Kesihatan & Kecergasan

9 Mesin Treadmill Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

Treadmill terbaik di Malaysia bermula RM250, walking pad pintar RM2,249 (harga disemak 9 Sept 2026). Senarai lengkap treadmill ikut bajet anda.


Editor · Updated 9 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Mesin Treadmill Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

Jawapan ringkas: treadmill terbaik keseluruhan di Malaysia ialah Xiaomi Kingsmith Walking Pad R1Pro, RM2,249 di Shopee Malaysia (harga disemak 9 September 2026). Untuk bajet lebih rendah, Okyo A1 Electric Running Treadmill bermula RM378.

Dengan keadaan cuaca di luar yang agak panas sekarang ni, kami yakin pasti ada yang berkira-kira nak lakukan senaman di luar rumah.

Kandungan

Jadi kami syorkan buat pembelian mesin lari atau mesin treadmill yang bagus dan murah untuk lakukan senaman di rumah.

Lagipun sekarang terdapat banyak jenama treadmill Malaysia terbaik dengan sistem moden, canggih, murah dan berkualiti.

Bagi memudahkan anda memilih treadmill untuk di rumah, kami kongsikan harga treadmill yang mempunyai kualiti bagus di Shopee dan Lazada.


Senarai 9 Jenama Mesin Treadmill Bagus

Xiaomi Kingsmith Walking Pad R1Pro
Treadmill terbaik secara keseluruhan 1 daripada 9
Xiaomi Kingsmith Walking Pad R1Pro
Dari RM2,249
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh dilipat separuh saiz
Ciri keselamatan fungsi kunci kanak-kanak
Berat maksimun 110kg
3 lagi
Tiga cara untuk mengawal
Tempat untuk telefon dan tablet pada pemegang
Kelajuan sehingga 10km/j

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama ini menawarkan pilihan terbaik untuk aktiviti larian dan berjalan kaki di rumah.

Boleh dilipat sehingga 180 darjah dan apabila disimpan tegak hanya setebal 15 cm sahaja.

Ciri-ciri:

Rekaan treadmill kelihatan lebih sporty, ada roda bergerak di bawah treadmill dan menggunakan motor tanpa berus yang mengurangkan bunyi bising ketika beroperasi.

Rangkanya diperbuat daripada bahan aloi aluminum bersepadu yang tahan lasak dan memberikan kestabilan kepada pengguna.

Tapak larian yang tidak licin ini tahan haus dan dilengkapi lapisan lembut EVA untuk kesan kusyen serta papan gentian berketumpatan tinggi untuk ketahanan maksimum.

Menariknya, anda boleh mengawal treadmill melalui foot sensing speed control, remote control atau aplikasi KS Fit.

Skrin paparan juga boleh menyesuaikan cahaya untuk penglihatan yang lebih baik dan akses segera kepada data sukan.

Terdapat ciri keselamatan seperti kunci kanak-kanak, had laju untuk pengguna baru, pengesanan kaki untuk kawalan laju, siap sedia auto dan perlindungan melebihi beban.

Review:

"Saya sangat seronok menggunakan treadmill ini. kini setiap hari saya akan berjalan dan berjoging selama sejam. Treadmill ini kukuh dan berharap ia akan tahan lebih lama. Saya suka kerana ia boleh dilipat dan mengambil lebih sedikit ruang penyimpanan."

Okyo A1 Electric Running Treadmill With Handle & Speaker
Treadmill murah 2 daripada 9
Okyo A1 Electric Running Treadmill With Handle & Speaker
Dari RM378
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Alat kawalan jauh
Sistem penyerapan hentakan
Kelajuan maksimum 6km/j
2 lagi
Operasi senyap
Menampung berat maksimum 120kg

Buat individu yang ingin jogging, berlari atau brisk walk tapi malas nak keluar rumah terutamanya musim hujan, beli je treadmill ni.

Jenama yang bagus untuk peralatan sukan larian dengan harga mampu milik dan reka bentuk senyap yang tidak akan mengganggu orang lain di sekeliling anda.

Kawasan larian selebar 56 cm yang anti-slip menyediakan ruang selesa untuk larian dengan tapak stabil dari bahan keluli tahan karat.

Kuasa motor puncak ialah 3.0HP manakala kuasa berterusan adalah 2.0HP, membolehkan kelajuan dikawal antara 1-6 km/jam mengikut tahap kebolehan.

Antara muka kawalan versi ringkas dan kunci keselamatan magnetik pula memastikan tiada kecederaan semasa bersenam dengan peralatan ini.

Turut dilengkapi sistem penyerapan kejutan untuk mengelakkan tekanan pada lutut semasa bersenam.

Johnson Fitness Horizon Evolve 3.0 Treadmill
Treadmill untuk orang gemuk 3 daripada 9
Johnson Fitness Horizon Evolve 3.0 Treadmill
Johnson Fitness & Wellness
Dari RM2,088
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Paparan LED boleh diselaraskan
Mempunyai pemegang peranti
Harga agak mahal
2 lagi
Mudah dipasang
Mod penjimat tenaga

Treadmill Evolve 3.0 menonjol dengan reka bentuk yang ringkas, moden, dan sesuai untuk digunakan di rumah serta dilengkapi dengan paparan LED yang boleh diselaraskan dan mudah difahami.

Melalui Bluetooth, anda boleh menyambungkan treadmill ini kepada aplikasi kecergasan popular dan pemantau kadar jantung, membolehkan anda mengawal prestasi dan kemajuan senaman dengan lebih baik.

Selain itu,treadmill ini menawarkan 12 program yang berbeza, termasuk program jarak, kalori, langkah, dan banyak lagi.

Dengan kawasan larian yang luas, anda mempunyai banyak ruang untuk berlari dengan selesa.

Pilihan yang ideal untuk mengeluarkan peluh dan menjaga tahap kesihatan serta kecergasan anda terutamanya bagi individu yang mempunyai berat berlebihan!

treadmill columbus fitness
Treadmill foldable 4 daripada 9
4.5HP Columbus Fitness S900 Treadmill
Columbus Fitness
Dari RM1,999
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sistem lipat hidrolik
Sokongan beban sehingga 150KG
Sedikit sempit untuk badan besar
3 lagi
12 pilihan program senaman
Motor senyap dan menjimatkan tenaga
Mempunyai roda

Bagi mereka yang mencari treadmill di bawah harga RM2000, kami syorkan anda memilih 4.5HP Columbus Fitness S900 Treadmill.

Treadmill ini dilengkapi dengan motor berkuasa 4.5HP yang menjimatkan tenaga, tahan lama dan senyap. Anda juga dapat mencapai kelajuan dari 0.8 hingga 16.8 km/jam.

Selain itu, turut dilengkapi dengan 10 mata Air Spring + Pocket Spring Shock Absorption System serta sistem penyerap hentakan platfrom 5 lapisan.

Terdapat 12 program latihan yang boleh dipilih dan mempunyai pengesan denyut jantung pada pegangan serta paparan LCD 5 inci yang memaparkan masa, kelajuan, jarak, kalori, dan kadar jantung anda.

Tambahan pula, ia juga menyokong USB & AUX-in untuk lagu MP3, dengan pembesar suara yang terbina serta bunyi kurang dari 60dB, dan ciri keselamatan tambahan dengan penutup sisi.

KEMILNG Treadmill M7
Kemilng treadmill 5 daripada 9
Kemilng Treadmill M7 3.0 Hp
Dari RM779
Lihat harga di Shopee Malaysia
Jimat elektrik
Harga murah
Penggunaan maksimum 45 minit sahaja
1 lagi
Ada tempat letak iPad

Mungkin anda tidak mahu sebuah mesin treadmill yang terlalu kuat menarik kos elektrik.

Sebaiknya anda memilih treadmill dari jenama Kemilng ini yang memiliki 3.0 kuasa kuda.

Sudah cukup menampung kegunaan selama 45 minit dengan kelajuan 12 batu sejam.

Malah, menjamin aktiviti senaman yang menyeronokkan kerana terdapat ruangan untuk meletakkan tablet atau iPad diatas console treadmill.

