Gadget

8 Walkie Talkie Terbaik di Malaysia 2026

Set 1 frekuensi walkie talkie untuk mudahkan komunikasi. Jom lihat senarai walkie talkie untuk komunikasi dua hala dengan harga walkie talkie yang berbaloi.

A
Editor · Updated 31 May 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Walkie Talkie Terbaik di Malaysia 2026

Walkie talkie merupakan salah satu alat komunikasi penting kerana boleh digunakan secara meluas di kawasan yang tidak mempunyai liputan telefon.

Alat ini sering digunakan oleh para hikers ketika mereka lakukan aktiviti bersama kawan-kawan untuk jangka masa yang lama.

Kandungan

Bagaimanapun, harga walkie talkie, spesifikasi dan kadar frekuensi walkie talkie perlu anda tahu sebelum membuat pemilihan untuk memastikan alat tersebut sesuai dengan penggunaan anda.

Kalau anda baru dalam bidang penggunaan walkie talkie, jangan risau dan jom lihat senarai walkie talkie terbaik untuk anda.


Senarai 8 Walkie Talkie Terbaik 

walkie talkie motorola
Walkie talkie untuk rumah 1 daripada 8
Motorola Mini Walkie Talkie 16 Channels 15W Long Range Waterproof Hotel Site Outdoor Civil
Dari RM41.99
Suara jelas
Lingkungan jarak 1- 3 km
Guna wayar USB untuk caj
2 lagi
Kalis air
Bateri bertahan 7 hari

Dengan jarak komunikasi maksimum antara 1-3km, walkie talkie ini sangat ideal untuk penggunaan di rumah, hotel, tapak pembinaan, kilang, pusat membeli-belah, hutan dan banyak lagi. 

Anda boleh berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan dalam kumpulan dengan kualiti suara yang sangat jelas tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, walkie talki ini ada sistem pengecasan cepat melalui cradle charging atau USB charging dan paling penting bateri berkapasiti 6800 mAH yang mampu bertahan hingga 7 hari!

Dengan 16 saluran penyimpanan, ada had masa transmission suara serta fungsi penjimatan tenaga pintar untuk memastikan bateri anda digunakan dengan lebih optimum.

Saiznya yang kecil dan ringan akan memudahkan anda untuk bawanya ke mana-mana sahaja.

Anda boleh menggantungkannya di pinggang dengan klip tali pinggang yang disediakan atau meletakkannya dalam poket anda dengan mudah.

walkie talkie
Walkie talkie untuk touring/car convoy 2 daripada 8
Baofeng UV-20 PRO 120W Walkie Talkie
Baofeng
Dari RM199
Kalis air
Liputan sehingga 5km-100km
Dipengaruhi isyarat persekitaran
1 lagi
Kapasiti Bateri(mAh) : 24000mAh

Adakah anda sering menyertai konvoi kereta atau kerap melakukan perjalanan jauh bersama keluarga atau rakan-rakan? Jika ya, jom dapatkan Walkie Talkie BAOFENG UV-20 ini. 

Dengan kapasiti bateri sebesar 24000mAh, anda tidak perlu risau tentang kehabisan bateri semasa perjalanan panjang.

Anda boleh menjelajah kawasan terpencil atau wilayah dengan gangguan isyarat yang teruk dengan tenang kerana alat ini memberikan daya yang mencukupi untuk mengatasi gangguan isyarat.

Ciri menarik ini akan membuatkan komunikasi anda jadi lebih lancar dan dapat capai jarak yang jauh, dari 5km hingga 100km.

Menariknya, alat ini boleh berfungsi dengan baik tidak kira sama ada anda berada dalam hujan lebat atau dalam keadaan kecemasan di kawasan air.

Oleh itu, walkie talkie ini sangat sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti luar seperti berlayar, laluan off-road, hiking atau marathon.

Anda juga boleh menyimpan sehingga 128 saluran dalam peranti ini, membolehkan anda bertukar dengan mudah antara frekuensi yang berbeza.

BaoFeng UV-5R Dual Band Walkie Talkie
Walkie talkie polis 3 daripada 8
BaoFeng UV-5R Dual Band Walkie Talkie
Dari RM69
Liputan yang luas
Ada paparan LCD
Tidak sesuai untuk kegunaan komersil
2 lagi
Ada flashlight
Tahan lasak

Walkie talkie ini merupakan walkie talkie dual band yang boleh diprogram dengan FM transceiver multiband untuk membolehkan anda dapat frekuensi yang lebih meluas.

Selain itu, walkie talkie ini mempunyai 128 siaran yang boleh dipilih dan dilengkapi dengan paparan LCD sebagai penunjuk kepada pengguna.

Palin menarik, ada built in flashlight untuk membantu anda di kawasan yang gelap dan tertutup.

Motorola TLKR T80 Extreme
Walkie talkie terbaik jarak jauh 4 daripada 8
Motorola TLKR T80 Extreme
Motorola
Dari RM799
Jarak liputan sehingga 10km
Kalis air
Waktu mengecas agak lama
2 lagi
Bateri tahan lama
Mudah digunakan

Model walkie talkie daripada Motorola ini sangat membantu sekiranya anda memerlukan jarak liputan yang jauh kerana mampu memberi liputan sehingga jarak 10KM.

Alat ini tahan lasak dan sesuai digunakan ketika anda lakukan aktiviti extreme kerana tahan lasak, tahan percikan dan kalis air.

Menariknya, walkie talkie ini turut dilengkapi dengan lampu suluh LED untuk membantu anda di kawasan gelap.

Terdapat juga penyambung headset yang disediakan dan untuk power supply pula menggunakan bateri NIMH yang tahan lama. 

BaoFeng BF-888S 5KM Walkie Talkie 16 Channel Radio
Walkie talkie terbaik dan murah 5 daripada 8
BaoFeng BF-888S 5KM Walkie Talkie 16 Channel Radio
Dari RM38
Murah
Liputan sehingga 3 ke 5km
Tiada paparan skrin untuk anda melihat tetapan
1 lagi
Mudah digunakan

Untuk anda yang memiliki bajet rendah, walkie talkie jenis ini merupakan pilihan terbaik dengan harga bawah RM70 untuk satu set.

Walaupun murah, walkie talkie ini masih hebat kerana mampu menyimpan 16 siaran dan anda boleh pilih dengan mudah.

Dengan kadar frekuensi walkie talkie ini ialah 400-470 Mhz, walkie talkie ini mampu memberi liputan hingga 3 km di kawasan bandar dan 5 km kawasan terbuka.

Badan walkie talkie ini diperbuat daripada plastik ABS yang kukuh membuatkannya mampu menahan impak yang kecil sekiranya terjatuh.

Menarik lagi, bateri walkie talkie ini juga mampu bertahan selama 9 hingga ke 10 jam, cukup untuk anda lakukan aktiviti luar.

TYT TH UV 8000D Walkie Talkie 10w Ultra-High Power Handheld Transceive
Walkie talkie terbaik secara keseluruhan 6 daripada 8
TYT TH UV 8000D Walkie Talkie 10w Ultra-High Power Handheld Transceive
Dari RM265
Jarak liputan sehingga 10km
Kapasiti bateri yang besar
Functional issue pada battery eliminator
2 lagi
Terdapat paparan skrin
Mudah digunakan

Sebab Menjadi pilihan utama;

Walkie talkie ini mampu memberi liputan jarak jauh, tahan lama dan mempunyai fungsi repeater crossband untuk mengulang mesej apabila suara tidak jelas.

Ciri-ciri:

Sekiranya ada ahli konvoi tertinggal atau terlajak ke depan semasa berkonvoi, tidak akan jadi masalah kerana walkie talkie TYT ini mampu memberi liputan sehingga jarak 10 km.

Ada review menarik dari pengguna yang menyatakan walkie talkie ini mampu detact frekuensi mencecah sehingga jarak 20km.

Kadar frekuensi walkie talkie ini adalah 400-520Mhz dengan kapasiti bateri yang besar iaitu sebanyak 3600 mAh.

