Melangkah ke tahun 2021, marilah kumpulkan semangat dan bergerak ke hadapan dengan vibe yang baru. Jika anda masih lagi tidak dapat melupakannya ataupun ini merupakan kali pertama anda cuba melupakan, ketahuilah bahawa situasi ini adalah suatu proses untuk mematangkan fikiran. Ia mungkin mengambil masa yang singkat tapi ada kemungkinan juga ia memakan masa yang lama. It's okay, anda tidak keseorangan, kami disini bersedia menemani anda dengan berkongsi tips.
Jadi, bagaimana cara untuk melupakan seseorang? Tidak kiralah jika anda 'heartbroken' kerana ditinggalkan atau anda yang meninggalkan si dia, senarai 'unorthodox' dibawah boleh anda pertimbangkan untuk move on.
Workout Untuk Tubuh Badan Yang Fit
Tahukah anda, workout ataupun senaman boleh mengurangkan tahap hormon stres seperti adrenalin dan kortisol kepada badan? Ia juga merangsang pengeluaran endorfin iaitu bahan kimia di otak yang merupakan ubat penahan sakit semula jadi tubuh dan boleh meningkatkan mood, sekaligus menjadikan anda happy.
Dengar saja perkataan senaman atau workout mungkin ada yang sudah mula berhenti senyum dan mencari alternatif lain. Tunggu dulu, workout tidak semestinya perlu 'hit the gym'. Workout juga tidak semestinya memerlukan alatan yang hebat dan mahal. Cukuplah dengan sehelai yoga mat, anda sudah boleh ke taman terdekat, ataupun tidak perlu langsung keluar dari rumah. Bersenamlah dengan selesa diatas produk ini di dalam kediaman anda, hujan atau cerah.
Yang penting sekarang ialah anda have fun ketika stay at home!
Ingatlah, badan yang fit memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti yang lain. Ayuh buktikan pada diri sendiri terlebih dahulu yang anda bukannya orang yang sama lagi. Imej baru, tenaga baru!
Mulakan Larian
Bukan lari dari orang yang anda tidak mahu jumpa lagi, tetapi lari untuk kesihatan fizikal dan mental anda! Bagi yang belum pernah mencubanya, seperti workout, aktiviti larian juga merembeskan endorfin, hormon yang membantu mengelakkan otot merasa sakit.
Lihatlah larian sebagai satu 'avenue' untuk anda 'escape' ke dunia anda sendiri. Sebaik-baiknya, larilah di awal pagi, kerana ia memberi banyak kelebihan. Udara pagi yang sejuk membuatkan anda lebih selesa berlari malahan cahaya di siang hari adalah lebih selamat dari larian di waktu gelap. Gunakan masa dan fikiran yang lapang semasa berlari pagi untuk mengatur jadual harian anda.Visualisasikan apa yang anda mahu lakukan untuk hari itu semasa berlari.
Hasil kajian juga menunjukkan awal pagi mungkin merupakan waktu yang paling bermanfaat untuk melakukan senaman aerobik seperti running untuk meningkatkan perubahan tekanan darah (BP) pada waktu malam dan kualiti tidur.
Aktiviti running juga adalah antara sukan yang paling simple. Anda sentiasa mempunyai pilihan untuk melakukannya sendirian mahupun berkumpulan. Anda juga tidak memerlukan alatan sukan seperti raket atau bola, hanya sepasang kasut larian yang sesuai. Okay, mungkin juga sepasang stokin yang fancy untuk keselesaan dan gaya!
Ayuh Kayuh!
Tahun ini menyaksikan aktiviti berbasikal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang ingin berjinak dengan kegiatan fizikal. Menyedari bahawa kesihatan adalah keutamaan dalam kehidupan, cycling menjadi trend selepas MCO yang pertama Mac lalu. Aktiviti ini sebenarnya sudah agak lama bertapak di sini dan berkemungkinan menjadi popular kerana menjadi simbol kebebasan selepas berminggu 'dikurung', selain fleksibel kerana boleh dilakukan berseorangan mahupun berkumpulan. Penglibatan gerakan mekanikal mungkin juga membuatkan sukan ini menjadi pilihan ramai.
