Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Servis Aircond Kereta Terbaik Untuk Perjalanan Yang Nyaman

Ketahui servis aircond kereta terbaik berdekatan anda

Keadaan cuaca yang panas dan lembab hampir sepanjang tahun di Malaysia menjadikan aircond atau penyaman udara pada kereta anda satu keperluan wajib. Bukan sahaja kondisi enjin kereta yang perlu diberi perhatian, sistem aircond kereta juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan perjalanan yang lancar dan selesa.

Aircond kereta pula perlu dihantar untuk servis secara berkala untuk memastikan ia berfungsi secara optimum. Jika anda tercari-cari khidmat servis aircond kereta, teruskan pembacaan untuk membantu anda membuat keputusan dalam mendapatkan khidmat yang terbaik dan yang berdekatan kediaman anda.

Khidmat servis aircond kereta di Manjung, Perak
Najmie Auto Aircond Service
Semak Najmie Auto Aircond Service harga dibawah:

Alamat: No 241, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung Perak. Seri Manjung Perak
Waktu Operasi: Isnin- Sabtu 9 pagi - 7 petang, Ahad-Cuti
No Telefon: 013 438 5668
Email: [email protected], [email protected]
Website: www.najmieaircond.com
Facebook: https//www.facebook.com/NAJMIE-AUTO-AIRCOND-SERVICE-308559156414806/


Range Harga: -

Bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Manjung, Perak, bolehlah membawa kenderaan anda ke Najmie Auto Aircond Service yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk semua jenis kenderaan yang biasa di dapati di Malaysia. Pelanggan boleh menghubungi mereka dengan menelefon atau melalui email untuk membuat temujanji bagi perkhidmatan servis kereta anda.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan selain dari servis aircond kereta ialah diagnostik enjin pelincir, minyak dan penapis, belting dan hos, baik pulih brake, tayar serta lain-lain servis automotif.

Menurut laman sesawang mereka, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan servis dan alat ganti kereta yang terbaik dan bermutu tinggi serta khidmat nasihat daripada juruteknik berkemahiran, pada harga yang kompetitif.

Khidmat servis aircond kereta di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Madzlan Car Aircond Specialist
Semak Madzlan Car Aircond Specialist harga dibawah:

Alamat: No. 1, Lorong Keramat 22, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No Telefon: 016 254 7112
Email: [email protected]
Website: http://www.madzlancaraircond.com/
Instagram: https://www.instagram.com/mazlan_car_air_cond_specialist/
Facebook: https://www.facebook.com/Madzlan-car-aircond-specialist-102114698118857/

Range Harga: -

Berpusat di Kampung Dato Keramat, Madzlan Car Aircond Specialist boleh dihubungi sekiranya anda menghadapi masalah pada sistem penyaman udara kereta seperti kebocoran gegelung penyejukan, kebocoran kondenser, kerosakan pada pemampat atau bearing pemampat, minyak pemampat kering, tali pemampat putus, masalah termostat di panel dashboard, kekurangan gas, penapis tersumbat, aliran angin tidak kuat ataupun gegelung penyejukan kotor.

Madzlan Aircond Specialist menawarkan servis dan penyelenggaraan penghawa dingin kereta serta perkhidmatan pembaikan kereta berhawa dingin yang meliputi kawasan sekitar 30 km dari premis perniagaan mereka.

Mereka juga menyediakan servis berjadual dan pembaikan penghawa dingin kereta dengan menggunakan alat gantian berkualiti tinggi dan asli serta yang menepati keperluan OEM.

Khidmat servis aircond kereta di Kajang, Selangor
Wak John Aircond
Semak Wak John Aircond harga dibawah:

Alamat: 19, Jalan TSJ 11, Taman Sri Jelok, Kajang, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 10 pagi - 6:30 petang,  Jumaat-Cuti
No Telefon:  019 699 2209
Facebook: https://www.facebook.com/KEDAI-Aircond-kereta-Kajang-DAN-BANGI-Wakjohn-CAR-aircond-318353695776497/
Instagram: https://www.instagram.com/wakjohn_car_aircond/?hl=en
Range Harga: -

Pelanggan perlu booking melalui WhatsApp untuk mendapatkan slot servis dan baik pulih di Wak John Aircond. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah servis minor dan major aircond, penukaran atau pembekalan alat ganti baru dan tulen. Pemeriksaan sistem penyaman udara kereta anda dilakukan secara percuma.

Wak John Aircond juga menawarkan servis minyak kompresor ataupun penambahan minyak kompressor. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan khidmat pengisian semula gas R134a atau penambahan gas, troubleshooting masalah aircond kenderaan, servis fuse box, pemasangan kipas tambahan, penukaran minyak pelincir enjin serta penukaran tensioner dan belting. 

Wak John Aircond menerima bayaran dalam bentuk Boost, GrabPay, Touch 'N Go eWallet dan kad kredit.

Khidmat servis aircond kereta di Shah Alam, Selangor
Firdausi Auto Specialist
Semak Firdausi Auto Specialist harga dibawah:

Alamat: Jalan Pelabur A 23/A, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari 9 pagi - 7 petang
No Telefon: 019 969 0069 (WhatsApp)
Facebook: https://www.facebook.com/shahalamfastautoservices
Range Harga: -

Bagi anda yang tinggal di sekitar Shah Alam, Firdausi Auto Specialist menawarkan konsultansi percuma untuk isu sistem penyaman udara kereta serta isu automotif yang lain. Setakat artikel ini ditulis, mereka turut menawarkan promosi istimewa iaitu cucian kereta secara percuma untuk apa saja jenis kerja pembaikan dan servis.

