Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Atasi Kulit Wajah Berminyak Dengan 10 Bahan Semulajadi Yang Selamat!

Gantikan produk tinggi kimia dengan adunan bahan semulajadi

Masalah kulit berminyak sering kali menganggu penampilan dan keyakinan diri. Malah ia juga boleh merosakkan solekan tanpa kita sedar! Sampai ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkan produk solekan yang boleh menyekat minyak pada muka. Namun kesannya, pori-pori mula tersumbat, dijangkiti bakteria kemudian kulit akan ditumbuhi jerawat yang ranum. Sebenarnya kita tidak boleh menghalang pengeluaran minyak dengan solekan. Meskipun begitu, kita masih boleh mengurangkan dengan melakukan rutin penjagaan wajah yang betul. 

Punca kulit berminyak? 

Ramai menyalahkan hormon, genetik atau cuaca sebagai faktor kulit berminyak. Kita lupa pemakanan turut memainkan peranan penting dalam mengawal pengeluaran sebum kulit. Menurut pakar dermatologi dari New York, makanan bergoreng, berminyak dan tenusu jika diambil dengan banyak mencetuskan keradangan dan pengeluaran sebum berlebihan pada kulit. 

Sebaiknya, pilih makanan mempunyai tinggi asid lemak Omega-3 dan sayuran hijau yang membantu penghadaman. 

Seimbangkan kadar minyak dan kelembapan semulajadi kulit anda dengan memilih produk-produk penjagaan wajah yang tidak memudaratkan. Seleksi bahan-bahan semulajadi dibawah antara fokus utama yang patut anda saring ketika membeli produk. 

10 Bahan Alami Yang Baik Mengurangkan Kulit Berminyak

Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

Biasanya pokok lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera dijadikan sebagai tanaman hiasan. Kini khasiat gel dari pokok ini telah dipelbagai guna dalam dunia kecantikan semasa. Gel yang sejuk dan jernih dari Aloe Vera baik dijadikan sebagai pelembab harian terutamanya kepada si kulit berminyak. Sifat Aloe Vera yang oily free dan kaya dengan air mampu melembab kulit tanpa menggangu sebum. Selain itu, ia mengandungi agen anti-radang dimana bertindak merawat masalah jerawat serta parut. 

Jika anda mempunyai pokok Lidah Buaya sendiri apa kata lakukan remedi ini secara DIY! Caranya sangat mudah:

  1. Potong batang pokok yang sudah matang.
  2. Kelar bahagian luar dan keluarkan gel Aloe Vera.
  3. Pastikan tangan dan peralatan yang digunakan telah dibersihkan
  4. Sapu gel pada kulit secara tipis diwajah. Biar seketika sekurang-kurangnya 5 minit. 
  5. Lakukan seminggu dua kali.

Langkah begini, kulit anda boleh menyerap khasiat sebenar Aloe Vera secara terus pada kulit. Akan tetapi teknik begini tidak begitu sesuai untuk dijadikan sebagai pelembab seperti pelembab harian. Berkemungkinan berlaku iritasi jika dipakai secara kerap atau banyak.

Gel segar berasaskan 99% Aloe Vera dari kepualaun Jeju, Korea Selatan
The Face Shop Jeju Aloe Fresh Soothing Gel (300ml)
The Face Shop
The Face Shop Jeju Aloe Fresh Soothing Gel
mulai
RM20.50
Semak The Face Shop Jeju Aloe Fresh Soothing Gel (300ml) harga dibawah:

Gel serbaguna ini mampu mengembalikan kelembapan kulit, merawat kegatalan, iritasi dan pelbagai lagi. Selamat dipakai secara harian atau sebelum bersolek. Tekstur yang tidak melekit dan cepat menyerap pada kulit.

Timun

Timun sinonim sebagai ulaman kerana khasiat tersendiri atau dari segi prespektif kecantikan sebagai masker mata. Ia mampu mengurangkan bengkak kitaran bawah mata dan mengembalikan kelembapan. 

Cuma ramai yang tak tahu lagi, timun juga antara sayuran hijau yang terbaik bagi mengawal minyak pada kulit wajah. Kandungan cecair timun mempunyai astringen ringan bertindak mengecilkan pori-pori serta membersihkan supaya sebum tidak menghasilkan minyak berlebihan. Timun juga makanan berunsurkan diet alkali dimana tinggi nutrient dan kurang asid bermakna ia mampu mengawal kadar pH pada badan dan buah pinggang. Badan yang mengandungi pH asidik yang tinggi boleh menyebabkan risiko jerawat, alergik dan sebagainya. 

