Kecantikan

16 Pemutih Gigi Terbaik di Malaysia 2026 (Paling Berkesan)

Pemutih gigi terbaik di Malaysia dari RM12.94, harga disemak di Shopee pada 22 September 2026. Sesuai untuk gigi sensitif dan penggunaan harian.


Editor · Updated 22 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Pemutih Gigi Terbaik di Malaysia 2026 (Paling Berkesan)

Jawapan ringkas: Colgate Optic White Plus Shine pada RM12.94 setiap tiub ialah pilihan terbaik keseluruhan untuk memutihkan gigi di rumah, harga disemak di Shopee Malaysia pada 22 September 2026. Ia menanggalkan kesan kopi, teh dan rokok di permukaan gigi, tetapi tidak menukar warna asal gigi korang seperti rawatan klinik. Untuk gigi sensitif, Sensodyne Gentle Whitening pada RM14.60 lebih sesuai. Kalau nak pek besar untuk seisi keluarga, Darlie Whitening Charcoal Clean (Value Pack) pada RM17.83 lebih menjimatkan jangka panjang.

Kalau gigi kuning disertai sakit atau gusi berdarah, itu perkara untuk doktor gigi, bukan untuk ubat gigi.

Kandungan

Pernah rasa malu buka mulut untuk bercakap atau ketawa depan orang ramai kerana masalah gigi kuning? Kalau nak ke klinik gigi untuk rawatan whitening, boleh jadi agak mahal berbanding beli sahaja produk pemutih gigi yang sesuai untuk kegunaan harian.


Tips Untuk Elakkan Gigi Jadi Kuning

Ramai sebenarnya yang risau bila gigi tiba-tiba jadi kuning, sampai nak senyum pun jadi malu.

Tapi sebenarnya ada tips untuk elakkan gigi bertukar menjadi warna kekuningan yang begitu terang sehingga boleh nampak dari jauh.

Ini tips untuk elakkan gigi jadi kuning dari Expert kami.

Expert avatar
Doktor Gigi

Dr Hannan Roshdy

Selain makanan dan minuman, usia yang meningkat juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan perubahan warna gigi.

Gigi boleh menjadi kuning disebabkan sesuatu yang meninggalkan kesan kotoran pada permukaan mahupun dalaman, begitu juga punca lain yang bukan selalu dalam kawalan kita.

Untuk mengelakkan gigi kuning, beberapa langkah yang dapat anda lakukan termasuk:

  • Menjaga kebersihan mulut dengan memberus gigi dua kali sehari dan memflos gigi.
  • ⁠Elakkan dari merokok atau vape kerana kandungan nikotin and tar dalam rokok akan melekat pada gigi sehingga menyebabkan gigi menjadi kuning atau hitam (nicotine/smoking stain).
  • Kurangkan pengambilan dan biasakan penggunaan straw ketika minum kopi, teh atau minuman berkarbonat untuk mencegah gigi kuning.
  • Minum air kosong selepas makan atau minum untuk mengurangkan kesan penghakisan asid.
  • ⁠Elakkan makanan yang terlalu masam, seperti jeruk kerana ia boleh menyebabkan hakisan pada lapisan enamel gigi dan secara langsung menyebabkan gigi nampak kuning.
  • Lakukan pemeriksaan gigi dan membersihkan karang gigi secara profesional oleh doktor gigi setiap enam bulan sekali kerana ia dapat membantu mencegah gigi kuning dan masalah kesihatan gigi yang lain.
  • Sekiranya gigi anda masih kuning walaupun memberus dan memflos gigi dua kali sehari, tiba masanya untuk mencari penyelesaian lain dengan mendapatkan konsultasi secara profesional dengan Doktor gigi anda.

Apa Kelebihan Dan Kekurangan Ubat Gigi Pemutih Gigi?

Ubat gigi jenis ini adalah produk pengguna yang digemari ramai yang menjanjikan untuk menghilangkan cela dan kekuningan pada gigi anda, menghasilkan penampilan yang lebih putih.

Ini pendapat Expert kami mengenai kelebihan dan kekurangan pemutih gigi.

Expert avatar
Doktor Gigi

Dr Hannan Roshdy

Kelebihan ubat gigi pemutih gigi:

  • Produk pemutihan gigi boleh membantu mengurangkan kotoran dan memulihkan warna yang lebih cerah pada gigi, jadi gigi nampak lebih cantik.
  • Banyak produk pemutihan gigi boleh didapati sebagai ubat gigi ataupun gel yang mudah digunakan di rumah.
  • KBerbanding dengan prosedur pemutihan gigi profesional, menggunakan produk pemutihan gigi di rumah lebih menjimatkan

Kekurangan ubat gigi pemutih gigi:

  • Penggunaan berlebihan produk pemutihan gigi boleh menyebabkan sensitiviti gigi meningkat terhadap haba, sejuk atau makanan tertentu.
  • Penggunaan berlebihan atau tidak mengikut arahan juga boleh menyebabkan kerosakan pada enamel gigi atau radang gusi.
  • Warna gigi yang diperoleh daripada pemutihan gigi tidak kekal lama terutamanya orang yang suka minum kopi atau teh, dan mungkin memerlukan rawatan tetap seperti veneer gigi.
  • Tidak semua orang sesuai untuk menggunakan produk pemutihan gigi, terutamanya mereka yang mempunyai masalah gigi yang tertentu atau sejarah gigi sensitif yang tinggi.

Jika anda bercadang untuk putihkan gigi, sebaiknya berunding dahulu atau dapatkan nasihat daripada doktor gigi agar tidak timbul sebarang masalah kelak.

Selain itu, secara amnya selamat untuk majoriti individu dan boleh membantu dalam menghilangkan kotoran permukaan dari gigi anda.

Tapi tidak semua individu mendapati ubat gigi pemutih berkesan kerana tidak mampu menghilangkan kotoran degil yang tertanam dalam pada gigi anda.

Penggunaan berlebihan ubat gigi pemutih boleh menyebabkan kebas pada gusi, gigi atau kerosakan enamel gigi dan paling teruk boleh menyebabkan gigi sensitif.


Senarai 16 Pemutih Gigi Terbaik 

*PERHATIAN: Jenama ubat pemutih gigi yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Dr Hanan Roshdy, kecuali dinyatakan.*

Terbaik secara keseluruhan: Colgate Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste

COLGATE Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste
Pemutih gigi terbaik secara keseluruhan 1 daripada 16
Colgate Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste
Colgate
Dari RM12.94
Harga berpatutan
Melawan kaviti
Tidak boleh ditelan
3 lagi
Selamat & melindungi enamel
Menyegarkan bau nafas mulut
Perisa mint

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Jenama Colgate sememangnya sudah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dan ubat gigi Optic White 100g ini boleh memutihkan gigi dalam masa 1 minggu sahaja.

Ciri-ciri:

Dengan penggunaan yang kerap, ubat gigi pemutih gigi ini mampu menyingkirkan plak gigi ketika memberus. 

Selamat juga digunakan untuk kanak-kanak yang berusia bawah 6 tahun tapi ibu bapa kena pastikan mereka hanya guna ubat gigi dengan jumlah sebesar saiz kacang pis. 

Diformulasikan dengan pemecut pemutihan yang akan membantu menanggalkan kotoran pada gigi dengan selamat.

Manakala kandungan zarah kristal mikro (kalsium pirofosfat) dalam pemutih gigi ini akan menggilap permukaan gigi jadi lebih berkilau.

Review:

"Kualiti produk mantap. Kalau nak betul-betul putih tu tidaklah. Cuma, gigi lebih cerah daripada sebelum ni."

Terbaik untuk sijil halal: SPLAT Professional Series White Plus Toothpaste

SPLAT Professional Series White Plus Toothpaste
Pemutih gigi halal 2 daripada 16
SPLAT Professional Series White Plus Toothpaste
Dari RM17
Halal
Diuji secara klinikal
Untuk orang dewasa sahaja
2 lagi
Bebas daripada SLES & bahan berasaskan haiwan
Mengilatkan enamel gigi

Ubat gigi pemutih SPLAT ini mengandungi Sp. White System.

