Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tayar kereta terbaik

11 Tayar Kereta Terbaik di Malaysia 2024 (Untuk Myvi, Axia, dll.)

Kalau salah pilih tayar, kemungkinan besar perjalanan anda mungkin akan tergendala.

Pemilihan tayar kereta yang terbaik dan berkualiti dapat melancarkan perjalanan anda lebih-lebih lagi apabila menuju destinasi yang jauh.

Kalau salah pilih, kemungkinan besar alignment tayar cepat lari atau pancit sehingga boleh menyebabkan kemalangan.  

Jadi sebelum beli tayar kereta pastikan brand tayar, saiz tayar dan jenis tayar kereta berpadanan dengan kereta yang anda pandu.

Jadi kami nak bantu anda untuk buat pilihan yang bijak supaya tak tertipu dengan harga tayar kereta sebelum beli.

Jom ikuti senarai jenama tayar kereta terbaik dan yang paling bagus di Malaysia ini.


Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Pakar
Pencipta Kandungan Automotif & Pengarah Dsac Auto Cars

Joe Beshir chevron_right

Joe Beshir merupakan pencipta kandungan Automotif yang bergiat aktif di YouTube dengan pengalaman dalam bidang automotif selama le ...

Keburukan Tayar China

Bila sebut barang diperbuat dari China, mungkin ada yang beranggapan bahawa barang tersebut tidak original dan sebagainya.

Kualiti tayar bergantung kepada pelbagai faktor termasuk bahan mentah yang digunakan, proses pengeluaran, standard kawalan kualiti, dan penggunaan teknologi terkini.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keburukan yang mungkin dikaitkan dengan tayar yang dibuat di China, antaranya:

  • Kualiti yang tidak konsisten

Beberapa pengeluar tayar di China mungkin tidak mengekalkan standard kawalan kualiti yang ketat seperti pengeluar dari negara-negara lain. Ini boleh menyebabkan variasi dalam kualiti antara produk-produk yang dihasilkan.

  • Kurangnya jaminan kualiti

Beberapa tayar China mungkin tidak disertakan dengan jaminan kualiti yang mencukupi, atau syarat-syarat jaminan tersebut mungkin tidak diikuti dengan baik oleh pengeluar atau penjual.

  • Prestasi yang rendah

Tidak semua tayar China mempunyai prestasi yang buruk, tetapi kebanyakkannya mungkin tidak menawarkan cengkaman yang baik, atau daya tahan sebaik tayar dari pengeluar lain yang lebih terkenal.

Selain itu, kami juga turut dapatkan pandangan daripada Expert Automotif kami mengenai tayar China.

Pencipta Kandungan Automotif & Pengarah Dsac Auto Cars

Joe Beshir

Tayar dari China memang tak recommended sebab ia tak tahan lama dan tidak tahan lasak. Dari segi keselamatan pula, tayar China dihasilkan daripada bahan mentah yang murah dan tidak mengikuti standard terbaik, jadi akan membuatkan pemanduan kurang stabil dan kurang selamat.

Jadi, sebelum anda mahu menukar tayar baru, pastikan anda semak dahulu jenama-jenama yang ada atau membaca ulasan pengguna, kemudian pertimbangkan reputasi pengeluar.


Tips Beli Tayar Kereta 

Sebelum beli tayar yang bagus untuk kereta anda, ikuti dulu beberapa tips yang kami kongsikan ini, barulah anda boleh elakkan diri dari jadi mangsa penipuan produk tiruan. 

Pencipta Kandungan Automotif & Pengarah Dsac Auto Cars

Joe Beshir

Antara perkara yang perlu diperhatikan sebelum beli adalah adalah treadwear dan juga tahun tayar dikeluarkan.

Pengguna boleh check sendiri tarikh tayar atau boleh bertanya terus mekanik kedai tayar sebelum beli.

Treadwear pula merujuk kepada ketebalan bunga tayar, dan untuk menilai treadwear tayar yang bagus adalah semakin tinggi treadwear semakin lambat haus tayar tersebut.

Kemudian, jenama yang dicadangkan adalah seperti Mechalline dan Continental sebab ia sesuai untuk ketahanan untuk jalan di Malaysia.

  • Ketahui kod tayar kereta 

Setiap tayar akan mempunyai kod tersendiri. Boleh lihat sendiri pada tayar kenderaan anda dan selalunya ia ditulis dalam bentuk seperti ini, 205/55R16 91V.

Setiap angka dan huruf pula ada maksudnya tersendiri.  Contohnya, tiga nombor pertama atau dalam contoh ini, 205 merujuk kepada lebar tayar dalam mm, 55 ialah ketinggian tayar, manakala R pula ialah Radial. 

Angka 16 pula merujuk kepada diameter rim tayar dalam inci, angka 91 bermaksud load index atau had maksimum bebanan tayar dan huruf V ialah indeks kelajuan maksimum di mana huruf V bermaksud 240km/jam.

Huruf ini akan berbeza-beza mengikut saiz dan jenis tayar itu sendiri. 

Jadi, setiap kod pada sesebuah tayar itu tidak akan sama dengan tayar keluaran jenama lain di pasaran. 

Nak mudah faham, jom tonton video ringkas cara baca tip kod tayar kereta dibawah.

  • Saiz tayar 

Jangan ingat setiap kereta yang ada di Malaysia mempunyai saiz tayar yang sama kerana setiap tayar kenderaan perlu dipilih mengikut kesesuaian spesifikasi kereta.

Jadi, untuk pemanduan yang lancar dan terbaik, tayar kereta juga perlu sesuai dengan saiz rim yang digunakan.

  • Pilih jenis tayar 

Tak dapat dinafikan tayar kereta mempunyai banyak jenis.

Tapi, pastikan anda pilih produk yang sesuai dengan cuaca dan keadaan jalan di Malaysia.

Kalau masih pening, jangan risau, tanya sahaja pada mekanik atau staf di pusat servis kenderaan sebab sudah semestinya mereka lebih arif tentang kenderaan. 


Senarai 11 Tayar Kereta Terbaik

*PERHATIAN: Jenama tayar yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Joe Beshir, kecuali dinyatakan.*

Tayar kereta terbaik secara keseluruhan
Michelin Energy XM2+ Plus Tyre - 175/65R14
Michelin
Michelin Energy XM2+ Plus Tyre - 175/65R14
From
RM199.00
Check Michelin Energy XM2+ Plus Tyre - 175/65R14 price below:
add_circle Sesuai juga untuk van
add_circle 25% lebih mileage atau jarak tempuh
add_circle Waranti 6 tahun
remove_circle Harga agak mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama Michelin dari Perancis ini tak perlu diperkenalkan lagi dalam pembinaan kenderaan bermotor. Memang berkualiti tinggi.

Lebih-lebih lagi Tayar Energy XM2+ yang mampu bertahan 25% lebih lama berbanding jenama tayar premium lain. 

Ciri-ciri:

Tayar ini diperbuat daripada sebatian formula baru silika penuh untuk membentuk bunga tayar.

Formula ini mampu menghasilkan tayar yang mempunyai cengkaman lebih bagus ketika kereta melalui jalan raya.

Jadi, mampu mengurangkan masalah tayar haus.

Menariknya lagi, pemilik kereta boleh pilih sama ada mahu tayar ini dihantar ke rumah untuk dipasang sendiri atau tak.

Jika tak tahu cara pasang pun tak ada masalah, kerana turut menyediakan perkhidmatan pemasangan di bengkel yang ditetapkan.

Review:

"Tayar cun, bunga sporty, condition memang nice. Getah rasa medium soft. Dah cuba emergency break, memang lekat. Bukan biasa-biasa tayar ni, harga pun berbaloi."

Tayar kereta terbaik untuk myvi
Goodyear 175/65R14 DP-D1 GYGY Tyre
Goodyear
Goodyear 17565R14 DP-D1 GYGY Tyre
From
RM159.00
Check Goodyear 175/65R14 DP-D1 GYGY Tyre price below:
add_circle Isipadu getah telah dimaksimumkan
add_circle Diameter tayar 14 inci
add_circle Waranti 5 tahun
add_circle Jenis dry performance
remove_circle Khidmat alignment tayar perlu dibayar asing

Ramai rakyat Malaysia pandu kereta sendiri untuk ke tempat kerja, jadi tayar ini boleh bantu anda kurangkan perbelanjaan bulanan sebab ia jenis fuel economy di mana sedikit sebanyak boleh jimatkan penggunaan minyak.

Pemilik kenderaan jenama tempatan seperti Bezza, Axia dan Myvi boleh gunakan tayar jenama Goodyear ini.

Indeks beban tayar kereta ini ialah 82 di mana sudah cukup bagus kerana angka indeks beban tayar kebanyakan kereta penumpang sekitar 75 hingga 100.  

Jika tayar jenis semua musim ini dipam dengan baik sehingga betul-betul mampat, memang mampu menampung beban sehingga 475 kg.

Manakala, rating kelajuan pula berada di kategori H yang bermaksud kelajuan maksima tayar ialah 210 km/jam. 

Selain itu, tayar kereta terbaik yang direka menggunakan teknologi TredLife ini mampu bertahan 30% lebih lama berbanding jenama lain.

Erti kata lain, boleh digunakan lebih 100,000 km perjalanan. 

Jenis tayar kereta yang senyap
Continental ComfortContact CC6 - 175/65R14
Continental
Continental ComfortContact CC6 - 17565R14
From
RM153.00
Check Continental ComfortContact CC6 - 175/65R14 price below:
add_circle Pemanduan selesa & lancar
add_circle Waranti 5 tahun
add_circle Lebar tayar 175
add_circle Sesuai juga dengan kereta Perodua

Tayar jenama Continental ini sesuai untuk kereta Toyota Vios atau mana-mana pemandu yang inginkan jenis tayar yang senyap.

Ini kerana, tayar Continental mempunyai teknologi chamber yang mampu membuat pembatalan bunyi (noise cancelling). 

Jadi, sebarang bunyi bising yang dihasilkan akibat tayar yang bergeser dengan jalan raya akan dihentikan.

Barulah penumpang cilik anda boleh tidur sepanjang perjalanan tanpa terjaga. 

Malah, bunga tayar juga mampu tahan lebih lama kerana sambungan molekul yang terdapat pada produk Continental ini kuat sekaligus membuatkan tayar tidak mudah botak.

Oleh itu, ia memiliki mileage (jarak tempuh) yang lebih tinggi. 

Paling best, tayar dengan diameter tayar 14 ini juga sangat bagus dari segi kecekapan minyak dan harga tayar Continental juga tidak terlalu mahal.

Tayar kereta terbaik untuk vios
Dunlop SP Sport J6 Tyre - 175/65R15
Dunlop SP Sport J6 Tyre - 17565R15
From
RM172.00
Check Dunlop SP Sport J6 Tyre - 175/65R15 price below:
add_circle Mileage tinggi
add_circle Kurangkan masalah tayar botak
add_circle Sesuai dengan kereta Honda
remove_circle Waranti terhad hanya 5 tahun

Pemilik kenderaan jenama Honda City atau Toyota Vios yang tercari-cari tayar berkualiti boleh dapatkan produk keluaran jenama Dunlop.

Tayar ini bermula di Dublin ini kerana boleh didapati dengan harga yang boleh dikatakan mampu milik. 

Malah, mempunyai cengkaman yang baik ketika kereta melalui jalan yang basah kerana mempunyai jumlah grip yang banyak.

Produk Dunlop ini juga mempunyai bunga tayar yang diperbuat menggunakan sebatian terbaru yang kaya dengan silica. 

Bunga tayar turut tak mudah haus disebabkan memiliki kadar melecet yang rendah.

Paling best, prestasi kereta ketika brek di jalan yang kering juga sangat cemerlang.

Kereta juga lebih stabil dan dapat dikawal dengan lebih baik.

Tayar kereta terbaik untuk jalan basah
Hankook K435 Eco Tyre
Hankook K435 Eco Tyre
From
RM125.00
Check Hankook K435 Eco Tyre price below:
add_circle Kurang bunyi bising
add_circle Prestasi bagus untuk keadaan jalan basah & kering
remove_circle Tempoh jaminan terhad kepada 5 tahun

Kehebatan industri automotif di Korea Selatan tak perlu disangkal lagi.

Itulah sebabnya jenama tayar Hankook ini juga tak kurang hebatnya seperti brand tayar kereta terbaik yang lain.

Terdapat dua jenis saiz tayar yang boleh anda pilih iaitu 175/65/14 dan 195/55/15. 

Jadi, boleh digunakan pada kereta tempatan iaitu Perodua seperti model Bezza, Axia, Myvi dan Proton Iriz.

Di samping itu, tayar jenis eco ini direka khas untuk membantu anda menjimatkan penggunaan minyak. 

Tayar produk dari Korea ini turut memudahkan pemandu untuk mengendalikan kereta dengan lebih baik kerana tindak balas stereng juga adalah cukup mantap.

Memang serasi digunakan pada kereta moden yang kompak.

Paling penting, tayar ini dapat memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dan lancar.

Tayar kereta yang senyap
Toyo Tires Proxes CR1 - 195/55R15
Toyo Tires Proxes CR1 - 19555R15
From
RM173.00
Check Toyo Tires Proxes CR1 - 195/55R15 price below:
add_circle Tayar gred tinggi
add_circle Senyap
add_circle Tayar mencengkam dengan baik di jalan basah
remove_circle Ada kos penghantaran

Tayar jenama Toyo ini mempunyai tempoh warranty selama 5 tahun yang dihasilkan khas untuk kegunaan kereta berkeluarga.

Lagipun tayar ini menjadikan perjalanan anda lebih lancar dan selamat tanpa mengeluarkan bunyi bising.

Jadi, anak kecil atau bayi anda boleh tidur nyenyak tanpa gangguan bunyi tayar sepanjang perjalanan balik kampung. 

Tambahan pula, ia merupakan tayar yang dikilangkan di Malaysia pada tahun 2021.

Produk Toyo ini turut memiliki empat aluran utama yang lebar pada bunga tayar di mana dapat menyediakan saliran air yang bagus ketika kereta dipandu di kawasan yang basah. 

Paling bagus, tayar ini mempunyai aluran berbentuk ombak yang dapat mengelakkan tayar daripada botak secara tidak sekata.

Tayar kereta Axia
Falken 165 50 15
Falken
falken 165 50 15
From
RM409.00
Check Falken 165 50 15 price below:
add_circle Sesuai untuk kereta ekonomi
add_circle Tayar tahan lama
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai kereta besar

Tayar jenama Falken telah mengeluarkan pelbagai barisan tayar yang berkualiti dan mempunyai ketahanan yang lebih lama.

Jadi kami syorkan tayar Falken SN832i bagi penggunaan kereta yang lebih ekonomi dan bersaiz kecil.

Dengan saiz 165 50 15 ini sesuai untuk saiz kereta yang kecil. Misalnya Axia, Kancil, Kenari, Viva atau Kelisa.

Terdapat dalam 34 saiz bermula dari 12 inci sehingga 16 inci dan ingin diingatkan, tayar ini keluaran 2022.

Tayar kereta terbaik untuk Bezza
Silverstone Kruizer 1 NS800
Silverstone
Kruizer 1 NS800
From
RM154.90
Check Silverstone Kruizer 1 NS800 price below:
add_circle Sesuai untuk pemanduan harian
add_circle Bunyi tayar senyap
add_circle Dapat menjimatkan minyak
add_circle Cengkaman terbaik pada jalan basah dan kering
remove_circle Untuk rim tayar 14 sahaja

Tayar Silverstone Kruizer 1 NS800 ini direka untuk meningkatkan pengalaman memandu anda tidak kira di atas jalan yang basah ataupun kering.

Tayar ini dicipta dengan teknologi tayar terkini, termasuk low rolling resistance coefficient (RRC) dan Advanced Micro Beta Silica dari Silverstone, di mana ia menggabungkan prestasi kecekapan bahan api dan cengkaman.

Selain itu, ia turut direka untuk pemanduan harian anda dan memastikan pemanduan yang lancar serta senyap tanpa mengurangkan cengkaman.

Campuran polimer molekul tinggi meningkatkan ketahanan, memberikan prestasi terbaik di jalan basah dan kering. 

Sementara itu, 3D Multi Wave Sipes mengurangkan bunyi tayar dan mengekalkan prestasi brek, manakala kombinasi corak tayar jenis rusuk dan sebatian silika mengurangkan rintangan angin untuk kecekapan yang lebih tinggi.

Tayar ini sesuai digunakan untuk kereta Perodua Bezza dan, NS800 memenuhi standard Peraturan Fasa II R117.

Tayar kereta murah
GoodRide RP88
GoodRide
GoodRide RP88
From
RM125.00
Check GoodRide RP88 price below:
add_circle Menambah kecekapan pemanduan
add_circle Cengkaman yang baik
add_circle Beri kestabilan yang tinggi
remove_circle Kurang treadwear

Anda mahukan kereta murah untuk dipasang pada kereta kompak anda seperti Axia dan Viva? Anda boleh cuba tayar terbaik original dari Thailand ini.

Harga yang murah dan berpatutan, tayar ini mempunyai corak bunga yang tersusun untuk cengkaman di jalan semasa cuaca hujan atau panas.

Selain itu, ia turut menambah kestabilan semasa pemanduan, sekaligus anda akan rasa lebih stabil semasa memandu di atas highway.

Rata-rata pembeli juga turut berpuas hati dengan prestasi tayar ini dan juga dari jenama GoodRide, siap ada yang repeat order!

Tayar kereta terbaik untuk Persona
Massimo Ottima Plus Tyre
Massimo
Massimo Ottima Plus Tyre
From
RM130.00
Check Massimo Ottima Plus Tyre price below:
add_circle Sesuai untuk cuaca panas
add_circle Beri kestabilan tambahan
remove_circle Tayar getah lembut

Jika anda menggunakan kereta Proton Persona, kami cadangkan untuk dapatkan tayar ini kerana ia saiz yang betul untuk kereta Persona (15 inci).

Antara kelebihan tayar ini ia sesuai digunakan di atas jalan yang panas seperti di Malaysia, jadi boleh beri cengkaman yang terbaik.

Selain itu, ia turut berikan kestabilan tambahan semasa pemanduan, membolehkan anda membelok dengan lebih yakin di atas highway.

Harga tayar ini juga tidak terlalu mahal, jadi boleh jimat duit belanja sekaligus.

Tayar kereta terbaik untuk honda city
Kumho Ecsta PS31 Tyre
Kumho
Kumho Ecsta PS31 Tyre
From
RM161.00
Check Kumho Ecsta PS31 Tyre price below:
add_circle Cengkaman tayar yang bagus
add_circle Harga berpatutan
add_circle Rasa stabil semasa membelok
remove_circle Terasa sedikit lembut

Buat abang-abang Honda City di luar sana, kami cadangkan untuk guna tayar dari jenama Kumho ini kerana ia sesuai untuk kereta berprestasi seperti Honda.

Harga tayar juga mesra bajet, jadi tidak terlalu membebankan anda semasa ingin tukar satu set tayar.

Selain itu, ia memberikan cengkaman yang baik serta memberikan kestabilan semasa anda membelok atau mendaki bukit ke Genting Highland.

Tambahan lagi, percubaan semasa emergency break juga menunjukkan cengkaman yang kuat dan tayar tidak meluncur ke hadapan.

Bagaimanapun, tayar ini mungkin terasa sedikit lembut buat sesetengah pemandu.


Ada Berapa Jenis Tayar Kereta?

Jika anda inginkan pengalaman pemanduan yang optimum, anda perlu tahu tayar kereta boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

Jenis ini dikategorikan mengikut kelas dan bahan pembuatannya.

Barulah anda boleh pilih produk yang paling sesuai dengan kenderaan kesayangan. 

  • Tayar musim sejuk 

Tayar untuk musim sejuk tak sama seperti tayar biasa.

Ini kerana cengkaman tayar jenis ini lebih kuat supaya tidak licin atau menyebabkan kereta terbabas ketika melalui jalan yang bersalji dan berais. 

  • Tayar semua musim 

Tayar ini pula dibuat khas untuk digunakan di semua kawasan sama ada tempat yang bermusim atau panas sepanjang tahun.

Tayar untuk semua musim ini mempunyai prestasi yang seimbang di kedua-dua jalan kering dan basah.

Apa yang bagusnya, tayar ini juga mampu bertahan lebih lama berbanding tayar musim panas. 

  • Tayar high performance 

Tayar high performance pula dihasilkan agar pemandu mampu mengendalikan kereta dengan baik walaupun pada kelajuan yang sangat tinggi.

Jadi tidak peliklah jika tayar jenis ini mempunyai daya kuasa cengkaman yang lebih kuat dan harga yang lebih mahal.

Selain itu juga tayar ini direka dengan alur supaya air dapat disingkirkan ketika pemanduan sekali gus kejadian dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini. 

  • Tayar run flat

Merupakan antara revolusi yang terbaru dalam industri automotif,

Ini kerana tayar jenis run flat dicipta khas untuk mereka yang kurang arif tentang cara tukar tayar sendiri.

Jadi, anda tak perlu risau kereta anda tetap boleh dipandu seperti biasa walaupun tayar dah pancit atau bocor. 

Risiko untuk berlaku kejadian bahaya seperti tayar meletup juga boleh dikurangkan. 

  • Tayar bajet 

Jangan risau jika anda ada bajet yang terhad untuk tukar tayar baru yang berkualiti sebab tayar jenis bajet sentiasa ada. 

  • Tayar energy saving 

Tayar eco ini direka khas untuk membantu mengurangkan penggunaan minyak kenderaan di mana pelepasan gas karbon dioksida juga boleh diminimakan. 


Cara Pam Tayar Kereta 

Sebagai pemilik kenderaan, anda tak boleh hanya tahu pandu kereta sahaja kerana kereta anda akan mengalami kurang angin.

Jadi mungkin ada di antara kita belum tahu cara untuk isi angin tayar. 

Jom tonton video ringkas ini.

Secara ringkasnya, anda perlu mengetahui tekanan yang diperlukan oleh sebuah kereta. 

Setiap tayar mempunyai tekanan yang berbeza ya, jangan ingat semua tayar sama.

Anda boleh rujuk pada manual yang terlekat pada pintu kanan kereta. 

Selalunya, standard tekanan tayar kereta biasa ialah sekitar 30-33 PSI.

Pastikan set meter pam angka yang betul dan tepat. Boleh tekan butang tambah atau tolak sehingga meter menunjukkan angka yang betul.

Seterusnya, isi angin sehingga ia berbunyi 'bip bip' atau sehingga angin dah tak boleh masuk lagi ke dalam tayar.

Jangan lupa untuk cabut kepala pam angin dan tutup kembali penutup lubang tiub tayar sebelum anda menyambung perjalanan.


Artikel Berkaitan

End of Article