Teknologi

9 WebCam Logitech Terbaik di Malaysia 2026

Untuk sesi video call yg paling jelas, kami senaraikan webcam Logitech terbaik di Malaysia yg berkualiti tinggi & murah, sesuai utk streamer, laptop & pc.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 WebCam Logitech Terbaik di Malaysia 2026

Sejak dunia dilanda pandemik, semakin ramai yang beralih kepada dunia maya di mana meeting dan kelas pembelajaran dijalankan secara dalam talian. 

Jadi, penggunaan kamera yang jelas dan terbaik sememangnya diperlukan untuk memudahkan setiap tugasan sekolah dan pekerjaan. 

Kandungan

Kali ini kami senaraikan 9 webcam Logitech yang berkualiti tinggi di mana kebanyakannya telah mendapat review terbaik daripada pengguna.


Isi Kandungan


9 WebCam Logitech Terbaik di Malaysia

Logitech C922 Pro Stream Webcam
Webcam Logitech terbaik dengan stand 1 daripada 9
Logitech C922 Pro Stream Webcam
Partnership with Logitech
Dari RM471
Ada autofocus
2 mikrofon omni-directional
Kualiti autofokus sederhana
2 lagi
Auto light correction
Hadir dengan tripod

Kualiti video menggunakan webcam Logitech terbaik ini tak perlu dipertikaikan lagi kerana mempunyai dua kualiti streaming yang boleh dipilih iaitu sama ada HD penuh 1080p at 30fps atau 720p at 60fps. 

Ia juga dilengkapi dengan field of view 78° darjah yang boleh memuatkan dua orang streamer dalam skrin video. 

Yang paling best, anda boleh rekod dan sunting video streaming tersebut menggunakan aplikasi Capture dari Logitech. Tetapan untuk webcam juga boleh diakses menerusi app yang sama. 

Selain itu, webcam ini turut hadir dengan perincian dual-mic stereo sound yang mampu menangkap audio dan bunyi dari pelbagai arah, jadi suara anda dalam ketika rakaman video akan menjadi lebih jelas.  

Tak perlu risau juga jika pencahayaan anda sedikit gelap ketika merakam video kerana webcam ini masih boleh menghasilkan video yang bagus walaupun dalam pencahayaan rendah. 

Latar belakang video dan gambar juga boleh ditukar mengikut citarasa pengguna.

Logitech C310 HD Webcam
Webcam Logitech murah 2 daripada 9
Logitech C310 HD Webcam
Partnership with Logitech
Dari RM491
Mikrofon dengan fungsi noise-reducing
Video HD 720p
Perlu pencahayaan yang cukup
3 lagi
Ada klip universal
Reka bentuk mesra pengguna
Tiada autofokus

Kami amat mengesyorkan anda yang mempunyai bajet yang terhad untuk dapatkan webcam model ini kerana harganya cukup murah, setanding dengan kualiti yang tidak akan mengecewakan. 

Anda hanya perlu klip kamera dengan megapixel 1.2 ini pada PC atau komputer riba dan sambungkan kabel webcam pada port USB. Mudah dan menjimatkan masa, bukan?

Webcam ini juga mempunyai mikrofon mono yang dilengkapi dengan fungsi built-in noise-reducing yang akan mengurangkan bunyi bising di persekitaran anda. Jadi, pengguna tetap boleh berbual dengan jelas menerusi Skype walaupun di tempat yang ramai orang. 

Fungsi Auto-Light Corrections pula akan menyesuaikan kualiti video mengikut pencahayaan di setiap keadaan persekitaran, jadi video dan gambar yang terhasil akan tetap cerah walaupun berada di tempat gelap.

Logitech C920 HD Pro Webcam
Webcam Logitech dengan autofocus 3 daripada 9
Logitech C920 HD Pro Webcam
Partnership with Logitech
Dari RM358
Video HD penuh 1080p untuk Skype
Field of view 78° darjah
Tripod perlu dibeli berasingan
1 lagi
Boleh diletak pada tripod

Jika anda mahukan hasil video yang jelas, tidak kabur ketika bergerak. Model Logitech C920 antara yang wajib dibeli. 

Dilengkapi dengan dua mikrofon yang terdapat pada sisi kiri dan kanan kamera ini, webcam ini akan membolehkan suara anda terdengar lebih jelas dan realistik. 

Dengan teknologi RightLight 2, model ini juga menyokong fungsi automatic light correction yang akan menyesuaikan pencahayaan anda mengikut tempat dan persekitaran, jadi tak banyak yang anda perlu ubah untuk dapatkan hasil akhir yang berkualiti. 

Sebarang bunyi yang boleh mengganggu ketika pengguna bercakap juga boleh ditapis menggunakan mikrofon ini.  

Malah, sebarang tetapan pada webcam ini seperti menetapkan fungsi fokus secara manual atau mengubah frame rate juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi Capture.

Logitech C270 HD Webcam
Webcam Logitech untuk PdPR 4 daripada 9
Logitech C270 HD Webcam
Partnership with Logitech
Dari RM85
Ada klip universal
Sesuai dengan pelbagai platform panggilan video
Kabel agak pendek jika disambung pada monitor
2 lagi
Mudah dipasang
Tiada autofokus

Dengan harga yang cukup murah dan tidak membebankan ibu bapa, kamera Logitech C270 HD ini pula sesuai untuk para pelajar yang sedang menjalani pembelajaran di rumah (PdPR) menggunakan Skype dan Zoom ketika musim pandemik ini. 

Jangan risau jika aktiviti pembelajaran secara online terganggu dengan suara ahli keluarga yang bising kerana built-in mic pada webcam ini boleh mengurangkan bunyi gangguan tersebut. 

Walaupun berada jauh dari kamera, kamera ini masih mampu merakam suara yang berada dalam lingkungan sehingga 1.5 meter. 

Selain itu, kamera web ini juga boleh disambung pada port USB komputer yang menggunakan perisian Windows 7, Windows 8, Windows 10, Chrome OS dan mac OS versi 10.10 dan ke atas.

Logitech C505 HD Webcam
Webcam Logitech untuk PC 5 daripada 9
Logitech C505 HD Webcam
Partnership with Logitech
Dari RM249
Kabel USB A panjang
Field of view 60° darjah
Tiada autofokus
1 lagi
Resolusi video skrin penuh HD 720p

Webcam ini pula sesuai untuk mereka yang sering bekerja dari rumah kerana boleh digunakan pada PC atau laptop yang menggunakan perisian Windows 10, Windows 8, Windows 7, macOS 10.10 dan keatas dan Chrome OS. 

Cara pemasangan juga mudah, hanya perlu plug in kabel USB pada komputer riba atau PC. 

Selain itu, mikrofon webcam ini turut mampu merakam audio walaupun berada sejauh tiga meter dari kamera dan kabel USB A yang panjang juga membolehkan anda untuk meletakkan kamera ini jauh sehingga 2 meter daripada desktop. 

Bunyi gangguan ketika panggilan video juga dapat dikurangkan dengan bantuan mikrofon jenis omnidirectional yang turut dilengkapi dengan teknologi noise-reduction.

Webcam Logitech untuk laptop 6 daripada 9
Logitech Brio 4K Ultra HD Webcam 960-001105
Partnership with Logitech
Dari RM929
Video 4K
Field of view boleh diubah mengikut kesesuaian
Harga mahal
2 lagi
5x HD Zoom
Ada autofokus

Walaupun harga webcam ini hampir mencecah ribuan ringgit, kualiti yang dihasilkan oleh model ini cukup memuaskan kerana mampu merekod video dengan resolusi 4K. 

Pengguna juga boleh menggunakan pelindung kamera (pelindung privasi) pada webcam ini, jadi, anda boleh menutupnya jika mahukan privasi ketika teleconference berlangsung. 

Selain itu, dengan teknologi pengesanan wajah pada Windows Hello pula, anda hanya perlu melihat webcam untuk log masuk pada komputer anda. Tak perlu susah-susah guna kata laluan pada perisian Windows 10. 

Paling menarik, webcam ini yang dilengkapi dengan RightLight 3 untuk memastikan wajah anda dapat dilihat walaupun ketika dalam cahaya malap.