Jika anda belum lagi memiliki sebuah basikal, sudah tiba masanya untuk membuat 'research' sendiri ataupun tanya pendapat rakan anda yang telah berkecimpung dalam aktiviti ini. Umumnya, jenis basikal bergantung kepada jenis laluan kayuhan anda; 'on-road' iaitu jalanraya landai dan berbukit ataupun 'off-road' iaitu laluan denai dan masuk hutan. Jadi RB (Road Bike) atau MTB (mountain bike)? Untuk santai-santai, bolehlah tengok-tengok basikal 'fixie'/ 'fixed gear' ataupun basikal lipat/foldable bike. Bergantung pada minat, anda sendiri yang tentukan.
Lupakanlah si dia dengan menyertai aktiviti ini. Luaskan horizon anda dengan rakan-rakan pelbagai latar belakang. Siapa tahu, dengan 'circle' yang baru, anda juga mungkin bertemu pasangan yang baru!
Kuak Dada Atau Kuak Lentang? Terpulang!
Walaupun aktiviti ini memerlukan kawasan khas seperti kolam renang, ia juga ada peminat yang tersendiri. Fizikal seseorang yang aktif berenang juga berbeza dari mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan yang lain. Bahu yang luas dan trisep yang jelas adalah antara ciri tubuh badan yang diperoleh oleh perenang yang sering berada di kolam renang.
Belum pandai berenang? Tiada masalah, daftarlah untuk memasuki kelas renang atau boleh saja mengupah 'swimming instructor' yang bertauliah untuk mengajar anda secara persendirian. Biarkan kocakan air membawa pergi kenangan lalu anda bersamanya.
Jadi tunggu apa lagi? Mana tahu, anda akan mendapat bentuk tubuh yang anda tidak pernah sangka dan 'outlook' yang baru hasil daripada rejimen berenang yang fokus dan berdedikasi.
Tonton Series Kegemaran
Ramai follower drama bersiri memilih untuk melanggan akaun Netflix kerana pilihan series, filem mahupun dokumentari yang pelbagai dan 'endless'. Selain mengisi masa lapang, menonton series dapat membuat anda melihat kehidupan dari perspektif yang lain. Pilihan series yang bijak bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan fikiran, bahkan boleh menjadi sumber idea atau inspirasi yang anda cari-cari. Dengan kepelbagaian series dari negara-negara seluruh dunia, luaskan pandangan dengan budaya-budaya yang anda tidak pernah tahu sebelum ini.
Sesuai dengan 'travel restriction' dan seruan 'stay at home' yang kita semua hadapi sekarang, reward diri anda dengan Smart TV jika anda belum lagi memilikinya. Saksikan Sherlock dan Dr. Watson menyelesaikan kes di ruang tamu anda dengan penuh debaran dan gelak tawa. Belum lagi habiskan episod-episod 'cerebral' The Queen's Gambit? Ini lah masanya. Tetapi ingat, jangan sampai jadi 'couch potato' pula!
Dengar Lagu-lagu Yang Uplifting
Lupakan lagu-lagu sedih dan mendayu-dayu dengan memilih genre yang uplifting dan bertenaga. Anda adalah apa yang anda dengar kerana lagu boleh mempengaruhi perasaan dan jiwa yang mendengarnya. Kajian menunjukkan orang yang sengaja mendengar muzik yang 'upbeat' dapat meningkatkan mood dan kebahagiaan mereka hanya dalam dua minggu.
Terdapat juga kajian yang membuktikan, mood yang meningkat pula membawa kepada perasaan happy. Kegembiraan pula berkaitan dengan tingkah laku sosial yang bermanfaat, kesihatan fizikal yang lebih baik, pendapatan yang lebih tinggi dan kepuasan hubungan yang lebih besar.
Jadi, pilihlah untuk berasa happy!
Tinggal berseorangan? Tidak mengapa! Anda boleh 'dance along' dengan lagu-lagu yang dimainkan oleh Voice Assistant atau Smart Speaker tanpa ada orang memerhati. Serlahkan bakat terpendam anda!
Baking Bersama Rakan
Bagi yang belum pandai lagi baking tetapi punyai minat yang telah terpendam lama untuk menguasai kemahiran ini, mulakanlah langkah pertama itu sekarang. Merancang tanpa bertindak hanya menghasilkan angan-angan. Belajar benda yang baharu untuk menambahkan kemahiran dan keyakinan diri. Menarik juga jika ia dijadikan aktiviti berkumpulan jika baking menjadi pilihan anda untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan. Abadikan kenangan bersama rakan-rakan di dalam sosial media dan aktiviti ini bakal menjadi bahan bualan apabila bertemu lagi.
Bagi anda yang memang sudah lama menguasai kemahiran ini, pasti anda tahu tempat-tempat terbaik untuk mendapatkan bahan-bahan baking. Gunakan pengetahuan itu sebaik mungkin dengan mencuba resepi baru dan juga berkongsinya dengan orang lain. Mungkin juga sudah masanya untuk mencari oven terkini?
Pelihara Binatang Kesayangan
Jika anda seorang 'animal lover' tetapi masih belum memiliki binatang peliharaan pilihan, bolehlah pertimbangkan idea ini. Pastikan anda sudah bersedia dan mampu untuk memulakan langkah baharu ini.
Tetapi jika anda masih teragak-agak, boleh lah memilih untuk 'foster' binatang pilihan anda dahulu sebelum 'adopt'. 'Foster' bermaksud anda bertanggungjawab untuk menjaga binatang peliharaan sementara ia ditempatkan di 'forever home'. 'Adopt' pula adalah memberi komitmen ke atas binatang pilihan seumur hidupnya. Perlu di ingatkan juga, tidak semua jenis binatang diletakkan untuk 'foster'. Umumnya, binatang seperti kucing dan anjing yang boleh anda 'foster'. Boleh buat pertanyaan di 'shelter' berdekatan anda. Jika anda lebih minat dengan binatang yang eksotik, menarik tetapi lain ceritanya.
Mencari teman penghibur hati juga untuk melakukan kegiatan bersama? Inilah antara pilihannya!
Tata Hias Dalaman Rumah
Penuhi masa anda menghias kediaman dengan tema baharu. Tidak kiralah sama ada ruang tamu, bilik tidur, dapur atau bilik mandi, berikan ia suasana yang berlainan untuk tenaga yang baharu. Tidak perlu berbelanja besar, cukup dengan dua atau tiga 'adjustment' sebagai permulaan. Ingat, langkah-langkah kecil boleh membawa kepada perubahan yang besar.
Jika anda belum lagi terjebak dengan trend 'plant parent', berikan ia peluang dan saksikan perubahan dalam hidup anda. Kecil atau besar, pokok hiasan membawa suasana yang segar dan ceria di dalam kediaman anda. Pastikan ia pokok yang hidup kerana yang tiruan hanya memberi perubahan kosmetik.
Selain tumbuhan, pencahayaan ruang dalaman juga memainkan peranan yang besar dalam menyerlahkan suasana yang ceria di rumah anda. Dapatkan barangan yang terbaik untuk hasil yang berbaloi.
Biarkan Masa Yang Menentukan
Kenangan masa lalu memang sukar dilupakan lebih-lebih lagi bersama orang yang kita pernah berkongsi suka duka. Menjadi adat dalam kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Cuma caranya sahaja yang berbeza bagi setiap pengalaman. Beri peluang pada masa untuk cuba melupakan kisah lalu.
Bila bercerita tentang masa, kita tidak dapat lari dari bercerita tentang jam juga. Tidak kira lah sama ada jam dinding, tangan mahupun jam di handphone anda, masa yang ia beritahu adalah penting untuk mengatur kehidupan harian dan juga sebagai penentu haluan anda.
Usah buang masa lagi mengenang yang telah pergi. Sudah tiba masanya anda mengorak langkah kehadapan dan gunakan masa yang masih ada untuk hala tuju yang berbeza. Mungkin sudah tiba masanya juga untuk anda dapatkan jam tangan dengan teknologi terkini untuk mencipta masa depan yang baharu?