Nikmati kebaikan timun dengan menukar ia sebagai penyegar (toner) dalam rutin penjagaan wajah anda:

  1. Dapatkan satu batang timun segar. Kemudian belah 2/3 dari bahagian timun.
  2. Kupas kulit timun dan bersihkan dengan air
  3. Hiris nipis dan dadu kecil timun tersebut. Setelah itu masukkan kedalam periuk berisi air bersih. 
  4. Reneh air dan timun selama 5-7 minit menggunakan api sederhana. Langkah ini supaya esen timur dapat bercampur bersama air. 
  5. Pastikan paras air hanya sekadar tenggelamkan timun dan jangan sampai mendidih cukup panas sahaja. Supaya mengelak dari kehilangan nutrient timun. 
  6. Setelah itu biar sejuk seketika, kemudian kisar kasar timun selama 20 saat. 
  7. Tapis air timun kedalam bekas yang akan digunakan. Simpan didalam peti sejuk. 

Penyegar berasaskan timun ini memberi kesan nyaman pada kulit sambil membersihkan pori-pori dari sisa kotoran berlebihan. Menariknya air dari timun mampu mengimbangi kadar minyak pada wajah. 

Penggunaan toner DIY ini boleh dipakai konsisten setiap hari namun anda harus berjaga-jaga dengan kualitinya. Sebaiknya habis guna selepas 4 hari dikhuatiri jus terbabit telah rosak dan mungkin kesan buruk pada kulit.

Penyegar bebas alkohol dengan campuran timun semulajadi
Thayers Witch Hazel with Aloe Vera Astringent Toner (355ml)
Thayers
mulai
RM49.90
Semak Thayers Witch Hazel with Aloe Vera Astringent Toner (355ml) harga dibawah:

Thayers antara jenama produk kecantikan semulajadi yang dipercayai ramai. Ia sering mengetengahkan khasiat sumber-sumber asli dalam penghasilan produk kecantikan. Penyegar bebas alkohol ini mengandungi 95% jus timun untuk menyegar dan mengurangkan sembab muka. 

Bagi si kulit berminyak, manfaat dari penyegar ini ialah ia dapat membersih pori-pori tersumbat akibat minyak sebum berlebihan. Malah vitamin B5 dalam timun juga berupaya mengekalkan kelembapan semulajadi kulit sekaligus menghalang dari sebum menghasilkan minyak wajah.

Madu

Biarpun ia manis akan tetapi madu mempunyai pelbagai khasiat bukan sahaja untuk kesihatan dalam malah luaran juga. Madu rupanya mempunyai perlindungan antibakteria dan antiseptik baik merawat masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan kulit berminyak. Ia mampu mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang dijangkiti bakteria. 

Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat akibat kulit berminyak, madu adalah salah satu bahan semulajadi yang wajib dicuba. Direkodkan sejak 2000 sebelum Masihi lagi madu telah digunakan sebagai bahan rawatan untuk kulit. Contohnya, madu Manuka secara saintifik diperkenal sebagai anti-mikrob dan penyembuhan luka untuk rawatan moden. Di Malaysia juga, masyarakat kita sinonim menggunakan madu untuk merawat luka diabetis, bisul dan luka terbakar.

Pembersih muka lembut dari madu manuka yang baik untuk masalah jerawat
Wild Ferns Manuka Honey Gentle Facial Cleanser (140ml)
Wild Ferns
Wild Ferns Manuka Honey Gentle Facial Cleanser
mulai
RM90.00
Semak Wild Ferns Manuka Honey Gentle Facial Cleanser (140ml) harga dibawah:

Madu Manuka sangat terkenal dengan sifat melawan bakteria dari merawat sakit tekak hinggalah meredakan jangkitan jerawat. Bagi anda yang mengalami masalah jerawat serius, pemilihan pencuci muka harus dijaga kerana ada sesetengah pencuci muka mempunyai bahan yang menyebabkan kulit lebih kering. 

Pencuci wajah lembut dari Wild Ferns menggunakan madu Manuka sebagai ramuan hidrasi serta membersih pori-pori dari minyak sebum. Disamping itu juga tidak meninggalkan kesan iritasi malah merawat kawasan kulit yang bermasalah.