Logitech C925e Webcam
Webcam Logitech untuk conference 7 daripada 9
Logitech C925e Webcam
Partnership with Logitech
Dari RM339
Ada pelindung privasi
Kualiti video HD penuh 1080p
Zoom hanya 1.2x
1 lagi
2 mic omni-directional

Untuk mereka yang sering berkomunikasi menerusi panggilan video Skype menggunakan laptop atau PC, masukkan produk ini dalam wishlist anda. 

Tak perlu muat turun sebarang software, hanya plug in sahaja kabel USB pada komputer anda. 

Selain itu, ia boleh juga diletakkan pada tripod kerana dilengkapi dengan klip boleh laras yang boleh diletakkan pada skrin komputer riba atau desktop. 

Webcam dengan fungsi autofocus ini juga hadir dengan teknologi RightLight2 yang akan menyesuaikan kualiti video atau gambar mengikut persekitaran pengguna. 

Malah, sokongan H.264 pula akan menghasilkan video streaming yang jelas dan lancar. 

Pastikan anda pilih kamera ini untuk memudahkan kerja kerana tetapan webcam seperti fokus secara manual boleh diubah menggunakan aplikasi desktop Logi Tune.

Webcam Logitech dengan mic dan speaker 8 daripada 9
LOGITECH ConferenceCam Connect Webcam
Partnership with LOGITECH
Dari RM2,590
Dilengkapi alat kawalan jauh
Bateri boleh dicas semula
Harga mahal
2 lagi
4X digital zoom
Ada speaker

Masih tercari-cari portable webcam yang mudah dibawa kemana-mana untuk panggilan video ketika bekerja? 

Kami syorkan anda untuk dapatkan kamera Logitech ConferenceCam Connect ini kerana ia mempunyai dua mikrofon jenis omni-directional dan turut menyokong fungsi speakerphone. 

Paling best, speakerphone yang boleh disambung menggunakan Bluetooth ini juga boleh digunakan untuk menjawab atau tamatkan panggilan dan mengubah kelantangan audio.

Malah, audio wideband 360 darjah pada webcam ini juga akan membolehkan suara semua orang didengari dengan jelas. 

Resolusi video pula bukan biasa-biasa iaitu video HD penuh 1080p dan 720p manakala field of view kamera ini juga hebat iaitu sehingga 90° darjah dengan fungsi autofokus.

Logitech StreamCam
Webcam Logitech untuk streamer 9 daripada 9
Logitech StreamCam
Partnership with Logitech
Dari RM499.90
Boleh digunakan dalam mod potret & landskap
Dilengkapi auto-framing
Harga mahal
2 lagi
Ada autofokus & mikrofon
Kabel USB-C, perlu adapter jika komputer tiada port USB-C

Untuk mereka yang gemar membuat live streaming di platform seperti YouTube atau Facebook, webcam ini lengkap dengan resolusi video HD 180p!

Sepanjang live streaming, video cantik dan kemas dengan memastikan subjek sentiasa berada center kamera walaupun sedang bergerak sisi kiri atau kanan kamera. 

Khuatir dengan pencahayaan ketika rakaman video tak begitu cerah? Model ini mempunyai sistem intelligent exposure yang akan menyesuaikan aperture mengikut suasana persekitaran. 

Video yang telah dirakam menggunakan model ini pula dapat disunting menggunakan perisian Logitech Capture pada komputer Windows dan macOS.

Jadi anda boleh tambah transisi atau teks dalam video tersebut.


Cara guna webcam Logitech 

Bergantung kepada model atau jenis webcam Logitech, lazimnya pengguna hanya perlu untuk meletakkan kamera tersebut pada komputer riba atau PC mengikut posisi yang diinginkan sama ada di tengah-tengah skrin monitor, pada tripod atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai.

Kemudian, plug kabel USB webcam tersebut pada port USB pada komputer dan perisian Logitech akan dimuat turun secara automatik. 

Namun, jika perisian Windows pada laptop anda adalah versi lama, lazimnya anda perlu memuat turun perisian atau aplikasi yang diperlukan secara manual menerusi laman web Logitech Webcam. 

Seterusnya, buka aplikasi kamera pada laptop atau PC dan jika anda boleh nampak wajah anda pada skrin, itu bermakna webcam itu sudah berfungsi.  

Jangan lupa juga untuk set up penggunaan built-in microphone pada webcam tersebut.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation