Liang pori ini bukan hanya terdapat pada wajah, tapi pada seluruh badan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari skincare untuk mengecilkan pori-pori besar atau pori terbuka tersebut.
Bukan apa, liang pori yang besar boleh tersumbat dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat, jadi perlu untuk anda dapatkan produk kecilkan pori.
Jangan risau, kami bantu anda senaraikan skincare untuk mengecilkan pori-pori wajah dengan cepat dan berkesan.
Penyunting
Table of Contents
Jenama 11 Skincare Mengecilkan Pori Di Watsons/Drugstore
Sebab menjadi pilihan utama:
Bahan yang rendah pH ini sangat bagus untuk kulit sensitif.
Ciri-ciri:
Pembersih wajah Hada Labo semakin mendapat perhatian ramai atas sebeba keberkesanannya yang cepat.
Ini kerana skincare ini diperkaya dengan ekstrak teh hijau Jepun yang bagus untuk mencuci liang pori.
Tambah pula, gabungan ciri pembersihan semula jadi dengan bahan penghidratan intensif asid Hyaluronik untuk membersih liang pori dengan lebih mendalam.
Malah mampu untuk mengawal minyak dan mengecilkan liang pori sekaligus menjadikan kulit lebih lembut dan licin.
Jangan risau, pembersih wajah ini mempunyai pH yang rendah untuk keseimbangan tekstur kulit dan tidak akan menyebakan iritasi.
Review:
“Selepas menggunakannya, kulit terasa licin lembap dan tidak mengering. Kulit berminyak makin berkurang dan liang pori juga nampak sedikit mengecil.”
Krim pelembap siang untuk wajah ini memberi 7 kebaikan salah satunya anti-penuaan.
Bayangkan 1 produk mempunyai 7 kebaikan dan ditambah pula dengan SPF15 untuk membantu melindungi kulit dari sinaran UV.
Selain itu dapat membantu memperbaiki kulit yang kelihatan letih, kusam, serta mengurangkan penampilan garis dan bintik-bintik halus.
Niacinamide adalah bahan yang sangat terkenal bagi mengecilkan liang pori pada kulit sekali gus mencerahkan wajah anda.
Buat anda dengan kulit matang, apa kata cuba krim ini, sekarang!
24K Bio-Gold Rose Gold Water adalah essence bertekstur ringan dan mengandungi ekstrak mawar Jepun yang dikenali Eijitsu.
Ekstrak ini berfungsi untuk memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah.
Malah, merupakan gabungan ideal untuk memberi penghidratan tambahan buat kulit bagi menghapus garisan halus akibat penuaan.
24K Gold kaya dengan anti-oksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas, membersihkan dan mengecilkan lubang pori.
Ideal untuk kesemua jenis kulit terutamanya jenis kombinasi.
Hanya gunakan 2 kali sehari untuk kulit lebih sihat.
Serum dari Eden ini diperkaya dengan Vitamin E semula jadi, Natur E Scar Serum yang berfungsi memudarkan parut dengan efisien.
Tambah pula kaya sifat anti-oksidan, serum ini dapat melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas dan membolehkan proses penyembuhan terhadap sel kulit.
Ciri lain serum ini dapat melembapkan intensif bagi membantu menghilangkan bekas luka lama dan baru.
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, serum ini sangat bagus untuk melembapkan kulit serta menghilangkan kulit merekah.
Green tea merupakan bahan yang sangat bagus untuk melawan blackhead pada wajah anda.
Dapatkan skrub dengan gabungan buluh dan asid Salicylic ini mampu untuk membuang kulit mati.
Jika kulit bebas blackhead lagu bagus kerana kulit akan menjadi lebih sihat, glowing dan pori mudah untuk mengecil.
Penggunaan skrub jenama ini juga menjadikan liang pori bersih dan masalah jerawat berkurang hanya dengan menggunakan scrub.
Dengan penggunaan kerap, skrub ini boleh membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat tau.
Jika menginginkan kulit wajah yang mempunyai saiz lubang pori kecil, bukan hanya menggunakan pencuci tetapi toner juga.
Sebaiknya gunakan toner Wardah kerana bebas alkohol, ringan dan diformulasi dengan ekstrak Witch Hazel yang baik untuk mengurangkan sebum (penghasilan minyak).
Tanpa sebum berlebihan, pori akan mengecil kerana ianya tidak tersumbat maka tiada lagi masalah jerawat.
Kulit kekal lembut, tidak berminyak dan paling penting liang pori makin mengecil.
Pencuci muka dari Safi ini mampu membersih lebihan minyak, kotoran dalam lubang pori dan membuatkan kulit kekal lembap.
Malah, mempunyai campuran organik seperti Ekstrak cucumber yang membantu mengecilkan liang pori sekaligus menjadikan kulit sentiasa segar.
Rumusan bahan seperti habbatus sauda yang kaya dengan nutrien dan bahan semula jadi yang membuatkan kulit lebih sihat.
Erti kata lain, bukan sahaja mencuci tapi mampu untuk memberikan kesan yang baik untuk kulit wajah.
Bha dari France ini berfungsi menyerap sehingga lapisan kulit dalam secara semula jadi bagi membuang lebihan minyak yang terhasil, blackheads, whiteheads dan membersih wajah.
Pha pula akan bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.
Natural Vitamin C pula bertindak mencerahkan bahagian kulit wajah agar kelihatan berseri.
Selain itu, penghasilan minyak dan kesan jerawat pada wajah akan berkurang sekali gus membuatkan wajah anda sihat dan glowing!
Apa tunggu lagi, jom cuba dan lihat perbezaannya sendiri.
Beauty of Joseon Relief Sun ini sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif.
Selain bertindak sebagai pelindung sinaran UV, sunscreen ini turut mengandungi ekstrak beras sebanyak 30% sebagai salah satu bahan untuk melembutkan dan memutihkan kulit.
Memang telah terbukti air beras kaya dengan asid amino dan mineral, di mana ia memberikan kelembapan luar biasa pada kulit kering.
Selain ekstrak beras, produk ini turut mengandungi kompleks probiotik yang boleh memberi nutrisi dan daya tahan semula jadi kulit.
Diformulasikan dengan serbuk silika porous sebum-control, sunscreen ini mengawal pengeluaran sebum dengan cekap, memastikan kulit anda kekal bebas dari minyak sepanjang hari.
Semasa memakai sunscreen ini, ia tidak akan meninggalkan lapisan putih pada kulit kerana tekstur krimnya yang nipis.
Garnier Skin Naturals Serum Mask Black Pure Charcoal direka untuk memberikan manfaat penghidratan berganda buat kulit wajah anda.
Dengan bahan-bahan kuat seperti Arang, Ekstrak Alga Hitam, LHA, dan Asid Hyaluronik, teknologi topeng tisu hitam yang inovatif ini berfungsi untuk membersihkan kulit anda tanpa menyebabkan kekeringan.
Arang bertindak sebagai magnet untuk menarik kotoran dan lebihan minyak, manakala Ekstrak Alga Hitam mengetatkan liang-liang, menjadikan kulit anda kelihatan lebih halus dan licin.
LHA pula berfungsi mengelupas secara lembut, mempromosikan pembaharuan sel untuk kulit yang lebih cerah, dan Asid Hyaluronik menghidrat dengan mendalam, memastikan kulit anda kekal lembap dan montok.
Paling menarik, satu facemask ini bersamaan dengan seminggu penggunaan serum pada wajah.
Sesuai untuk semua jenis kulit, facemask ini menyediakan penyelesaian efektif bagi anda yang ingin mencapai kulit yang bersih, glowing, dan kelihatan sihat.
Skintific 5X Ceramide Barrier Moisturizer Gel ini merupakan penyelesaian terbaik anda untuk semua masalah kulit termasuk jerawat, kulit kering, kemerahan, dan tekstur kulit yang tidak rata.
