Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Kamera DSLR Terbaik Untuk Beginner di Malaysia 2024

Mulakan langkah didalam dunia fotografi dengan kamera yang sepadan.

DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex dan kamera ini merupakan alat penting buat mereka yang menceburi dalam bidang fotografi.

Tapi bagi mereka yang beginner, untuk memilih kamera DSLR yang tepat dan sesuai bukan satu perkara yang mudah.

Ini kerana setiap kamera DLSR direka dengan spesifikasi dan jenis yang berbeza mengikut tahap pengetahuan seseorang.

Selain itu, terdapat juga pelbagai jenama kamera dengan harga kamera yang berbeza dan ciri-ciri berlainan membuatkan anda sedikit sukar untuk buat pilihan.

Jadi untuk memudahkan kerja anda, kami senaraikan jenis kamera DSLR yang sesuai untuk beginner dan sesuai juga dijadikan sebagai professional camera.


Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Pakar
Juru Gambar Profesional & Visual Artis

Khairul Azfar chevron_right

Khairul Azfar merupakan seorang juru gambar professional yang telah menceburi bidang fotografi sejak di bangku sekolah. Mula menda ...

Aspek Penting Bagi Beginners Dalam Bidang Fotografi

Bagi anda yang sudah mula berminat untuk mendalami bidang fotografi, tentu anda tertanya-tanya aspek apa yang penting untuk anda tahu sebagai seorang pemula.

Jom lihat apa kata Expert kami mengenai ini:

Juru Gambar Profesional & Visual Artis

Khairul Azfar

Selain daripada minat, memahami asas-asas fotografi adalah salah satu aspek penting dalam bidang ini. 

Ini termasuk pengetahuan tentang komposisi, pencahayaan, dan teknikaliti kamera itu sendiri. 

Secara asasnya, kalau kita nak perbaiki kualiti dan kebolehan kita, perlulah kembali kepada asas dan juga perlu mempunyai kesabaran serta konsisten berlatih.


Tips Pemilihan Kamera DSLR Untuk Beginner

Bagi anda yang baru nak dapatkan kamera DSLR, baca je tips dibawah:

  • Bajet

Kamera DSLR terbaru boleh didapati pada harga bawah RM2000. 

Kalau nak lagi jimat dan anda masih lagi baru dalam bidang fotografi beli je kamera secondhand dari laman Carousell.

  • Sistem autofokus

Berikan keutamaan pada kualiti autofokus kerana sistem autofokus akan membantu anda mengesan subjek terutamanya dalam aktiviti sukan atau filem aksi.

  • Sensor

Terdapat dua sensor utama dalam kamera iaitu full frame dan crop. Full frame akan merekod full frame dan view lebih luas.

Manakala, crop sensor akan crop gambar dan gambar lebih zoom in atau lebih kecil.

  • Megapixel & ISO

Pilih kamera dengan resolusi megapixel tinggi untuk kualiti gambar yang bagus dan ISO yang lebih tinggi membantu dalam situasi cahaya rendah.

  • Shutter 

Kelajuan shutter yang cepat bagus untuk tindakan menangkap subjek bergerak laju atau aksi pantas.

  • Kemampuan video

Bagaimanapun, kami juga turut mendapatkan sedikit input mengenai tips ini dari Expert kami:

Juru Gambar Profesional & Visual Artis

Khairul Azfar

Tip saya untuk memilih DSLR yang sesuai untuk anda adalah seperti berikut:

  • Kamera DSLR dibina dengan spesifikasi yang berbeza untuk memenuhi pelbagai kegunaan, seperti fotografi, videografi, atau kedua-duanya. Jika anda masih tidak pasti tentang bidang mana yang ingin diceburi, pilihlah kamera yang menawarkan kedua-dua kelebihan supaya anda boleh bereksperimen dan membina minat anda dari situ.
  • Senaraikan beberapa kamera daripada jenama dan model yang berbeza yang sesuai dengan keperluan anda. Kajilah ulasan-ulasan kamera yang disenaraikan tersebut untuk membuat keputusan yang berinformasi.
  • Menetapkan bajet sebelum buat pembelian akan membantu anda mengecilkan pilihan dan sehingga akhirnya jumpa pilihan berbaloi.
  • Pilihlah jenama yang menawarkan pelbagai lensa dan aksesori untuk mempersiapkan kamera anda untuk kegunaan masa akan datang.
  • Kecilkan lagi pilihan anda dengan menguji kamera-kamera di kedai untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dengan ciri-ciri dan kesesuaian ergonomiknya di tangan anda.

Sebelum membeli kamera, tanya diri anda apakah tujuan asal untuk mendapatkan kamera. Adakah untuk merakam video atau mengambil gambar sahaja?

Apa-apa pun, jom lihat video tips pilih kamera di bawah:


Nikon Atau Canon Mana Lebih Mesra Beginner 

Secara kesimpulannya kedua-dua jenama yang mendominasi dunia kamera DSLR ini mempunyai kamera yang bagus dan sesuai untuk beginner.

Kedua-duanya mempunyai model kamera mesra beginner yang kompak dan mudah dikendalikan oleh mereka yang baru ingin berjinak dalam dunia fotografi.

Kedua-dua jenam memberi fungsi dan hasil yang hampir sama, cuma apa yang membezakan antara Nikon dan Canon hanyalah button layout dan internal menu setup.

Bagaimanapun, ini pula pendapat daripada Expert kami mengenai pertembungan dua jenama ini:

Juru Gambar Profesional & Visual Artis

Khairul Azfar

Kedua-dua jenama menawarkan pelbagai kamera DSLR yang sesuai untuk beginner

Pilihan antara keduanya akan bergantung terutamanya pada keperluan dan keutamaan anda. 

Jenama-jenama besar ini menghasilkan kamera berkualiti tinggi dengan sokongan customer service yang kukuh dalam perniagaan pengeluaran kamera. 

Tidak sukar untuk memilih antara kedua-dua jenama ini kerana mereka adalah perintis dalam pasaran fotografi. 

Masing-masing mempunyai sistem kamera unik dengan banyak ciri yang memenuhi keperluan jurugambar pelbagai bidang di seluruh dunia.

Jadi, perlu mengikut pada keperluan dan bajet anda untuk memilih antara dua jenama kamera ini kerana kedua-duanya memang sesuai.

Maka sama ada Canon atau Nikon, terpulang pada pilihan sendiri.


Berbaloi Atau Tidak Membeli DSLR Untuk Beginners?

Bidang fotografi ini bukanlah bidang yang murah kerana anda memerlukan belanja yang tinggi untuk membeli kamera yang sesuai, tidak termasuk aksesori tambahan.

Jika sekali dengan aksesori tambahan, kosnya boleh mencecah belasan ribu, malah puluhan ribu pun ada bagi yang sudah mencapai tahap profesional.

Berbaloi atau tidak, ini kata Expert kami:

Juru Gambar Profesional & Visual Artis

Khairul Azfar

Membeli kamera DSLR untuk beginner akan berbaloi jika anda benar-benar minat untuk mempelajari seni fotografi. 

Walau bagaimanapun, ia juga bergantung pada komitmen anda untuk menguasai kemahiran fotografi dan mempraktikkannya. 

Jika seseorang hanya ingin mengambil gambar secara santai, maka telefon pintar atau kamera kompak sudah memadai.

Jadi, pembelian DSLR ini akan jadi berbaloi jika anda benar-benar serious mahu mendalami seni fotografi dan menjadikan ia sebagai kerjaya anda.


Senarai 10 DSLR Terbaik Untuk Beginner

*PERHATIAN: Jenama kamera DSLR yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Khairul Azfar, kecuali dinyatakan.*

Kamera dslr terbaik secara keseluruhan
Canon EOS 1300D
Canon
Kamera DSLR murah
From
RM1,699.00
Check Canon EOS 1300D price below:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Kualiti gambar dan video yang baik
add_circle Mudah digunakan oleh beginner
remove_circle Model lama

Sebab menjadi pilihan utama:

Walaupun murah, kamera DSLR ini mampu menghasilkan kualiti gambar yang hampir setanding dengan kamera mahal.

Ciri-ciri:

Siapa kata kamera murah tak berkualiti? Dengan bajet kurang dari RM2000, ditambah dengan skill fotografi anda boleh memiliki DSLR. 

Produk dari Canon ini boleh menghasilkan kualiti gambar dan prestasi setanding kamera yang mahal.

Mudah dikendalikan menjadikan anda yang baru dalam dunia foto mudah belajar menggunakan kamera DSLR ini.

Malah dilengkapi sensor APS-C 18MP serta mampu merekod video 1080p pada kelajuan 30fps, shutter speed boleh mencapai sehingga 1/4000 second dengan ISO diantara 100 hingga 6400.

Berat kamera termasuk bateri hanya 485gram dan mempunyai paparan LCD untuk tetapan dan melihat hasil gambar.

Review:

“Performance memang mantap, kualiti gambar memang power, sangat berbaloi.”

Kamera DSLR untuk video
Canon EOS 800D DSLR
CANON
From
RM2,799.00
Check Canon EOS 800D DSLR price below:
add_circle Kualiti video yang baik
add_circle Skrin LCD yang besar
add_circle Terdapat built in mikrofon
add_circle Mempuyai auto face detection
remove_circle Model lama

Buat penggemar videografi atau yang ingin menjadi YouTuber, kamera ini merupakan pilihan terbaik.

Kamera ini dilengkapi dengan skrin sebesar 3 inci untuk anda melihat paparan video.

Bahagian sistem autofokus mempunyai dual piksel 45 point dimana membolehkan anda mengambil video dengan lebih tajam walaupun dalam keadaan bergerak.

Sebagai pelengkap kepada aktiviti videografi, kamera ini juga mempunyai auto-face detection dan built-in microphone.

Dua fungsi ini pastinya dapat membuatkan penggambaran anda menjadi awesome!

Kamera DSLR yang ada WiFi
Canon EOS 250D DSLR Camera with 18 – 55mm Lens
Canon
From
RM2,988.00
Check Canon EOS 250D DSLR Camera with 18 – 55mm Lens price below:
add_circle Ringan
add_circle Harga berpatutan
add_circle Terdapat sambungan WiFi
add_circle Mempunyai fungsi touch screen
add_circle Kualiti video dan gambar yang baik
remove_circle Autofokus terhad

DSLR ini merupakan antara yang mempunyai sensor terbaik iaitu APS-C 24.1MP.

Lengkap dengan sambungan WiFi yang pantas untuk memudahkan anda memindahkan gambar tanpa memerlukan cable

Kamera ini digelar intuitive DSLR kerana badannya lebih kecil dan ringan berbanding DSLR lain dengan berat hanya 451 gram sahaja(tanpa lens). 

Julat ISO kamera ini adalah 100 hingga 25600 dan kualiti rakaman video boleh mencecah sehingga 4K Full HD.

Kamera ini juga mempunyai fungsi touch screen.

Kamera DSLR Sony untuk pemula
SONY Alpha A7 DSLR Camera
SONY
From
RM4,036.00
Check SONY Alpha A7 DSLR Camera price below:
add_circle Sesuai untuk penggambaran waktu malam
add_circle Video yang stabil
remove_circle Tiada built in flash

Jika anda menggemari shooting pada waktu malam atau dalam keadaan gelap, kamera ini pilihan yang baik. 

Ini kerana DSLR Sony ini mempunyai 24.3MP Full-Frame Exmor CMOS Sensor untuk membantu memberi imej yang lebih terang walau dirakam dalam keadaan low light. 

Kamera ini juga dilengkapi beberapa ciri menarik seperti BIONZ X Image Processor dan 5-Axis SteadyShot untuk video dan imej lebih stabil.

Kamera DSLR untuk beginner
Nikon D3500
Nikon
From
RM2,048.00
Check Nikon D3500 price below:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Terdapat bluetooth
remove_circle Optical viewfinder kecil
remove_circle Tiada mod HDR

Direka khas untuk mereka yang baru menceburi bidang ini kerana merupakan kamera DSLR yang mudah dikendalikan.

Mempunyai sensor DX 24.2 MP yang boleh memberikan hasil gambar menarik walau dalam keadaan gelap.

Bacaan shutter speed boleh mencapai sehingga 1/1400 dengan ISO 100-26500 dan turut dilengkapi dengan guide dan special effect.

Kamera in jugai berkemampuan merakam video 1080p serta mempunyai sambungan Bluetooth. 

Kamera DSLR terbaik untuk fotografi
Nikon D5600 DSLR Camera with 18 – 55mm Lens
Nikon
From
RM3,208.00
Check Nikon D5600 DSLR Camera with 18 – 55mm Lens price below:
add_circle Touch screen
add_circle Kualiti imej yang baik
add_circle Mempunyai sambungan WiFi, Bluetooth dan NFC
remove_circle Live view focus perlahan

Dengan sensor CMOS sehingga 24.2 mp dan pemproses imej Expeed 4 dan julat kepekaan daripada ISO 100-25600.

Jadi sesuai untuk pelbagai keadaan pencahayaan.

Dengan gabungan sensor dan pemproses juga menyokong penangkapan berterusan sehingga 5 fps untuk menangkap imej aksi yang bergerak.

Kamera ini juga berupaya merakam video dengan kualiti sehingga 1080pdan bahagian skrin menggunakan sistem fungsi touchscreen.

Selain itu, mempunyai fungsi snapbridge yang membolehkan sambungan Bluetooth untuk pemindahan data tanpa wayar ke peranti mudah alih.

Ia juga turut mempunyai WiFi dan NFC untuk pemindahan fail yang besar. 

Kamera DSLR terbaik untuk wedding
Canon EOS 90D
Canon
From
RM6,388.00
Check Canon EOS 90D price below:
add_circle Resolusi imej yang tinggi
add_circle Video kualiti tinggi
add_circle Low Noise
remove_circle Harga mahal

Dengan sensor CMOS dengan resolusi 32.5, pastinya memberi penghasilan imej yang berkualiti tinggi.

Sangat sesuai untuk digunakan ketika oleh wedding photographer atau event photographer.

Dengan sensor yang dikemas kini, mampu menghasilkan imej beresolusi tinggi dengan ISO sehingga 25600.

Mempunyai ciri low noise jadi sesuai untuk bekerja dalam pelbagai situasi.

Tambahan lagi, mampu menghasilkan video yang sharp dan detail dengan kualiti 4k pada 30fps.

Kamera ini juga turut dilengkapi dengan WiFi dan Bluetooth untuk memudahkan photographer memindahkan data dengan pantas ke peranti mudah alih.

Kamera DSLR untuk live streaming
Canon EOS 850D
Canon
Canon EOS 850D
From
RM3,888.00
Check Canon EOS 850D price below:
add_circle Kualiti imej yang baik
add_circle Autofocus yang pantas dan tahan
add_circle Kualiti video yang baik
remove_circle Badan dibuat daripada plastik

Kamera DSLR ini menawarkan fungsi yang seakan kamera high end dengan harga yang berpatutan.

Bahagian autofocus kamera ini merupakan antara yang terbaik dan mampu memberi kualiti gambar dan video yang baik.

Denga CMOS sensor sehingga 24.1 mp, kamera ini mampu merakam video dengan kualiti mencecah 4k.

Selain itu kamera ini dilengkapi dengan fungsi touch screen dan paparan LCD vari-angle yang membuatkan mudah dikendalikan. 

Kamera DSLR bawah RM2000
Canon 3000D
Canon
Canon 3000D
From
RM1,299.00
Check Canon 3000D price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Control layout yang logical
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Sensor resolusi yang kecil

Dengan harga mampu milik dan pengendalian yang mudah, kamera ini sesuai untuk pelajar yang baru menceburi dalam bidang fotografi.

Walaupun kamera ini mempunyai fungsi asas saja tapi dilengkapi dengan APS C Size CMOS sensor 18mp dengan ISO dalam lingkungan 100-6400.

Kamera ini juga turut mempunyai 9 point autofocus dan menyokong continuous shooting sehingga 3fps.

Malah lengkap dengan fungsi WiFi untuk pemindahan data dan control layout yang logical membuatkan lebih mudah dikendalikan oleh orang yang baru belajar.

Kamera DSLR profesional terbaik
Sony Alpha a6000
Sony
Sony Alpha a6000
From
RM2,499.00
Check Sony Alpha a6000 price below:
add_circle Menggunakan sensor 24 megapiksel
add_circle Sony E-mount yang versatil
add_circle Sony autofokus terbaik dalam pasaran
remove_circle Tidak boleh rekod 4K
remove_circle Tiada stabilization

Sony Alpha a6000 hadir dengan sensor CMOS HD APS Exmor™ 24.3MP dan enjin BIONZ X™, kamera ini mampu menghasilkan kualiti imej yang menakjubkan dan butiran terbaik dalam setiap gambar.

Sama ada anda mengambil gambar pemandangan atau potret, sistem Autofokus Hibrid Pantas memastikan fokus yang tepat dan pantas.

Selain itu, kamera Sony ini juga mempunya sistem lensa tukar ganti E-mount yang versatil, membolehkan anda menyesuaikan diri dengan apa jua situasi penggambaran.

Ambil kawalan penuh ke atas fotografi anda dengan tetapan manual, dan juga dengan WiFi dan NFC One-touch.

Sama ada anda seorang juru gambar profesional berpengalaman atau baru nak mula dalam bidang fotografi, Sonny Alpha a6000 memberikan anda kebolehan terbaik sebagai photographer.


Komponen Utama Kamera DSLR

Bagi mereka yang baru saja berjinak dalam dunia fotografi, anda perlu tahu komponen utama kamera DSLR.

Barulah tak lost bila guna kamera jenis ini. Jom lihat komponen utama yang ada di kamera DSLR.

  • Kanta/lensa (Lens) – Berperanan membentuk imej ke filem.
  • Aperture – Mengukur keluasan iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka bermakna lebih banyak cahaya yang masuk. 
  • Aperture besar diwakili oleh nombor kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor besar seperti f/16.
  • Shutter – Merupakan sebuah tingkap yang  akan terbuka apabila setiap butang pengatup shutter ditekan untuk  mengambil gambar. Pengatup berperanan untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera.
  • Pelepas Shutter  – Butang pelepas shutter untuk mengambil gambar
  • Kawalan kelajuan Shutter – Kelajuan diukur dengan pecahan per saat seperti: 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500 dan  1/1000 sesaat. 1/1000 merupakan kelajuan paling cepat berbanding 1/30.
  • Viewfinder – Tingkap penilik pandangan sebagai frame gambar.
  • LCD Screen - Untuk melihat paparan gambar dan tetapan kamera
  • Shutter Release - Komponen tombol yang kebiasaannya bercirikan half-press (tekan separuh untuk fokus) dan full-press (tekan penuh untuk rakam).
  • FlashLight Plug - Komponen plug untuk meletakkan FlashLight.
  • Tripod Plug - Komponen plug untuk meletakkan tripod
  • Memory Slot - Komponen untuk memasukkan Memory Card.
  • Battery Slot - Komponen untuk memasukkan Battery.
  • Dial Mode - untuk menentukan kaedah melaraskan kawalan ke atas proses rakaman foto.

Walaupun simbol yang digunakan berbeza dari satu jenama ke jenama yang lain, fungsi yang disediakan hampir sama.


Kelebihan Kamera DSLR

Antara kelebihan kamera DSLR ialah anda boleh menghasilkan gambar berkualiti dan beresolusi tinggi.

Sensor gambar yang besar menangkap lebih cahaya dan kawalan manual yang mudah dilaraskan memberikan hasil bergred profesional.

Pelbagai lensa boleh digunakan untuk pelbagai jenis pengambaran seperti landskap, potret dan makro.

Berbanding kamera miroless, kamera DSLR mempunyai optical viewfinder yang mengelakkan rakaman ralat apabila merakam subjek yang dekat atau dalam cahaya terang.

Selain itu, ciri autofokus dan kelajuan pendedahan yang cepat pada kamera DSLR membolehkan penangkapan momen dengan tepat dan sesuai untuk aksi pantas.

Badan kamera DSLR juga tahan lasak, ringan dan mudah dibawa dalam beg.

Jadi anda boleh merakam gambar atau video kenangan ketika majlis-majlis penting, vlog atau melancong.


Artikel Berkaitan

End of Article