Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Berhenti Dari Memicit Jerawat Dan 10 Bahan Semulajadi Untuk Atasi Masalah ‘Breakout’

Masalah ‘breakout’ atau jerawat pada permukaan kulit wajah akan menjadi satu masalah terutamanya buat kaum wanita yang ingin keluar berdating atau berlibur bersama sahabat-handai. Pasti tangan ‘gatal’ sahaja hendak memicitnya. Tambahan pula jika yang sudah timbul warna putih di dalam kantung jerawat tersebut. 

Stop! Jangan picit jerawat anda sebarangan. Ini akan memberi kesan kepada penampilan kulit wajah anda. Tahukah anda jika memicit jerawat, ianya akan memburukkan lagi keadaan kulit wajah anda. Ini antara sebab-sebabnya kenapa dilarang memicit jerawat; 

  • Kuman masuk ke dalam lapisan kulit – semasa memicit jerawat, tangan anda yang mengandungi kuman / bakteria akan masuk ke dalam kulit. Kantung jerawat dipenuhi dengan nanah atau darah kotor dan ianya akan mengundang kuman jika jerawat tersebut pecah.
  • Parut – ini adalah salah satu sebab kenapa dilarang sama sekali untuk memicit jerawat tanpa sebab. 
  • Memakai solekan – jika anda picit jerawat, elakkan daripada memakai sebarang solekan. Ataupun semasa keadaan wajah anda dipenuhi jerawat, tidak dinasihatkan utnuk menggunakan alat solekan bagi menutup cela pada wajah. Ini akan membuatkan kulit wajah anda bertambah teruk.
  • Keradang kulit – bahagian kulit yang dipicit tadi akan menjadi keradangan atau membengkak. Ini kerana nanah mula keluar dari jerawat tersebut. Tuamkannya dengan ais.
  • Kulit berkerak & kering – selepas memicit jerawat, kulit bahagian tersebut akan menjadi kerak dan kering. Buatkan penampilan tampak bercela.
  • Guna teknik betul – jika anda ingin juga picit jerawat tersebut, pastikan anda mengamalkan langkah-langkah yang tepat agar kulit tampak tidak tercela.

Semua kaum wanita pasti tahu akan penyebab utama terjadinya masalah ‘breakout’. Ini adalah disebabkan oleh hormon tidak seimbang samada sebelum atau selepas datang bulan (period). Tetapi masalah jerawat ini bukan sahaja dialami oleh remaja malahan ianya juga terjadi kepada orang dewasa. Terdapat 5 jenis jerawat yang berada dalam jenis berbeza iaitu papules, pustules, blackhead, whitehead dan nodules. 

Anda juga perlu ketahui punca-punca terjadinya masalah jerawat dan cara untuk atasi masalah tersebut dengan berkesan tanpa menyebabkan kulit menjadi cela atau membuatkan penampilan anda tampak tidak sempurna. Faktor utama masalah ‘breakout’;

  • Stres 
  • Solekan tidak dibersihkan dengan sempurna pada kulit wajah
  • Mencuci wajah terlebih dahulu sebelum mencuci rambut yang menyebabkan kotoran pada rambut mengalir pada kulit wajah
  • Tuala yang digunakan untuk mengelap wajah anda tidak dicuci dengan bersih / disterilkan
  • Gemar memicit jerawat yang timbul walaupun belum keluar blackhead / whitehead pada permukaannya
  • Penjagaan kulit wajah tidak diamalkan dengan langkah yang tepat

Namun begitu, masih terdapat cara-cara untuk mengatasi daripada masalah ‘breakout’ terjadi pada kulit wajah. Ayuh lanjutkan bacaan artikel ini untuk mengetahui cara lebih berkesan dengan menggunakan bahan semulajadi. 

Hapuskan jerawat dengan kunyit

Bila bercakap sahaja mengenai kunyit, pasti anda terfikirkan serbuk yang sesuai sebagai bahan masakan utama dalam resipi menggoreng. Ya, benar. Tetapi kunyit juga sebenarnya baik untuk perawatan pada kulit wajah agar dapat mencegah masalah jerawat dengan lebih teruk. Ianya mempunyai khasiat yang amat terkenal dalam menjaga kesihatan dalaman dan luaran anda. 

