90 untuk rim 17 dan 18, dan dikatakan sesuai digunakan di kebun atau off-road.

Maxxis Diamond MA-3D
Tayar motor terbaik untuk hujan 3 daripada 13
Maxxis Diamond MA-3D
Dari RM58
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk bunga yang menarik
Cengkaman yang baik
Terdapat saiz kapcai dan scooter saja

Maxxis Diamond merupakan salah satu jenama tayar yang terkenal di kalangan penunggang motosikal.

Tayar ini dikategorikan sebagai medium kompaun kerana menawarkan cengkaman yang baik di jalan lurus ketika hujan dan selekoh.

Corak bunga tayar dengan garisan dan sisik di tepi tayar ini juga memberi pengaliran air yang baik untuk cengkaman ketika jalan basah atau di selekoh.

Tayar ini terdapat dalam pelbagai saiz, dari saiz yang kecil hingga la saiz yang besar untuk motosikal 150cc kebawah.

Selain dari kapcai, tayar model ini dibuat untuk scooter yang menggunakan rim 14.

Metzeler Sportec Street
Tayar motor untuk long distance 4 daripada 13
Metzeler Sportec Street
Dari RM385
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Corak bunga yang sporty
Kompaun yang bermutu tinggi
Harga mahal
1 lagi
Cengkaman yang baik

Tayar ini direka dengan kompaun silica dan karbon hitam untuk memberi cengkaman ketika jalan kering atau basah.

Tambahan lagi, campuran kompaun silica dan karbon hitam pada tayar ini juga memberi mileage yang tinggi dan sesuai untuk jarak jauh.

Reka bentuk profile tayar ini diinspirasi dari reka bentuk profile tayar super sport untuk menyokong cengkaman ketika di selekoh.

Dalam masa yang sama dapat membuat motosikal anda kelihatan sporty apabila menggunakan tayar ini.

Pirelli Diablo Rosso Sport
Tayar motor terbaik untuk daily 5 daripada 13
Pirelli Diablo Rosso Sport
Dari RM99.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cengkaman yang baik
Reka bentuk sporty
Harga mahal
2 lagi
Kompaun bermutu tinggi
Kurang sesuai jarak jauh

Di inspirasi daripada siri Pirelli Diablo Rosso yang terkenal sebagai tayar motosikal berkuasa tinggi.

Diablo Rosso Sport direka khas untuk motosikal kapcai dan sport Cc kecil.

Kompaun tayar ini diperbuat dengan getah dan silica dengan ratio yang seimbang.

Ratio atau nisbah ini mampu mempercepatkan proses pemanasan tayar bagi memberi cengkaman yang lebih baik.

Reka bentuk profil tayar ini juga diambil dari siri tayar super sport dimana dapat menyokong cengkaman ketika anda di selekoh.

Tambahan lagi, bukan sahaja menawarkan cengkaman yang baik ketika hujan atau panas, tetapi turut memberi mileage yang jauh untuk kegunaan harian.

Bridgestone Battlax BT39 Sport Touring
Tayar motor terbaik untuk rider 6 daripada 13
Bridgestone Battlax BT39 Sport Touring
Bridgestone
Dari RM320
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cengkaman yang baik
Boleh jarak jauh
Harga mahal

Siri Battlax dari jenama Bridgestone merupakan tayar berkualiti tinggi dalam segmen motosikal berkuasa tinggi.

Bridgestone Battlax BT39 Sport Touring ini direka khas untuk motosikal bersesaran 400cc kebawah termasuk kapcai.

Tayar ini mempunyai saiz dari 80/90 hingga ke 140/70 untuk rim 17. 

Dengan campuran silica, cengkaman tayar ini sangat baik serta keselesaan ketika jalan kering dan basah.

Malah turut mampu memberi jangka hayat mileage yang relevan untuk tunggangan harian atau long distance.

Tambahan lagi, dengan rekaan corak tayar agresif yang diinspirasi daripada tayar perlumbaan, tayar ini memberi lebih kontak pada permukaan jalan.