REALEOS Foldable Running Treadmill
Treadmill untuk ibu hamil 6 daripada 9
Realeos Foldable Running Treadmill
Dari RM250
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh lipat
Mudah dibawa kemana saja
Manual
2 lagi
Boleh menampung lebih 200 kg
Pemegang mudah goyah

Jangan tak tahu ya, para ibu mengandung juga boleh menggunakan treadmill sebagai senaman ringan.

Jadi kami mengesyorkan ibu hamil menggunakan treadmill manual dari jenama Realeos.

Ini kerana kaedah treamill manual bersifat mudah alih dan anda boleh mengawal sendiri kelajuan yang sesuai.

Sistem ini lebih selamat dan sangat praktikal untuk senaman ringan dan paling menarik tidak memerlukan elektrik kerana mekanisme treadmill manual menggunakan pemberat khas bagi memudahkan pengguna untuk melaraskan pergerakan belt.

Walaupun manual, Realeos masih membekalkan pengguna dengan paparan digital untuk mengesan kalori, kelajuan, masa dan jarak larian.

U’REVO Walking Treadmill U1 Smart
Treadmill portable 7 daripada 9
U’REVO Walking Treadmill U1 Smart
U’REVO
Dari RM809
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah disimpan
Mempunyai ciri-ciri keselamatan
Berat maksimum 90kg
1 lagi
Tersedia alat kawalan jauh

Bagi anda yang bersaiz besar atau gemuk, jangan risau mulai aktiviti senaman ringan iaitu berjalan perlahan.

Jadi, treadmill dari jenama U’REVO ini adalah pilihan yang terbaik kerana dikhaskan untuk aktiviti berjalan.

Ciri-ciri keselamatan mesin treadmill ini sangat bagus kerana mempunyai anti-licin, isyarat bahaya, perlindungan anti-beban, kunci untuk kanak-kanak dan anti-gelincir.

Teadmill untuk badan besar ini mampu menampung berat sehingga 90 kilogram dan bersaiz sederhana 120 x 42 sentimeter.

Menariknya lagi, anda tidak perlu khuatir tentang ruang penyimpanan kerana dengan ketebalan 6.5 sentimeter anda boleh sorok dibawah katil atau sofa! 

Kelainan walking treadmill ini ialah tidak mempunyai handrails dan bahagian paparan tetapan diganti dengan alat kawalan jauh bercirikan 3 mod seperti berjalan, jalan kaki laju dan larian pendek. 

Semua ciri yang ada pada U’REVO Walking Treadmill U1 sangat bertepatan untuk saiz badan besar atau kecil bagi memulakan aktiviti sihat seperti berjalan atau larian pendek.

Sesuai untuk semua saiz badan dan treadmill tidak terlalu besar untuk letak di dalam rumah.

3.0HP ADSPORTS AD509 Home Exercise Treadmill
Treadmill untuk di rumah 8 daripada 9
ADSports AD509 Home Exercise Treadmill
ADSports
Dari RM1,018.61
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai Multifunction Machine
Mempunyai 3 jenis tapak larian berbeza
Tidak boleh dilipat
2 lagi
Mudah dialihkan
Besar

Berbeza dengan mesin treadmill jenama yang lain. Mesin treadmill keluaran ADSports menambah fungsi treadmill dengan mesin urut. 

Kelebihan ini ialah sangat bagus untuk meningkatkan peredaran darah ketika bersenam seterusnya mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam.

Menggunakan 3.0 kuasa kuda mampu bergerak sehingga 12.8 kilometer sejam. 

Perincian treadmill ini juga cukup sempurna dengan paparan tetapan yang lengkap seperti pembakaran kalori, mod pelbagai senaman larian, kunci keselamatan, pergerakan jantung dan sebagainya. 

Kualiti belt mesin ini juga mempunyai daya baik menyerap bunyi hentakan dan mengurangkan impak kaki.

Jadi buat anda yang mahu kelainan dalam peralatan sukan.

Mungkin boleh mendapatkan treadmill dan mesin urut dua dalam satu ini.

