Makan

8 Susu Untuk Tulang Terbaik Malaysia 2026 (Berkalsium Tinggi)

Sebaiknya, pada usia remaja lagi sudah amalkan minum susu untuk kuatkan tulang. Jadi kami bantu anda senaraikan produk susu tulang terbaik.


Editor · Updated 11 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Susu Untuk Tulang Terbaik Malaysia 2026 (Berkalsium Tinggi)

Jawapan ringkas: susu tinggi kalsium membantu sokong kesihatan tulang harian, tetapi ia bukan rawatan untuk tulang patah, sila rujuk doktor pakar ortopedik untuk pemulihan sebenar. Untuk kalsium tinggi harian, Anlene Gold 5X (RM42, kedai rasmi Anlene di Shopee Malaysia, disemak 11 Ogos 2026) adalah pilihan paling popular dan mudah didapati. Untuk keluarga dengan bajet lebih rendah, Fernleaf Family Milk Powder 1.8kg (dari RM51.87, Shopee Malaysia, disemak 11 Ogos 2026) menawarkan saiz besar untuk kegunaan seisi keluarga, tetapi kandungan kalsium tambahannya lebih rendah berbanding susu formula khusus tulang seperti Anlene.

Bila usia makin meningkat, bahagian sendi dan tulang mula tak kuat dan rasa ngilu bila pergerakan terlalu banyak.

Kandungan

Apa yang diperlukan waktu ini adalah susu tulang atau susu tinggi kalsium untuk kuatkan tulang serta otot dan mengurangkan sakit sendi.

Kami faham, terdapat banyak jenis susu untuk tulang di pasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu, dan yang paling biasa dengar adalah susu Anlene untuk tulang.

Ada juga yang mencari susu untuk tulang patah, susu untuk orang dewasa dan juga susu untuk kesihatan tulang secara menyeluruh.

Jadi kami bantu anda senaraikan susu untuk kuatkan tulang terbaik dan juga untuk kesihatan secara keseluruhan yang sesuai untuk usia 40 tahun ke atas dan ada juga untuk kanak-kanak.

Pastikan anda pilih susu calcium yang sesuai kerana kalsium untuk tulang ini penting bagi mengekalkan kesihatan fizikal sampai ke hari tua. 


Senarai 8 Susu Untuk Tulang

Anlene - Active 3x Coklat - 600g
Susu untuk tulang terbaik secara keseluruhan 1 daripada 8
Anlene - Active 3x Coklat - 600g
Dari RM18.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi kolagen
Mempunyai pilihan perisa
Rasa tidak sedap
1 lagi
Dapat menguatkan otot dan tulang

Sebab menjadi pilihan utama:

Anlene Actifit 3X mengandungi 50% lebih nutrien dan Movemax yang dapat menguatkan sendi dan otot.

Ciri-ciri:

Dengan kandungan kalsium tinggi, protein, vitamin dan mineral dapat membina dan mengekalkan kesihatan tulang.

Selain itu, susu Anlene ini mengandungi kolagen jadi serba sedikit kulit kelihatan lebih sihat.

Cara pengambilan, minum sehari 2 kali. Sekali bancuhan, hanya masukkan 40g susu dan kacau bersama 200ml air suam.

Jadi selepas ini anda dapat melakukan pergerakan yang fleksibiliti dalam menjalankan aktiviti harian.

Susu dan Anlene ini mempunyai dua jenis perisa asli dan coklat. Pilih mengikut selera anda.

Terdapat ulasan dari pengguna yang membeli susu ini sebagai susu untuk tulang patah atau retak.

Review:

"Perisa chocolate ni pun sedap & beraroma. Harga sangat mampu milik. Minum ni sebab ada masalah tulang retak dan nak cepat sembuh."

Ensure Gold - (Vanilla  Wheat  Coffee  Almond) (850g)
Susu untuk tulang dan sendi 2 daripada 8
Ensure Gold Plant Based Almond
Abbott
Dari RM138.86
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kandungan gula kurang
Dapat memperbaiki tisu
Harga sedikit 'pricey'
2 lagi
Mempunyai pelbagai perisa
Mengandungi 28 jenis vitamin

Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, setiap dekad sebanyak 8% kekuatan otot akan berkurangan.

Jadi, bagi anda mempunyai masalah sendi dan tulang, susu Ensure ini dapat menyelesaikan masalah anda.

Ini kerana mengandungi lebih 28 vitamin dan mineral, triple protein blend, kalsium, dan banyak lagi bagi meningkatkan tahap kesihatan.

Dengan pengambilan 2 gelas setiap hari, anda dapat lakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa merasa sakit sendi dan tulang.

Jika anda amalkan susu ini dalam masa 8 minggu dengan konsisten, anda pasti nampak keberkesanannya.

Anlene Gold Actifit 5XTM Reduced Fat High Calcium Premium Adult Milk Powder (Plain) 1kg
Susu orang tua untuk tulang 3 daripada 8
Susu Anlene Gold 5X
Dari RM37.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat membina tisu
Menguatkan tulang
Perlu minum dengan konsisten
2 lagi
Memberi tenaga
Tiada penambah gula

Dengan susu Anlene Gold ini, usia lanjut tak akan menjadi penghalang kepada mereka untuk bergerak aktif, keluar melancong atau melakukan riadah.

Ini kerana serbuk Susu Formula Dewasa Anlene Gold 5X dirumus secara saintifik dengan MFGM Active.

Rumusan ini merupakan bahan tenusu unik yang menyediakan komponen serupa dengan yang terdapat dalam cecair sendi.

Malah mengandungi ikatan nutrien Movemax yang merangkumi kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, vitamin dan mineral lain tanpa gula tambahan.

Setiap nutrien ini mempunyai kebaikan untuk warga emas. Antaranya;

  • Protein - Membantu membina & membaiki tisu-tisu badan
  • Kalsium - Membantu menyokong tulang yang kuat
  • Vitamin D - Membantu penyerapan kalsium
  • MFGM - Makanan yang mengandungi membran globul lemak susu.

Cara pengambilan hanya 2 kali sehari. Sekali bancuhan, hanya masukkan 29g susu dan kacau bersama 200ml air suam.

Fernleaf Family Milk Powder 1.8kg
Susu untuk tulang dewasa 4 daripada 8
Fernleaf Family Milk Powder 1.8kg
Dari RM48.22
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kaya dengan iron dan zink
Mengandungi tinggi kalsium
Tidak sesuai untuk kanak bawah 12 tahun
1 lagi
Mempunyai vitamin B12 & B2

Cukup dengan pengambilan 2 kali sehari sudah dapat membekalkan anda dan keluarga nutrien penting untuk menampung keperluan mereka sepanjang hari.

Ini kerana setiap gelas anda minum, terdapat banyak kelebihan yang anda peroleh. Antaranya;

  1. Menambahkan tenaga
  2. Dapat menguatkan tulang dan gigi.
  3. Menyokong penghasilan sel darah merah.
  4. Membantu tumbesaran dan perkembangan.

Malah dengan kandungan Vitamin A dapat membantu penglihatan dan vitamin C menyokong penyerapan zat besi daripada makanan.

Manakala vitamin D dapat membantu penyerapan kalsium sekaligus memberi tulang lebih kuat.

Nestle Omega Plus Plain Milk Powder (1kg)
Susu untuk tulang dan jantung 5 daripada 8
Susu Tepung Nestle Omega Plus Plain (1kg)
Dari RM44
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rasa sedap
Bagus untuk jantung
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
1 lagi
Mampu turunkan kolestrol

Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, disarankan untuk amalkan minum susu ini setiap hari.

Ini kerana kandungan 1.2g Sterol tumbuhan telah terbukti keberkesanannya dalam merendahkan paras kolestrol dengan menyekat kolesterol masuk dalam saluran darah.

Dalam masa yang sama, susu ini bagus untuk tulang kerana kalsiumnya mengandungi ANTICOL.

Terdapat juga kandungan Omega 3 & 6 yang betul untuk mengimbangkan diet pemakanan.

Cara pengambilannya 2 gelas sehari. Bancuh dengan 3 sudu besar dan kacau bersama air suam.