Bagi memudahkan kerja dan mengenal pasti punca masalah kebocoran gas dalam sistem aircond kereta anda, mereka menggunakan UV gas leak detector. Juruteknik akan membuat visual checking terlebih dahulu sebelum memasukkan UV leak. Jika tiada kesan kebocoran gas, barulah UV leak dimasukkan dengan menggunakan mesin ataupun manifold gauge. Mereka juga mengingatkan pelanggan yang  UV leak ini bukanlah treatment.

Selain khidmat servis dan pembaikan aircond kenderaan, Firdausi Auto Specialist juga menawarkan servis dan pembaikan enjin, brake system, radiator dan cooling system, termasuk penggantian belting.

Khidmat servis aircond kereta di Subang Jaya, Selangor
Rasa Sayang Auto Aircond & Accessories
Semak Rasa Sayang Auto Aircond & Accessories harga dibawah:

Alamat: 10, Jalan SS 14/2A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi:  Isnin - Sabtu 9 pagi - 7 petang, Ahad 9 pagi - 3 petang
No Telefon: 03 5633 0975 / 016 664 1686
Facebook: https://www.facebook.com/rasasayangauto/ 

Range Harga: -

Bertempat di SS14 Subang Jaya, Rasa Sayang Auto Aircond & Accessories mempunyai pengkhususan atau specialised dalam servis aircond, aksesori kereta dan body kits, pembaikan enjin, servis bateri dan tayar kereta, pemerikasaan pendawaiaan atau wiring, welding, semburan cat, penggantian cermin hadapan dan penalaan enjin atau engine tuning.

Selain khidmat pembaikan automotif, mereka juga menawarkan produk seperti sistem audio, sistem Android, pewarnaan tingkap atau window tinting serta servis kenderaan.

Pelanggan juga boleh membawa kenderaan ke premis mereka untuk penjajaran atau alignment, pengimbangan atau balancing, servis brek dan radiator. Antara kenderaan yang boleh dihantar kesini ialah Ferrari, Audi, Lamborghini, Alfa Romeo, Mini, Mercedes-Benz, Subaru, BMW, Toyota, Honda, Mitsubishi, Volkswagen dan Porsche.

Khidmat servis aircond kereta di Pandan Jaya, Kuala Lumpur
TMS Car Aircond Service
Semak TMS Car Aircond Service harga dibawah:

Alamat: No. 8-G2, Jalan Pandan 3/8, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu 9 pagi - 6 petang, Ahad - Cuti
No Telefon: 012 335 6320 / 011 2623 5537 / 03 9200 1585
Website: https://tmscaraircond.business.site/
Facebook: https://www.facebook.com/tmsCarAircond/  
Email: [email protected]

Range Harga: Bermula dari RM99

Menurut TMS Car Aircond Service, kos penukaran sistem penyaman udara akan menjadi lebih tinggi jika tidak di hantar untuk servis secara berkala. Servis secara berkala juga ialah untuk mengekalkan kesejukan aircond kereta. Setakat artikel ini ditulis, mereka menawarkan harga sebanyak RM99 untuk semua jenis kereta bagi tujuan itu.

Bagi tujuan pemasangan coiling coil pula, harga yang dikenakan ialah sekitar RM300-RM450 untuk kereta buatan Malaysia, manakala sekitar RM450-RM550 untuk kereta Multi-Purpose Vehicle (MPV) buatan Malaysia.

Pemeriksaan dan ujian kebocoron di TMS Car Aircond Service adalah percuma. Bagi kerja-kerja flushing system, team TMS menggunakan mesin khas dimana minyak lama dalam sistem aircond (compressor, condensor pipe hose, coiling coil) akan diganti dengan minyak baru. Untuk semua model dengan 1.8cc ke bawah, harga yang dikenakan ialah RM99. Menurut mereka, kerja-kerja ini mengambil masa selama 2 jam.

Khidmat servis aircond kereta di Setapak, Kajang, Pandan Indah dan Pasir Gudang
ACS Car Service
Semak ACS Car Service harga dibawah:

Alamat:
Setapak: No 2, Jalan Seri Rejang 5, Taman Seri Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur
Kajang: No 22, Jalan PK 1, Taman Perindustrian Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Kuala Lumpur: No 80, Jalan 4, Taman Perindustrian Pandan Indah, 53100 Kuala Lumpur
Pasir Gudang: No 49, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu 9 pagi - 6 petang, Ahad - Cuti, Rehat Solat Jumaat -  12:30 tengah hari - 2:30 petang  
No Telefon: 019 221 1840
Website: https://www.acscarservice.com/
Instagram: https://www.instagram.com/acs_pakar_aircond_kereta/
Facebook: https://www.facebook.com/acscarservices
Email: [email protected]   

Range Harga: Bermula dari RM120

Di ACS Car Sevice, pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji melalui sistem dilaman sesawang mereka. Pelanggan dapat menjimatkan masa dan boleh mengetahui masalah sebenar kurang dari 30 minit, juga membolehkan team ACS lebih bersedia jika temujanji dibuat terlebih dahulu. Pelanggan juga boleh mendapat khidmat pemeriksaan sistem aircond secara percuma di sini.

Anggaran harga untuk alat ganti seperti compressor ialah antara RM350-RM2500, condenser antara RM350-RM2000, cooling coil antara RM350-RM2000 dan servis flushing antara RM120-RM650. Harga adalah bergantung pada model kereta anda dan keluaran alat ganti tersebut sama ada tulen atau OEM.

Beroperasi di 4 lokasi, ACS Car Sevice menasihatkan pemilik kereta untuk melakukan servis aircond secara berkala iaitu setiap 30,000km atau setahun sekali supaya aircond kereta anda sentiasa sejuk.      

End of Article