Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cara Kuburkan Kenangan Lalu Yang Masih Menghantui

Tak semua cerita cinta berakhir dengan kebahagiaan seperti dalam drama kerana ada satu masa, kebahagiaan yang dikecap, direntap begitu saja.

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta, kau percik api membakar kenangan lama’. Meminjam sebaris lirik lagu popular nyanyian Hafiz Suip menerangkan realiti dunia percintaan yang tidak berakhir dengan perkara manis, pasti ada yang terputus di tengah jalan.

Ya, tidak semua cerita cinta berakhir dengan kebahagiaan seperti drama yang dipertontonkan di kaca televisyen kerana ada satu masa, kebahagiaan yang dikecap, direntap begitu saja tidak kira berpunca dari sikap pasangan sendiri, orang ketiga, keluarga atau kesalahan diri sendiri.

Remote file

Waktu itu, mula mengurung diri menangis, melayan perasaan sedih sehingga berhari-hari atau mungkin ada yang berbulan-bulan untuk menjadi manusia normal.

Jadi, kami kongsi beberapa cara untuk kuburkan kenangan yang masih menghantui supaya kita semua dapat merasa kemanisan dalam kehidupan semula. Antaranya…

#1 - Jangan lama-lama bersedih

Semua manusia dianugerahkan perasaan sedih dan air mata. Tak ada siapa pun terkecuali jadi biarkan hati merasa sedih dan kecewa. Sekalipun ingin menangis, menangis saja kerana emosi yang diluahkan, serba sedikit dapat bantu diri anda bangun dengan lebih hebat dan cepat.

Tapi, jangan terlalu lama bawa perasaan sedih dan kecewa ini kerana kita juga berhak merasa kebahagiaan dalam kehidupan. Ingat, hidup ini cuma sekali, jangan isi dengan perkara sia-sia.

Remote file

#2 - Buang segala tentang dirinya

Tidak dinafikan agak sukar untuk hilangkan memori bersama seseorang yang kita pernah letak dalam hati. Jalan lain untuk buang sedikit demi sedikit adalah dengan buang segala  pesanan ringkas, video kepingan gambar, surat, resit keluar dating dan segala tentang dirinya, buang!

Jangan tinggalkan kesan walaupun benda sekecil zarah, jika tidak, proses melupakan seseorang mengambil masa lebih lama atau anda tidak akan move on.

Semak TRENY OEM Paper Shredder Cutter Machine strip cut - LM-106 harga dibawah:

Mesin ini berfungsi untuk menghancurkan segala jenis kertas sehingga isi pentingnya tidak boleh lagi untuk dibaca.

Bagusnya mesin penghancur kertas jenis LM-106 ini dapat menghancurkan kad dan juga cd juga. Malah, mudah dibawa kemana saja kerana besarnya 10 liter saja.

#3 - Buat perkara kita suka

Selesai lakukan dua langkah di atas, seterusnya fikirkan bagaimana untuk bahagiakan diri sendiri dengan cara mencari aktiviti yang boleh buat kita seronok. Tak kira aktiviti indoor atau outdoor,  janji elakkan melakukan aktiviti yang boleh buat anda teringat tentang dirinya. 

Misalnya, anda menemui keseronokkan bila mandi sungai sambil BBQ, jadi cari tempat yang sesuai dan lakukan bersama kawan-kawan. Pastikan kawan-kawan yang sekepala.

#4 - Menulis 

Kami faham, tak semua orang mampu luah apa yang dirasa melalui kata-kata walaupun dengan teman rapat kerana kita lebih suka memendam tapi sebaiknya cipta satu diari dan muntahkan segala perkara pada helaian tersebut daripada memendam yang mungkin akan timbul perkara buruk.

Malah, menurut kajian Karen A. Baikie dan Kay Wilhelm, menulis diari untuk meluahkan emosi dapat membantu fikiran lebih tenang serta dapat bantu kurangkan perasaan tertekan.

Semak Unicorn Giornale Note Book A5 BSD Dotted UNB-210 harga dibawah:

Berukuran A5 dan berat lebih kurang 0.4kg, memang sangat sesuai bagi mereka yang ingin meluahkan perasaan melalui penulisan dimana saja kerana saiz buku ini boleh diselit dalam poket.

Namun, jika kesedihan tidak berkurang, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar kerana perasaan sedih yang melampau atau terlalu lama boleh mengakibatkan kemurungan sehingga membawa keburukan buat diri sendiri.

End of Article