Cukup dua gelas susu Nestle Omega Plus sehari juga memenuhi 96% keperluan kalsium harian anda

Dutch Lady Infant Formula 850g
Susu untuk tinggi kanak kanak 6 daripada 8
Dutch Lady GUM 123
Dari RM99.96
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai pelbagai perasa
Mengandungi DHA
Tidak sesuai untuk bayi
1 lagi
Bagus untuk tulang

Pengambilan Dutch Lady 123A yang seimbang dan mencukupi dapat memastikan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dalam keadaan baik.

Ini kerana mengandungi 5x DHA yang bagus untuk perkembangan dan sistem otak berhubung.

Kandungan protein pula dapat memudahkan tumbesaran dan membantu membaiki tisu badan.

Terdapat juga kandungan kalsium untuk membantu menguatkan tulang dan gigi mereka.

Sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas untuk proses tumbesaran mereka.

[JH NUTRITION] Enersure (Vanilla) 850g Milk Powder - immune booster
Susu tinggi kalsium untuk tulang 7 daripada 8
Susu Tepung Enersure (Vanilla) - immune booster
Dari RM109.06
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bagus untuk gastrik
Dapat bekalkan tenaga
Kurang sesuai untuk sakit sendi
2 lagi
Mampu menguatkan tulang
Sesuai untuk semua peringkat umur

Susu jenama Enersure sangat sesuai untuk mereka yang kerap mengalami gastrik kerana mengandungi Prebiotic & Probiotic.

Bukan itu saja, susu ini mengandungi gabungan kandungan yang unik antaranya Omega 3 & 6, kolostrum, Lutein dan Zeaxanthin, kalsium, Vitamin D dan tinggi protein.

Dengan gabungan semua bahan ini susu Enersure dapat menyelesaikan masalah kesihatan gastrik, osteoporosis serta membekalkan tenaga.

Sesuai untuk remaja, dewasa dan orang tua tapi bagi golongan dewasa amat disarankan amalkan susu ini untuk pencegahan penyakit pada peringkat awal.

Cara pengambilan haruslah minum setiap hari sebanyak dua gelas.

Ensure Gold Adult Complete Nutrition - Vanilla 1
Susu untuk tulang dan otot 8 daripada 8
Ensure Gold Adult Complete Nutrition - Vanilla
Ensure Gold
Dari RM249
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tambah kekuatan otot dalam masa 8 minggu
Menyokong imuniti dalam masa 4 minggu
Perlu minum konsisten untuk nampak hasil
1 lagi
Mengandungi 35 nutrisi terbaik untuk otot & tulang

Ensure Gold Adult Complete Nutrition merupakan salah satu jenama susu terbaik untuk warga emas.

Ia dihasilkan dengan formula yang unik, menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk keperluan pemakanan harian anda.

Anda mesti tahu bahawa apa yang kita makan adalah apa yang kita inginkan bagi tubuh badan kita, jadi menyalurkan nutrisi yang cukup pada tubuh badan adalah amat penting.

Susu ini mengandungi CaHMB, iaitu sejenis bahan khusus yang terbukti secara klinikal meningkatkan kekuatan otot dan tulang dalam masa 8 minggu.

Anda juga perlu lakukan senaman ringan yang akan mengiringi pengambilan susu kuatkan tulang ini dan memberikan hasil yang lebih ketara.

Selain itu, dengan tambahan kandungan YBG, iaitu komponen yang penting dalam susu ini, anda akan dapat merasakan perubahan peningkatan sistem imun badan dalam masa 4 minggu.

Dengan gabungan 35 nutrien penting, ia menyokong kesihatan secara keseluruhan, memastikan setiap cawan penuh susu Ensure Gold Adult Complete Nutrition berperisa Vanilla ini menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan anda.


Cara Pengiraan Usia Otot

Tahukah anda kita sebenarnya tidak perlu pergi jumpa doktor atau pakar tulang untuk mengetahui usia otot dan tulang kita?

Betul tu! Anda boleh mengetahui usia otot dan tulang anda dengan mudah hanya di rumah anda sahaja, dan paling penting ianya dibuat secara percuma.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan kerusi yang sesuai dengan ketinggian tempat duduk dengan lantai lebih kurang 43CM.

Kemudian lakukan gerakan berdiri dan duduk sambil kedua-dua tangan anda mendakap ke dada sebanyak 5 kali berturut-turut.

Pastikan anda lakukan dengan pantas dan mengambil kiraan masa berapa saat anda boleh lengkapkan gerakan tersebut.

Kemudian anda pergi ke laman sesawang Abott ini dan masukkan jumlah saat yang anda dapat.

Mudah je!

Jadi sekarang anda boleh tahu usia otot anda dan boleh terus lakukan langkah pencegahan awal agar usia otot dan tulang anda selari dengan usia sebenar anda.

Paling mudah, minum je susu tinggi kalsium atau susu untuk kuatkan tulang orang tua dari jenama yang diyakini.


Adakah Susu Betul-Betul Dapat Menguatkan Tulang?

Memiliki tulang yang kuat pada usia emas adalah impian setiap orang supaya dapat bergerak bebas melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Jika anda nak tahu, kajian mendapati tiga faktor penyumbang utama seseorang mudah mengalami sakit tulang dan sendi. Antaranya:

  1. Kurang bersenam.
  2. Kurang pendedahan kepada cahaya matahari. 
  3. Tidak mengambil produk tenusu dalam pemakanan.

Pemerhatian telah dijalankan dimana 33 peratus rakyat Malaysia berpendapat bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kesihatan mereka termasuk kesihatan tulang.

Persoalan disini adalah susu betul-betul dapat menguatkan tulang? Menurut satu portal, susu dan produk tenusu adalah sumber baik kalsium dan Vitamin D serta nutrien penting lain untuk tulang.

Jika dilihat dari sistem Piramid Makanan Malaysia juga turut menyarankan dua hingga tiga sajian susu dan produk tenusu setiap hari.

Ini bersamaan tiga gelas susu sehari, ataupun satu gelas susu dengan satu cawan yogurt dan satu keping keju sehari!

Ingin diingatkan, nutrien lain seperti vitamin A, B, C, E, folat dan mineral seperti kuprum, zink, selenium, zat besi dan magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang kuat.

Kesimpulannya, susu amat penting untuk mengekalkan kekuatan sendi dan tulang dalam tempoh jangka masa yang panjang.


Apakah Masa Yang Sesuai Untuk Minum Susu Bagi Kesihatan Tulang?

Waktu terbaik untuk minum susu untuk tulang adalah pada waktu pagi atau sebelum tidur malam.

Ini kerana pada waktu ini, tubuh kita memerlukan sumber kalsium yang cukup untuk membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang yang sihat.

Selain itu, minum susu sebelum tidur malam juga boleh membantu dalam meningkatkan kualiti tidur kita.

Pilih susu yang rendah lemak supaya tidak menambah berat badan.

Pastikan juga untuk mengambil cukup Vitamin D kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium dalam tubuh.

Namun, penting juga untuk minum susu dalam jumlah yang sesuai dan memastikan anda juga mengambil makanan yang berkhasiat lain untuk kesihatan tulang sepanjang hari.


Soalan Lazim

Apakah minuman yang baik untuk menguatkan tulang?

Susu tinggi kalsium seperti Anlene atau Fernleaf adalah pilihan paling mudah, tetapi susu soya diperkaya kalsium dan jus oren diperkaya kalsium/Vitamin D juga membantu bagi yang tidak suka susu tenusu.

Apakah kebaikan minum susu Anlene?

Anlene dirumus khusus dengan kalsium dan protein tinggi untuk menyokong kekuatan tulang dan otot orang dewasa, dan sesuai diminum harian oleh warga emas yang berisiko keroposan tulang.

Apakah makanan yang baik untuk menguatkan tulang yang patah?

Ikan bertulang lembut seperti salmon dan sardin, tauhu, sayur berdaun hijau gelap dan telur semuanya membekalkan kalsium atau vitamin D. Ini melengkapkan pemakanan, bukan menggantikan rawatan doktor untuk kes tulang patah sebenar.

Vitamin apa yang boleh menguatkan tulang?

Vitamin D adalah yang paling penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium, diikuti Vitamin K2 yang membantu kalsium disalurkan ke tulang. Kalsium sendiri bukan vitamin tetapi adalah mineral utama yang diperlukan.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation