Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Elak Guna Bahan Kimia, Atasi Kulit Kering Dengan 10 Bahan Semulajadi Ini

Keadaan cuaca tidak menentu atau persekitaran boleh memicu kepada terjadinya masalah kulit seperti sensitif, kering atau berminyak. Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza. Antaranya adalah normal, kombinasi, berminyak, kering dan sensitif. Jika berbicara mengenai masalah kulit kering, pasti anda buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apakah penyebab utama masalah kulit kering? 

Ianya sering terjadi ketika lapisan kulit paling luar atau atas yang dipanggil epiderma tidak mendapat lembapan secukupnya di dalam kulit anda. Maka, kulit akan kelihatan bersisik dan mengelupas sehingga terjadinya kulit merekah atau pecah-pecah. Secara saintifiknya, kulit kering disebut sebagai xerosis, dimana keadaan ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh anda seperti tangan, kaki, lutut dan siku.

Terdapat juga beberapa faktor utama penyumbang kepada masalah kulit kering seperti;

  • Cuaca – jika keadaan cuaca terlalu panas dan kering akan menjadi salah satu penyebab utama kepada masalah kulit ini. Cuaca yang dingin dapat menurunkan kadar lembapan dan sering terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi salah satu faktornya. 
  • Skincare – sebelum menggunakan sesuatu produk terutamanya yang berkaitan dengan penjagaan kulit, pastikan ianya tidak mengandungi sebarang bahan kimia seperti paraben, SLS, SLES, AHA atau alkohol. Produk tersebut akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit dan menyebabkan berlakunya kulit kering.
  • Kerap mencuci wajah – elakkan mencuci wajah dengan kerap terutamanya bagi yang alami masalah kulit kering. Ini kerana ianya akan mengurangkan kadar minyak semulajadi pada kulit wajah anda dan sekaligus kulit akan terhidrasi. Amalkan cucian wajah 2 – 3 kali sahaja seminggu. 
  • Penggunaan air panas dengan kerap – elakkan mandi atau mencuci wajah dengan menggunakan air panas kerana ianya akan mengurangkan kadar air dan minyak pada kulit.
  • Faktor umur – salah satu penyebab utama yang mengakibatkan penuaan dan kadar lembapan kulit menurun. 
  • Pengambilan ubat-ubatan – krim penghapus jerawat yang mengandungi AHA, retinol, asid Salicylic dan benzoyl peroxide juga boleh mengakibatkan kulit menjadi kering.

Terdapat juga beberapa cara terbaik untuk atasi masalah kulit kering seperti;

  • Wajib memakai pelembap wajah
  • Elakkan mencuci muka dengan kerap
  • Gunakan produk pencuci muka yang bertekstur lembut dan ringan
  • Letakkan humidifier di ruangan kediaman atau pejabat anda
  • Minum air kosong secukupnya

Segarkan Kulit Wajah Kering Dengan Sari Lidah Buaya 

Gel lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera dapat mengatasi masalah kulit kering dengan berkesan. Bukan hanya terbaik untuk membaikpulih kerosakan kulit akibat sering terdedah kepada sinaran UV malahan ianya juga boleh membantu melembutkan dan memperbaiki tekstur kulit agar tidak berpenampilan kering serta merekah. 

Aloe Vera megandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk anda terutamanya bagi alami masalah kulit kering. Ianya dapat membekalkan lembapan pada kulit dan bahan semulajadi ini mampu untuk hindari iritasi, gatal, kulit pedih atau menghalang kulit daripada ditumbuhi jerawat. Jika kulit terlalu kering, permukaannya akan menjadi kasar. Aloe Vera dapat menyelesaikan masalah tersebut. 

Cara penggunaan lidah buaya juga sangat mudah. Anda hanya perlu potongkan daun lidah buaya kepada dua bahagian dan ambil gelnya sahaja. Sapukan gel tersebut kepada bahagian kulit kering anda dan biarkan selama beberapa minit agar ianya dapat menyerap kepada lapisan kulit. Kemudian, bilaskannya dengan air suam.

mulai
RM22.56
Semak Miseoul Aloe Vera Soothing Gel harga dibawah:

Produk yang diterbangkan khas dari Korea ini merupakan antara pelembap pilihan ramai kerana bahan kandungannya adalah 98% berasaskan lidah buaya asli dan organik. Ianya menyerap masuk ke dalam lapisan kulit wajah anda dan memberi sensasi pendinginan agar kulit sentiasa terasa segar serta lembut sepanjang hari. 

Teksturnya ekstra lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang alami masalah kering dan sensitif. Bebas dari paraben, benzophone, bahan pengawet dan cruelty-free, menjadikannya antara pelembap terbaik di pasaran.

Minyak Kelapa Untuk Lembapkan Kulit Kering

Tahukah anda bahawa minyak kelapa dapat membantu atasi masalah kulit terutamanya yang alami masalah sensitif dan kering melampau. Minyak kelapa atau Virgin Coconut Oil (VCO) mempunyai pelbagai manfaat terbaik yang dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda. 

Ianya boleh menghalang masalah jerawat pada kulit atau digunakan sebagai pelembap sebagai alternatif yang lain. Produk yang mengandungi minyak kelapa ini dapat bertindak sebagai bahan anti-bakteria yang melekat pada kulit wajah. Masalah kulit kering yang seringkali terjadi pada seseorang individu dikenali sebagai psoriasis, dermatitis atau ekzema.

Antara manfaat yang boleh didapati daripada kandungan minyak kelapa adalah kurangkan keradangan kulit, atasi masalah jerawat, beri lembapan, menyamarkan bintik / noda hitam pada wajah, tingkatkan produksi kolagen dan menyembuhkan luka. Minyak kelapa juga mengandungi asid lemak tepu yang sesuai dijadikan sebagai pelembap kulit. 

Lakukan perawatan kulit wajah dengan produk yang mengandungi minyak kelapa ini secara konsisten agar hasil kulit anda akan menjadi lebih lembut dan licin.

mulai
RM61.52
Semak DR. Organic Virgin Coconut Oil Day Cream harga dibawah:

Krim siang atau day cream yang bertekstur ringan ini sesuai dipakai untuk kegunaan harian. Digabung menggunakan minyak kelapa dan minyak essential organik dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda tanpa menyebabkan iritasi atau keradangan padanya.   

Dengan mengandungi ekstrak buah betik, fig, mangga dan Aloe Vera, krim siang ini mampu melembutkan dan memberi hidrasi pada kulit wajah anda sepanjang hari. Disebabkan oleh tahap triglycerides yang tinggi dalam kandungan minyak kelapa, ianya mengunci lembapan pada lapisan kulit dan menjadikan wajah anda lebih selesa.

Madu : Bahan Anti-Radang Untuk Kulit Kering

Antara bahan semulajadi yang terbaik untuk memberi lembapan pada kulit kering adalah madu. Ianya terbukti berkesan sebagai anti-radang pada kulit dan juga merupakan sebagai bahan antioksidan yang mempunyai sifat pelembap dan penyembuh. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam madu juga amat berkhasiat untuk digunakan perawatan kecantikan kulit. 

Bahan aktif dalam madu mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi anjal dan lembut serta menjadikannya tampak awet muda. Ianya mampu berfungsi sebagai lapisan untuk menyembuhkan luka dan mencegah infeksi terjadi pada kulit luaran anda. Selain daripada itu, madu juga dapat melambatkan proses penuaan kulit sambil membantu menjaga keseimbangan tahap pH dalam kulit anda agar tidak tampil tua sebelum usia.

