Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Mata Anda Menakutkan? 7 Tips Untuk Menghindar Dan Menghilangkan Dark Circles

Ayuh buang jauh lingkaran gelap yang membuatkan anda kelihatan letih dan lesu

Pertamanya, apakah itu dark circles? Dalam bahasa mudahnya, ia  adalah lingkaran berwarna hitam di bawah kedua-dua mata anda. Dark circles menjadikan individu yang memiliki kondisi ini berasa tidak selesa dengan penampilan mereka.

Walaupun dark circles tidak merbahaya, ramai orang mencari jalan untuk merawat atau paling tidak pun menyembunyikannya dari pandangan mata orang lain. Keyakinan seseorang terkesan dengan kehadiran dark circles lebih-lebih lagi kaum wanita yang sangat mementingkan penampilan diri. Tambahan pula di zaman setiap orang perlu memakai 'face mask' atau penutup muka, hanya mata yang kelihatan dan menjadi perhatian apabila bersua muka.

Untuk mengatasi kondisi yang tidak menyenangkan ramai orang terutamanya wanita ini, punca-puncanya perlu diselidik agar dapat dielakkan. Rawatan yang sesuai juga dapat diberikan jika penyebabnya difahami.

Antara faktor yang menyebabkan dark circles ialah pigmentasi berlebihan.

Kajian juga menunjukkan keletihan yang melampau, terlebih atau tidak cukup tidur adalah antara punca-puncanya. Selain itu, faktor umur, ketegangan mata kerana melihat skrin komputer atau menonton televisyen terlalu lama, alahan, dehidrasi, pendedahan berlebihan pada cahaya matahari dan genetik juga boleh menjadi sebabnya.

Jadi, apa yang perlu dilakukan? Teruskan membaca untuk mendapatkan jawapan yang anda cari.

Tidur Yang Cukup

Umum mengetahui tidur yang cukup setiap hari adalah antara kunci mengekalkan kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan diri. Tetapi sayangnya, ramai yang mengabaikan aspek kehidupan ini. Sikap tidak peduli ini lambat laun akan mendatangkan kesan buruk dan pastinya ada harga yang harus dibayar.

Kebanyakan orang dewasa memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti setiap malam. Lakukan perubahan pada rutin anda jika sukar untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Bagaimana untuk mendapatkan tidur yang cukup? Selain daripada menetapkan rutin tidur setiap malam, anda boleh amalkan cara-cara dibawah:

  • Hadkan pengambilan kafein, terutamanya pada waktu tengahari atau petang apabila kesan perangsangnya membuatkan anda terjaga pada waktu malam.
  • Jika anda mengambil alkohol,  minum secara sederhana kerana ia boleh mengganggu kitaran tidur anda walaupun pada awalnya ia membuatkan anda mengantuk.
  • Cuba jangan makan terlalu lewat sehinggakan perut anda masih tidak mencerna pada waktu tidur dan berisiko mengalami refluks asid. Berhati-hatilah dengan makanan pedas dan berlemak pada waktu petang.

Tempat tidur yang selesa juga menyumbang kepada kualiti tidur yang baik. Tukar tilam yang menyebabkan tulang belakang anda sakit demi keselesaan sendiri.

Sonno Queen Size
mulai
RM2,479.00
Semak Sonno Queen Size harga dibawah:
Sonno 3-layer mattress
mulai
RM1,699.00
Semak Sonno 3-layer mattress harga dibawah:

Minimakan Cahaya Matahari

Terlalu terdedah pada cahaya matahari adalah salah satu sebab pigmentasi berlebihan yang mengakibatkan dark circles. Ini kerana sinaran ultraviolet boleh memburukkan lagi kondisi lingkaran mata gelap pada sesetengah orang.

Suasana di negara kita yang tropikal iaitu bercuaca panas hampir setiap hari kerana matahari yang terik, boleh menyumbang pada pendedahan cahaya yang ekstrem pada kulit anda jika anda tidak berhati-hati. 

Tetapi usah risau, kerana berita baiknya, anda dapat mengelakkan dan juga mengurangkan lingkaran mata gelap dengan melindungi kulit dari sinar matahari menggunakan cermin mata hitam, pelembap dengan pelindung matahari ataupun topi.

Jika anda memilih untuk menggunakan cermin mata hitam, pastikan ianya authentic dan betul-betul dijamin melindungi anda dari 100% sinaran ultraviolet (UV). 

Gentle Monster Her 01
mulai
RM486.00
Semak Gentle Monster Her 01 harga dibawah:
Oakley Frogskins
mulai
RM455.20
Semak Oakley Frogskins harga dibawah:

Betulkan Posisi Kepala Ketika Tidur

Bukan sahaja tidur yang cukup dan berkualiti itu penting, postur badan dan posisi kepala juga perlu betul ketika dibuai mimpi. 

Kegelapan kulit di bawah mata apabila bangun di waktu pagi mungkin dialami kerana peningkatan aliran darah di saliran atau pembuluh darah di sekitar mata. Warna di kulit bawah mata yang gelap juga boleh berlaku akibat pembengkakan.

Dengan meninggikan posisi kepala semasa tidur, darah akan bergerak jauh dari kepala dan muka. Keadaan ini boleh mengurangkan warna gelap dan juga mengurangkan bengkak di bawah mata. 

