Kalau nak bela kucing, pastikan beli tempat berak kucing supaya mereka tidak berak merata di rumah atau luar kawasan rumah.
Lagipun, mudah untuk dibersihkan bila mereka membuang cuma, mana satu yang bagus untuk si bulu?
Jadi, kami senaraikan litter box kucing yang bagus untuk anda pilih. Jom lihat!
Penyunting
Table of Contents
Senarai 9 Litter Box Kucing
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Tiada lagi masalah pasir kucing berterabur di sekitar tempat berak sebab jenis tertutup.
Ciri-ciri;
Saiz jumbo membolehkan kucing anda untuk membuang dengan selesa kerana boleh berdiri di dalam.
Direka dengan pemegang bahagian atas, jadi memang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Rumah pun tak berbau dengan najis atau hancing kencing kucing sebab jenis tertutup bahagian atas.
Jangan risau, boleh dibuka bahagian atas cuma anda perlu rajin melihat sama ada kucing anda sudah membuang atau belum.
Terdapat 4 pilihan warna menarik untuk anda pilih iaitu hijau, hitam, biru dan kelabu.
Review;
‘Bekas sangat besar dan boleh muat hingga 3 ekor kucing dalam satu-satu masa. Bau busuk pun kurang sebab ada penutup. Bahan plastiknya pun nampak berkualiti dan tebal,’
Rekaan 360° Seal pada tempat berak kucing Vippie ini dapat menghalang bau busuk najis kucing.
Malah dapat mengelakkan daripada si bulu mengotorkan rumah kerana mempunyai ciri tertutup sepenuhnya.
Terdapat 6 pilihan warna litter box. Antaranya, beige, biru, coffee, hijau, merah jambu dan ungu.
Bahagian dalaman kotak pasir kucing ini agak besar dan boleh memuatkan berat badan 20kg masih dan si bulu masih boleh bergerak di dalamnya.
Paling penting, mempunyai panel cengkaman gelongsor yang membantu membersihkan debu pada kaki kucing.
Jadi, rumah anda tidak akan kotor dengan pasir kucing.
Warna bekas najis kucing ini terdapat pelbagai pilihan warna menarik seperti biru kuning, oren, kuning putih dan hijau kuning.
Bahagian sisi litter box yang berukuran 40 x 29 x 13.5cm boleh dikatakan agak tinggi.
Jadi najis kucing tidak akan terkeluar daripada kawasan yang sepatutnya.
Menariknya lagi, anda boleh sangkut penyodok kecil di bahagian dalam kotak bagi memudahkan anda untuk mencapai setiap kali buang najis si bulu.
Bahagian atasnya pula boleh ditanggalkan agar lebih senang untuk anda bersihkan najis kucing.
Tempat berak kucing jenis semi automatik ini bukan sesuai digunakan oleh kucing dewasa, malah anak kucing juga boleh.
Rekaannya tertutup sepenuhnya, jadi dapat menjaga privasi si meow ketika sedang melakukan proses membuang.
Paling bagus, air kencing kucing kesayangan anda juga tidak akan terpercik ke luar kotak.
Diperbuat dari material plastik dan bersaiz 49cm x 36cm x 41cm sangat mudah digunakan kerana anda tak perlu lagi cedok tahi kucing secara manual.
Najis haiwan akan ditapis dengan penapis yang dah disediakan. Mudah bukan?
Bagi anda yang sering bawa kucing keluarga bercuti sekali, kami sarankan untuk beli litter box yang boleh dilipat ini.
Jangan risau, sesuai juga untuk kegunaan di rumah cuma apa yang membezakan dengan little box yang lain, boleh dillipat.
Terdapat beberapa pilihan warna menarik untuk anda pilih seperti kelabu, hijau dan merah jambu.
Littler box ini jenis tertutup, jadi najis dan pasir kucing tidak akan bersepah keluar.
Si bulus juga boleh membuang air besar dengan selesa sebab privasi terjaga.
Litter box berbentuk ikan paus ini sesuai dimiliki bagi yang mahukan sesuatu yang comel untuk kucing peliharaan.
Lagipun dapat memberi si meow privasi yang diperlukan ketika membuang najis kerana tempat berak kucing ini jenis tertutup separuh.
Malah mudah untuk dibersihkan kerana anda hanya perlu mengangkat penutupnya dengan sebelah tangan sahaja untuk menyodok najis kucing.
Anda yang memelihara banyak kucing memang wajib dapatkan litter box bersaiz jumbo ini kerana berukuran 22.4 inci x 18.3 inci x 20 inci.
Kami yakin kucing peliharaan anda akan rasa selamat dan tidak terganggu ketika sedang membuang sebab litter box ini jenis tertutup.
Najis dan pasir kucing juga tidak akan terkeluar daripada kawasan yang sepatutnya, jadi kediaman anda kekal bersih walaupun pelihara banyak ekor kucing.
Boleh digunakan oleh kucing dewasa dan anak kucing tanpa masalah.
Kalau bajet ekstra, apa salahnya berbelanja lebih untuk anak bulus kan?
Belikan litter box bersaiz besar ini yang akan memudahkan aktiviti seharian anda kerana boleh berfungsi secara automatik.
Anda tak perlu lagi menyodok tahi kucing secara manual sebab najis yang dikeluarkan oleh kucing dapat dibersihkan dengan sendiri.
Bau busuk tahi kucing juga tidak akan merebak keluar dan dengan alat ini, anda hanya perlu tukar beg sampah sahaja.
Turut dilengkapi dengan perlindungan keselamatan di mana mesin tidak akan berfungsi jika kucing masih berada di dalamnya.
Ketika litter box ini berfungsi, pintu keselamatan akan ditutup untuk elakkan kucing daripada masuk ke dalam dan bunyinya juga tak bising.
Pening kepala terpaksa hidu bau busuk najis kucing setiap hari? Usah risau, masalah itu boleh diselesaikan dengan adanya litter box bertutup ini.
Apa yang menarik tentang produk ini ialahdilengkapi dengan pintu yang memudahkan anak bulus keluar masuk ke dalam tandas kecil ini.
Diperbuat daripada bahan PP, ia sesuai digunakan oleh anak kucing dan kucing dewasa.
Najis kucing juga tidak akan terkeluar dari tempat berak khas ini kerana mempunyai tempat pemijak pasir.
Anda tak perlu lagi bersihkan pasir kucing yang mengotori ruang lain dalam rumah.
Cara Ajar Kucing Berak Di Pasir
Boleh guna cara-cara yang kami kongsikan ini untuk ajar si bulus peliharaan anda berak di pasir yang telah disediakan khas untuk mereka.
- Mula-mula, beli tempat berak kucing atau litter box yang sesuai dengan saiz haiwan peliharaan.
- Lokasi terbaik untuk letakkan litter box ialah ruang yang mudah dimasuki oleh kucing tapi privasinya masih tetap terjaga.
- Pilih tempat letak kotak pasir kucing yang jauh daripada tempat tidur, makan dan minumnya agar tidak kotor.
- Tunjukkan kucing anda kotak tempat membuang najis sebaik sahaja sampai di rumah. Cara ini terpakai jika anda baru sahaja memeliharanya.
- Kemudian, biarkan kucing hidu dan periksa kotak tersebut. Diingatkan untuk tidak mengubah tempat letak kotak itu supaya kucing tidak keliru.
- Setiap kali lepas makan atau tidur, bawa kucing anda ke tempat buang najisnya untuk membiasakan mereka.
- Jika anda perasan tiba-tiba kucing membongkok dan menghidu sesuatu tempat, terus bawa kucing ke litter box sebab itu tanda kucing nak membuang.
- Jangan lupa untuk beri ganjaran seperti mainan atau pujian kepada si bulus setiap kali berjaya berak dalam bekas letak pasir kucing.
Boleh rujuk video YouTube ini untuk faham dengan lebih lanjut.
Manakala, cara penggunaan pasir kucing juga sangat mudah. Anda hanya perlu tuangkan pasirnya ke dalam kotak atau tempat berak kucing sehingga berketinggian 4-5cm.
Selepas kucing dah berak nanti, haiwan ini akan menimbus najisnya dengan pasir khas tersebut.
Anda selaku tuan kucing pula perlu rajinkan diri untuk buang ketulan pasir dengan najis tadi agar bau busuk di rumah anda boleh dikawal.
Jangan lupa untuk tambah kuantiti pasir kucing supaya ia sedia digunakan semula oleh kucing.