Kandungan ini diformulasi pemutih yang dapat mencerahkan kembali gigi anda yang kuning akibat pengambilan kopi dan teh. 

Selain itu, kandungan ion potassium pula mengurangkan masalah gigi sensitif dengan berkesan. 

Menariknya lagi, bahan aktif Polydon dan Sodium Triphospate akan pecahkan plak gigi yang degil. 

Barulah anda tak malu nak senyum selebar yang mungkin ketika bercakap. 

Kandungan ubat giginya pula sebanyak 100ml dan tarikh luputnya pula pada tahun 2025, jadi boleh bertahan agak lama. 

Terbaik untuk pek keluarga: Darlie Whitening Toothpaste Charcoal Clean (Value Pack)

Darlie Whitening Toothpaste Charcoal Clean (Value Pack)
Whitening gigi murah 3 daripada 16
Darlie Whitening Toothpaste Charcoal Clean (Value Pack)
Dari RM17.83
Harga murah
Melawan kaviti
Ada arang untuk yang tak sukakannya
3 lagi
Ada florida untuk melindungi gigi
Boleh menghilangkan kotoran degil
Nafas lebih segar

Jika anda mempunyai bajet yang rendah untuk beli produk pemutih gigi yang bagus, kami sarankan agar beli sahaja ubat gigi keluaran Darlie. 

Dengan harga bawah RM20, anda dah boleh dapat 2 tiub ubat gigi dengan kandungan sebanyak 140g setiap satu. 

Mengandungi zarah arang buluh Korea dengan serapan semula jadi di dalam ubat gigi ini yang membantu untuk membersihkan mulut dengan lebih teliti.

Turut mengandungi zarah agen pemutih yang akan memutihkan gigi dengan lebih baik dan menghalang kotoran daripada terbentuk pada luaran gigi.  

Terbaik untuk rasa segar: Fresh & White Volcanic Whitening Toothpaste

Fresh & White Volcanic Whitening Toothpaste
Ubat gigi fresh mint 4 daripada 16
Fresh & White Volcanic Whitening Toothpaste
Dari RM9.88
Perisa pudina segar
Menyegarkan nafas secara berpanjangan
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
2 lagi
Pengumpulan kesan kotoran boleh dicegah
Selamat untuk orang Muslim

Tiada lagi masalah gigi kuning atau nafas berbau jika anda gunakan ubat gigi jenama Fresh & White dari Jepun ini. 

Diformulasikan khas untuk anda yang mahu putihkan gigi secepat mungkin kerana mampu memutihkan gigi lebih putih dalam masa 2 minggu. 

Ini kerana kesan kotoran dari permukaan gigi boleh ditanggalkan berbanding ubat gigi florida biasa.

Ubat gigi anti kaviti dengan kandungan mineral volkanik Jepun ini turut mempunyai perisai anti gula iaitu fuorida berganda supaya masalah kaviti pada gigi boleh dielakkan. 

Harga ubat gigi ini juga sangat murah, jadi anda tidak akan terbeban untuk membeli ubat gigi ini dan mengembalikan warna gigi anda yang putih itu.

Terbaik untuk hasil pantas: LANBENA Teeth Whitening Powder

LANBENA Teeth Whitening Powder
Pemutih gigi 5 daripada 16
LANBENA Teeth Whitening Powder
Dari RM7.07
Bahan halal
Menghalang pereputan gigi
Harga sedikit mahal
2 lagi
Perisa lemon-lime & mint
Menyegarkan bau nafas

Produk pemutih gigi paling berkesan dalam bentuk serbuk jenama Lanbena ini sesuai digunakan oleh perokok yang ingin memutihkan kembali gigi mereka. 

Apa yang menarik, boleh menggantikan ubat gigi pes yang sering kita gunakan setiap hari.

Walaupun berbentuk serbuk tapi tetap berbuih apabila menggosok gigi menggunakan serbuk Lanbena ini. 