Spesifikasi ini bagi menyokong cengkaman ketika anda mengambil selekoh.

Dengan harga yang berada pada kategori kayangan, tayar ini pastinya mampu memberi pelaburan yang berbaloi dengan cengkaman, keselesaan dan kelancaran ketika menunggang.

FKR Epsilon HT200
Tayar motor murah 7 daripada 13
FKR Epsilon HT200
Dari RM58.75
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Murah
Tahan lasak
Kurang cengkaman di jalan basah
2 lagi
Cengkaman yang baik
Tidak sesuai untuk penunggangan agresif

Sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang banyak, tayar jenama FKR mungkin salah satu pilihan yang baik untuk kategori tayar bajet.

Walaupun harganya murah, tetapi mampu memberi cengkaman yang baik ketika jalan kering dan lasak.

Jadi sesuai untuk semua jenis permukaan jalan dan mempunyai jangkahayat mileage yang tinggi.

Tayar ini juga mendapat kelulusan daripada SIRIM.

IRC IZS99 Super Sport
Tayar motor tubeless 8 daripada 13
IRC IZS99 Super Sport
Dari RM271.38
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cengkaman baik ketika selekoh
Sesuai untuk litar & jalan
Cepat haus untuk long distance
2 lagi
Harga murah
Reka bentuk sporty

Sekiranya anda seorang rider yang gemar menunggang melayan selekoh di hujung minggu, IRC IZS99 merupakan pilihan terbaik.

Tayar ini juga sesuai untuk kegunaan harian dan direka khas untuk motosikal bersesaran 250cc kebawah termasuk kapcai.

Ini kerana tayar ini mampu memberi prestasi yang hampir setanding dengan jenama mahal.

Dengan dual kompaun medium soft serta kontak permukaan yang besar, tayar ini memberi cengkaman yang agak baik di selekoh.

Malah, cengkaman di jalan basah tidak kurang hebatnya dimana kompaun dan corak bunga tayar sedikit sebanyak membantu untuk pengaliran air ketika basah.

Timsun TS663
Tayar 70/90 terbaik untuk motor 9 daripada 13
Timsun TS663
Timsun
Dari RM165
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tahan lama
Tahan lasak
1 lagi
Cengkaman yang baik

Tayar Timsun TS663 juga dikenali sebagai tayar sotong oleh peminat motorsikal!

Reka bentuk bunga yang banyak memberi keupayaan tayar ini untuk mengalirkan air dengan baik sekali gus memberikan cengkaman baik walaupun ketika hujan.

Kompaun tayar ini adalah semi hard dimana tidak terlalu keras bagi memastikan mendapat cengkaman yang baik ketika jalan lurus atau di selekoh.

Tayar ini tahan lasak serta mempunyai jangka hayat yang lama jadi sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Kebiasaannya di pasaran, tayar ini terdapat dalam saiz 70/90 dan 80/90 untuk rim 17 dan 18, sesuai untuk motosikal seperti RXZ atau Y15ZR.

Walaupun harganya sedikit tinggi, tapi kualiti tayar ini bagus untuk anda yang mengutamakan safety

MICHELIN Pilot Street 2
Tayar motor terbaik untuk LC135 10 daripada 13
MICHELIN Pilot Street 2
MICHELIN
Dari RM142
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tayar grip ketika hujan
Tahan lama
Harga sedikit mahal
1 lagi
Tahan lasak

Tayar Michelin Pilot Street 2 direka untuk memberikan perfomance yang baik di jalan raya dan menawarkan perjalanan yang kuat dan pengendalian yang stabil.

Salah satu keunggulan tayar Michelin Pilot Street 2 adalah kemampuan cengkaman yang baik kerana ia direka dengan pola tapak yang memaksimumkan genggaman atas permukaan jalan, memberikan daya cengkaman yang baik. 

Tayar Michelin juga terkenal dengan daya tahan yang baik kerana jenis getah yang digunakan berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan teknologi yang canggih untuk memberikan tempoh pemakaian yang lama. 

