Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Teh Detox Terbaik di Malaysia 2024 (Berkhasiat & Berkesan)

Bukan sahaja perempuan, lelaki pun boleh cuba!

Minuman teh detox sangat terkenal bagi amalan membersihkan toksin dalam badan kerana ramai yang yakin dengan khasiat teh detox.

Lagipun, testimoni teh detox yang bagus mengatakan mampu memberi kesan penurunan berat badan.

Dengarkan dua kelebihan ini ramai yang mula ‘dahagakan’ teh detox, maklumlah siapa je tak nak bentuk badan yang cantik dan kesihatan dalam keadaan baik.

Tak pelik kenapa sekarang ada banyak jenis teh detox tapi yang mana satu minuman detox terbaik dan paling berkesan?

Jadi kami bantu anda senaraikan beberapa jenis minuman teh detox terbaik untuk kesihatan anda. Jom lihat!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Minuman Teh Detoks Terbaik

Teh detox terbaik secara keseluruhan
Teh Daun Sanna
Teh Daun Sanna
From
RM4.49
Check Teh Daun Sanna price below:
add_circle Membantu sembelit
add_circle Harga murah
add_circle Bebas gula
remove_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Sebab menjadi pilihan:

Produk ini boleh membantu masalah sembelit dan mudah disediakan, serta diperbuat daripada bahan tradisional yang telah digunakan sejak dari dahulu lagi.

Ciri-ciri:

Dengan harga yang murah, anda boleh menjaga kesihatan dan menyelesaikan masalah sembelit.

Produk mudah disimpan dan tahan lama, serta dihasilkan 100% dari daun senna asli dan tanpa campuran bahan lain seperti gula.

Tidak disyorkan untuk ibu menyusu, wanita hamil dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Penyediaan minuman detox ini cukup mudah, hanya perlu masukkan 1 uncang ke dalam cawan yang mengandungi air panas.

Review:

“Sesiapa ada masalah sembelit atau sukar buang air besar, ini memang produk yang sangat membantu. Rasa yang sedap dan kesan yang serta merta. Berbaloi beli dan cuba.”

Teh detoks untuk buah pinggang
Ahmad Tea Detox Cleanse
Ahmad Tea
Ahmad Tea Detox Cleanse
From
RM10.30
Check Ahmad Tea Detox Cleanse price below:
add_circle Bebas kafein
add_circle Disahkan halal
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak berapa sedap

Produk teh detox jenama Ahmad Tea ini membantu menyegarkan badan anda.

Ini kerana mengandungi herba, akar dan gabungan bunga-bungaan seperti bunga adas, dandelion dan birch.

Semua bahan ini telah terbukti efektif dalam membantu sistem buah pinggang berfungsi dengan lebih lancar dan mencegah masalah batu karang. 

Halia dan peppermint yang ditambah akan memberikan rasa segar pada teh yang membuatnya begitu menyenangkan di lidah. 

Tambah pula dengan kandungan rosemary, halia dan nettle leave dapat mengembalikan tenaga dan meningkatkan kecergasan anda. 

Tiada kafein jadi anda boleh minum pada bila-bila masa yang anda perlukan.

Teh detoks untuk kurangkan jerawat
Total Image Beauty Tea Detox
Total Image
From
RM21.29
Check Total Image Beauty Tea Detox price below:
add_circle Mencapai berat badan ideal
add_circle Disahkan halal dan selamat
add_circle Kulit semakin sihat
remove_circle Mungkin menyebabkan ciri-birit

Teh detoks Total Image adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mencapai berat badan ideal dan kulit yang lebih sihat dan berseri. 

Diperbuat dari 5 herba asli, Vitamin E dan licoflavan yang mana teh ini membantu menyahtoksin dalam badan.

Selain itu, dapat melambatkan proses penuaan dan memudarkan garis halus serta pigmentasi. 

Teh ini juga selamat dan disahkan oleh National Pharmaceutical Control Bureau, sertifikasi HALAL, GMP, HACCP dan ISO 9001:2000. 

Cara penggunaannya sangat mudah, cukup rendam 1-2 sudu teh dalam air panas selama 15 minit setelah makan dan minum secara rutin. 

Jangan risau, teh detox ini tanpa kafein, gula tambahan, pewarna atau julap.

Teh detox terbaik untuk kempiskan perut
NH Detoxlim Natural Clenx Tea
NH Detoxlim
From
RM29.79
Check NH Detoxlim Natural Clenx Tea price below:
add_circle Tiada gula tambahan
add_circle Mendapat kelulusan KKM
add_circle Diperbuat dari teh hijau organik
remove_circle Rasa kurang sedap

Anda seorang pengemar teh hijau? Boleh dapatkan teh detoks dari NH Detoxlim Natural Clenx Tea. 

Teh hijau organik ini juga teh detoks pelangsing tanpa sebarang gula tambahan, julap atau kesan sampingan. 

Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil Halal dari JAKIM.

Siapa yang inginkan perut langsing inilah teh yang paling terbaik kerana dapat menyingkirkan toksin dalam badan.

Kualiti terjamin, tidak menyebabkan cirit-birit dan paling penting 100% dari bahan organik semula jadi.

Teh detox untuk ibu menyusu
Wowa Ladycleanse Detox Tea
WOWA LADYCLEANSE DETOX TEA
From
RM18.00
Check Wowa Ladycleanse Detox Tea price below:
add_circle Tidak mengandungi bahan kimia
add_circle Rasa sedap
add_circle Setiap uncang boleh diguna 2 kali
remove_circle Tidak digalakkan untuk wanita hamil

Teh detox ini adalah pilihan yang bagus bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan kerana mengandungi 100% dari bahan semula jadi.

Antaranya asam gelugur (Garcinia), daun gelenggang, stevia dan teh hijau. 

Semua bahan ini dapat mengawal selera makan dalam masa yang sama dapat menurunkan berat badan. 

Selain itu dapat mengatasi masalah sembelit, kempiskan perut, mengurangkan bau nafas, membuang angin dalam badan, dan melancarkan sistem pencernaan. 

Selamat untuk diminum oleh semua orang termasuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas, wanita yang menyusukan bayi, pesakit diabetes dan gastrik. 

Dihasilkan di kilang yang mematuhi standard GMP & SO (9001/22716) dan telah diiktiraf oleh MELAKA BIOTECH CORP yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pembelian teh ini sangat berbaloi kerana setiap uncang boleh diguna sebanyak 2 kali.

Teh detox watson
Nutrabliss Oleh Watsons d'tox tea (20s)
NUTRABLISS OLEH WATSONS D'tox Tea [20s]
From
RM17.94
Check Nutrabliss Oleh Watsons d'tox tea (20s) price below:
add_circle Berbau wangi
add_circle Membantu pembuangan toksin
add_circle Rasa sedap
remove_circle Harga sedikit mahal

Produk teh detox ini mengandungi pelbagai herba yang dipilih dengan teliti untuk mencipta rasa herba yang menyegarkan dan berbau wangi. 

Mengandungi bahan-bahan seperti teh hijau, bunga chamomile, kulit kayu buckthorn, slippery elm, akar mashmallow, rooibos organik, daun senna, dan kayu manis.

Semua bahan ini sangat baik untuk kesihatan kerana mampu menyingkirkan toksin dan bahan buangan yang berbahaya.

Dalam masa yang sama dapat memberikan asimilasi yang baik untuk menghasilkan nutrien penting.

Sangat mudah di digunakan dengan arahan yang jelas.

Minum teh detox setiap pagi, selepas bersenam, sebelum atau selepas makan. 

Tambah madu mentah, susu atau lemon untuk meningkatkan rasa.

Nasihat kami minum 1 bungkus sekali sehari.