Serbuk ubat gigi ini mengandungi serbuk mutiara laut dalam yang boleh mencerahkan dan memutihkan senyuman. 

Malah, dikatakan lebih bagus berbanding serbuk gigi arang buluh. 

Selain itu, pemutih gigi yang selamat dengan kandungan serbuk nano ini juga akan segera cair dalam mulut sekaligus menyingkirkan kotoran gigi dan odontolith yang sukar hilang jika menggunakan ubat gigi biasa.

Terbaik untuk gusi sensitif: Paradontax Daily Whitening Toothpaste

Paradontax Daily Whitening Toothpaste
Produk pemutih gigi Paradontax 6 daripada 16
Paradontax Daily Whitening Toothpaste
Dari RM26.58
Melawan pembentukan plak
Meningkatkan kesihatan gusi
Mengandungi alkohol
3 lagi
Nafas segar
Ada sodium florida
Mungkin boleh sebabkan alahan

Ucapkan selamat tinggal kepada masalah gigi kuning dengan penggunaan ubat gigi Paradontax 2 kali sehari. 

Boleh digunakan oleh remaja atau anak-anak anda yang berusia 12 tahun ke atas. 

Ubat gigi ini mampu membersihkan permukaan gigi daripada kotoran dan sekaligus boleh mengembalikannya kepada warna putih semula jadi. 

Jangan lupa untuk ludah selepas memberus gigi dan berkumur seperti biasa kerana anda tidak digalakkan untuk menelan ubat gigi ini.

Terbaik untuk gigi sensitif: Sensodyne Gentle Whitening Fluoride Toothpaste

Sendodyne Gentle Whitening Fluoride Toothpaste
Sensodyne pemutih gigi 7 daripada 16
Sensodyne Gentle Whitening Fluoride Toothpaste
Sendodyne
Dari RM14.60
Terdapat florida untuk kuatkan gigi
Menghalang gigi daripada reput
Tak sesuai untuk kanak-kanak
2 lagi
Terbukti secara klinikal
Boleh legakan gigi sensitif

Gigi anda jenis sensitif tapi dalam masa yang sama nak putihkan gigi yang semakin kuning?

Usah risau, guna sahaja ubat gigi Sensodyne yang sesuai untuk bersihkan gigi sensitif ini. 

Jika anda berus gigi 2 kali sehari, ubat gigi ini mampu mengembalikan gigi anda kepada warna putih semula jadinya. 

Malah, pemutih gigi ini juga boleh bertindak menghilangkan kotoran dari dalam gigi sekaligus dapat melegakan gigi sensitif.

Turut mampu meningkatkan perlindungan terhadap sensitiviti kepada makanan manis dan panas serta minuman sejuk. 

Terbaik untuk pengaplikasian mudah: ZenyumFresh Day & Night Toothpaste 100ml

ZenyumFresh Day & Night Toothpaste 100ml
Gel pemutih gigi 8 daripada 16
ZenyumFresh Day & Night Toothpaste 100ml
Dari RM17.93
Tanpa alkohol & paraben
Ada minyak kelapa sebagai agen buih semula jadi
Harga mahal
3 lagi
Melegakan gigi yang sensitif
Ada 2 pilihan, siang & malam
Sesuai untuk individu vegan

Dengan rasa pudina dan ekstrak aloe vera, ubat gigi malam Zenyum untuk digunakan pada waktu malam.

Bukan apa, ketika tidur ubat gigi ini dapat menghalang pembentukan kaviti dan memineralkan semula gigi anda. 

Sangat selamat digunakan kerana tidak mengandungi SLS dan triclosan tapi mengandungi arang halus yang mampu menggilap kekotoran pada permukaan gigi. 

Bahan seperti Polyvinyl Pyrrolidone (PVP) pula bertindak ke atas kotoran yang degil dan sekaligus, gigi kembali putih semula. 

Manakala ubat gigi siang pula boleh kembalikan kesegaran nafas anda setiap pagi dan melindungi enamel.

Dalam masa yang sama dapat menghalang gigi reput kerana ada hydroxyapatite dan sodium floride.

Terbaik untuk perokok: Zact Whitening Toothpaste

Zact Whitening Toothpaste
Pemutih gigi untuk perokok 9 daripada 16
Zact Whitening Toothpaste
Dari RM5.14
Menghalang plak daripada terbentuk
Kanak-kanak bawah 6 tahun boleh guna
Hanya 150g
1 lagi
Sesuai untuk perokok

Ubat gigi pemutih daripada Zact ini merupakan formulasi pemutih gigi yang unik kerana mengandungi CAC (kalsium karbonat) dan formula AOX.

Kandungan ini untuk menghilangkan kesan kuning degil akibat tembakau dan teh. 

Tambahan pula, turut diperbuat dengan florida agar boleh membantu melawan masalah kaviti. 

Malah dikatakan memiliki 60 peratus lebih kuasa untuk menghilangkan kesan kotoran dan kuning pada permukaan gigi berbanding ubat gigi biasa jenama lain. 

Ingin diingatkan tidak boleh ditelan tapi perlu berkumur macam biasa terutamanya jika ada kanak-kanak yang turut guna produk ini.

Terbaik untuk pemakai braces: Oral-B 3D White Luxe Perfection 95g

ubat gigi whitening
Pemutih gigi untuk pemakai braces 10 daripada 16
Oral-B 3D White Luxe Perfection 95g
Oral-B
Dari RM14.30
Teknologi pemutihan terkini
Melindungi gigi dari noda baru
Perlu digunakan secara konsisten
1 lagi
Rasa sensasi segar

Produk ini ialah satu ubat gigi paling berkesan dalam memutihkan gigi dan kini anda tidak perlu lagi buat veneer!

Dengan teknologi pemutihan tercanggih, ubat gigi ini dapat menghilangkan noda dan membuat gigi anda lebih putih dalam 3 hari.

Formulanya yang unik mengandungi Dissolving Polishing Complex yang dapat menghilangkan noda dengan membuka noda yang terperangkap di permukaan gigi.

Menariknya juga mengandungi bahan-bahan yang melindungi gigi anda dari noda baru dan membuat nafas anda lebih segar.

Terbaik untuk keselamatan: Dentis2u Whitening Advance Toothpaste

ubat gigi 1
Pemutih gigi lulus KKM 11 daripada 16
Dentis2u Whitening Advance Toothpaste
Dentis2u
Dari RM12
Mengurangkan plak gigi
Mencegah kaviti
1 lagi
Menyegarkan nafas

Ubat gigi ini mengandungi fluorida yang melawan karies gigi dan mencegah nafas tidak segar disebabkan oleh karies gigi.

produk ini dikeluarkan oleh doktor pergigian dan kesan dapat dilihat seawal 14 hari!

Jadi, ubat gigi ini berkesan untuk mencegah kerosakan gigi dan karang pada gigi.

Bukan itu sahaja, boleh membersihkan lebih mendalam di antara gigi, mengurangkan plak gigi, memperkuat gigi dan menjaga kebersihan di antara gigi.

Dengan menggunakan ubat gigi ini, anda dapat menjaga kesihatan gigi anda dan nafas segar sepanjang hari.

Terbaik untuk kaedah tradisional: Ubat gigi niacinamide

ubat_gigi_pemutih_niacinamide
Pemutih gigi traditional 12 daripada 16
Ubat gigi niacinamide
Dari RM12.90
Membuang kotoran makanan pada gigi
Mencegah kerosakan gigi
Perisa peach sahaja
3 lagi
Menguatkan gigi dan gusi
Menghilangkan plak dan karang gigi
Bebas bahan kimia

Berbeza dengan ubat gigi biasa yang mengandungi flourida dan bahan kimia, ubat gigi ini mengandungi niacinamide sebagai bahan utama.

Ia mampu menembusi celahan enamel dan menghilangkan sisa makanan, plak bakteria, serta noda dari makanan yang tersembunyi.

Selain itu, ubat gigi ini boleh menyingkirkan kotoran dan sisa makanan sambil meneutralkan asid plak.

Ini membantu mencegah kerosakan gigi, menguatkan gigi dan gusi, serta menghilangkan plak dan karang pada gigi.

Dengan ini, nafas anda akan menjadi lebih segar, risiko penyakit oral dapat dikurangkan dan gigi juga lebih putih bersinar!

Terbaik untuk trend semasa: V34 Colour Corrector Hismile

ubat_gigi_v34_hismile
Pemutih gigi viral 13 daripada 16
V34 Colour Corrector Hismile
Dari RM6.21
Bebas fluorida
Menghilangkan plak dan kesan kuning
Kandungan hanya 30 ml
3 lagi
Mengurangkan bau mulut
Mengurangkan bakteria penyebab kerosakan gigi
Cair

Ubat gigi ini mempunyai warna ungu yang menarik dan boleh menghilangkan kesan kekuningan pada gigi, serta menjadikannya lebih putih.

Produk ini juga selamat digunakan oleh kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dan tidak mengandungi fluorida.

Selain itu, ia boleh mengurangkan bau mulut, dan melawan bakteria yang merosakkan gigi.

Bagi mereka yang gemar minum kopi, teh, atau merokok, ini adalah penyelesaian yang selamat dan berkesan.

Cukup calitkan pada berus gigi dan gosok gigi seperti biasa.

Terbaik untuk kemudahan pakai: Crest 3D White Strips

Crest 3D White Strips
Strip pemutih gigi 14 daripada 16
Crest 3D White Strips
Dari RM26.89
Dirumus dengan bahan selamat enamel
Kesan dalam masa 3 minggu
Kurang sesuai untuk gigi sensitif

Bagi yang mahukan pemutihan gigi profesional di rumah, boleh beli strip pemutih gigi ni.

Kesan Profesional Crest 3D Whitestrips adalah sama berkesan seperti di klinik gigi.

Jalur putih ini dirumus dengan bahan pemutih yang sama seperti yang digunakan oleh doktor gigi.

Anda hanya perlu sapukan jalur putih tu pada gigi sekali sehari selama 30 minit sahaja.

Boleh buat aktiviti lain seperti bercakap atau minum air kerana jalurnya mempunyai Teknologi Advanced Seal™ yang kekal melekat di gigi.

Malah, ramai doktor gigi sendiri turut mengesyorkan jenama pemutihan gigi ini.

Terbaik untuk jenama dipercayai: Colgate Optic White O2 Teeth Whitening Toothpaste

Colgate Optic White O2
Colgate pemutih gigi 15 daripada 16
Colgate Optic White O2 Teeth Whitening Toothpaste
Dari RM24.85
Boleh hilangkan kesan kopi
Memutihkan dan mengekalkan putih gigi
Ada menthol
2 lagi
Kurangkan nafas berbau
Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun

Ubat gigi Colgate Optic White O2 menggunakan teknologi Active Oxygen Bubble untuk memutihkan gigi dalam masa 3 hari sahaja.

Gelembung oksigen ini akan meresap ke dalam enamel gigi dan memutihkannya secara lembut dari dalam ke luar.

Jadi, anda akan rasa hangat apabila gelembung halus terbentuk semasa menggosok gigi.

Sedikit tips, gosok gigi anda dengan teliti selama 2 minit sekurang-kurangnya dua kali sehari dan bilas dengan bersih.

Jangan risau, ubat gigi untuk memutihkan gigi ini juga sesuai untuk individu mempunyai gigi sensitif dan gusi berdarah.

Dengan penggunaan berterusan, gigi anda akan kelihatan lebih cerah dan tiada lagi kekuningan!

Terbaik untuk kandungan nicotinamide: BodyAid Ubat Gigi Pemutih Nicotinamide

BodyAid Ubat Gigi Pemutih Nicotinamide
Ubat gigi pemutih nicotinamide 16 daripada 16
BodyAid Ubat Gigi Pemutih Nicotinamide
Dari RM49.90
Tidak mengandungi fluorin
Mencerahkan gigi
Kurang sesuai untuk gigi sensitif
1 lagi
Mengurangkan bau mulut

Ubat gigi ini pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin menjaga kebersihan gigi.

Bukan sahaja memutihkan gigi dengan lembut, malah segala karang gigi dan plak juga dapat ditanggalkan.

Bahan utama yang terkandung di dalamnya termasuk niacinamide, calcium carbonate, bygrated silica granules dan chondrus crispus (carrageenan) extract.

Nafas juga berbau segar dan rasa sedikit berangin semasa menggosok gigi.

Menurut seorang peminum kopi, giginya nampak satu warna lebih putih dari sebelumnya selepas seminggu penggunaan.

Cara Kami Pilih Senarai Ini

Kami menyemak harga sebenar setiap produk di Shopee Malaysia pada 22 September 2026, bukan harga cadangan jenama. Produk yang kekal dalam senarai ini mesti ada pautan pembelian yang masih aktif dan sekurang-kurangnya satu peniaga sah yang menjual di Malaysia. Kelebihan dan kekurangan setiap produk (dalam kad di bawah) ditulis berdasarkan tuntutan jenama dan kandungan bahan aktif, bukan ujian klinikal kami sendiri; ini bukan nasihat perubatan pergigian.


Bolehkah Gigi Kuning Jadi Putih Semula? 

Memiliki gigi yang kuning sememangnya akan memudarkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. 

Tapi, jangan risau, masalah gigi kuning boleh diselesaikan dengan rawatan pemutihan gigi professional di klinik gigi berdaftar dengan KKM. 

Boleh juga guna ubat gigi pemutih untuk dapatkan gigi yang kembali bersih dan cantik. 

Tapi, untuk gigi yang dah terlalu teruk, hanya dapat dipulihkan dengan rawatan oleh doktor gigi bertauliah sahaja. 

Yang penting, kena sentiasa berus dan floss gigi supaya kesihatan mulut anda terjaga dengan baik.  

Jom kita lihat video dibawah untuk mengetahui kenapa gigi kita bewarna kuning.


Panduan Pilih Pemutih Gigi

Adakah anda mahukan senyuman yang indah dengan gigi yang lebih putih? Gunakan sahaja ubat gigi pemutih.

Ubat gigi dikatakan dapat menghilangkan noda dan perubahan warna dari gigi anda, menjadikannya kelihatan lebih putih.

Berikut beberapa tips untuk membantu anda memilih pemutih gigi.

  • Bahan dalam produk

Sebelum memilih produk pemutihan gigi, periksa dengan teliti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Produk yang mempunyai tahap hidrogen peroksida yang tinggi harus dielakkan kerana boleh membahayakan gigi.

Sebaliknya, pilih produk yang disyorkan oleh profesional pergigian. 

  • Berjumpa doktor gigi

Dapatkan nasihat daripada doktor gigi sebelum memilih produk pemutihan gigi kerana doktor gigi boleh memberikan cadangan yang bersesuaian dengan keadaan gigi dan kebersihan mulut anda.

Mereka akan menilai kesihatan gigi anda dan menawarkan arah yang tepat mengenai teknik pemutihan yang paling sesuai untuk anda.

Sekaligus, menjamin produk pemutih gigi tidak akan memberi kesan buruk pada gigi atau gusi anda.

  • Kesesuaian

Sesetengah orang memerlukan cara pemutihan gigi yang lembut pada gigi sensitif, sementara yang lain menginginkan hasil yang lebih cepat.

Oleh itu, ambil kira faktor-faktor seperti gigi yang sensitif, warna gigi semasa dan masa anda yang tersedia.

Bergantung pada keperluan anda, anda mungkin ingin memilih pemutih gigi yang memenuhi keperluan gigi yang sensitif atau yang memberikan pemutihan dengan lebih cepat.


Punca Gigi Kuning

Antara punca utama di sebalik masalah gigi kuning adalah pengumpulan plak gigi iaitu lapisan lembut yang terbentuk daripada sisa makanan dan bakteria dalam mulut kita sendiri.

Kalau kita tak gosok gigi dengan baik, plak ni akan mengeras dan menyebabkan gigi jadi kuning.

Selain itu, minuman berkafein seperti teh dan kopi turut mengandungi pewarna semula jadi yang boleh meresap masuk ke dalam enamel gigi kita dan lama-kelamaan gigi akan kelihatan lebih gelap.

Tambahan lagi, minuman berkabornat juga mengandungi bahan berasid yang boleh mengakis enamel gigi dan menyebabkan kekuningan.

Mereka yang merokok dan mempunyai masalah kesihatan seperti mulut kering juga boleh mendapat gigi kuning.

Ini kerana air liur penting untuk melindungi enamel gigi daripada menipis.


Petua Putihkan Gigi

Mahu gigi putih dan senyuman berseri? Ikut je tips mudah untuk putihkan gigi ni!

Pertama, gosok gigi dengan teliti dua kali sehari selama 2 minit.

Pastikan berus dan ubat gigi yang digunakan mengandungi bahan pemutih seperti hydrogen peroksida atau karbonat untuk membantu mengikis kekuningan pada gigi.

Kedua, amalkan rutin flos dan teknik mengosok gigi yang betul.

Bermula dari gusi, lalu gosok dengan lembut ke atas dan ke bawah gigi.

Jangan lupa bahagian dalam dan permukaan kunyahan gigi.

Elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan gigi gelap seperti teh, kopi, atau jus buah berwarna gelap.

Selain itu, amalkan tabiat berhenti merokok kerana asap rokok juga antara punca utama gigi menjadi kuning.

Jika sukar, kurangkan pengambilannya dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, lakukan pembersihan profesional di klinik gigi sekurang-kurangnya setahun sekali.

Ini membantu menyingkirkan plak dan kesan kekuningan pada gigi.

Kalau ada bajet lebih dan nak kesan gigi putih lebih cepat, dapatkan perkhidmatan "Veneer” atau “Whitening" dengan doktor gigi bertauliah.

Malah, anda boleh gunakan kaedah oil pulling menggunakan minyak kelapa dan kami sertakan video di bawah untuk panduan anda.

Bila gigi dah putih, barulah tak rasa malu nak senyum depan orang ramai. 


Soalan lazim

Apakah ubat gigi Colgate Optic White?

Ia ubat gigi pemutih Colgate yang menggunakan bahan pelelas lembut untuk menanggalkan kesan kotoran di permukaan gigi. Di Malaysia ia dijual sekitar RM26.79 untuk pek dua tiub 100g di Shopee, dan juga ada di Watsons, Guardian dan pasar raya.

Bagaimana cara memutihkan gigi kuning dengan cepat?

Tiada cara yang betul-betul cepat di rumah. Ubat gigi pemutih mengambil dua hingga empat minggu penggunaan berterusan untuk kesan yang nampak. Yang paling cepat memberi beza ialah berhenti atau kurangkan kopi, teh dan rokok, kerana itu punca kesan permukaan.

Adakah gigi kuning sihat?

Warna gigi semula jadi berbeza antara orang, dan gigi yang sedikit kekuningan boleh jadi sihat sepenuhnya. Yang perlu dirisaukan bukan warna, tetapi sakit, gusi berdarah atau bau mulut berterusan. Itu soalan untuk doktor gigi.

Apakah petua memutihkan gigi secara tradisional?

Baking soda dan arang aktif kerap disebut. Baking soda memang melelas kesan permukaan, tetapi penggunaan kerap boleh menghakis enamel. Kami tidak mengesyorkannya sebagai amalan harian dan mencadangkan ubat gigi berformula sebaliknya.

Artikel Berkaitan

editor avatar
Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Expert avatar
Pakar
Doktor Gigi

Dr Hannan Roshdy chevron_right

Dr Hannan , merupakan seorang doktor gigi yang mempunyai pengalaman dalam bidang pergigian, telah berkhidmat sebagai doktor gigi s ...

Lagi daripada ProductNation