Menariknya, tayar Michelin Pilot Street 2 menawarkan kombinasi yang baik antara stabiliti dan kelincahan untuk memberikan respond yang pantas saat anda belok dan mengubah arah di atas jalan raya.

Jadi, ciri ini akan membolehkan anda rasa kendalian yang lebih baik atas motor apabila menunggangnya di atas jalan yang berselekoh dan licin.

Camel Racing Tube Diamond
Tayar motor untuk RS150 11 daripada 13
Camel Racing Tube Diamond
Camel
Dari RM22.69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga sangat murah
Cengkaman yang baik
Untuk motor CC rendah sahaja

Tayar motor Camel Racing Tube Diamond antara pilihan terbaik untuk mengemudi motosikal anda dengan prestasi tinggi.

Tayar ini sangat sesuai untuk jalan raya, jalan kampung yang sudah lama dan juga kebanyakkan jalan lain di Malaysia. 

Bagaimanapun, tayar motor ini mungkin kurang sesuai untuk digunakan di dalam kebun atau ladang kelapa sawit kerana risau cepat rosak. 

Selain itu, tayar ini menyamai dengan potongan Maxxis Diamond yang mampu memberi cengkaman serta kawalan luar biasa atas jalan.

FKR Zeta (1)
Tayar motor terbaik untuk EX5 12 daripada 13
FKR Zeta
FKR
Dari RM33
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Stabil semasa laju
Tidak sesuai motor CC tinggi

FKR Zeta direka untuk penunggang yang mahukan prestasi yang terbaik, serta mengutamakan keselamatan dan kestabilan atas jalan raya.

Tayar ini sangat sesuai untuk penggunaan harian dan boleh digunakan untuk pergi kerja, atau untuk rider penghantaran makanan.

Sama ada anda mengendalikan motor EX5 atau model motosikal yang serupa, anda pasti menyukai tayar ini yang mampu berikan cengkaman kuat dan rasa stabil semasa sedang laju.

Tayar motosikal berkualiti ini dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 150KM/J dan tanpa kompromi keselamatan anda.

Duro Tubeless Tyre Original Yamaha
Motor tayar besar 13 daripada 13
Duro Tubeless Tyre Original Yamaha
Duro
Dari RM95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk motor Y15ZR atau Y16ZR
Jenis tubeless
Harga sedikit mahal
1 lagi
Tayar original

Anda ada motor Y15ZR atau Y16ZR dan mahukan tayar yang sesuai dan terbaik? Beli je tayar dari Duro ini.

Duro Tubeless Tyre Original Yamaha ini antara pilihan terbaik untuk motor yang memerlukan tayar yang sedikit besar.

Ia sesuai digunaka di atas jalan raya, atau jalan di kampung serta boleh tahan digunakan secara harian.

Tapi jangan pula bawa masuk ke kebun atau semak samun, mungkin akan merosakkan tayar atau tayar tak dapat cengkaman yang baik.

Selain itu, tayar ini sama seperti original Yamaha yang mampu memberi cengkaman serta kawalan luar biasa atas jalan.

Untuk tayar depan saiznya adalah 90/80-17 dan untuk belakang adalah 120/70-17, jadi ia boleh beri anda kestabilan semasa menunggang.


Berapakah Tekanan Angin Tayar Motor Yang Sesuai?

Tekanan angin yang sesuai dan mencukupi sangat penting untuk memastikan kelancaran semasa anda menunggang motor dan penggunaan tayar optimum.

Sekiranya angin terlebih, bahagian tengah tayar akan haus lebih cepat malah boleh membuatkan motosikal anda terasa melantun dan mengganggu cengkaman.

Manakala sekiranya terlalu sedikit pula akan mengganggu kelancaran semasa ride.

Jadi anda boleh lihat pada dinding tayar dimana tertera penunjuk tekanan tayar yang tertulis sama ada dalam Psi atau kPa.

Anda dinasihatkan tidak mengikut jumlah tekanan tayar maksimum yang terdapat pada dinding.