Posisi kepala anda boleh ditinggikan ketika tidur dengan menambah ketinggian bantal. Jika keadaan bantal anda sekarang tidak menyumbang kepada langkah ini, buat lah pilihan yang bijak dengan mendapatkan bantal yang tepat dan selesa untuk anda.

mulai
RM125.30
Semak Jean Perry Ecohealth Bamboo Charcoal Gel Memory Pillow harga dibawah:
Getha 2 Zone Latex Pillow
mulai
RM260.10
Semak Getha 2 Zone Latex Pillow harga dibawah:

Krim Mata Dengan Vitamin C

Bagaimanakah vitamin C dapat membantu merawat dark circles? 

Vitamin C meningkatkan penghasilan kolagen. Peningkatan penghasilan kolagen di bawah mata dapat mengurangkan stasis darah, yang boleh menyebabkan perubahan warna. Stasis darah merujuk kepada darah yang berkumpul di saluran darah.

Individu yang mempunyai dark circles mungkin dapat melihat pengurangan lingkaran hitam di bawah mata mereka ketika menggunakan produk kecantikan dengan kepekatan vitamin C yang tinggi.

Berikut ialah cara untuk menggunakan krim mata yang mengandungi vitamin C: 

  • Sapukan 3 titik di bawah kawasan mata
  • Tekapkan dengan perlahan di bawah mata dan di sepanjang tulang orbit/soket mata
  • Hanya gunakan krim ini atau boleh juga guna sebelum mekap muka
  • Jauhkan dari mata
  • Boleh digunakan dua kali sehari, pagi dan malam
mulai
RM169.00
Semak Kiehl's Youth Dose Eye Treatment harga dibawah:

Krim Mata Dengan Retinol

Selain produk yang mengandungi vitamin C, penggunaan produk yang mengandungi retinol secara berterusan juga dapat membantu mengurangkan dark circles. Ini kerana retinol dapat merangsang pengeluaran kolagen sekaligus memperbaiki lingkaran mata gelap. 

Diuji oleh pakar oftalmologi, krim mata yang mengandungi retinoil ini telah mempuratakan dark circles dan menguranglan kebengkakan dalam masa empat minggu. Untuk pengetahuan tambahan, retinoil ialah sejenis retinoid.

Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  • Sapukan titik-titik kecil di bawah kawasan mata dengan lembut sehingga diserap sepenuhnya 
  • Guna di waktu pagi dan malam

Adalah disyorkan untuk mula menggunakan produk retinol ini selang hari untuk menilai tindak balas kulit terhadap formula dan kemudian meningkatkan penggunaan secara beransur-ansur sehinggalah rutin penjagaan kulit yang ideal ditemui.

mulai
RM144.80
Semak RoC Retinol Correxion Anti-Aging Eye Cream Treatment harga dibawah:

Mask Mata Berkafein

Selain daripada krim mata, topeng mata atau eye mask juga boleh anda cuba untuk merawat dark circles. Jika anda pernah mendengar atau telah membaca tentang produk-produk rawatan yang mengandungi vitamin c dan retinol, mungkin anda boleh beri perhatian untuk produk yang mengandungi kafein sebagai alternatif pula. 

Ini kerana kajian menunjukkan kafein topikal adalah kaedah yang berkesan untuk merawat dark circles. Mungkin juga anda pernah mendengar petua meletakkan 'tea bag' dibawah mata untuk menghilangkan dark circles. Lebih mudah lagi jika anda dapatkan terus produk yang sememangya ditawarkan khusus untuk rawatan. Demi meningkatkan penampilan, kenapa tidak?

Cara-cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  • Pagi hari selepas tidur yang kurang di waktu malam, atau pada waktu malam setelah seharian menghabiskan waktu menatap skrin, gunakan penutup mata ini untuk menyelamatkan mata anda dengan cepat dan berkesan. 
  • Hanya lima minit diperlukan. 
  • Sekiranya ada sisa produk yang kekal pada kulit di sekitar mata setelah penutup mata dikeluarkan, tepuk dengan lembut sehingga ia diserap. Tidak perlu bilas.
Sephora Caffeine Eye Masks
mulai
RM12.00
Semak Sephora Caffeine Eye Masks harga dibawah:

Tampalan Mata Timun

Tidak lah memeranjatkan jika ada sebilangan orang menganggap bahawa lingkaran hitam di bawah matan menjadikan mereka kelihatan letih dan lebih tua. Ada yang mencari rawatan di rumah dan ada yang mencari rawatan di luar selagi ia dapat meminimumkan kesan dark circles.

Selain 'tea bag' atau uncang teh, anda juga pasti pernah mendengar petua meletakkan timun di bahagian mata untuk menghilangkan dark circles. Dikatakan hirisan timun dapat mengatasi kegelapan mata kerana kandungan vitamin K yang tinggi, terbukti dapat meningkatkan peredaran darah.

Bagi yang sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan sendiri bahan rawatan, boleh lah dapatkan dapatkan terus produk yang sememangya ditawarkan khusus untuk rawatan. 

Cara menggunakannya pula adalah seperti berikut:

  • Gunakan spatula yang disediakan untuk mengangkat dengan perlahan dan memisahkan satu tampalan gel halus pada satu masa.
  • Letakkan ke kawasan bawah mata yang bersih dan kering. Ulangi pada mata yang lain.
  • Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
  • Keluarkan dan tepuk dengan perlahan serum yang masih tinggal ke kulit halus di sekitar setiap mata. 
mulai
RM252.00
Semak Peter Thomas Roth Cucumber De-tox Hydra-gel Eye Patches harga dibawah:
End of Article