Teh detox untuk kurus
Meirose Tea Detox Slimming Tea Skinny Leg & Slimmy Body
teh_detox_meirose
From
RM25.00
Check Meirose Tea Detox Slimming Tea Skinny Leg & Slimmy Body price below:
add_circle Sesuai untuk wanita & lelaki
add_circle Bantu kawal darah tinggi
add_circle Merawat kencing manis
add_circle Melancarkan haid
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil

Bagi anda yang nak kurus, tapi perut boroi dan buncit, boleh dapatkan detox jenama Meirose Tea ini.

Terdapat dua jenis detox untuk dipilih iaitu green tea untuk slimmy body dan red tea untuk skinny leg.

Ini kerana red tea dirumus khas daripada 100% herba kering, tanpa gula dan bahan kimia. 

Bukan sahaja, mengecilkan peha dan lengan, malah boleh membuang air berlebihan dalam badan dan melawaskan kencing dengan rasa seperti rebina masam tanpa gula.

Green tea pula mempunyai pelbagai khasiat lain seperti melangsingkan badan, mengempiskan perut, membersih usus, melancarkan haid dan lain-lain.

Anda yang mempunyai toksik atau angin dalam badan, perlu cuba detox red tea ini. Rasanya seperti teh biasa dan tidak kelat.

Cara penyediaan juga cukup mudah, hanya perlu rendam uncang dalam air panas dan boleh digunakan berkali-kali sehingga hilang rasa dan warna.

Teh detox untuk ibu berpantang
TEH HERBA ORGANIK oleh Dr Q
TEH HERBA ORGANIK oleh Dr Q
From
RM0.59
Check TEH HERBA ORGANIK oleh Dr Q price below:
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu dan berpantang
add_circle Melawaskan pembuangan air besar
add_circle Campuran 4 herba asli
remove_circle Membuatkan cirit-birit

Selain dapat menurunkan berat badan, detox ini mampu mengimbangkan tekanan darah tinggi, mengatasi masalah kolestrol, merawat penyakit kencing manis dan melancarkan peredaran darah.

Ini kerana bahannya terdiri daripada daun senna, mahkota dewa, cengkih dan Japan Mountain Fuji Shizuoka Green Tea.

Malah anda yang mempunyai masalah susah tidur atau ingin menghilangkan masalah bau mulut busuk perlu cuba detox ini.

Selain itu, sangat sesuai untuk mereka yang selalu emosi atau moody kerana rasa dan bau yang dihasilkan dapat menenangkan fikiran anda.

Teh detox ini boleh diminum pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan.

Hanya masukkan 1 uncang ke dalam air panas dan tutup untuk 2-3 minit.

Timbang berat badan anda sebelum minum dan selepas minum sekurang-kurangnya 3-4 hari.

Teh detox buah-buahan kering
Healthy Beauty Slimming Detox Fresh Dried Fruit
Healthy Beauty Slimming Detox Fresh Dried Fruit
From
RM1.34
Check Healthy Beauty Slimming Detox Fresh Dried Fruit price below:
add_circle Tidak perlu direbus
add_circle Boleh dibancuh berulang kali hingga tawar
add_circle Diperbuat dari buah-buahan asli

Apa yang menariknya, detox ini dihasilkan dari 100% buah kering dan tanpa pengawet.

Mempunyai pelbagai perisa buah kering seperti jeruk nipis, lemon madu, nanas, oren, longan, mulberi dan peppermint.

Teh markisa limau kumquat kaya dengan asid amino, vitamin dan bahan-bahan lain. 

Teh memberi kesan menyegarkan, melegakan keletihan, menggalakkan metabolisme badan, meningkatkan kesihatan usus dan perut, memberikan selera makan dan menggalakkan penghadaman.

Buah-buahan asli tulen dikeringkan di udara pada suhu rendah untuk membuat teh buah kering. 

Mudah dibancuh, hanya 3 langkah. Buka bungkusan, bilas dengan air sejuk dahulu, kemudian masukkan air panas, dan biarkan ia selama 10 minit.

Teh detox untuk merawat sembelit
RAFANIA Teh Sanna Original 100%
RAFANIA Teh sanna original 100%
From
RM0.55
Check RAFANIA Teh Sanna Original 100% price below:
add_circle Mengempiskan perut
add_circle Melangsingkan badan
add_circle Merawat kencing manis
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil
remove_circle Tidak sesuai untuk pesakit G6PD

Tiada campuran lain, hanya daun Senna sahaja.

Selain mengempiskan perut, teh detox ini boleh melangsingkan badan, membuang lebihan lemak, merawat sembelit, kencing manis atau kebas kaki dan tangan.

Dapat menggurangkan kolestrol, tahap depresi dan membersihkan darah kotor.

Disarankan minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan malam sebelum tidur untuk tempoh 7 hari. 

Dengan cara ambil 1 sudu daun dan campurkan pada air masak, kemudian biarkan ia suam dan berubah warna kemudian ditapis dan minum atau boleh merebusnya.

Boleh digunakan sebanyak 2 kali dalam tempoh masa 4 jam dan tanpa perlu tambah gula.

Kesan setelah minum sekitar 5 - 8 jam sahaja dan disyorkan berada di rumah untuk mudah ke tandas.

Tapi dilarang untuk diminum wanita hamil, pesakit G6PD (alahan pada bau, makanan dan kulit), kanak kanak dibawah umur 6 tahun atau mereka yang telah melakukan bypass jantung, pembedahan usus & dialisis.

Teh detox untuk asam lambung
Biocare Fruits Fiber Plus - Detox
Biocare Fruits Fiber Plus
From
RM59.00
Check Biocare Fruits Fiber Plus - Detox price below:
add_circle Menyeimbangkan berat badan
add_circle Membersihkan usus dan detoksifikasi
add_circle Membantu mengekalkan kesihatan usus
add_circle Menggalakkan penghadaman dan penyerapan makanan
remove_circle Perisa oren sahaja

Bagi sesiapa yang mencari makanan tambahan berkualiti tinggi dan berkesan untuk menyokong pencernaan dan kesihatan usus, dapatkan je Biocare Fruits Fiber Plus.

Dirumus untuk membantu mengekalkan berat badan dengan meningkatkan pengambilan serat.

Penyelidikan turut mencadangkan bahawa pengambilan serat larut juga boleh meningkatkan kesihatan pencernaan.

Pengambilan air secara harian yang secukupnya dengan serat juga membantu pergerakan dalam usus anda dengan lebih baik.

Selain serbuk oren, produk detox dalam bentuk serbuk ini mengandungi beneo gr inulin, psyllium husk dan cassia augustifolia extract (senna extract) serta rasa oren yang sedap.

Hanya perlu ambil 1 hingga 2 paket sehari dan dicampurkan ke dalam 180ml-200ml air.

Disyorkan minum pada waktu malam sebelum tidur dan kesannya pada pagi keesokkannya anda akan terus ke tandas.

Memang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.

Teh detox terbaik untuk kesihatan
Traditional Medicinal Detox Tea Everyday Detox
Traditional Medicinal Detox Tea Everyday Detox
From
RM30.59
Check Traditional Medicinal Detox Tea Everyday Detox price below:
add_circle Tiga perisa
add_circle Organik
add_circle Bebas kafein
add_circle Makanan herba tambahan
remove_circle Sukar dapat di pasaran
remove_circle Bukan untuk wanita hamil atau menyusu

Dicipta oleh pakar herba, teh detox yang bagus untuk meningkatkan fungsi hati yang sihat dengan harga berpatutan.

Menawarkan tiga perisa iaitu tea detox, lemon dan dandelion.

Produk untuk orang dewasa ini menyokong fungsi hati dan buah pinggang dengan meningkatkan pembilasan sisa dari buah pinggang dengan bantuan dandelion.

Rasanya sedikit ringan, manis dan mempunyai rasa pepperminty, memang sesuai untuk anda yang mahukan teh kurang pekat.

Perisa teh detox asli pula hanya menggalakkan fungsi hati yang sihat dengan rasa yang seimbang.

Ditambah lagi bahannya berdasarkan gabungan herba yang diilhamkan oleh Perubatan Tradisional Cina seperti akar dandelion, chicory dan schisandra berry untuk merangsang proses detoksifikasi semula jadi hati anda.

Apa yang membezakan lagi, perisa dandelion terbaik jika diminum setiap hari sehingga 2 minggu, diikuti dengan rehat 1 minggu.

Manakala, perisa teh detox asli pula boleh diminum setiap hari selama 6 minggu dan rehat selama seminggu serta boleh dicampur dengan lemon segar.

Jika anda mempunyai batu empedu atau mengambil ubat, disarankan rujuk doktor terlebih dahulu.

Jangan gunakan produk ini jika anda mempunyai saluran empedu yang tersumbat, radang pundi hempedu, najis longgar, usus tersumbat atau alah kepada tumbuhan dalam keluarga daisy (Asteraceae).

Teh hijau detox terbaik untuk kulit
Yogi Tea Skin Detox Soothing Rose Hibiscus
yogi_teh_detox
From
RM14.90
Check Yogi Tea Skin Detox Soothing Rose Hibiscus price below:
add_circle Bau wangi dan rasa sedap
add_circle Mengandungi perisa rose dan delima
add_circle Menyokong kesihatan kulit
add_circle Tidak menyebabkan sakit perut
add_circle Organik
remove_circle Mengandungi 12 mg kafein

Salah satu jenama teh detox yang selamat dan bagus untuk kesihatan ialah Yogi Teh.

Selain teh hijau, minuman detox ini mengandungi kelopak rose dan bunga raya untuk menenangkan kulit dan berfungsi untuk membersihkan dari dalam untuk membantu mempromosikan kulit yang lebih sihat dan berseri.

Boleh diambil sebagai makanan herba tambahan, tidak mengandungi bahan berbahaya dan uncang teh juga oxygen-bleached.

Disahkan organik oleh QAI Inc., USDA Organik, Non-GMO Project, Certified B Corporation dan sesuai untuk vegan.

Cara menyediakan cukup mudah, hanya perlu tambahkan air panas dan biarkan teh bunga selama 5 minit.

Untuk rasa teh yang lebih pekat boleh tambahkan dua uncang sekaligus.

Selamat untuk minum 3 hingga 4 cawan setiap hari.


Kebaikan Teh Detox

Teh detox adalah minuman yang dibuat dari bahan-bahan semula jadi seperti daun teh, herba, buah-buahan, dan rempah-rempah. 

Semua bahan ini mempunyai kebaikan tersendiri untuk kesihatan, antaranya:

  • Mengurangkan keracunan

Teh detox dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan membuang racun yang terkumpul dalam tubuh.

  • Menurunkan berat badan

Beberapa jenis teh detox mengandung bahan-bahan yang dapat membantu menurunkan berat badan, seperti teh hijau yang kaya akan antioksidan.

  • Meningkatkan tenaga

Teh detox dapat membantu memperbaiki metabolisme dan meningkatkan tenaga secara semula jadi.

  • Meningkatkan sistem imunisasi

Teh detox mengandung bahan-bahan yang dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh, seperti Vitamin C dan antioksidan.

  • Meredakan stres

Beberapa jenis teh detox mengandung bahan-bahan seperti lavender yang dapat membantu meredakan stres dan meningkatkan kualiti tidur.

  • Menurunkan tekanan darah

Teh detox mengandungi antioksidan yang boleh membantu dalam menurunkan tekanan darah.