Jumlah tersebut hanya bacaan maksimum saja, jadi anda perlu pam tayar pada bawah dari jumlah tersebut bergantung yang kepada beberapa faktor iaitu:

  • Jenis motosikal
  • Saiz tayar
  • Berat badan
  • Mod panunggangan
  • Keadaan jalan
  • Suhu dan cuaca persekitaran 

Sebaiknya rujuk buku panduan motosikal atau pelekat informasi tekanan angin yang biasa terdapat pada swing arm motosikal.

Anda juga boleh tonton video di bawah untuk mengetahui bacaan tekanan angin tayar motor yang betul.


Apakah Cara Memilih Tayar Motor Yang Betul?

Sebelum memilih tayar anda disaran untuk mengetahui jenis kategori tayar kerana setiap kategori tayar mempunyai fungsi yang berbeza.

Ini kerana terdapat tayar yang direka khas untuk untuk sesuatu keguaan. Antaranya:

  • Perlumbaan
  • Melayan selekoh
  • Kegunaan harian
  • Touring & dual purpose
  • Off-road

Setiap daripada kategori tayar mempunyai tahap cengkaman dan jangka hayat mileage yang berbeza.

Misalnya tayar yang dieka untuk bermain selekoh mempunyai cengkaman tinggi tetapi jangka hayat mileage yang rendah.

Manakala tayar yang direka untuk kegunaan harian mempunyai jangka hayat mileage yang tinggi tetapi kurang cengkaman.

Anda perlu mengetahui jenis tayar dan mendapatkan maklumat tentangnya sebelum memilih tayar agar tayar yang anda pilih bersesuaian mengikut kegunaan anda.

Pemilihan jenis tayar yang tidak sesuai boleh menyebabkan risiko atau pembaziran.

  • Saiz Yang Sesuai

Anda disaran untuk memilih tayar yang sesuai dengan saiz kelebaran rim dan model motosikal anda, pastikan tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

Sekiranya saiz terlalu kecil, pasti mengundang bahaya ketika di selekoh.

Sekiranya terlalu besar, tayar akan menjadi donat dimana anda tidak dapat menggunakan keseluruhan bahagian tayar dan akhirnya akan berlaku pembaziran.

  • Periksa Minggu dan Tahun Pembuatan Tayar

Hal ini penting kerana setiap tayar mempunyai jangka hayat maksimum 5 tahun.

Walaupun bunga masih tebal, sekiranya telah mencapai tarikh luput iaitu 5 tahun daripada tarikh pembuatan, getah akan mengeras dan hilang daya cengkaman.

Tayar yang telah luput juga berisiko untuk rosak atau meletup sekiranya anda menggunakannya. 

  • Pilih Tayar Yang Telah Diuji

Pilih tayar yang diperakui bagus yang telah diuji oleh pakar untuk membuktikan kualiti dan prestasi tayar tersebut.

Tambahan lagi feedback daripada pengguna lain juga boleh dijadikan panduan dalam pemilihan tayar.

Pastikan anda memilih tayar yang telah diuji mempunyai cengkaman jalan basah yang baik.

Sekiranya anda menunggang motosikal untuk urusan harian, cengkaman jalan basah merupakan aspek yang paling utama.

Anda boleh dengarkan penjelasan lebih lanjut menerusi video di bawah.


Cara Pam Tayar Motor

Untuk mengepam tayar motor, anda boleh ikut langkah-langkah berikut:

  • Pastikan motor berada di permukaan yang rata dan stabil.
  • Gunakan alat penyelaras tayar untuk membuka ventil tayar.
  • Sambungkan pam tayar ke ventil dan pastikan ia berada dalam keadaan dengan selamat.
  • Tetapkan pam tayar ke tekanan yang betul. Boleh rujuk manual motor untuk mengetahui tekanan tayar yang disyorkan.
  • Hidupkan pam tayar dan pamkan tayar sehingga mencapai tekanan yang disyorkan.
  • Gunakan pengukur tekanan tayar untuk memeriksa tekanan tayar selepas pam.
  • Tutup ventil tayar dengan penyelaras tayar sehingga ketat.

Anda perlu ingat untuk selalu memeriksa tekanan tayar secara berkala sebagai langkah menjaga keselamatan dan mendapatkan prestasi ride yang optimum.


Jenis Tayar Motor

Jika anda baru sahaja memiliki motor, anda tentu mahu tahu apa jenis-jenis tayar yang ada di pasaran agar tidak salah membeli tayar nanti.

Jenis-jenis tayar motor boleh dikategorikan berdasarkan tujuan penggunaan, reka bentuk, dan permukaan jalan yang sesuai.

Berikut adalah beberapa jenis tayar motor yang umum dan ada di pasaran:

Tayar Jalan Raya (Street Tires)

Sport Tires direka untuk prestasi tinggi di jalan raya dengan cengkaman yang baik dan kawalan yang tepat.

Touring Tires menawarkan keselesaan dan ketahanan untuk perjalanan jarak jauh.

Tayar Off-Road

Motocross Tires direka untuk perlumbaan di laluan berbatu dan berpasir dengan cengkaman yang maksimum.

Enduro Tires sesuai untuk laluan campuran, termasuk jalan raya dan off-road.

Tayar Dual-Sport/Adventure

Tayar ini sesuai untuk motor yang digunakan di jalan raya dan off-road

Ia menawarkan keseimbangan antara cengkaman di permukaan keras dan daya tarikan di permukaan lembut.

Tayar Cruiser/Chopper

Tayar ini direka untuk motor cruiser dengan tumpuan pada keselesaan dan daya tahan untuk perjalanan jarak jauh.

Tayar Touring

Tayar ini pula direka untuk motor touring dengan fokus pada keselesaan, ketahanan, dan cengkaman baik di jalan raya yang basah dan kering atau semasa cuaca panas.

Tayar Skuter (Scooter Tires)

Tayar ini biasanya lebih kecil dan direka untuk kegunaan bandar dengan cengkaman yang baik dan ketahanan tinggi.

Tayar Racing (Race Tires)

Direka khusus untuk perlumbaan dengan cengkaman maksimum dan prestasi tinggi, tetapi tidak tahan lama jika digunakan secara harian.

Tayar Salji (Snow Tires)

Tayar ini mempunyai corak bunga khusus dan campuran getah yang direka untuk memberikan cengkaman yang baik di jalan bersalji atau berais.

Bagaimanapun, ia bukanlah tayar untuk pasaran Malaysia sebab negara ini memang tidak bersalji.

Itulah jenis-jenis tayar yang anda boleh pilih semasa membuat pembelian dan pastikan anda pilih tayar yang sesuai dengan penggunaan anda dan mengikut bajet.



Soalan Lazim Tentang Tayar Motor

Apakah tayar motor Y15 terbaik?

Duro Tubeless Tyre Original Yamaha (dari RM90) adalah padanan asal kilang untuk Y15ZR dan senang didapati. Kalau mahu upgrade dengan lebih tahan lasak, Maxxis Diamond MA-3D (RM58.80) turut menjadi pilihan popular dalam kalangan pemilik Y15.

Apakah tayar terbaik untuk motosikal kapcai?

Untuk kapcai seperti Wave dan EX5, FKR Zeta (RM33) dan Maxxis Diamond MA-3D (RM58.80) adalah pilihan berpatutan yang cukup tahan lasak untuk kegunaan harian.

Apakah tayar motor terbaik untuk LC135?

Dunlop TT100 (RM62.80) adalah pilihan lama yang popular dalam kalangan pemilik LC135 kerana cengkaman seimbang antara jalan kering dan basah pada harga berpatutan.

Apakah tayar motor terbaik untuk musim hujan dan panas?

Corsa Sport Rain (RM145) direka khusus untuk cengkaman basah semasa hujan. Untuk kegunaan sepanjang tahun merangkumi cuaca panas dan hujan, Timsun TS663 (RM125) turut menawarkan cengkaman yang konsisten dalam pelbagai keadaan jalan.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation