Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Hari Raya PKP 3

5 Aktiviti Ni Dah Cukup Buat Raya PKP 3.0 Korang Meriah!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Ramai rakyat Malaysia menyambut perayaan Aidilfitri tahun 2021 dengan mengheret rasa kecewa apabila kerajaan mula mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei sehingga 7 Jun disebabkan kes penularan COVID-19 meningkat mendadak di hujung minggu akhir Ramadan.

Mana tidaknya, raya tahun lepas kita semua sanggup berkorban tidak pulang ke kampung, tidak melakukan sebarang majlis rumah terbuka dan hanya berharap pada teknologi untuk menghubungkan ikatan yang jauh semata-mata ingin mengecap kemeriahan raya 2021.

Malangnya,  angan-angan menerawang langit akhirnya menjadi tin kosong. Apa yang diharapkan, tidak menjadi tapi tak apa, #rayatetaponz sebab rayakan sebulan sekali.

Kalau korang nak tahu, banyak sebenarnya perkara boleh dilakukan untuk memeriahkan suasana raya PKP 3.0 kali ini. Jom kita tengok aktiviti apa boleh buat pada pagi raya nanti.


Apa yang kita boleh buat untuk hidupkan suasana Raya PKP 3.0?

#1 - Pakai baju cantik

Memetik satu kisah, telah diperintah bahawa Saidina Ibn Umar memakai pakai yang paling baik pada hari raya. Maka, berhias dengan mandi, memakai pakaian yang cantik, menghias diri merupakan sunah yang dituntut pada Aidilfitri.

Sebagai umat Islam, lakukan saja perkara sunat untuk mengaut pahala di dunia. Jadi, pagi raya tu sarung saja pakaian baru raya tapi jangan melebih-lebih, okay?

#2 - Bergambar 

Macam biasalah, bila dah cantik-cantik kenalah bergambar untuk kenangan walaupun beraya dalam keadaan norma baru. Jadi, cari ‘port’ yang best untuk muat naik di media sosial.

Rilek, jangan terlampau bersedih, raikan seperti biasa! Semua ini pasti ada hikmah.

Fujifilm Instax Camera Mini 11 Polaroid
mulai
RM288.00
Semak Fujifilm Instax Camera Mini 11 Polaroid harga dibawah:

#3  - Panggilan video

Walaupun beraya berjauhan dengan keluarga tercinta dan saudara-mara, itu bukan penghalang untuk kita tidak melihat wajah mereka di pagi raya. 

Buat panggilan video dengan mereka untuk bertanyakan khabar, melihat mereka bergaya dengan pakaian raya dan bermaaf-maafan melalui skrin telefon.

samsung galaxy s21
mulai
RM3,249.00
Semak Samsung Galaxy S21 harga dibawah:
add_circle Kamera serba boleh
add_circle Lebih murah dari Galaxy S20
remove_circle Skrin kurang memuaskan
remove_circle Tiada slot microSD

#4 - Bertukar juadah

Sudah semestinya aktiviti ziarah menziarahi rumah jiran tetangga menjadi satu aktiviti wajib sebelum pelaksanaan PKP. Sayangnya, SOP kini melarang sekeras-kerasnya kunjungan rumah ke rumah.

Jangan risau, korang boleh cipta suasana seolah-olah wujud aktiviti kunjung-berkunjungan ini dengan memberikan jiran terdekat masakan raya korang. Janji, jarak ketika bertukar juadah satu meter okay?

#5 - Duit raya

Sebut saja duit raya, kanak-kanak lah paling seronok kerana mereka akan dapat duit raya kerana ‘upah’ berjaya berpuasa penuh pada bulan Ramadan.

Malah, tradisi duit raya ini juga diberi kepada ibu bapa dan juga pasangan tanda ‘kemenangan’ bersama menempuh bulan Ramadan.

Malangnya, tidak untuk sambutan raya pada tahun norma baru ini tapi jangan risau sebab korang masih boleh bagi duit raya hanya dengan aplikasi Maybank2u, Grabpay, ShopeePay dan banyak lagi.

Cubalah buat aktiviti ini okay? Selamat Hari Raya!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article