Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Buffet Ramadhan

10 Buffet Ramadhan Menarik di Kuala Lumpur 2025 (Pakej Promosi Terkini)

Kepuasan menikmati juadah berbuka dengan tawaran menarik.

Setiap tahun, pasti ada pelbagai tawaran pakej bufet Ramadhan di restoran atau hotel yang akan menyajikan hidangan dari seluruh negara, terutamanya warga Lembah Klang yang cari buffet Ramadhan KL.

Mungkin tema buffet Ramadhan tahun ini terdapat sedikit kelainan tapi apa yang dijanjikan adalah makanan menarik dan sedap.

Memang pening kepala nak cari tempat berbuka puasa di KL yang menarik, dan tentunya ramai yang mahukan pengalaman berbuka puasa di hotel Kuala Lumpur.

Jika anda mahukan tawaran yang lebih menjimatkan, inilah masanya anda membeli pakej berbuka early bird untuk dapatkan potongan harga istimewa, bolehlah dapat buffet Ramadhan murah.

Anda ingin mencari tempat yang terbaik buffet Ramadhan Kuala Lumpur untuk berbuka bersama keluarga atau kawan-kawan? Jom lihat senarai tempat menarik berbuka puasa di Kuala Lumpur ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Buffet Ramadhan Menarik di Kuala Lumpur

Ramadan Buffet Santapan Melayu Klasik - Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur
Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur
Ramadan Buffet Santapan Melayu Klasik - Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur
From
RM80.00
Check Ramadan Buffet Santapan Melayu Klasik - Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur price below:

Raikan ramadan anda dengan juadah berbuka yang pasti mengingatkan anda dengan masakan ibu di rumah, datang ke Ramadan Buffet Tradisi Warisan di Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur.

Harga buffet yang sangat murah, tidak sampai RM100!

Anda akan dihidangkan dengan lebih 50 jenis juadah berbuka, dan tentunya ada juga harga promosi dengan pembelian 10 baucar anda akan dapat 1 baucar percuma.

  • 3 Mac - 27 Mac 2025
  • 6.30PM - 10PM
  • RM80.00nett (Dewasa)
  • RM65.00nett (Warga emas)
  • RM50.00nett (Kanak-kanak)

Untuk maklumat lanjut atau tempahan anda boleh hubungi 03 – 6259 4422.

Buffet Ramadan Sajian Tradisi Kampungku - M Coffe House, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur
M Coffe House, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur
From
RM145.00
Check Buffet Ramadan Sajian Tradisi Kampungku - M Coffe House, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur price below:

Siapa je tak nak menjamu jamuan berbuka puasa masakan tradisi turun-temurun, sampai teringat-ingat masakan mak di kampung.

Anda boleh rasakan semua itu di Buffet Ramadan Sajian Tradisi Kampungku - M Coffe House, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur sempena Ramadan tahun ini.

  • 5 Mac - 28 Mac 2025 | Tempat: M Coffee House
  • 7.00PM - 10.00PM
  • RM145.00nett dewasa
  • RM98.00nett warga emas (60 tahun keatas)
  • RM60.00nett kanak-kanak (6-12 tahun keatas)

Sebarang pertayaan atau untuk tempahan boleh hubungi 03-2693 9333 (1123/1125) atau Whatsapp 019-3313196.

Paling penting setiap masakan dan menu yang dihidangkan bebas bahan pengawet, jadi ia pilihan yang lebih sihat!

Eastin Hotel Kuala Lumpur - Icip-icip Kampungku Buffet Dinner
Eastin Hotel Kuala Lumpur
Eastin Hotel Kuala Lumpur - Icip-icip Kampungku Buffet Dinner
From
RM195.00
Check Eastin Hotel Kuala Lumpur - Icip-icip Kampungku Buffet Dinner price below:

Buka puasa di Swez Brasserie yang menawarkan set buffet ramadhan istimewa iaitu Icip-icip Kampungku Buffet. 

Kepelbagaian menu hidangan yang disediakan pastinya menjadi daya penarik istimewa mereka pada kali ini. 

Jadi, jika anda mengidamkan hidangan lauk pauk yang istimewa, jom ke Swez Brasserie, Eastin Hotel Kuala Lumpur sekarang! 

  • 7 Mac – 28 Mac 2025 
  • 6.30PM – 10.30PM
  • RM198.00nett (dewasa) 
  • RM99.00nett (kanak-kanak berusia 5-12 tahun)
Corus Hotel KL – Gempita 29 Malam Ramadan Buffet Dinner
Corus Hotel KL
Corus Hotel KL – Gempita 29 Malam Ramadan Buffet Dinner
From
RM158.00
Check Corus Hotel KL – Gempita 29 Malam Ramadan Buffet Dinner price below:

Corus Hotel Kuala Lumpur dengan rating 4 bintang ini menyediakan bufet Ramadan 2025 yang bertemakan Gempita 29 Malam Ramadan.

Lebih 200 juadah hidangan disajikan untuk memenuhi cita rasa anda semua, pastikan ada apa yang anda idamkan. 

Anda yang minat, boleh lihat butiran lanjut dibawah sebelum membuat tempahan.

  • 3 Mac - 27 April 2025
  • 6.30PM - 10.00PM
  • RM158.00net (Dewasa)
  • RM88.00nett (Kanak-kanak berumur 5-11 tahun)

Hubungi 012-287 5820. untuk tempahan atau ketahui maklumat lanjut.

Seribu Satu Rasa Buffet Dinner - Cinnamon Coffee House, One World Hotel
Cinnamon Coffee House, One World Hotel
Seribu Satu Rasa Buffet Dinner
From
RM238.00
Check Seribu Satu Rasa Buffet Dinner - Cinnamon Coffee House, One World Hotel price below:

Nikmati juadah eksklusif Seribu Satu Rasa Buffet Dinner di Cinnamon Coffee House, One World Hotel yang pasti menjanjikan juadah berbuka yang tidak dapat dilupakan.

Bukan sekadar juadah tradisi Malaysia, tetapi turut menawarkan pelbagai pilihan menu moden, menu Jepun dan juga pelbagai aneka seafood.

  • 2 Mac - 31 Mac 2025
  • 6.00PM - 10.30PM
  • RM238.00nett (dewasa)
  • RM119.00nett (kanak-kanak berumur 6-12 tahun)

Buat tempahan sekarang sebelum terlambat!

Avani Sepang Goldcoast Resort Sajian Warisan Ibunda - Garden Beach Buffet
Avani Sepang Goldcoast Resort
selera kampung dinner
From
RM188.00
Check Avani Sepang Goldcoast Resort Sajian Warisan Ibunda - Garden Beach Buffet price below:

Siapa tak suka buffet dengan harga yang berpatutan? Ini semestinya tawaran yang susah ditolak!

Jangan risau, buffet ramadan di Avani Sepang Goldcoast Resort menyajikan hidangan istimewa dengan harga yang menarik bersama pemandangan laut yang terbentang luas di situ.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai tawaran buffet Selera Kampung di Bila-Bila Restaurant. Rugi kalau anda lepaskan peluang ini! 

  • 7 Mac – 22 Mac 2025
  • 7.00PM – 10PM (setiap Jumaat dan Sabtu)
  • RM128.00nett (dewasa)
  • RM64.00nett (kanak kanak 4-11 tahun)
Tonka Bean Cafe & Deli Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur Bazar Ramadan Buffet Jalan Pinang
Tonka Bean Cafe & Deli Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur
Tonka Bean Cafe & Deli Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur Bazar Ramadan Buffet Jalan Pinang
From
RM255.00
Check Tonka Bean Cafe & Deli Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur Bazar Ramadan Buffet Jalan Pinang price below:

Berbuka puasa di Tonka Bean Cafe & Deli Impiana KLCC Hotel Kuala Lumpur khas buat mereka yang mahukan suasan hotel mewah.

Bufet Ramadan di Impiana KLCC Hotel menawarkan pakej berbuka puasa dengan hidangan tradisional, moden dan oriental akan membuatkan sesi berbuka anda lebih mengenyangkan!

Terdapat lebih 180 menu sajian yang menarik, dan tidak lupa juga ada hidangan buah durian tanpa had dan aiskrim Baskin-Robbins!