  • Memperbaiki sistem penghadaman

Teh detox mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu dalam meningkatkan pergerakan usus dan mengeluarkan toksin dari badan.

  • Menyegarkan badan

Teh detox dapat meningkatkan sistem imun dan membuang toksin yang terkumpul dalam badan sekaligus menjadikan badan anda terasa lebih segar.

  • Melegakan sakit kepala

Teh detox juga dapat melegakan sakit kepala dan migrain kerana ia mengandungi bahan-bahan yang dapat mengurangkan tekanan pada urat-urat di kepala.


Adakah Boleh Minum Teh Detoks Setiap Hari?

Minum teh detox biasanya tidak membahayakan.

Namun, minum teh detox secara kerap atau setiap hari boleh menyebabkan risiko kesihatan yang tidak baik atau serius. 

Walaupun memperoleh penurunan berat badan yang cepat dan perut yang kempis, anda perlu tahu bahawa bahaya jika minum terlalu banyak.

Sesetengah orang mencadangkan untuk minum teh detox satu kali seminggu atau sekali sebulan.

Jika anda mengalami masalah keletihan, sembelit, atau perut buncit, detox adalah pilihan yang bagus.

Jangan lupa untuk memantau tindak balas tubuh anda dan berbincang dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau memberikan masalah kepada kesihatan anda.  


Adakah Teh Detoks Lebih Baik Panas Atau Sejuk?

Anda boleh minum teh detoks sama ada panas atau sejuk, dan anda akan mendapat manfaat kesihatan yang sama.

Masa terbaik untuk minum teh detoks adalah pada waktu pagi sebelum anda makan kerana bila minum semasa perut kosong, ia akan membantu mempercepat detoksifikasi. 

Tapi ada juga yang mencadangkan untuk minum teh detox selepas makan untuk mencegah kesan sampingan seperti muntah dan sakit perut.

Selain itu, minum teh detoks sewaktu tengah hari boleh membuatkan anda terpaksa ke bilik air dengan lebih kerap dan elakkan minum teh detoks pada waktu malam.

Ini kerana ia boleh mempengaruhi kualiti tidur dan menganggu tidur anda.

Teh detoks bertujuan untuk membantu membersihkan toksik dalam badan anda.

Pastikan anda minum banyak air untuk membantu anda mengekalkan kandungan air dalam badan.


Adakah Teh Detox Selamat?

Teh detoks telah menjadi amalan biasa bagi mereka yang berusaha untuk kurus dan membuang toksin dari badan mereka. 

Walau bagaimanapun, ramuan dan kekerapan minum teh detoks boleh mempengaruhi sama ada teh detox memang selamat dan berkesan.

Pembungkusan beberapa teh detoks turut didapati menyembunyikan kehadiran ubat dan bahan tertentu.

Sebenarnya, tubuh badan kita boleh menghapuskan toksin secara semula jadi melalui buah pinggang, hati, dan saluran gastrousus

Toksin tidak boleh disingkirkan oleh badan dengan hanya pengambilan produk detoks.

Oleh itu, sebelum menggunakan mana-mana produk detoks atau suplemen baharu, dapatkan nasihat doktor anda. 


Apa Kesan Sampingan Teh Detox?

Banyak teh detoks mempunyai kesan diuretik kerana menyebabkan anda membuang air kecil dan membuang air besar dengan lebih kerap.

Teh detoks juga mungkin mempunyai bahan pencahar kerana bahan-bahan tersebut merangsang pergerakan usus dan membolehkan anda mencerna makanan dengan lebih cepat.

Bahan ini tidak membawa kepada pengurangan lemak badan yang ketara atau berterusan, walau bagaimana anda berisiko mengalami dehidrasi atau cirit-birit.

Sebilangan teh detoks juga boleh membuat anda muntah atau loya. 

Malah, menyebabkan kesan yang tidak diingini apabila digabungkan dengan ubat-ubat lain.


Artikel Berkaitan

End of Article