Berbanding safron, kunyit mudah untuk didapati dengan harga lebih murah. Bukan sahaja mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisi penting untuk penjagaan kulit malahan Vitamin C juga terdapat dalam kunyit ini. Ianya berfungsi sebagai bahan antiseptik yang bertindak untuk mencegah keradangan pada kulit wajah anda. 

Selain itu, kunyit juga dapat membaikpulih kerosakan pada kulit anda yang terdedah kepada sinaran UV. Khasiat penting yang terdapat dalam kunyit untuk kebaikan kulit wajah anda adalah penghapus jerawat. Curcumin bertindak sebagai anti-bakteria yang mampu hapuskan kuman serta menghalang pertumbuhan jerawat baru. 

NAAM Turmeric Face Soap
mulai
RM16.50
Semak NAAM Turmeric Face Soap harga dibawah:

Bahan aktif utama dalam kunyit adalah curcumin yang bersifat antioksidan dan menghalang radang kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit yang alami masalah jerawat, mengurangkan dan menghalang pertumbuhan jerawat baru, mengekalkan hidrasi dan sekatakan tona pada kulit agar kulit menjadi lebih ‘glowing’. 

Selain itu, sabun pencuci wajah ini juga mengandungi minyak Jojoba dan Tea Tree, ekstrak Aloe Vera serta serbuk Red Sandalwood. Yang penting, sabun ini cruelty-free.

mulai
RM29.90
Semak Freeman Beauty Indian Turmeric Gel Cream Mask (Hydrating) harga dibawah:

Selepas masalah ‘breakout’ terjadi pada kulit wajah anda, pasti kulit akan menjadi kering dan tidak bermaya. Usah risau lagi! Gunakan gel cream mask ini untuk mengembalikan tona kulit yang kusam dan tidak sekata, tampil berseri. 

Ianya bukan sahaja memberi hidrasi malahan dapat membuatkan kulit wajah anda menjadi bersinar sepanjang masa. Krim gel mask ini bebas paraben dan sesuai untuk kulit normal cenderung kering.

Daun pudina untuk kesegaran kulit wajah

Tahukah anda bahawa daun pudina merupakan rahsia kecantikan wanita di Jepun dan China? Tumbuhan semulajadi ini berkesan untuk atasi masalah jerawat, mencerahkan dan segarkan kulit berminyak. Rahsia penjagaan kulit lebih halus adalah dengan menggunakan bahan daun pudina sebagai masker. Ianya mampu untuk mencegah keradangan pada kulit. 

Selain daripada itu, toner yang mengandungi bahan utama daun pudina dapat memberi sensasi kedinginan pada kulit wajah selepas anda aplikasikannya dan mengurangkan rasa sakit pada kulit akibat pertumbuhan jerawat. Terdapat pelbagai khasiat dalam daun pudina ini baik untuk membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda. 

Manfaat-manfaat yang boleh anda dapati daripada daun pudina selain daripada merawat dan menghapuskan jerawat adalah memberi lembapan pada kulit, mengurangkan kesan gigitan nyamuk, atasi alahan yang kelihatan pada permukaan kulit wajah anda dan kesan lingkaran bawah mata. Ianya juga mampu menganjalkan dan membuatkan anda tampak awet muda.

mulai
RM69.00
Semak Young Living Satins Facial Scrub harga dibawah:

Diformulasi sebagai bahan untuk pengelupasan (exfoliant) yang berasaskan air, skrub ini mengandungi minyak Jojoba, mango butter, MSM, Aloe Vera dan minyak pati Peppermint, bertujuan untuk mengurangkan penampilan liang pori terbuka. Kandungan glycerin pada skrub ini pula dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda dengan sempurna. 

Berkesan untuk hapuskan sel-sel kulit mati, ianya dapat menghalang kadar pertumbuhan jerawat agar penampilan kulit wajah tidak tercela. Amalkan penggunaan skrub dalam rutin harian penjagaan kulit anda!

Khasiat jus lemon untuk kecantikan wajah

Jerawat adalah masalah utama yang menjadikan kaum wanita risau jika ianya timbul pada permukaan kulit secara tiba-tiba. Ianya akan membuatkan penampilan anda sedikit tampil tercela dan lebih ‘menonjol’. Jika wajah tidak mendapatkan rawatan atau penjagaan yang sebaiknya, kotoran menyumbat liang pori akan menyebabkan wajah tumbuh jerawat. Nah, disinilah kebaikan jus lemon perlu anda ketahui. 

Diperkaya dengan Vitamin C, lemon mampu bertindak sebagai agen penghapus jerawat atau bintik hitam serta membaikpulih kerosakan pada kulit wajah akibat parut yang berbekas ditinggalkan oleh jerawat. Ianya berfungsi untuk mengeringkan jerawat dan mencerahkan kulit akibat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh bintik hitam. 

Lemon juga dapat mengunci lembapan pada kulit wajah agar anda tampil segar, bermaya dan kekal hidrasi sepanjang hari. Selain itu, lemon juga mengandungi AHA yang dapat menghapuskan masalah blackhead/whitehead yang sering terjadi pada kulit wajah anda. Ia juga berkesan untuk melambatkan proses penuaan kulit. 

HIMALAYA Fresh Start Oil Clear Face Wash Lemon
mulai
RM12.90
Semak Himalaya Fresh Start Oil Clear Face Wash Lemon harga dibawah:

Jika anda gemar memakai solekan, dinasihatkan untuk anda mencuci muka terlebih dahulu. Pencuci muka ini diformulasi dengan ekstrak citrus Lemon, ianya membersih secara mendalam ke lapisan kulit sambil menghapuskan kotoran dan menghalang penghasilan minyak atau sebum secara berlebihan. 

Kulit wajah akan terasa lebih segar, nyaman dan sempurna selepas anda jalani aktiviti seharian samada terdedah dibawah sinaran UV atau berada di dalam tempat berpenghawa dingin.

Hilangkan jerawat lebih mudah dengan Aloe Vera

Adalah lebih baik jika anda alami masalah jerawat untuk tidak memicitnya bagi mengelakkan jerawat tersebut pecah dan merebak ke seluruh wajah. Gunakan tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi seperti daun Aloe Vera (lidah buaya) atau menggunakan produk yang mengandungi ekstrak Aloe Vera. Gel yang terdapat pada Aloe Vera berkesan untuk mengecutkan jerawat terutama yang baru sahaja tumbuh. 

Selain daripada berkesan untuk menghapuskan jerawat, Aloe Vera juga bermanfaat sebagai pelembap buat kulit wajah. Berkesan untuk menghilangkan bintik hitam, Aloe Vera merupakan bahan utama yang selalu ada di dalam set penjagaan kulit dalam rangkaian kulit bermasalah. Antara manfaat lain seperti melambatkan proses penuaan, mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah agar berpenampilan awet muda.  

Kandungan anti-bakteria yang terdapat dalam Aloe Vera ini dapat merawat kesan parut jerawat agar tidak membuatkan penampilan anda tercela. Antara kandungan lain seperti astrigen dapat menghilangkan lemak berlebihan yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

mulai
RM15.99
Semak Miseoul Aloe Vera Face Mist harga dibawah:

Bahan utama yang terdapat dalam face mist ini adalah Aloe Vera yang mampu untuk memberi sensasi kedinginan dan menenangkan kulit wajah. Jika anda melakukan aktiviti luar serta membuatkan kulit sering terdedah kepada sinaran UV, anda boleh gunakan face mist ini agar kulit wajah berpenampilan segar dan bermaya. 

Didatangi dalam botol spray yang travelling-friendly, anda boleh aplikasikan face mist ini pada bila-bila masa sahaja.

Tiada lagi kulit wajah berparut dengan tanah liat

Mungkin bagi sesetengah anda untuk mendapatkan tanah liat yang bersih dan baik untuk kegunaan kulit wajah amat susah. Tetapi perawatan dan penjagaan kulit wajah dari pelbagai jenama telah memudahkan dengan mengeluarkan produk berasaskan tanah liat. Mineral aktif terkandung dalam tanah liat dapat menghilangkan parut jerawat samada yang baru atau lama tanpa membuatkan kulit teriritasi.

Antara manfaat lain tanah liat untuk kulit wajah adalah mendetoksifikasi, sekatakan tona kulit dan menghalang sinaran UV menembus masuk ke dalam lapisan kulit yang akan menyebabkan sunburn. Ianya mampu menghapuskan kesan yang melekat pada kulit wajah seperti kotoran dan minyak tersumbat pada liang pori. 

Terdapat beberapa jenis tanah liat yang boleh digunakan untuk merawat kulit wajah akibat parut dan jerawat. Tetapi kebanyakan produk menggunakan tanah liat jenis bentonite. Lebih dikenali sebagai abu gunung berapi (volcanic), ianya dapat menyingkirkan kotoran dengan berkesan. Mudah diserap ke dalam lapisan kulit, menjadikan produk yang mengandungi bahan ini pilihan pengguna.

mulai
RM38.88
Semak Some By Mi Super Matcha Pore Clean Clay Mask harga dibawah:

Diterbangkan khas dari Korea, jenama Somebymi ini antara rangkaian produk penjagaan dan perawatan kulit yang terkenal di pasaran Malaysia. Terdapat beberapa manfaat yang boleh digunapakai oleh masker diperbuat dari tanah liat ini. 

Antaranya; hapus blackhead/whitehead, sel-sel kulit mati, kotoran, menghalang penghasilan sebum berlebihan, membaikpulih tekstur kulit, menenangkan, menganjalkan dan mengekalkan lembapan pada kulit. 

Timun, rahsia kulit wajah berseri

Timun merupakan antara sayuran yang mengandungi zat dan nutrisi penting berbanding sayur-sayuran yang lain. Kandungan serat dan rendah kalori yang terdapat dalam timun ini bukan sahaja bermanfaat untuk menurunkan berat badan malahan ianya juga baik buat penjagaan kulit wajah. Ekstrak timun dapat memberi lembapan pada kulit wajah agar sentiasa berpenampilan cantik dan berseri. 

Buat anda yang alami masalah kulit sensitif, produk mengandungi ekstrak timun disyorkan terbaik untuk kulit jenis ini. Jika kulit wajah timbul jerawat, timun dapat mengelakkan wajah anda menjadi keradangan dan membuatkan kulit terasa ringan sambil menenangkan. Timun juga dapat menghalang kadar sebum yang terhasil secara berlebihan. 

Kelenjar sebaceous yang ada di dalam setiap kulit manusia menghasilan minyak semulajadi agar kulit tampil bermaya. Tetapi jika sel-sel kulit mati menyumbat folikel kulit, ianya akan menyebabkan timbulnya jerawat pada permukaan kulit wajah. Selain itu, ekstrak timun juga dapat menghalang proses penuaan dan menghapus garis halus serta kedutan.

St. Ives Cucumber Cleanser & Refresh
mulai
RM17.80
Semak St. Ives Cucumber Cleanser & Refresh harga dibawah:

Bagi anda yang gemar mengenakan solekan, dinasihatkan untuk membersih kulit wajah terlebih dahulu sebelum mencuci wajah. Gunakan wipe ini dari St. Ives untuk membersihkan kotoran melekat akibat solekan yang akan menyebabkan liang pori tersumbat. 

Diperbuat daripada 100% ekstrak timun, ianya dapat membersih kulit wajah anda dari kotoran dengan berkesan. Diformulasi bebas alkohol, selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Ekstrak tomato untuk masalah kulit kusam

Selain daripada timun, tomato juga berkesan digunakan untuk menghilangkan masalah bintik hitam atau kulit kusam akibat tona wajah tidak sekata. Buah tomato lebih terkenal kerana ianya mempunyai khasiat tersendiri dalam penjagaan kulit wajah serta kesihatan dalaman. Buah ini mengandungi Vitamin A & C yang tinggi serta antioksidan untuk menghalang kulit anda daripada radikal bebas. 

Buah tomat bukan sahaja dapat menenangkan kulit sambil memberi sensasi kedinginan malahan manfaat lain adalah menyerap lebih minyak yang terhasil pada kulit wajah sekaligus mengecutkan jerawat. Tidak hanya berkesan untuk kegunaan kulit wajah berjerawat, ianya dapat memberi lembapan pada kulit kering dan elak terjadi iritasi. 

Bawah mata anda menjadi ‘panda’? Usah risau. Buah tomato dapat menghilangkan lingkaran gelap dan mengekalkan hidrasi pada kulit. Amalkan penggunaan buah tomato secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang diingini. 

mulai
RM15.88
Semak Eversoft Tomato Cleanser Foam harga dibawah:

Diperbuat daripada 100% bahan organik semulajadi yang baik untuk semua jenis kulit. Pencuci muka ini dapat membersih kotoran yang menyumbat liang pori secara mendalam tanpa merosakkan lapisan kulit luar. Bagi kulit kering, pencuci muka ini tidak akan membuatkan kulit wajah anda tegang malahan ianya akan mengunci lembapan padanya. 

Selain dari tomato, ekstrak timun yang terdapat dalam pencuci muka ini dapat menghapuskan jerawat dengan berkesan. Gunakan secara konsisten sehari 2 kali agar kulit wajah anda kelihatan berseri dan bermaya sepanjang hari.

Amalkan skrub harian dengan serbuk kopi

Amalan menggunakan skrub dalam rejim kecantikan anda adalah sesuatu yang diwajibkan. Ini kerana skrub dapat menghapus kotoran yang melekat pada kulit wajah sambil membersih liang pori tersumbat. Skrub kulit wajah anda sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak. Manakala 1 – 2 kali seminggu sahaja untuk yang alami kulit kering dan sensitif. 

Parut jerawat pasti akan membuatkan penampilan anda tampak tercela akibat jerawat yang sudah kecut atau mengering. Nah, gunakan skrub secara konsisten, ianya mampu memudarkan parut jerawat selepas beberapa kali cucian. Tujuan skrub wajah adalah untuk menghapus sel-sel kulit mati dan regenerasi sel kulit baru. Terdapat pelbagai jenis skrub boleh didapati di pasaran tetapi paling berkesan adalah yang mengandungi serbuk / biji kopi. 

Antara manfaat serbuk kopi buat kulit wajah adalah mengecilkan pori, atasi kulit berminyak, tiada lagi masalah kulit kusam, melembutkan serta menghaluskan kulit dan menyamarkan bekas jerawat. Selain daripada skrub, serbuk kopi juga boleh didapati dalam bentuk masker.

mulai
RM22.75
Semak ST. IVES Energizing Coconut & Coffee Face Scrub harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
add_circle Membersih kulit sehingga lapisan dalam
add_circle Melembapkan kulit wajah
remove_circle Stok agak terhad

Skrub ini mengandungi 100% bahan aktif exfoliant yang berkesan untuk menghapuskan sel-sel kulit mati tanpa menyebabkan kulit menjadi keradangan atau iritasi selepas anda mencucinya. Bukan hanya mengandungi ekstrak kopi dan kelapa, ianya juga diformulasi dengan menggunakan ekstrak teh hijau. 

Ianya dapat membersih liang pori tersumbat secara mendalam agar kulit wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri. Tiada lagi masalah kulit berjerawat dan kusam!

Madu untuk kulit kelihatan awet muda

Siapa yang tidak tahu akan kebaikan madu samada buat kulit wajah ataupun kesihatan dalaman? Ianya mengandungi 1001 khasiat terbaik yang dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah sambil mengekalkan keanjalan agar tampil awet muda. Madu bukan sahaja baik untuk mencegah jerawat malahan dapat mengaburi parut jerawat yang akan ‘mencacatkan’ lagi penampilan kulit wajah anda. 

Manfaat yang ada pada madu adalah baik untuk pembentukan kolagen dan boleh berfungsi sebagai bahan melambatkan proses penuaan pada kulit. Madu mentah merupakan bahan semulajadi yang bersifat antioksidan dan anti-bakteria mampu untuk menyelamatkan keadaan kulit daripada menjadi lebih teruk. Anda boleh jadikan madu mentah ini sebagai masker dan lihat hasilnya selepas beberapa hari. 

Bukan sahaja berkesan untuk menghalang jerawat, ianya juga dapat mencerahkan kulit agar tiada masalah kulit kusam atau tona tidak sekata. Berkesan untuk merawat dan melakukan penjagaan kepada badan secara menyeluruh, anda boleh menggunakan madu yang belum dipasteurisasi. Tetapi jika anda tinggal di bandar, disyorkan untuk menggunakan produk yang mengandungi madu. 

mulai
RM39.00
Semak Cosrx Ultimate Moisturising Honey Overnight Mask harga dibawah:

Masker 3-dalam-1 ini boleh digunakan sebagai masker untuk tidur malam (overnight mask), mudah dibilas (wash-off mask) atau pelembap pada kulit wajah. Diperkaya dengan 87.26% ekstrak propolis iaitu bahan anti-keradangan dan anti-bakteria yang mampu berfungsi untuk melegakan kulit meradang atau iritasi akibat jerawat. 

Diformulasi juga dengan beeswax dan adrenosine anti-penuaan, kulit wajah anda akan tampil berseri, bersinar serta bermaya sepanjang masa.

Rawat kulit secara tradisional dengan kulit kayu manis

Cinnamon atau kulit kayu manis berasal dari pohon kulit kayu manis ini telah lama digunakan melalui perubatan dan perawatan sejak zaman dahulu kala lagi. Sifat utama yang ada di dalam kulit kayu manis adalah antioksidan dan anti-bakteria yang dapat membaikpulih kulit wajah serta menghalangnya daripada radikal bebas. Pertumbuhan jerawat adalah disebabkan bakteria yang terkumpul pada kulit dan jika darah kotor. 

Ianya bukan sahaja dapat merawat masalah jerawat malahan kulit kayu manis juga dapat mencerahkan, memudarkan garis halus dan kedutan, membuang sel-sel kulit mati serta menjaga kulit pecah di bibir. Bagi anda yang alami masalah jerawat, pasti kulit akan menjadi kusam dan tidak bermaya. Disyorkan untuk menggunakan kulit kayu manis bagi merawat masalah kulit tersebut. 

Kulit kayu manis bukan sahaja berfungsi dalam masakan, ianya juga baik untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. Untuk anda yang alami masalah kulit kering, kulit kayu manis dapat mengekalkan dan mengunci lembapan pada kulit agar sentiasa kelihatan terhidrasi berpanjangan. 

mulai
RM69.90
Semak Essano Superfoods Cinnamon Revitalising Exfoliator harga dibawah:

Detosifikasi kulit anda dengan exfoliator dari Essano ini. Ianya mengandungi ekstrak serbuk kulit kayu manis bagi membaikpulih kerosakan pada kulit wajah akibat jerawat atau meninggalkan bekas berparut. Manakala ekstrak Apricot Kernels pula membuang sel-sel kulit mati dan kotoran yang melekat serta tersumbat pada liang pori.

Kandungan Aloe Vera pula memberi lembapan pada kulit wajah anda agar kulit tidak terasa tegang atau iritasi selepas menggunakan exfoliator ini.

Tips penting :

Namun begitu, cara untuk menjaga kulit agar tidak mudah ditumbuhi jerawat adalah dengan;

  • Tidak menyentuh wajah dengan tangan kerana tangan merupakan tempat pengumpulan bakteria aktif.
  • Jaga pemakanan seimbang dan sihat. Amalkan gaya hidup ‘eat-clean’.
  • Pastikan anda mendapat rehat secukupnya. Jika tidak rehat dengan cukup, ini akan menyebabkan kulit wajah anda ditumbuhi jerawat akibat stres dengan pola hidup tidak menentu.
  • Lakukan senaman selama 30 minit sehari. Jika anda mempunyai kekangan masa, lakukan senaman ringan di tempat kerja.
  • Perbanyakkan meminum air kosong / suam untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran dengan sempurna.
  • Gunakan skincare yang sesuai dengan jenis kulit anda. 
  • Jangan lupa juga untuk menggunakan sunscreen semasa melakukan aktiviti luar. Ini adalah untuk mengelakkan kulit anda terdedah kepada sinaran UV.
  • Rajinkan diri untuk kerap mandi bagi menghapus segala kotoran yang melekat pada kulit dan amalkan penjagaan kulit wajah dengan mencuci muka setiap hari.
End of Article