Untuk mendapatkan manfaat yang lebih maksima buat kulit anda, disyorkan bagi melakukan perawatan kulit dengan menggunakan madu mentah yang belum diproses. Ini kerana sifat anti-radang yang terdapat dalam madu ini dapat ‘bekerja’ aktif pada kulit wajah anda dan memberi hasil lebih berkesan. 

mulai
RM50.32
Semak Swisse Skincare Manuka Honey Detoxifying Clay Mask harga dibawah:

Masker dari tanah lumpur ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit daripada normal sehingga sensitif. Ianya berfungsi untuk menyahkan kotoran dan toksin yang melekat pada kulit wajah sehingga menyebabkan liang pori tersumbat. Dengan mengandungi ekstrak Aloe Vera, likoris, kunyit, ginseng dan pati minyak Lavender, masker ini dapat membantu beri lembapan pada kulit kering. 

Bagi anda yang alami masalah kulit kering, cara penggunaan masker dengan betul adalah sebanyak 1 – 2 kali sahaja seminggu. Ini untuk mengelakkan kulit menjadi keradangan, memerah dan iritasi.

Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kulit Kering

Seperti kebanyakan bahan semulajadi yang lain, minyak zaitun juga merupakan salah satu bahan organik terbaik untuk membaikpulih kulit dan melindunginya daripada radikal bebas. Dengan mengandungi lemak sihat, Vitamin E dan antioksidan, minyak zaitun adalah antara bahan utama dalam produk kecantikan yang amat berkesan untuk merawat masalah kulit kering. 

Bukan sahaja minyak zaitun ini mampu untuk meresap masuk ke dalam lapisan kulit dengan sempurna, malahan ianya juga dapat mengurangkan masalah kedutan dan garis halus serta melambatkan proses penuaan kulit. Jika kulit anda alami luka-luka kecil atau ringan, sapukan sahaja minyak zaitun. Ianya pasti dapat menyembuhkan luka dalam masa sehari sahaja. Bahan yang terkandung dalam minyak ini juga mampu merawat penyakit kulit kronik seperti psoriasis, dermatitis dan ekzema. 

Untuk anda yang pentingkan kecantikan kulit, bolehlah gunakan produk dengan kandungan minyak zaitun sebagai pelembap atau pencuci muka. Bagi anda yang gemar menggunakan make-up, minyak zaitun juga boleh dijadikan sebagai makeup cleansing oil (pembersih minyak) untuk menghapuskan kotoran melekat pada kulit atau tersumbat pada liang pori.

UNE OLIVE EN PROVENCE Face Cleansing Foam
mulai
RM139.00
Semak Une Olive en Provence Face Cleansing Foam harga dibawah:

Busa pembersih wajah dari Une Olive en Provence ini adalah bertekstur lembut dan ringan, sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang alami masalah kering dan sensitif. Ianya mendetoksifikasikan dan membersih secara mendalam agar kulit menjadi lembut serta licin tanpa mengeringkan kulit wajah anda. 

Diperkaya dengan pati ekstrak minyak zaitun, ianya membantu regenerasi kulit baru agar kelihatan segar dan bermaya.

Daun Mint & Lemon Mampu Untuk Mencerahkan Kulit

Bahan semulajadi yang berkesan untuk membuang toksin  adalah dengan meminum air campuran lemon dan daun mint. Tetapi daun mint dan lemon juga mampu untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam perawatan kulit. Daun mint terkenal dengan bahan yang dapat memberikan sensasi pendinginan samada pada kegunaan luaran atau dalaman. 

Ianya mengandungi jumlah nutrisi berkhasiat seperti Vitamin A dan antioksidan yang untuk kesihatan tubuh badan. Bersifat anti-bakteria dan anti-radang, daun mint melembap, merawat parut jerawat, mencerah, melembutkan dan atasi masalah alergi pada kulit. Daun mint berkesan untuk menghapuskan masalah komedo pada kulit yang terjadi akibat penghasilan minyak berlebihan dan liang pori tersumbat. 

Alami masalah ‘eye-bag’ atau mata panda? Usah risau lagi. Gunakan sahaja produk yang mengandungi daun mint untuk atasi masalah tersebut. Daun mint terkenal dengan kandungan antioksidan yang tinggi. Ianya dapat mengurangkan lingkaran gelap dibawah mata anda dan mengembalikan keremajaan kulit.   

mulai
RM18.90
Semak Freeman Feeling Beautiful Mint & Lemon Facial Clay Mask (175ml) harga dibawah:

Pembersih wajah yang diperbuat daripada lumpur ini mengandungi bahan penyegar kulit seperti ekstrak daun mint dan lemon bagi mengekalkan kesegaran serta melembutkan wajah anda tanpa terasa iritasi. Ianya meredakan radang kulit yang terjadi akibat jerawat. Kandungan lumpur (clay) pada pembersih wajah ini menyerap kadar minyak yang terhasil secara berlebihan. 

Ianya bertujuan untuk mengurangkan kilauan dan penampilan pori terbuka pada kulit wajah anda. Cara pemakaian masker ini dengan betul adalah aplikasikannya pada keseluruhan wajah dan elakkan daripada terkena mata. Biarkan kering untuk beberapa minit dan kemudian bilaskannya dengan air suam. Untuk kulit kering, dinasihatkan penggunaan masker 1 – 2 kali sahaja seminggu. 

Cegah Jerawat Dengan Kunyit

Kunyit merupakan antara bahan semulajadi yang mampu menyelamatkan kulit wajah anda daripada radikal bebas. Ianya memiliki bahan bioaktif yang dipanggil curcumin yang bersifat anti-radang dan antioksidan baik untuk membaikpulih kerosakan pada kulit. Manfaat utama yang terdapat pada kunyit anda untuk membantu menyamarkan parut jerawat dan menghalang pertumbuhan jerawat baru. 

Manakala sifat anti-radang pada kunyit pula dapat membersihkan liang pori tersumbat akibat kotoran dan minyak berlebihan. Ianya juga mampu menenangkan kulit daripada iritasi dan keradangan. Bukan itu sahaja, kunyit dapat mengatasi masalah kedutan pada kulit dengan melambatkan proses penuaan. 

Kandungan aktif di dalam bahan semulajadi ini dapat membaikpulih tekstur kulit wajah anda terutama yang alami masalah kulit kering. Selain daripada itu, kunyit juga dapat meningkatkan produksi penghasilan kolagen agar kulit wajah akan menjadi lebih anjal dan membuatkan penampilan anda tampak awet muda. 

Untuk hasil kulit lebih berkesan, anda boleh campurkan kunyit dengan yogurt. Cara pemakaiannya adalah;

  • Campurkan yogurt, air mawar dan sedikit kunyit
  • Gaulkan sehingga menjadi pes
  • Sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas dengan air sejuk.
  • Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali
NAAM Turmeric Face Soap
mulai
RM16.50
Semak NAAM Turmeric Face Soap harga dibawah:

Sabun pencuci muka ini terbaik untuk mengurangkan masalah bintik hitam dan cela serta bertindak sebagai agen penghapus jerawat dengan berkesan. Kekalkan hidrasi pada kulit wajah dan merevitalisasikan semula kulit anda agar kelihatan cerah serta berseri. 

Kandungan dalam sabun pencuci ini dapat mencerahkan kulit dan menyamarkan bintik hitam yang muncul pada lapisan kulit wajah anda. Diperbuat daripada 100% bahan organik asli dan cruelty-free, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kering dan sensitif. Kulit anda akan tampil glowing semulajadi!

Tomato Terbaik Untuk Pudarkan Bintik Hitam

Jika anda sering terdedah kepada cahaya matahari, kulit akan terbentuk pigmentasi yang menjadikan penampilan wajah luaran anda dipenuhi dengan bintik hitam. Salah satu bahan semulajadi yang berkesan untuk menghapuskan masalah bintik hitam dan cela pada kulit adalah tomato. Ianya dapat memudarkan bintik hitam dan tiada lagi masalah kulit kusam. 

Bukan itu sahaja, tomato juga dapat mengecilkan liang pori terbuka dan halang penghasilan minyak berlebihan pada wajah agar penampilan kulit anda tidak kelihatan berkilau. Pasti anda ketahui kebaikan tomato dalam makanan dan masakan. Tetapi ianya juga terbaik dalam merawat serta menjaga kulit tidak kira samada untuk tubuh badan ataupun wajah. 

Cara penggunaan tomato untuk atasi masalah kulit kering adalah dengan mencampurkan air perahan tomato dengan yogurt. Gaulkannya sehingga menjadi pes masker. Aplikasikan pada keseluruhan wajah dan biarkan selama setengah jam. Kemudian, bilaskannya dengan air suam. Kulit wajah anda akan dijamin menjadi lembut dan cerah berseri selepas mengamalkan rejim kecantikan ini.

mulai
RM3.00
Semak Eyenlip Super Food Tomato Mask For Brightening & Soothing harga dibawah:

Rutin penjagaan kulit wajah yang sempurna adalah dengan menggunakan langkah betul. Jika anda sudah melakukan langkah terawal seperti mencuci muka, aplikasi toner dan pelembap, menggunakan esen dan serum serta krim malam, jangan lupa juga untuk memakai face mask untuk mendapatkan hasil kulit lebih anjal dan berseri.

Diperkaya dengan ekstrak buah tomato, face mask ini dapat mengekalkan hidrasi dan mengunci lembapan pada kulit wajah anda agar tidak menjadi kering semasa tidur malam walaupun di dalam bilik berpenghawa dingin!

Kunci Lembapan Pada Kulit Dengan Yogurt

Musim sekarang semakin tidak menentu. Kadangkala sejuk dan kadangkala panas. Ditambah pula dengan musim jerebu, pasti akan membuatkan kulit terutamanya wajah menjadi kasar dan kering. Terdapat beberapa bahan semulajadi yang dapat mengembalikan kulit menjadi segar dan berseri dan antaranya adalah yogurt mampu beri lembapan pada kulit.  

Yogurt berkesan untuk melembapkan kulit? Setahunya, yogurt adalah sejenis pemakanan terbaik untuk anda bagi yang sedang berdiet. Tetapi tahukah bahawa yogurt juga berkesan untuk melakukan perawatan dan memberi penjagaan kepada kulit wajah anda? Kandungan mineral yang terdapat dalam yogurt bukan sahaja baik untuk perut malahan ianya dapat memperbaiki tekstur kulit wajah anda.

Jika anda menggunakan yogurt asli, jadikannya sebagai masker. Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada yogurt adalah mencegah jerawat, melambatkan kadar proses penuaan kulit dan sekatakan semula tona kulit. Terdapat dua jenis yogurt yang boleh anda gunakan iaitu samada yogurt asli atau Greek Yoghurt. Elakkan daripada menggunakan yogurt berperisa kerana ianya sudah diproses.

mulai
RM49.00
Semak Tofu No Moritaya Yoghurt Face Pack harga dibawah:

Krim ini diterbangkan khas dari negara Jepun dan diformulasi dengan menggunakan susu kacang soya yang diperam dan yogurt. Diperbuat daripada bahan-bahan organik dan semulajadi, sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang alami masalah kering dan sensitif. 

Ianya dapat mensekatakan tona kulit dan memberi lembapan berpanjangan agar tidak alami kekeringan atau iritasi. Kulit wajah anda akan menjadi lembut, cerah dan berseri sepanjang masa.

Timun Untuk Kulit Kekal Mulus, Halus & Licin

Siapa yang tidak mengimpikan kulit halus, mulus dan licin bak sutera? Ingin cantik bagaikan selebriti-selebriti Asia. Tetapi anda juga harus rajin untuk mengamalkan penggunaan bahan-bahan semulajadi dalam rejimen kecantikan dan pastikan juga mengikuti langkah tepat agar mendapatkan hasil kulit yang memberangsangkan.

Timun merupakan salah satu bahan alami yang terbaik untuk kulit wajah. Walaupun anda mempunyai kulit jenis normal, penggunaan timun adalah penting agar kulit kekal cantik dan berseri. Timun mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisi yang baik untuk memperbaiki masalah kulit. Diperkaya dengan Vitamin B dan C, ianya mampu berfungsi bagi menyegarkan tubuh badan, membuang toksin, merawat kulit merengsa dan kurangkan lingkaran gelap dibawah mata.

Ianya juga boleh didapati dalam pelbagai jenis produk seperti pencuci muka, toner, pelembap, krim mata dan juga masker. Jika anda ingin mendapatkan hasil kulit lebih baik, lakukan secara DIY. Anda juga boleh mencampurkan timun bersama madu, yogurt, susu, Aloe Vera, pisang atau lemon agar tekstur kulit lebih anjal.

mulai
RM97.80
Semak Kiehl's Cucumber Herbal Alcohol-Free Toner harga dibawah:

Kiehl’s adalah antara jenama yang selamat digunakan oleh semua jenis kulit kerana produknya tidak mengandungi alkohol yang boleh merosakkan kulit. Tidak juga mengandungi bahan kimia yang lain, ianya sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Diperbuat daripada bahan ekstrak herba, astringen ringan dalam toner ini memberi kelembutan pada tekstur kulit wajah anda. 

Bahan aktif seperti Allantoin pula merupakan bahan anti-bakteria yang dapat menghalang kulit daripada merengsa dan radang. Manakala ekstrak Calendula pula menenangkan kulit dan menghalang penghasilan minyak berlebihan.

Hapuskan Kotoran Degil Dengan Skrub Oat

Berbicara mengenai oat, pasti melayang fikiran anda teringatkan tentang makanan bukan? Ya, oat sememangnya merupakan pemakanan yang baik untuk kesihatan terutama bagi anda yang sedang berdiet. Ianya bagus untuk mengawal kolestrol dan menjaga kesihatan jantung Tetapi oat juga merupakan salah satu bahan semulajadi yang baik untuk penjagaan kulit lebih sempurna. 

Manfaat yang terdapat pada oat terbaik untuk penjagaan kulit wajah seperti mengawal penghasilan minyak berlebihan dan memudarkan kesan parut akibat jerawat serta menyamarkan cela pada kulit wajah anda. Kandungan saponin dalam oat membantu mengurangkan kadar minyak pada kulit agar anda tidak tampil dengan kulit wajah berkilau. 

Kebaikan oat juga tidak akan membuatkan kulit anda bertambah kering atau mengelupas walaupun menggunakan produknya secara berterusan. Selain daripada itu, oat juga dapat memberi lembapan pada kulit, menghapuskan sel-sel kulit mati, menghalang timbul kegatalan dan mencegah kadar pertumbuhan jerawat.

mulai
RM24.50
Semak St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask harga dibawah:

St. Ives merupakan jenama terulung dipasaran yang diterbangkan khas daripada Kanada ini mengandungi 100% bahan organik asli oat dan ekstrak daun teh hijau. Ianya berfungsi untuk membersih secara mendalam dan menghapuskan kotoran yang tersumbat dalam liang pori dengan baik. 

Skrub ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai pencuci muka tetapi juga dijadikan sebagai masker. Aplikasikan sahaja pada kulit wajah dan biarkan selama beberapa minit agar bahan dapat meresap masuk ke dalam kulit. Kemudian bilaskan dengan air suam/sejuk.

End of Article