Kuasanya juga agak tinggi iaitu 10w bagi menjamin kestabilan dalam berkomunikasi antara pengguna dan turut mempunyai fungsi repeater crossband.

Review
“Produk yang bagus, telah diuji, seller yang dipercayai dan penghantaran cepat”

Xiaomi Mijia 1S Smart Walkie Talkie
Walkie talkie dengan sambungan bluetooth 7 daripada 8
Xiaomi Mijia 1S Smart Walkie Talkie
Xiaomi
Dari RM426.93
Teknologi moden
Mudah digunakan
Perlu sambungan smartphone untuk monitor fungsi
3 lagi
Ada paparan LCD
Jarak liputan 10km
Kecil dan mudah dibawa

Berbeza dengan walkie talkie lain di pasaran, Xiaomi Mijia merupakan walkie talkie lebih moden dimana anda boleh menyambungkannya ke smartphone dengan sambungan Bluetooth.

Selain itu, dengan sambungan Bluetooth juga, anda boleh menyambungkan walkie talkie ini dengan aksesori lain seperti headset. Menarik!

Walkie talkie ini direka untuk memudahkan komunikasi walau dimana anda berada tanpa perlu menetapkan frekuensi. 

Ciri lain yang menarik, alat ini dilengkapi dengan paparan LCD, GPS radio FM dan USB. 

Paling penting, jarak liputan walkie talkie ini mampu mencecah sehingga jarak sejauh 10km.

Walkie talkie mini 8 daripada 8
Daytech WT08 Mini Walkie Talkie
Daytech
Dari RM18
Mudah disimpan dan dibawa
Mudah digunakan
Hanya sesuai untuk jarak dekat
2 lagi
Kalis air
Liputan sehingga 1 ke 2 km atau 6000 kaki dalam bangunan

Sekiranya anda mencari walkie talkie untuk berkomunikasi dengan anak atau ingin melatih anak menggunakan walkie talkie, produk ini adalah pilihan terbaik.

Reka bentuk bersaiz mini dan mudah disimpan menjadikan walkie talkie ini mudah dibawa ke mana saja.

Rekaan pada paparan yang ringkas membuatkan mudah digunakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.

Kadar frekuensi walkie talkie ini pula ialah sekitar 400-470 MHz dengan 16 siaran.

Walkie talkie ini mampu memberi liputan sehingga jarak 1 ke 2 km atau 6000 kaki dalam bangunan.

Badan walkie talkie ini diperbuat daripada material ABS dan kalis air.


Cara Menggunakan Walkie Talkie

Anda baru beli walkie talkie tapi tidak tahu cara yang betul untuk gunakannya secara optimum?

Secara asasnya, cara penggunaan sebuah walkie talkie adalah seperti berikut;

  • Tekan Butang Push to talk

Setiap walkie talkie ada satu butang kecil yang anda perlu tekan untuk bercakap dan kebanyakannya gunakan cara push to talk.

Maksudnya apabila anda ingin bercakap dengan ahli kumpulan atau rakan anda, anda perlu tekan butang push to talk sambil bercakap pada alat ini dan lepas apabila anda dah habis bercakap.

Sekiranya anda lepas butang sebelum habis bercakap, rakan anda tidak akan mendengar apa yang anda sampaikan.

  • Channel Switch untuk mengubah atau menetapkan siaran

Channel switch adalah untuk anda menentukan saluran komunikasi anda melalui nombor frekuensi. 

Anda boleh pilih dan set satu frekuensi yang unik hanya untuk anda dan rakan gunakan sepanjang aktiviti supaya mudah untuk anda komunikasi. 

  • Volume/On Off

Untuk on dan off walkie talkie atau menguatkan atau perlahankan suara walkie talkie, akan ada satu butang khas pada badannya yang anda perlu tekan untu menghidupkannya. 

  • Speaker

Ada satu bahagian speaker kecil disediakan untuk anda mendengar mesej atau percakapan dari rakan anda atau digunakan juga untuk mendengar radio.

Kalau anda masih keliru dan nak tahu lebih lanjut, anda boleh lihat video berikut.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation