Adakah tidur selepas makan dan tidur siang itu menggemukkan? Fakta atau sekadar mitos sahaja? Kebanyakan orang percaya bahawa tidur selepas makan itu akan menaikkan berat badan. Tetapi sebenarnya mengantuk itu hadir tidak kira waktu tambahan pula pada waktu siang selepas makan tengah hari. Hal ini pasti membuatkan anda serba-salah. Ingin tidur tetapi takut gemuk, tetapi jika tidak tidur khuatir terganggu pula fokus pada tugasan.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh ahli nutrisi dari Sydney, Australia, ada beberapa penyebab utama boleh menyebabkan anda diserang rasa mengantuk pada siang hari. Dan salah satunya adalah selepas makan. Makanan yang dikonsumsi oleh badan akan dicerna untuk sebagai tenaga dan ianya juga boleh dijadikan pemicu pelbagai respon dalam tubuh anda. Insulin yang dihasilkan dalam tubuh juga bergantung kepada jumlah makanan yang dikonsumsi setiap hari.
Ianya akan memproduksi serotonin yang mampu menimbulkan efek penenang sekaligus perasaan mengantuk. Dipetik dari laman Scientific American yang melakukan kajian ke atas perkara ini mengatakan bahawa tidur bukanlah antara penyebab utama masalah berat badan naik. Tenaga yang dikonsumsi tidak seimbang dengan tenaga yang dikeluarkan seperti anda mengambil pemakanan berlebihan daripada melakukan sebarang senaman.
Tenaga tersebut akan ditukarkan menjadi kalori. Maka, kalori yang tersisa dalam tubuh badan anda akan bertukar pula menjadi lemak. Itulah disebabkan oleh peningkatan berat badan secara mendadak. Yang penting, pastikan jumlah makanan yang diambil dan lakukan senaman ringan bagi mengurangkan kalori terkumpul dalam tubuh anda.
Kadangkala, jika kita tidak melakukan sebarang aktiviti di hujung minggu, pasti tidur siang itu menjengah juga. Masih terdapat beberapa tips efektif untuk tidur siang dan tidak membuatkan berat badan anda meningkat. Antaranya;
- Pastikan bersarapan pagi – sarapan merupakan salah satu menu penting yang perlu diambil setiap pagi. Ianya dapat memberi tenaga untuk anda melakukan aktiviti di waktu siang tanpa berasa penat atau cepat letih. Jangan lewatkan waktu sarapan atau tidak mengambil langsung. Ini akan mengakibatkan aktiviti harian anda mudah terganggu.
- Lakukan aktiviti seperti bersenam – jika anda gemar untuk bersantai seperti menonton televisyen atau menghabiskan masa seperti melepak dan sebagainya, mulakan aktiviti seperti senam ringan. Aktiviti mengemas rumah atau memasak juga merupakan antara senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh.
- Power nap – sebenarnya tidur siang dapat menggalakkan pengembalian tenaga setelah anda mengeluarkannya separuh hari. Tetapi bukanlah sehingga 1 – 2 jam. Cukup sekadar 15 – 20 minit yang dipanggil sebagai ‘power nap’.
Terdapat juga beberapa punca yang boleh menyebabkan kegemukan seperti;
- Pola tidur tidak teratur
- Pengambilan makanan berlebihan / berat pada waktu malam sebelum tidur
- Tidur sejurus selepas makan malam
- Supper
- Tidak ambil makan malam
- Kafein
- Melewatkan tidur
Ramai di antara kita tidak mudah mendapatkan tidur yang secukupnya di waktu malam. Faktor lain mungkin disebabkan oleh amnesia atau stres, juga usia boleh menjadi antara faktor yang terkait rapat dengan pola tidur anda. Tidur yang cukup untuk orang dewasa adalah 5 – 6 jam sehari. Manakala bagi kanak-kanak 7 – 8 jam, ini bagi membantu kadar tumbesarannya agar berkembang dengan baik.
Lakukan Senaman Ringan Dengan Yoga Mat
Jika kita lihat, zaman kini pasti ramai yang sibuk melakukan aktiviti riadah seperti jogging atau berbasikal. Nah, ini untuk anda yang punya masa terluang tambahan pula di musim pandemik ini untuk melakukan aktiviti dengan menggunakan tenaga fizikal. Bagi anda yang alami kekangan waktu untuk melakukan aktiviti tersebut, apa kata lakukan sahaja senaman ringan di dalam rumah.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti mengemas rumah, memasak dan lain-lain lagi. Hanya 30 minit sehari dapat menjamin tidur anda di waktu malam lebih berkualiti. Ianya juga akan mengurangkan masalah terjaga malam jika anda bersenam. Tetapi jangan bersenam 2 jam sebelum tidur. Waktu ideal untuk bersenam adalah di waktu pagi dan petang.
Senaman ringan adalah bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh anda. Antaranya seperti regangan otot, plank, skipping, lari setempat, lompat katak, aerobik / zumba.
Selalunya jika anda melakukan senaman, pasti berada di ruangan yang berbeza, bukan? Samada di atas lantai atau karpet, yoga mat ini tidak akan membuatkan anda berasa kurang selesa semasa menggunakannya. Dilengkapi dengan sokongan anti-slip, memudahkan anda bersenam pada setiap masa.
Mudah untuk dibasuh setelah digunapakai, yoga mat ini juga di datangi dengan tali agar anda boleh menggalasnya tanpa menggunakan beg.
Jangan ‘Skip’ Makan Malam Dengan Air-Fryer
Makan malam merupakan salah satu aktiviti yang ditunggu oleh sesetengah daripada anda. Kerana ini sahajalah masanya untuk berkumpul dengan ahli keluarga yang lain sambil bersembang aktiviti yang telah pun dilakukan sepanjang hari. Tetapi tempoh untuk makan malam juga haruslah mengikut aturan dengan tepat.
Salah satu perkara yang perlu diambil berat untuk mendapatkan tidur malam yang cukup adalah elakkan daripada menahan lapar. Jangan tidak makan malam pula. Sesetengah orang khuatir jika makan malam, nanti susah tidur kerana terlalu kenyang. Seharusnya anda perlu juga mengambil makan malam tetapi jangan makanan berat.
Elakkan daripada memakan nasi selepas pukul 7 malam. Ini kerana untuk memudahkan pencernaan makanan dilakukan sebelum anda tidur. Sebolehnya jangan ambil makanan berat selepas pukul 10 malam. Tetapi jika anda tetap lapar, boleh ambil makanan ringan seperti buah-buahan. Ianya untuk menjaga kualiti tidur malam anda tanpa terganggu.
Aturan pemakanan yang tepat adalah dengan :
- Sarapan pagi – berat (jangan lewatkan)
- Snacking – biskut
- Tengah hari – nasi segenggam, lebihkan sayur dan lauk stim, rebus / bakar
- Snacking – buah-buahan
- Makan malam - ringan
Jika anda sedang berdiet atau menjaga pemakanan, gunalah air-fryer untuk kualiti makanan lebih sempurna. Tidak seperti penggoreng konvensional yang lain, ianya boleh digunakan untuk menggoreng dan gril hidangan kegemaran anda seperti ayam, ikan, udang, sotong dan daging tanpa menggunakan minyak.
Air-fryer ini boleh dipanaskan sehingga 200 darjah celcius, ianya dapat memasak hidangan anda secara keseluruhan sambil menjamin kesihatan. Mulakan cara hidup ‘eat-clean’ hari ini!
Aiskrim Mampu Kurangkan Stres
Tahukah anda bahawa makanan dapat juga mengurangkan stres? Ya, stres juga merupakan salah satu penyebab anda alami masalah untuk tidur nyenyak di waktu malam. Mana tidaknya. Fikiran asyik melayang sahaja. Fikirkan masalah kerja, kewangan, kehidupan dan lain-lain lagi. Ditambah pula pada musim pandemik ini, ekonomi masing-masing pasti sedang ‘gawat’ dalam pelbagai cara.
Dipetik dari artikel Psychology Today, satu kajian mengenai makanan yang boleh mempengaruhi mood seseorang. Disebut sebagai ‘comfort food’, sesetengah makanan dapat memberi ketenangan kepada anda jika dimakan semasa dalam keadaan stres. Kadangkala kita makan bukan untuk kenyang tetapi lebih kepada menenangkan perasaan yang celaru.
Sesetengah makanan / snek sebenarnya berhasil mengurangkan rasa stres dalam diri agar anda dapat membuat keputusan dengan lebih rasional. Coklat, aiskrim dan segala jenis makanan ‘manis’ dapat dijadikan alat untuk ‘stress-reliever’ anda. Tetapi jangan jadikan ‘comfort food’ anda sebagai ‘guilty pleasure’. Enjoy sahaja, ya!
Baskin Robbins menyediakan baucar istimewa sempena jualan akhir tahun ini untuk anda menikmatinya tanpa perlu berfikir 2 – 3 kali. Ingin kurangkan stres dengan aiskrim? Nah, apa kata beli sahaja baucar ini dan tebus dimana-mana outlet Baskin Robbins berdekatan anda.
Harganya juga jauh lebih murah daripada walk-in. Boleh kurangkan stres dengan hanya klik di hujung jari sahaja!
Green Tea dan Susu – Beri Ketenangan Jiwa
Makanan atau snek yang mengandungi pemanis bukan sahaja antara ‘comfort food’ semasa anda dilanda stres tetapi juga sesetengah minuman dapat membantu mengurangkan masalah kecelaruan perasaan. Green Tea Leaves atau daun teh hijau mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai L-theanine.
Green Tea membantu untuk menghilangkan stres dan mendorong anda agar fikiran lebih tenang. Tidak mengandungi sebarang kafein, Green Tea dan susu panas adalah antara minuman yang terbaik untuk membuatkan mental serta fizikal anda menjadi lebih tenang dan mudah untuk tidur nyenyak.
Susu panas bukan sahaja terbaik untuk menenangkan fikiran malahan ianya mampu menolong pemulihan otot dan elakkan daripada terjadinya keradangan pada organ dalaman. Susu juga baik untuk perkembangan minda dan melindungi tulang anda.
Teh hijau merupakan antara minuman pertama yang dieksport ke negara luar oleh China. Tidak seperti daun teh hitam (black tea), daun teh hijau (green tea) telah pun ditanam dan diproses sejak 5,000 tahun yang lalu. Ianya tidak dioksidakan dan dijamin selamat untuk diminum.
Daun teh hijau ini bukan sahaja baik untuk diminum sebelum tidur dan mengurangkan stres, malahan ianya dapat menurunkan berat badan. Teh hijau dari Ahmad Tea ini rasa yang lebih ‘mild’ dan boleh diminum setiap hari.
Minum secawan susu panas untuk mengurangkan stres dan menenangkan fizikal daripada masalah. Susu berkalsium tinggi dari Nestle ini mengandungi Acticol yang dapat mencegah dan menurunkan masalah kolestrol daripada menganggu aliran darah.
Hanya amalkan gaya hidup sihat ini dengan meminum 2 cawan susu Omega Plus setiap hari, ianya dapat memenuhi keperluan kalsium anda. Susu ini juga mengandungi Omega 3 & 6 yang baik untuk perlindungan tulang, jantung serta otot anda.
Teknik Aromaterapi Dengan Ekstrak Lavender
Penyebab utama kenapa anda sering alami masalah untuk tidur nyenyak adalah disebabkan oleh stres. Badan letih tetapi mata masih tidak mahu lelap. Fikiran tidak tenang atau terlalu banyak berfikir juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada stres. Kadangkala masalah kecil juga menjadi satu pemicu kepada stres.
Apa kata anda lakukan teknik aromaterapi yang dapat menenangkan mental dan sekaligus fizikal. Bunga Lavender dikatakan mengandungi zat linolol yang memiliki efek penenang sehingga mampu mengurangkan bebanan fikiran atau stres. Aroma yang menyegarkan dari ekstrak bunga Lavender ini adalah semulajadi.
Pelbagai cara boleh dilakukan dengan menggunakan aroma wangian dari bunga Lavender ini. Samada sebagai pewangi bilik atau mandian, ianya dapat menenangkan fizikal anda agar lebih mudah untuk tidur dengan nyenyak di waktu malam.
Diperbuat daripada sejenis gel, wangian dari Ambi Pur ini mampu memberi aroma menyegarkan dalam ruangan kegemaran anda terutamanya di bilik tidur. Ianya bukan sahaja dapat menenangkan fikiran malahan mampu untuk menyah bauan yang kurang enak dalam bilik anda.
Dengan mengandungi ekstrak bunga Lavender, wangian ini dapat bertahan lebih daripada 2 minggu. Harganya murah dan kualiti berbaloi!
Bantal Tidur Penting Untuk Tidur Malam Lebih Nyenyak
Dalam banyak-banyak perkara yang boleh menyebabkan tidur malam lebih nyenyak adalah bantal dan juga katil. Kualiti tidur yang sempurna adalah dengan menggunakan bantal ergonomik dan selesa agar tidak terjaga di tengah malam. Setiap orang memiliki posisi tidur yang berbeza. Yang penting, pemilihan bantal haruslah bersesuaian dengan gaya tidur anda supaya kepala, leher dan badan menjadi selari.
Untuk menggunakan bantal yang bersesuaian dengan anda, kenalpasti dahulu posisi tidur anda. Terdapat pelbagai posisi tidur mengikut setiap individu. Tetapi yang paling popular adalah jenis terlentang, mengiring dan terbalik.
- Terlentang – Pilih bantal yang ergonomik dan beri tumpuan kepada bahagian belakang dan leher. Bantal yang sesuai adalah yang lembut dan berbusa.
- Terbalik – Guna bantal paling tipis kerana ianya memberi tekanan kepada bahagian dada. Tidak disarankan juga untuk yang tidur terbalik menggunakan bantal kerana akan menyakitkan bahagian dada anda. Tetapi letak bantal dibawah perut agar tidak terasa berat badan menekan ke atas perut.
- Mengiring – Tekstur bantal tidak terlalu keras dan juga tidak lembik agar kepala serta leher anda berasa selesa semasa tidur. Yang paling penting, isian bantal untuk tidur jenis ini haruslah padat.
Diperbuat daripada 100% natural latex, ianya jenis bio-degradable dan selesa untuk kegunaan tidur malam anda. Tidak mudah menyerap air, bantal ini dapat mengurangkan masalah stres semasa tidur.
Bebas daripada bahan kimia merbahaya. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Yang penting, ianya memberi sokongan buat kepala dan leher anda agar tidak mudah sakit semasa tidur.
Dinginkan Ruang Kegemaran Anda Dengan Air Cooler
Selalunya bermula pada bulan Jun, musim panas tiba. Kadangkala, panasnya terlalu berhaba sehingga membuatkan kipas juga tidak terasa sejuk. Sesetengah daripada anda yang menyewa pasti tidak boleh memasang penghawa dingin. Ini juga menjadi salah satu penyebab anda tidak boleh tidur dengan nyenyak.
Rumah atau bilik tidur anda tiada penghawa dingin? Tiada masalah. Air cooler sedia membantu! Sebenarnya boleh menggunakan alternatif samada air humidifier atau air cooler untuk menyejukkan ruangan kegemaran anda. Air cooler juga terdapat dalam liter yang berbeza. Didatangi dengan pek gel atau pek ais, hanya chill kan terlebih dahulu pek tersebut sebelum menggunakannya.
Anda juga boleh meletakkan ais ketul atau air sejuk ke dalam air cooler untuk memberi kedinginan ekstra buat ruangan yang luas. Yang paling penting, isikan air sehingga tahap maksima untuk memberi kedinginan kepada anda semasa tidur malam yang nyenyak.
Air cooler dari Midea ini didatangi dengan built-in ionizer yang menapis udara kotor daripada masuk ke dalam sistem pengedaran udara. Kipas air cooler ini jenis multifungsi yang boleh dijadikan sebagai humidifier dan air purifier.
Ianya dapat membebaskan ion negatif, menyah bau, habuk, asap dan partikel debu agar kualiti udara anda lebih bersih. Lengkap dengan tank air sebanyak 15L, anda boleh menggunakan air cooler ini lebih daripada 8 jam.
Pilihan Lampu Tidur Sesuai Untuk Ruang Bilik Anda
Untuk kualiti tidur yang terbaik adalah dengan merehatkan seluruh tubuh badan anda tanpa memikirkan sebarang masalah samada berkenaan kerja atau tugasan kuliah. Selain daripada mandi sebelum tidur yang membantu badan anda dapat berehat, matikan lampu tidur juga merupakan salah satu perkara yang boleh dilakukan setiap hari.
Suasana bilik yang gelap dapat membantu tubuh badan anda mempengaruhi pembentukan hormon melatonin. Ianya akan membuatkan anda cepat mengantuk. Jika anda seorang yang takutkan suasana terlalu gelap, boleh juga pasang lampu. Tetapi pastikan lampu tersebut sangat malap dan bukan terang. Elakkan daripada memilih atau menggunakan lampu terang semasa tidur seperti lampu kalimantang.
Hindari juga dari memilih lampu jenis neon kerana ianya mempunyai komponen biru yang akan menganggu kualiti tidur anda. Selain daripada itu, matikan juga laptop, komputer atau televisyen yang terpasang kerana peralatan elektronik ini juga memiliki komponen biru. Komponen ini mampu membuatkan kita stres dan rasa terganggu disebabkan olehnya.
Warna lampu ini yang tidak terlalu terang dan jenis malap dapat menghidupkan suasana ruangan bilik tidur lebih nyaman. Diperbuat daripada material jenis acrylic, lampu ini mudah dikendali kerana ianya menggunakan sistem pengecasan selama 3 jam dan boleh bertahan sehingga 5.5 jam sehari.
Lampu tidur ini adalah jenis ‘motion sensor’ yang boleh menyala jika terdapat sebarang pergerakan. Ianya juga mudah dipasang dan sesuai diletakkan di hujung kepala katil.
Bahan Ilmiah Untuk Relakskan Minda
Mungkin sesetengah daripada anda gemar membaca sebelum tidur. Ya, membaca adalah satu amalan yang patut dilakukan setiap hari. Badan yang terasa letih pasti akan lebih tenang jika membaca bahan ilmiah terbaik. Pastikan bahan ilmiah yang dibaca oleh anda tidak terlalu berat isunya.
Ini kerana bahan bacaan yang memerlukan otak anda bergerak dan bekerja, mungkin membuatkan tubuh badan anda berasa stres. Bahan bacaan yang ringan dan relakskan minda anda, disarankan untuk membacanya setiap malam. Satu muka satu malam pun tidak apa. Asalkan ianya dapat mengurangkan stres dan membuatkan anda lupa akan masalah yang dialami dalam kehidupan seharian.
Kalau anda inginkan tubuh badan yang lebih relaks lagi, boleh juga ambil teh chamomile semasa membaca. Ianya dijamin dapat membuatkan fikiran anda tenang dan ‘happy’ selalu!
Zaman sekarang sudah kurang orang yang menggunakan buku fizikal. Mereka lebih gemarkan buku jenis e-book yang boleh dilanggan atau dibeli melalui online. Nah, apa kata beli e-book daripada penulis Claire Chamberlain ini. Ianya menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anda agar terus menjadi yang terbaik dalam menjalani kehidupan seharian.
Menyentuh pelbagai topik mengenai perasaan gelisah, kemurungan, kesunyian, harga diri dan tekanan yang disebabkan oleh keadaan sekeliling. Ianya memberi nasihat bagaimana untuk atasi masalah-masalah tersebut.