Teknologi

6 Keyboard iPad Terbaik di Malaysia 2026

Anda pengguna Apple iPad dan nak taip menggunakan keyboard? Ini senarai keyboard bluetooth sesuai untuk iPad yang anda boleh beli pada harga terbaik.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

6 Keyboard iPad Terbaik di Malaysia 2026

Kalau lihat sekarang memang sudah ramai memiliki iPad sebagai gajet tambahan untuk aktiviti harian dalam kehidupan. 

Iyalah dengan layar nipis ini anda boleh membaca e-book, menghantar email, bermain game dan banyak lagi.

Kandungan

Tambahan pula dikepilkan bersama keyboard, dari iPad terus boleh menjadi ‘mini’ komputer riba. 

Si pemilik iPad tak rugi kalau tambah 6 pilihan keyboard dibawah.


Isi Kandungan


6 Keyboard iPad Terbaik di Malaysia

Set Keyboard iPad with Mouse
Keyboard iPad dengan tetikus 1 daripada 6
Set Keyboard iPad with Mouse
Partnership with
Dari RM39.90
Mempunyai tetikus
Harga murah
Tak boleh detach pada iPad
1 lagi
Wireless

Dijual pada harga yang cukup murah! Keyboard iPad dilengkapi bersama tetikus yang boleh digunakan bersama. 

Menggunakan sambungan Bluetooth, jadi ia compatible untuk semua jenis iPad malah telefon pintar, laptop, tablet dan komputer. Bagi sistem wireless 2.4 juga sesuai untuk sambungan pada komputer dan laptop. 

Bateri keyboard ini dapat bertahan sehingga 100 jam (200mAh) dan mengambil masa 3 hingga 4 jam pengecasan. 

Anda boleh menggunakan keyboard ini dari jarak 10 meter dan ia mudah dibawa dengan bersaiz diameter 10 inci. 

Kalau bajet kecil tapi nak set yang lengkap. Boleh dapatkan set keyboard + tetikus mini ini.

Touchpad Keyboard For Apple iPad Case
Keyboard iPad dengan penutup 2 daripada 6
Touchpad Keyboard For Apple iPad Case
Partnership with
Dari RM73.80
Mempunyai case cover
Mempunyai sambungan USB-C
Tiada port usb
1 lagi
Nipis

Buat yang mencari keyboard yang lengkap dengan penutup, boleh cuba dari model ini.

Keyboard iPad ini dipasang siap dengan case cover bagi memudahkan penyimpanan dan anda boleh melaras iPad seperti komputer riba. 

Sama seperti keyboard biasa, ia lengkap bersama trackpad, sambungan wireless Bluetooth dan mempunyai ruang letak pen.

Menariknya lagi, magnet pada keyboard membolehkan anda menanggal dan melaras keyboard dengan mudah. 

Jangka hayat bateri juga lama dengan saiz 480mAh dan key life yang bertahan sehingga 3 tahun. 

Namun begitu, model ini hanya dijual pada siri iPad bersaiz 9.7’ (5th gen) sehingga iPad Pro 11’ . Jadi hati-hati sebelum membuat pembelian, semak dahulu siri dan saiz iPad anda.

Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard
Keyboard iPad untuk gaming 3 daripada 6
Logitech K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard
Partnership with Logitech
Dari RM145
Mempunyai sistem Bluetooth
Papan kekunci yang selesa
Tidak mempunyai RGB backlighting
2 lagi
Ringan
Tidak mempunyai macro keys

Secara teknikalnya, keyboard Logitech K380 Wireless ini bukanlah keyboard gaming kerana tidak mempunyai RGB backlighting dan macro keys yang dapat membuatkan keselesaan ketika bermain game. Namun tetap boleh berfungsi sebagai keyboard gaming tapi untuk permainan game yang kasual saja. Apa yang menjadikan keyboard model ini menarik, ia boleh disambungkan dengan alat pintar hanya menggunakan sistem Bluetooth.  Maknanya, anda bukan sahaja boleh guna keyboard untuk bermain game tapi boleh membalas teks mesej menerusi telefon pintar.  Malah, rekaan bentuk kekunci yang direka berbentuk bulat dapat memberi keselesaan pada jari ketika mengetik keyboard berjam lamanya. 

Apple Magic Keyboard Folio iPad Pro 11’
Keyboard iPad dengan port USB 4 daripada 6
Apple Magic Keyboard Folio iPad Pro 11’
Partnership with
Dari RM1,335
Sistem view yang canggih
Mempunyai trackpad
Hanya sesuai untuk iPad Pro 11’ (1st, 2nd, 3rd)
1 lagi
Hanya sesuai untuk iPad Air (4th)

Salah satu aksesori terbaru dari Apple yang bakal menjadi keyboard iPad terbaik. 

Dengan mekanisma kekunci yang nipis 1mm ia menjadi bunyi menaip lebih senyap, rileks dan cekap. Sudut pandangan iPad juga boleh dilaras mengikut keselesaan.

Ciri sambungan port USB-C boleh mengecas aksesori Apple yang lain seperti AirPod sebagai contoh. 

Keyboard ini juga lengkap dengan case-cover sebagai perlindungan tahan lama untuk iPad dan keyboard anda.

Logitech Combo Touch for iPad Pro 12.9’
Keyboard iPad dengan trackpad 5 daripada 6
Logitech Combo Touch for iPad Pro 12.9’
Partnership with
Dari RM819
Mempunyai trackpad
Mudah ditanggalkan
Harga mahal
1 lagi
Mempunyai 4 mode laras

Impikan keyboard premium untuk iPad kesayangan anda? Model keyboard iPad Pro untuk saiz skrin 12.9 inci sangat sesuai pada mereka yang sukakan rasa mewah.

Ia ringan, bersaiz sederhana, rekaan sleek dan boleh dijadikan multi-purpose. Anda boleh tukarkan keyboard dalam 4 handle-mode iaitu mod menaip, melakar, membaca dan menonton. 

Trackpad pada keyboard ini juga cekap, tinggi responsif dan ianya trackpad paling besar dalam model keyboard iPad!

Selain itu, kerja-kerja menaip pada waktu malam atau gelap dibantu dengan pencahayaan yang boleh laras sehingga 16 kali ganda. Shortkeys cut dibahagian atas boleh diubah suai mengikut keterangan yang anda mahu. 

Kalau anda peminat produk Apple, wajib tambah satu keyboard ini khususnya untuk pengguna iPad iPad Pro 12.9-inch (5th gen) dan iPad Pro 11-inch (1st, 2nd, 3rd gen) serta iPad Air (4th gen).

Logitech K480 Bluetooth Multi-Device Keyboard
Keyboard iPad dengan function keys 6 daripada 6
Logitech K480 Bluetooth Multi-Device Keyboard
Partnership with
Dari RM75.35
Boleh digunakan pada telefon pintar dan tablet lain
Suis mudah alih Bluetooth
Nipis, mudah patah
1 lagi
Layout keyboard universal

Buat anda yang menyiapkan projek atau tugasan dalam multi-devices, keyboard terbaru Logitech ini ada jawapannya. 

Ia boleh berkongsi sambungan pada iPad, telefon pintar dan tablet. Sistem pintar ini membolehkan anda melaras sambungan Bluetooth hanya satu suis dengan liputan 10 meter. 

Ruangan kosong bersaiz 10.5 mm lebar dan 10 inci panjang dibahagian atas sesuai untuk anda meletakkan smartphone atau iPad. Jadi senang nak letak iPad tak perlu sandar pada dinding atau sebagainya. 

Pengguna Apple dengan sistem operasi Mac OS X dan keatas boleh dapatkan keyboard ini. Menariknya boleh kongsi juga dengan pengguna Windows, Android dan Chrome OS! 


Cara Setting Keyboard iPad 

Tak susah pun nak buat tetapan keyboard baru pada iPad. 

Pastikan fungsi keyboard anda bersesuaian dengan iOS iPad. Kemudian ikuti langkah dibawah;

  1. Pergi pada bahagian > Settings > General > Keyboard
  2. Pada bahagian Keyboard, anda pilih Add a keyboard.
  3. Kemudian cari nama keyboard, dan klik untuk sambungan. 

Jika anda mahu buang atau tambah keyboard, hanya perlu pergi ke bahagian Edit. Ulangi langkah yang sama. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation