Dengan cuaca yang sering berubah-ubah dan climate negara kita yang panas, ianya amat penting untuk sentiasa kekal hidrasi dengan meminum air secukupnya supaya kekal sihat. Setahu anda, botol air mempunyai reka bentuk yang standard sahaja, bukan? Kini, botol air juga dipelbagaikan saiz mengikut keperluan anda dan reka bentuk yang unik pasti menarik perhatian anda untuk memilikinya.
Berapakah isipadu botol air yang optimum?
Secara umumnya, lelaki dewasa memerlukan lebih kurang 3.7 liter air setiap hari manakala wanita dewasa pula memerlukan 2.7 liter. Menurut kebanyakan pengguna, kapasiti air lebih kurang 600ml atau 21 ounce adalah yang terbaik kerana saiz botol tidak akan jadi terlalu besar dan sukar dibawa dan juga jumlah airnya pun tidak terlalu banyak mahupun sedikit.
Secara khusus, anda perlu pilih sendiri mengikut kemampuan untuk membawanya dan keperluan anda dengan pengambilan air yang banyak atau sedikit. Jom lihat senarai botol air terbaik untuk anda dengan harga ikut bajet;
10 Jenama Botol Air yang Bagus dan Selamat
Bagi anda yang mementingkan kualiti dan keselamatan semasa menggunakan botol air, apa kata anda cuba produk Elianware Water Tumbler ini. Ianya juga diperbuat dari plastik yang selamat digunakan, tidak bertoksik, tidak berbau dan bebas dari BPA. Selamat untuk dimasukkan ke dalam microwave tanpa menyebabkan plastik botol air ini kemek atau mencair.
Untuk anda yang menggemari produk tahan lasak, kami cadangkan anda cuba botol air iDrop ini dimana ianya diperbuat dari stainless steel campuran PP yang tahan lasak dan berkualiti. Ia juga mempunyai rekabentuk ergonomik dan mudah dibawa kemana-mana dengan isipadu sehingga 750ml, pastinya sebuah botol air yang segak dan lasak untuk tuan yang serupa.
Botol air yang boleh dilipat? Bunyinya macam mustahil tetapi tidak dengan botol minuman AONIJIE ini, anda boleh kemana-mana dengan mudah. Setelah selesai minum, anda boleh lipatkan sahaja botol anda dan letakkannya di dalam poket.
Diperbuat dari Thermoplastic Polyurethane yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan menjamin keselamatan pengguna.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil, nak suruh mereka minum air kadang-kadang sangat mencabar kan? Dengan botol air We Bare Bears keluaran Miniso ini, si kecil pasti terpikat dengan kecomelan karakter kartun kegemaran mereka. Ianya berisipadu 380ml, kecil dan mudah dibawa kemana-mana.
Ia juga dibuat menggunakan plastik tanpa bahan kimia berbahaya bagi menjamin kesihatan anak anda. Cumanya, ia tidak sesuai untuk air yang terlalu panas dan anda perlu pastikan ia selalu dibasuh dengan sabun bagi membasmi pembiakan bakteria.
Bagi anda yang lebih cermat dan mementingkan kualiti setiap teguk air anda. Kami cadangkan kepada anda botol kaca keluaran Eplas ini kerana kaca tidak menyimpan bau yang tidak menyenangkan dan payah untuk lekat kotoran. Kaca Borosilikat yang digunakan juga merupakan dari kualiti terbaik yang tahan perubahan suhu yang mendadak.
Anda boleh gunakan botol ini samada di tempat kerja atau kuliah sambil kekalkan hidrasi sepanjang hari.
Bagi anda yang mementingkan kualiti lebih dari segalanya, botol air keluaran Hydro Flask ini sememangnya simbol kepada kualiti terjamin. Ia diperbuat dari stainless steel yang tidak mudah kemek seperti aluminium untuk menjamin ketahanan asas. Ia juga mempunyai penebat haba bagi mengekalkan kesegaran minuman anda, disamping mempunyai rekabentuk yang selesa.
Anda juga boleh menukar-nukar penutupnya untuk kesesuaian anda dengan pilihan penutup flex dan sport. Sememangnya botol mesra pengguna!
Botol air memakan terlalu banyak ruang dalam beg anda? Jangan risau! Dengan botol air collapsible keluaran Eplas ini, anda boleh mengempiskannya setelah selesai minum untuk disimpan dengan penjimatan ruang yang banyak. Ia diperbuat dari silikon yang selamat untuk digunakan serta tahan haba dan sejuk.
Indahnya hidup kalau sesampai sahaja di pejabat, anda dapat mencicip kopi panas bagi menghilangkan letih perjalanan anda. Dengan Thermos Thermocafe ini, anda dapat memastikan minuman anda sentiasa panas walau dimana saja anda berada.
Ianya mampu menahan haba selama lebih kurang 6 jam dengan material tahan lasak, Type-304 stainless steel. Ianya pilihan yang selamat untuk air panas.
Bagi anda yang lebih selesa menyimpan air dalam kuantiti yang banyak sekalgus, anda boleh dapatkan Fridge Water Bottle Keluaran Tupperware ini. Ianya diperbuat dari plastik mesra pengguna tanpa bahan kimia BPA dan berisipadu 2 liter dengan rekabentuk yang memudahkan penyimpanan di dalam peti ais.
Pembelian anda juga akan dilengkapi dengan ‘pouch’ untuk membolehkan anda membawa botol air tersebut kemana-mana dengan mudah.
Bagi anda yang menggemari aktiviti luar dan lasak seperti hiking dan jungle trekking. Botol minuman Klean Kanteen ini sememangnya antara barang yang anda wajib ada. Ia mampu menyimpan haba sehingga 24 jam untuk cuaca yang sejuk, lama kan?
Bukan itu sahaja ia juga dibuat dari material yang tahan lasak dan selamat. Kelebihan botol air ini adalah ia mempunyai tempat penyangkut pada penutupnya untuk mengelakkan dari terjatuh.