VIGOR Fitness Treadmill TR500
Treadmill untuk beginner 9 daripada 9
Vigor Fitness Treadmill TR500
Vigor Fitness
Dari RM868.25
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Ada kuasa kuda 3.5
Sistem lipat bukan hidrolik
2 lagi
Dilengkapi paparan kiraan lemak badan
Ada speaker untuk muzik

Buat yang baru berjinak-jinak dengan dunia sukan, jangan putus asa untuk membuat pelaburan kecil pada sebuah treadmill murah dan berkualiti ini.

Jenama treadmill TR500 dijual pada harga cukup berpatutan dengan kuasa kuda 3.5!

Jenama ini pernah dicatat Top Selling Model in Malaysia dengan berpandukan kemaskini sistem serba canggih.

Ideal dengan peranti paparan kiraan lemak badan, kalori, denyutan nadi, kelajuan, masa dan jarak larian. 

Tidak lokek dengan pengguna, ia terpasang dengan 3 pilihan incline, sistem kusyen serapan tekanan dan AUX bersama pembesar suara MP3.


Tips Sebelum Membeli Treadmill Terbaik 

Berjalan dan berlari dengan treadmill memang cara yang bagus untuk kekal cergas, melangsingkan badan dan meningkatkan keupayaan kardiovaskular anda.

Bagi mereka yang nak membeli treadmill, ikuti je tips di bawah:

  • Ruang dan saiz

Pastikan anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk menempatkan tapak treadmill

Ukur ruangan dengan teliti dan berikan ruang tambahan untuk laluan. 

Sesetengah model treadmill juga boleh dilipat.

  • Pertimbangkan ciri-ciri 

Adakah anda mahukan ciri-ciri seperti pemantauan kadar denyutan jantung, program latihan, pembesar suara terbina dalam, pemegang tablet, skrin besar atau tetapan kelajuan?

Semakin banyak ciri, semakin mahal harga treadmill tersebut.

  • Kekuatan motor

Selain kapasiti bebanan maksimum treadmill dan lebar treadmill, ketahui kekuatan motor.

Treadmill dengan kekuatan motor sekurang-kurangnya 1.5 HP sudah memadai untuk kegunaan di rumah.

  • Bajet 

Beli jenama treadmill yang dipercayai seperti Decathlon, Gintell atau Johnson Fitness untuk kualiti yang lebih baik.

Kalau boleh cuba terlebih dahulu sebelum beli treadmill.


Cara Menggunakan Treadmill Dengan Betul

Mungkin ada diantara anda sudah mahir dengan mesin treadmill tapi bagaimana pula dengan anda yang masih lagi amatur? 

Lebih lagi bagi yang pertama kali mahu membeli dan menggunakan mesin treadmill. Nah! anda boleh praktiskan langkah berikut.

#1 Pastikan kedudukan meletakkan treadmill

Sebelum membeli treadmill pastikan kawasan rumah mempunyai ruang yang elok untuk menggunakan treadmill.

Jika anda membeli treadmill mudah alih atau boleh dilipat ia dapat menjimatkan ruang yang sedia ada.

Pastikan lantai bilik atau ruang yang diinginkan rata dan stabil.

Sebaiknya tidak perlu dialas karpet atau tikar supaya treadill lebih stabil. 

#2 Pengawasan ‘emergency key’

Sentiasa pastikan treadmill anda dipasang dengan ‘emergency key’ kerana ini adalah aspek keselamatan yang ditekankan oleh pengeluar mesin treadmill.

Bagi anda yang masih lagi begginer, wajib klip ‘emergency key’ ini pada baju, supaya mesin boleh berhenti serta merta jika anda tergelincir dari treadmill.

Malah, boleh mengelakkan dari kecederaan yang serius. 

#3 Teknik larian

Buat yang masih berjinak-jinak, saranan dari jurulatih treadmill ialah jalan perlahan-lahan mengikut kelajuan biasa terlebih dahulu.

Latihan ini untuk membiasakan anda dengan tetapan pace pada mesin.

Jangan lupa untuk laraskan handrails mengikut kesesuaian bahu anda.