Diformulasikan dengan gabungan unik lima jenis ceramide—CERAMIDE NP, CERAMIDE EOP, CERAMIDE AP, CERAMIDE AS, dan CERAMIDE NS—pelembap ini berkesan memperbaiki dan mengekalkan barrier semula jadi kulit anda.
Teksturnya yang ringan dan cepat menyerap memberikan penghidratan maksimum tanpa rasa berat.
Diperkaya dengan asid hyaluronik, centella asiatica, dan kolagen marin, ia bukan sahaja melembapkan tetapi juga menyuburkan, menenangkan, dan meningkatkan kesihatan kulit anda.
Gabungan yang kuat ini memastikan kulit anda kekal licin, bersih, dan anjal.
Apa Itu Liang Pori dan Apa Fungsinya?
Liang pori merupakan punca atau tempat dimana penghasilan minyak dihasilkan serta tempat peluh di keluarkan.
Tapi kewujudan lubang pori pada kulit wajah ada memberi kepentingan pada kulit kerana untuk mengekalkan kelembapan secara semula jadi.
Cuma, jika lubang pori terlalu besar dan tidak dibersihkan dengan betul, ini akan mengakibatkan jerawat muncul.
Bagi yang mengalami jerawat pada bahagian belakang badan, sebenarnya merupakan masalah normal.
Ini kerana liang pori terdapat pada bahagian muka, dada dan belakang.
Apakah Cara Terbaik Untuk Pastikan Liang Pori Anda Bersih?
Penjagaan liang pori perlukan ketelitian dalam pencucian.
Namun, tidak semua pencuci wajah dapat membersihkan liang pori tersumbat.
Jadi, jom ikuti tip ini untuk pastikan liang pori anda sentiasa bersih dan terjaga.
- Elakkan menggunakan tangan untuk membuang kotoran pada liang pori kerana ini akan menjadikan liang pori lebih besar.
- Cari cleanser yang mengandungi bahan seperti salicylic acid.
- Gunakan scrub pencerah untuk wajah untuk membersih lebihan minyak dan mencerahkan bahagian kulit yang nampak kusam.
- Gunakan bahan di dapur seperti baking soda untuk membuang sel kulit mati, meneutralkan pH kulit, dan membersih lebihan minyak pada wajah.
- Gunakan pore strip untuk membuang blackheads yang ada.
- Rajinkan diri untuk pakai clay mask atau coral mask yang bagus untuk wajah.
Liang pori ini tak mungkin dapat dihilangkan, tetapi boleh usaha untuk mengecilkannya.
Semoga tips ini bermanfaat! Selamat mencuba.
Cara Mengecilkan Pori Pori Wajah
Sebelum menggunakan sebarang produk, anda tentu tertanya-tanya apakah cara yang betul untuk membersihkan pori pori wajah dengan berkesan.
Mengecilkan pori-pori wajah memerlukan rutin penjagaan kulit yang betul dan konsisten. Berikut adalah beberapa cara untuk mengecilkan pori-pori wajah:
Membersihkan Wajah dengan Kerap
- Gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda dua kali sehari (pagi dan malam). Ini akan membantu menghilangkan kotoran, minyak, dan sel-sel kulit mati yang boleh menyumbat pori-pori.
- Pilih pembersih yang mengandungi bahan-bahan seperti asid salisilik atau asid glikolik yang membantu dalam mengurangkan minyak dan membersihkan pori-pori.
Eksfoliasi Secara Berkala
- Eksfoliasi kulit anda 1-2 kali seminggu dengan scrub lembut atau produk eksfoliasi kimia seperti asid AHA dan BHA untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan membersihkan pori-pori.
Menggunakan Toner
- Gunakan toner yang mengandungi bahan-bahan seperti witch hazel, niacinamide, atau asid salisilik untuk mengecilkan pori-pori dan mengimbangi pH kulit anda.
Menggunakan Face Mask
- Gunakan face mask tanah liat atau arang seminggu sekali untuk menyerap lebihan minyak dan membersihkan pori-pori. Face mask ini juga membantu mengecilkan pori-pori dengan penggunaan yang konsisten.
Menggunakan Pelembap
- Walaupun kulit anda berminyak, tetap gunakan pelembap yang bebas minyak untuk memastikan kulit anda terhidrasi. Kulit yang terhidrasi dengan baik akan kurang menghasilkan minyak berlebihan yang boleh menyumbat pori-pori.
Melindungi Kulit dari Sinar Matahari
- Gunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF sekurang-kurangnya 30++ setiap hari untuk melindungi kulit dari kerosakan sinar UV yang boleh menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar.
Menggunakan Produk yang Mengandungi Retinol
- Retinol membantu dalam merangsang pengeluaran kolagen dan mempercepatkan proses pergantian sel kulit, yang boleh membantu mengecilkan pori-pori.
Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
- Minum banyak air, makan makanan yang seimbang, dan cukup tidur. Gaya hidup yang sihat membantu kulit anda kekal sihat dan kurang bermasalah.
Hindari Menyentuh Wajah
- Elakkan menyentuh wajah anda dengan tangan yang kotor kerana ini boleh memindahkan bakteria dan minyak ke kulit anda, menyebabkan pori-pori tersumbat.
Berjumpa Pakar Kulit
- Jika pori-pori anda masih kelihatan besar dan masalah kulit tidak berkurang, berjumpalah dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan yang lebih spesifik dan sesuai dengan keadaan kulit anda.
Dengan mengikut langkah-langkah ini secara konsisten, anda boleh membantu mengecilkan pori-pori wajah dan mendapatkan kulit yang lebih halus dan sihat.
Kenapa Pori Muka Terbuka?
Pori-pori muka boleh kelihatan terbuka atau besar disebabkan oleh beberapa faktor utama.
Salah satu penyebab utama adalah pengeluaran minyak berlebihan yang boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan ia kelihatan lebih besar.
Kulit yang menghasilkan terlalu banyak minyak juga menarik kotoran dan sel-sel kulit mati, menjadikannya lebih jelas dan wajah nampak tidak sekata.
Sel-sel kulit mati yang tidak dikeluarkan dengan baik boleh terkumpul di dalam pori-pori, menjadikannya kelihatan lebih besar, dan kurangnya eksfoliasi boleh memburukkan lagi masalah ini.
Selain itu, penuaan kulit turut menyumbang kepada masalah ini kerana kulit kehilangan keanjalan, menjadikan pori-pori lebih menonjol.
Pendedahan berlebihan kepada sinar UV juga merosakkan kolagen dan keanjalan, mengakibatkan pori-pori kelihatan lebih besar kerana kulit yang rosak disebabkan matahari tidak mampu mengecilkan pori-pori dengan baik.
Tambahan lagi, faktor genetik memainkan peranan penting; jika keluarga anda mempunyai pori-pori yang besar, anda mungkin berisiko mengalami masalah yang sama.
Ketidakseimbangan hormon, seperti yang berlaku semasa akne remaja atau kehamilan, boleh meningkatkan pengeluaran minyak dan menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar.
Pembersihan wajah yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan kotoran, minyak, dan sisa kosmetik menyumbat pori-pori, menjadikannya kelihatan lebih besar.
Manakala penggunaan produk penjagaan kulit yang berat atau tidak sesuai dengan jenis kulit anda boleh menyebabkan pori-pori tersumbat atau keradangan, yang menjadikannya lebih jelas.
Paling utama, merokok boleh merosakkan kulit dan mengurangkan keanjalan, menjadikan pori-pori kelihatan lebih besar.
Dengan memahami punca di sebalik pori-pori yang kelihatan besar, anda boleh memilih rawatan dan langkah penjagaan kulit yang sesuai untuk memperbaiki penampilan kulit anda.