Bukan sahaja kereta atau motosikal, dapur gas juga kita tidak boleh melakukan aktiviti selenggara dengan sebarangan. Ia memerlukan ilmu, teknik dan kecekapan dalam membaik pulih dapur tak kira dapur rumah (domestik) atau dapur komersial seperti yang terdapat di restoran dan hotel.
Jaminan keselamatan amat penting dalam proses membaiki dapur gas terutamanya bila bermain dengan gas dan percikan api. Jika anda mengalami sebarang kerosakan atau kemusykilan tentang perkasasan dapur anda ini. Segeralah mendapatkan nasihat dan perkhidmatan selenggara yang berpengalaman.
Mari lihat pilihan 7 pakar servis dapur yang disediakan untuk anda!
- Alamat: Johor Bahru
- No. Telefon: 011 157 54328 / 019 993 3927
- Kawasan: Sekitar Johor Bahru dan berdekatan
- Facebook: https://www.facebook.com/Dbossfairuz/
Perkhidmatan yang disediakan oleh Fairuz Real Services ialah dari pelbagai aspek membaik pulih penunu gas. Setiap alatan ganti yang digunakan ialah berkualiti dan mendapat jaminan daripada SIRIM. Menarik lagi, dari dapur gas komersial sehingga dapur gas industri semua boleh diselenggara dengan baik sekali.
Untuk mendapatkan perkhidmatan Fairuz Real Services ialah anda hanya perlu menghantar teks pesanan melalui Whatsapp dengan menjelaskan jenis model dapur gas, alamat dan masalah yang dihadapi. Kepakaran yang dimiliki oleh mereka mampu menyelesaikan pelbagai kerosakan dapur gas tidak kira model, tahun dan negara keluaran.
Jangan risau, perkhidmatan Fairuz Real Services telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi penduduk sekitar Johor Bahru anda tidak perlu khuatir lagi terus hubungi Fairuz Real Services untuk perkhidmatan yang dijamin selamat!
- Alamat: Kuala Lumpur
- No. Telefon: 018 781 0357
- Kawasan: Sekitar Kuala Lumpur, Selayang, Gombak dan Sentul
Kalau lihat dari perkongsian Lann Alc di laman Facebook, mereka menyediakan pelbagai servis penyelenggaran barang elektrik dan perkakasan dapur termasuklah dapur gas. Dari dapur dua penunu hinggalah enam penunu mereka mampu memastikan setiap dapur diselenggara dengan baik. Malah untuk anda yang memiliki dapur gas bersama ketuhar bawah, Lann Alc boleh membaik pulih kedua-dua fungsi tersebut.
Mereka bukan sahaja membaiki turut membersihkan kotoran minyak yang mengakibatkan masalah dapur tersumbat dan mengganti kepala hos yang sudah bocor. Servis lengkap sebegini sungguh menyenangkan hati pelanggan, bukan?
Bagi anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dapatkan perkhidmatan Lann Alc yang boleh dihubungi melalui laman Facebook atau menerusi aplikasi talian Whatsapp.
- Alamat: Seksyen 14, Shah Alam, Selangor
- No. Telefon: 013 335 8905
- Kawasan: Sekitar Shah Alam dan berdekatan
Mesra dipanggil ‘Abam’ ketika melayani pelanggan untuk perkhidmatan membaik pulih dapur komersial. Bagi peniaga atau pemilik restoran yang berada di Shah Alam atau sekitarnya boleh mendapatkan servis dari Abam. Tak perlu khuatir servis mereka juga menerima tempahan baikpulih dapur dosmetik. Setiap pelanggan akan diberi tempoh satu bulan jaminan selepas tarikh penyelenggaraan. Ini memastikan setiap servis sempurna dan selamat.
Dari tinjauan penulis, Abam kebiasaanya mengambil 10 tempahan setiap hari iaitu 7 untuk dapur domestik dan 3 untuk dapur komersial melalui temujanji sahaja. Jika anda mahu mendapatkan servis Abam hanya perlu melakukan tempahan slot melalui Whatsapp atau Facebook. Penduduk sekitar Selangor, ayuh dapatkan servis dari Abam!
- Alamat: Kuala Lumpur
- No. Telefon: 013 390 7130
- Kawasan: Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Nilai
Tidak kira dimana anda berada sekitar Kuala Lumpur, Selangor atau Negeri Sembilan (Nilai) anda boleh mendapatkan perkhidmatan dari mekanik dapur disapa Encik Mat. Pemilik akaun Facebook ini merupakan pemilik sah syarikat bumiputra yang mengendalikan perniagaan penyelenggaraan dapur memasak.
Perkhidmatan yang ditawarkan fokus kepada dapur komersial meliputi masalah dapur contohnya, kebocoran kepala tiub gas, menukar penunu api reput dan masalah percikan api.
Bagi anda yang dirumah tak perlu khuatir, Encik Mat masih dapat menerima tempahan bagi dapur dosmetik rumah. Tempahan slot boleh dibuat melalui Facebook atau menerusi Whatsapp. Caranya anda maklum kepada Encik Mat jenis kerosakan dan kawasan tempat tinggal atau restoran anda.
- Alamat: No 1080-2, KM 7, Jalan Tebing Tinggi, 75450 Bukit Katil, Melaka
- No. Telefon: 017 677 0346
- Kawasan: Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Nilai
- Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCfUlac7_ji1jovL59cyCVkQ
Syarikat penyelenggaraan dapur gas Zahmiey Kitchen Service antara yang giat menjalankan perkhidmatan bukan sahaja di negeri Melaka malah luar kawasan seperti sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Syarikat ini mempunyai sebilangan kakitangan yang cekap dan ketua teknikal berpengalaman dalam mengendalikan sistem dapur gas tidak kira dapur komersial mahupun dapur domestik.
Bukan sahaja fokus pada penunu bunsen, gas bocor malah mampu membaiki sebarang kerosakan pada penyedut asap dan deep fryer cooker. Terutamanya yang banyak digunakan di dapur restoran, hotel atau dewan makan.
Selain aktif di laman Facebook, Zahmiey Kitchen Service juga mempunyai akaun Youtube sebagai laman perkongsian tentang keselamatan dan teknik penjagaan dapur khusunya.
Jika anda mahu mencuba perkhidmatan dari syarikat ini, terus sahaja singgah ke laman Facebook Zahmiey Kitchen Service.
- Alamat: Lot C-105, Palm Spring @ Damansara, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
- No. Telefon: 012 220 0302 / 012 307 5286 / 012 698 4678
- Email: [email protected] / [email protected]
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8:30 pagi – 6:00 petang) | Sabtu & Ahad (tutup)
- Kawasan: Selangor dan Kuala Lumpur
Syarikat yang terletak di Petaling Jaya ini komited memberikan perkhidmatan membaik pulih dapur gas dan juga menyediakan pelbagai jenis alat ganti dapur. E&J Trading mempunyai pengalaman profesional selama 15 tahun dalam menyelenggara dapur gas dan sistem paip gas. Selain itu juga mereka mengangkat aspek keselamatan sebagai kualiti dan komitmen dalam membantu pelanggan.
Syarikat ini sudah mendapat pelepasan dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia bagi segala aktiviti penyediaan memasang gas, membaiki dan memelihara dapur gas. Selain itu juga, E&J Trading merupakan kontraktor bertauliah dan menerima perakuan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Jika anda mengalami sebarang kebocoran gas atau kerosakan dapur gas tidak kiralah samada di rumah, kedai mahupun restoran dapatkan perkhidmatan terus dari E&J Trading.
- Alamat: Puchong, Selangor
- No. Telefon: 012 288 4575
- Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu (12:30 tengahari – 3:00 petang) | Jumaat & Ahad (tutup)
- Kawasan: Selangor dan Kuala Lumpur
- Facebook: https://www.facebook.com/people/Dalycco-Haris/100004383858980
- Instagram: https://www.instagram.com/dalycco_services/
Perkhidmatan yang disediakan oleh Dalycco Services khusus untuk penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara aktiviti penyelenggaraan yang diberikan ialah membaiki sistem gas dapur, percikan api dan menukar ganti alat dapur.
Dalycco Services berkemahiran dalam membaiki pelbagai model dan keluaran jenama dapur gas samada dapur industri atau dapur domestik. Selain itu, pemilik ketuhar gas, periuk nasi gas atau bain marie juga boleh diselenggara oleh Dalycco Services.
Sebarang tempahan perlu dibuat melalui temujanji yakni dengan menghantara pesanan Whatsapp. Sangat mudah anda iaitu nyatakan jenis kerosakan, model dapur dan tempoh penggunaan dapur gas. Mereka akan datang untuk melakukan tinjauan, baik pulih dan memberi tips tentang penjagaan dapur gas.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!