Kenali paparan tetapan mesin treadmill anda sebaik mungkin sebagai contoh pilihan speed, incline, sensor dan banyak lagi bergantung diatas treadmill anda. 

#4 Memakai pakaian yang sesuai

Sama seperti aktiviti larian diluar, sarung kasut sukan yang sesuai khususnya untuk aktiviti berlari.

Bagi mengelakkan treadmill licin atau basah dengan peluh, anda boleh memakai workout headband atau topi. 

#5 Cara senaman yang betul

Paling penting, anda perlu ketahui jenis dan cara senaman yang betul menggunakan treadmill

Jom ikuti video berikut.


Apa Manfaat Menggunakan Treadmill? 

Seperti yang kita tahu, larian treadmill atau larian diatas trek tidak jauh beza.

Tujuannya sama iaitu membakar lemak, kalori serta dapat menguatkan otot jantung.

Rata-rata yang ingin kurus dan jauh dari diabetes memang aktiviti berlari lah jawapannya! Larian atas treadmill sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri. 

  • Membuat kawalan larian

Jika ada treadmill dirumah anda tak perlu risau lagi dengan cuaca samada panas atau hujan.

Treadmill bukan lagi alasan untuk ada mengelak dari bersenam.

Menariknya tenatng treadmill, anda boleh mereka laluan larian anda.

Misalnya anda boleh mengubah kelajuan console, menetapkan ketinggian pendakian, mengira kalori dengan tepat dan paling best anda mengatur tempo larian mengikut kekuatan tubuh badan

  • Mengurangkan impak hentakan 

Sejujurnya larian diatas jalan raya dapat memberi kesan pada lutut untuk jangka masa panjang.

Lebih lagi jika anda gemar melakukan larian jauh atau mengambil masa yang lama.

Berbanding menggunakan treadmill, impak hentakan kaki lebih selamat.

Kebanyakan landas treadmill atau dipanggil sebagai belt direka khas menyerap impak hentakan.

Kualiti belt treadmill sangat penting untuk memastikan larian anda bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah melindungi lutut dan sendi kaki. 

  • Selamat dan menjaga privasi 

Jika anda dikalangan pelari wanita, memiliki sebuah treadmill suatu yang menguntungkan!

Keselamatan dan privasi jika berlari diluar boleh mengundang ancaman lebih lagi jika wanita lari berseorangan.

Selain itu, boleh mengelakkan dari sebarang kemalangan seperti dilanggar kereta, larian malam lebih selamat dan khas untuk anda yang tidak suka menjadi tatapan umum ketika bersenam. 


Soalan Lazim Tentang Treadmill

Berapa harga treadmill yang berpatutan di Malaysia?

Treadmill manual boleh didapati dari serendah RM250 (Realeos Foldable Running Treadmill, disemak 9 September 2026), manakala treadmill elektrik berkualiti untuk kegunaan harian bermula sekitar RM800 hingga RM2,000. Model walking pad pintar seperti Xiaomi Kingsmith R1Pro pula sekitar RM2,249.

Berapa kuasa motor (HP) yang sesuai untuk treadmill rumah?

Kuasa motor sekurang-kurangnya 1.5HP sudah memadai untuk berjalan dan jogging ringan di rumah. Jika anda kerap berlari laju, pilih treadmill dengan kuasa berterusan 2.0HP ke atas seperti Okyo A1 atau ADSports AD509.

Treadmill manual atau elektrik, mana lebih baik?

Treadmill manual seperti Realeos lebih murah, mudah alih dan tidak perlukan elektrik, sesuai untuk senaman ringan atau ibu mengandung. Treadmill elektrik pula membolehkan kelajuan tetap dan program latihan automatik, lebih sesuai untuk latihan lari yang konsisten.

Adakah walking pad seperti Xiaomi Kingsmith lebih baik daripada treadmill biasa?

Walking pad lebih nipis dan mudah disimpan bawah katil atau sofa, sesuai untuk ruang kecil dan aktiviti berjalan. Treadmill biasa dengan handrail lebih sesuai jika anda mahu berlari laju atau menggunakan program kecergasan yang lebih lengkap.


Artikel berkaitan

Lagi daripada ProductNation