Ada persembahan istimewa daripada Orkestra Seni Melodi ketika anda menjamu selera. 

Jom lihat butiran terperinci Buka Puasa Buffet Dinner:

  • 2 Mac to 30 Mac 2025
  • 6.30PM – 10.00PM
  • RM 255.00nett (dewasa)
  • RM 127.50nett (Kanak-kanak 6-11 tahun, warga emas 60 tahun ke atas)

Kalau berbuka dekat sini, anda boleh tunaikan solat terawih dekat surau yang disediakan. Memang mudah!

Anugerah Warisan Dinner Buffet – InterContinental Kuala Lumpur
InterContinental Kuala Lumpur
ramadan buffet intercontinental
From
RM288.00
Check Anugerah Warisan Dinner Buffet – InterContinental Kuala Lumpur price below:

Ramadan kali ini, hotel InterContinental Kuala Lumpur dengan bertemakan Santai-Santai Iftar Dinner Buffet.

Nikmati juadah menarik sempena Ramadan seperti Lemang, Kuah Kacang, Rendang Daging Tok, Bubur Lambuk, dan Ketupat.

Selain itu, ada juga Ayam Panggang Honey-glazed, Rendang Minang, dan Xinjiang Whole Lamb bersama nasi Biryani Bukhari.

Tidak lupa juga pelbagai pencuci mulut tradisional seperti Onde-onde Panna Cotta & 15 jenis kuih-muih Melayu.

Untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, mereka akan makan secara percuma.

Segera buat tempahan sebelum anda terlepas peluang keemasan untuk berbuka di InterContinental Hotel Kuala Lumpur!

  • 4 Mac - 27 April 2025
  • 6:30PM – 10:30PM
  • RM288.00nett (dewasa) 
  • RM178.00nett (kanak kanak berusia 6-12 tahun) 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh hubungi 016-202 4623.

'Jom Makan 2.0' Buffet – The Mill Café, Grand Millennium Kuala Lumpur
Grand Millennium Kuala Lumpur
'Jom Makan 2.0' Buffet – The Mill Café, Grand Millennium Kuala Lumpur
From
RM178.00
Check 'Jom Makan 2.0' Buffet – The Mill Café, Grand Millennium Kuala Lumpur price below:

Buffet ‘Jom Makan 2.0’ di Grand Millennium Kuala Lumpur menghidangkan sajian tradisional dengan sentuhan moden, menampilkan hidangan istimewa seperti Assam Pedas Telur Ikan Mayong, Gulai Kawah Kelantan, Telur Itik Masak Lemak Cili Api, dan Kambing Bakar Utara.

Pembuka selera merangkumi ulam-ulaman, Rojak Pasembor, Lemang, dan Serunding, manakala menu utama termasuk Rendang Tok, Ayam Masak Merah, dan Bubur Lambuk.

Untuk pencuci mulut pula menawarkan pelbagai kuih tradisional, Ais Kacang, Cendol, serta snek goreng-gorengan.

Suasana berbuka lebih meriah dengan alunan muzik Ghazal oleh Picha-Picha Band.

  • 3 Mac - 28 Mac 2025
  • 7PM – 10PM
  • RM178.00nett (dewasa)
  • RM89.00nett (kanak-kanak)

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi 03-2117 4163.

Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan - DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Bazaar Citarasa Serantau
Doubletree hilton buffet.jpeg
From
RM238.00
Check Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan - DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur price below:

Buffet Ramadan yang dinantikan oleh ramai dari DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur dengan tema 'Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan' menawarkan pelbagai hidangan yang lebih menarik.

Raikan kebersamaan dengan pengalaman kulinari yang luar biasa.

Nikmati hidangan tempatan dan antarabangsa yang menggabungkan bahan premium, hasil segar tempatan, serta resipi tradisional dengan sentuhan moden, mencipta semula rasa Iftar yang mengimbau memori.

Butiran lanjut:

  • 1 Mac - 20 Mac 2025
  • 6.30PM - 10.30PM
  • RM138.00 (dewasa)
  • RM119.00nett (kanak-kanak)

Kandungan Berkaitan

End of Article