Tanah Liat

Biasanya buah-buahan, sayuran atau tumbuhan liar dijadikan sebagai infius dalam produk kecantikan. Secara am ramai yang sudah mengenal khasiat dan nutrien yang ada pada bahan tersebut. Tapi tahukah anda tanah liah juga antara salah satu sumber diguna meluas dalam kecantikan. Terutamanya sebagai langkah rawatan untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

Bermula zaman Rom lagi, tanah liat telah dipelbagai guna dalam kehidupan seharian. Antara sebagai perkakas rumah, mengubati luka dan detoks wajah. Tanah liat mampu menyerap kotoran dan lebih sebum. Namun begitu, fizikal tanah liat yang berat dan mampan ini kadang kala boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Lebih lagi jika tidak mencuci sisa tanah liat dengan sempurna. Jika anda mahu melakukan langkah kecantikan secara DIY menggunakan tanah liat. Sila ambil tahu, bukan sebarang tanah liat yang sesuai. Tanah liat dari pergunungan berapi atau kawasan yang kaya mineral biasa dijadikan produk kecantikan. Jadi jangan nak memandai guna tanah liat di bengkel tembikar pula!

Masker tanah liat senang dipakai pada bila-bila waktu
Freeman Feeling Beautiful Mint & Lemon Facial Clay Mask (175ml)
Freeman
Freeman Feeling Beautiful Mint & Lemon Facial Clay Mask
mulai
RM18.90
Semak Freeman Feeling Beautiful Mint & Lemon Facial Clay Mask (175ml) harga dibawah:

Seperti yang kita tahu, tanah liat paling sesuai dijadikan masker muka. Masker muka dari Freeman ini bukan sahaja untuk merawat kulit berminyak dan berjerawat, malah ia mampu mencerahkan kulit hasil campuran esen buah lemon. 

Pembungkusan yang menggunakan botol tiub ini sangat mudah dibawa dan disimpan. Kebanyakan jenama lain menggunakan jenis serbuk memaksa pengguna untuk membancuh. Namun jenama Freeman memudahkan pengguna dan tanah liat juga tidak kering kerana ia disimpan rapi dalam bekas tiub kedap udara.

Tomato

Kegunaan tomato tidak banyak bezanya dengan timun. Ia sama-sama tinggi kandungan air dan mampu memberi pelbagai hikmat buat si kulit berminyak. 

Tomato berupaya mengimbangi semula kadar pH kulit serta mengurangkan sebum minyak dengan mengecilkan semula pori-pori. Jadi minyak pada muka lebih seimbang dan kekal lembab. Ia juga kaya dengan vitamin C dimana mampu melegakan keradangan kulit terutamanya kesan parut merah jerawat. 

Makan tomato mentah secara dalamannya mempercepatkan pemulihan tisu dan detoks badan. Kalau diambil untuk kecantikan luaran, anda hanya perlu lakukan masker tomato secara sendiri:

  1. Ambil dua biji tomato segar yang telah dibersihkan.
  2. Kisar kasar didalam mesin pengisar.
  3. Sapu pada wajah sebagai masker muka.
  4. Biar selama 15 – 20 minit. 
  5. Kemudian cuci wajah seperti biasa.

Kesannya boleh dirasai jika dilakukan dua kali seminggu. Kulit lebih cerah, lembab, tidak lagi berminyak dan paling penting kekal berseri bukannya berkilau!

Tisu basah paling best untuk menanggalkan solekan
Yes to Tomatoes Blemish Clearing Facial Wipes (Pack of 30)
Yes to Tomatoes Blemish Clearing Facial Wipes
mulai
RM73.00
Semak Yes to Tomatoes Blemish Clearing Facial Wipes (Pack of 30) harga dibawah:

Seperti yang kita tahu, tomato mempunyai sifat antioksida dan detoks yang mampu menanggalkan kotoran dan membersih muka. Yes to Tomatoes Blemish Clearing Facial Wipes, tisu basah khas menggunakan tomato sebagai aset mereka. 

Sambil menanggalkan solekan, bekas krim pelindung matahari dan partikel-partikel merbahaya. Ia berperanan membersihkan pori-pori dari tersumbat akibat campuran minyak sebum dan kotoran. Malah ia juga diperkaya dengan bahan asid salisik yang bekerja untuk menjaga sel kulit. Produk ini bebas paraben, SLS dan silikon. Selamat digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak!

Telur putih

Telur putih kaya dengan protein dan nutrien seperti magnesium iaitu bahan terbaik membaiki masalah kulit berminyak, sel tisu rosak dan mengecilkan liang pori-pori. Selain itu juga ia mampu membuang segala kotoran dan minyak berlebihan supaya tiada kesan jerawat, tompok hitam akan tumbuh dikulit. 

Amalan kecantikan yang boleh anda lakukan dengan telur putih ialah masker wajah. Risau dengan bau hanyir telur? Anda boleh campurkan telur putih dengan sedikit jus lemon. Cara ini bukan menyingkirkan bau tidak enak malah menambah manfaat pada masker DIY anda. Masker telur putih bersama jus telur dapat membersihkan wajah, menyingkirkan minyak berlebihan serta mencerahkan kulit. 

Lakukan secara konsisten selama dua kali seminggu. Namun begitu, hati-hati masker telur putih ini boleh memberi iritasi pada kulit kesan dari tarikan masker dari kulit. Sifat telur yang likat dan mengecut menyebabkan masker menjadi sangat ketat pada kulit. Jadi tarik secara perlahan-lahan.

Masker telur putih yang tidak menyakitkan kulit
Too Cool For School Egg Cream Mask 28g
Too Cool For School Egg Cream Mask
mulai
RM10.20
Semak Too Cool For School Egg Cream Mask 28g harga dibawah:

Jenama produk kecantikan K-beauty ini menjadikan khasiat telur sebagai agen utama dalam rangkaian masker mereka. Masker muka ini lebih moden dan berinovasi berbanding masker DIY anda. Sekaligus tidak menyakitkan kulit kerana ia menggunakan tisu mikrofiber yang halus dan nipis. 

Terdapat tiga pilihan iaitu firming, tighting dan hydration. Ketiga-tiga masker ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan minyak pada wajah.

Minyak Jojoba

Ramai yang menganggap kulit berminyak tidak boleh menggunakan serum minyak atau oil face dalam rutin penjagaan wajah, takut lebih berminyak. Apa yang perlu kita faham, sebum yang tidak normal terjadi kerana kulit terlampau kering. Jadi lapisan minyak = minyak juga salah satu rawatan memperbaiki masalah kulit berminyak. 

Bagi memastikan minyak sebum lebih terkawal dengan menggunakan oil face yang tidak menyumbatkan pori-pori seperti minyak jojoba. Ia memberi isyarat kepada sebum supaya tidak perlu menghasilkan minyak sebagai menjaga hidrasi kulit. Cara penggunaan yang betul boleh memberi hasil kulit yang berseri dan tidak lagi melekit. Jangan risau minyak jojoba tidak akan mengakibatkan jerawat ia lebih berperanan menenangkan kulit.

Sapu minyak jojoba seeloknya dua kali sehari siang dan malam. Cukup sebanyak dua hingga titis. Amalkan sehingga ada merasai perubahan.

Minyak jojoba organik tanpa masalah sebum tersumbat
Melvita Organic Jojoba Oil (50ml)
Melvita Organic Jojoba Oil
mulai
RM76.90
Semak Melvita Organic Jojoba Oil (50ml) harga dibawah:

Jika masih tercari-cari produk minyak jojoba yang asli dan organik, rangkaian minyak wajah Melvita sangat disyorkan. Minyak jojoba ini bukan sahaja boleh disapu pada kulit wajah malah seluruh tubuh badan. Keistimewaanya mampu menghidrasi, merawat dan melembutkan kulit. Si kulit berminyak boleh menerima khasiat minyak jojoba tanpa khuatir dengan pori-pori tersumbat. Ia ringan, tidak melekit, cepat menyerap dan boleh dipakai sebelum bersolek.

Air bersih

Cara yang paling mudah dan langsung tidak mengeluarkan wang ringgit ialah kerapkan mencuci wajah dengan air. Air bersih mampu nyah segala kotoran pada wajah tanpa meninggalkan kesan iritasi. Sentiasa mencuci muka ketika berpeluh terutamanya selepas bersukan. Paling elok cuci muka menggunakan air suam kerana ia mudah menghilangkan kotoran dan masih mengekalkan hidrasi semulajadi kulit. 

Bukan sahaja untuk luaran, dalaman juga penting. Jadi amalkan minum air kosong atau air suam bagi mengekalkan hidrasi tubuh badan. Kadar air yang cukup menyenangkan penghadaman sekaligus mengekalkan tubuh lemah dan menyimpan toksin yang tidak perlu. Ganti minuman manis kepada air kosong kerana tinggi gula dalam badan antara faktor kulit berminyak dan berjerawat.

Pelindung matahari dari water-based baik untuk kulit berminyak
Klairs Soft Airy UV Essence SPF50 PA ++++ (80ml)
Klairs
Sunblock muka untuk kulit sensitif
mulai
RM36.90
Semak Klairs Soft Airy UV Essence SPF50 PA ++++ (80ml) harga dibawah:

Sunscreen Klairs ini diformulasi dari water-based dimana sangat ringan, tidak melekit dan mudah menyerap. Ia direka khas untuk mereka yang kulit berminyak supaya ia bila dipakai bersama solekan tidak meninggalkan kesan bercapuk. Krim pelindung matahari ini telah mendapat pelbagai ulasan terbaik terutamanya ia dikatakan tidak akan menyumbatkan pori-pori. Jadi sangat selamat untuk si kulit berminyak!

Lemon

Buah citrus seperti lemon sangat tinggi dengan kandungan antibiotik dimana membantu melindung wajah dari sebarang bakteria. Terutamanya bakteria yang ingin membiak diatas lapisan kulit berminyak. Sifat asid sitrik didalam airnya mampu mencerahkan wajah serta mengawal pengeluaran sebum. Namun begitu hati-hati dengan penggunaan lemon pada kulit. Ia boleh menjadikan kulit kering pula jika disapu secara berlebihan. Cara paling berkesan dan selamat hanya guna dua kali seminggu atau dikawasan yang bermasalah sahaja. 

Caranya:

  1. Perahkan jus lemon kedalam bekas bersih.
  2. Campurkan satu sudu teh jus lemon dan setengah sudu teh air suling.
  3. Ambil kapas kemudian letakkan campuran jus tadi pada wajah selama 10 minit.
  4. Setelah itu bersihkan wajah dengan air suam. 

Manfaat dari amalan ini, kulit lebih cerah dan jerawat boleh kecut tanpa menggunakan produk lain.

Skrub muka dengan kebaikan lemon untuk kulit berminyak
St. Ives Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub (170g)
St. Ives
St. Ives Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub
mulai
RM14.98
Semak St. Ives Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub (170g) harga dibawah:

Manfaat dari skrub juga baik untuk si kulit berminyak. Pemakaian secara dua kali seminggu boleh menanggalkan sisa kulit mati supaya pori-pori lebih terlindung. Jenama St. Ives sudah cukup terkenal dengan rangkaian produk skrub yang dihasilkan dari sumber-sumber tumbuhan seperti lemon. 

Kebaikan jus lemon dan partikel skrub mampu mengubah diet kulit anda jadi lebih seimbang, cerah dan bebas dari masalah pembentukan jerawat.

 Oatmeal

Oatmeal antara makanan ruji yang boleh digunakan sebagai santapan pada kulit wajah. Ia mampu memberi kelembapan disambil menyerap minyak sebum berlebihan dalam pori-pori. Selain itu juga oatmeal kaya dengan antioksida serta anti-radang dimana menenangkan kulit yang rosak akibat jangkitan jerawat. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat matang, berminyak dan ekzema. Oatmeal antara bahan semulajadi paling berkesan dalam mengatasing masalah terbabit. Jika anda mahukan rawatan dari oatmeal secara semulajadi dapatkan tiga bahan ini untuk dijadikan sebagai masker muka oatmeal.

  1. ¼ cawan oatmeal yang telah dimasak
  2. 2 – 3 sudu besar yogurt asli
  3. 1 sudu besar madu organik
  4. Campurkan ketiga bahan tadi dan sapu bancuhan pada kulit wajah.
  5. Lakukan secara dua kali seminggu untuk merasai hasilnya.
Pembersih muka lembut dari madu manuka yang baik untuk masalah jerawat
Yello Skincare Oatmeal Turmeric Mask & Scrub
Yello Skincare Oatmeal Turmeric Mask & Scrub
mulai
RM39.00
Semak Yello Skincare Oatmeal Turmeric Mask & Scrub harga dibawah:

Yello Skincare adalah satu-satunya jenama tempatan mencipta rangkaian produk kecantikan menggunakan oatmeal dan kunyit sebagai gabungan masker wajah. Yello Oatmeal Turmeric Mask & Scrub ini bertindak melawan jerawat dan mencerahkan parut hitam bekas jerawat. Fungsi dari dua bahan semulajadi ini juga memberi kebaikan pada kulit si pemakai terutamanya si kulit berminyak. Ia menyerap lebih minyak, menanggalkan sel kulit mati serta mencerahkan kulit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article