Rumahku Syurgaku, pastinya kita inginkan suasana rumah yang kemas, aman dan selesa betul tak?
Jadi, penggunaan jenama cat rumah yang bagus sangat penting dan ada banyak cat rumah yang menarik dengan warna cat rumah terkini, berkualiti dan cantik di pasaran.
Bukan apa, bayangkan dari pejabat, penat dengan kerja, bila balik tengok cat dinding cantik, serba sedikit mesti rasa kurang rasa penat badan tu.
Tapi macam mana nak tahu brand dan jenis cat apa yang bagus dan berkualiti terutama bahagian ruang tamu, dapur dan luar rumah?
Harga cat rumah juga tidaklah murah, terutamanya untuk cat rumah moden atau cat rumah terkini dengan teknologi baru.
Kita mestilah nak pilih cat rumah cantik dengan pilihan warna cat luar rumah atau dalam, dan pastinya jenis cat rumah yang betul.
Jom kita tengok senarai cat rumah terbaik dan pilihan warna cat dalam rumah yang sesuai untuk jenis setiap ruang kediaman anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Jenama Cat Rumah Cantik Terkini
Sebab menjadi pilihan utama:
JOTUN Majestic True Beauty Matt mampu menjadikan ruang dalaman rumah anda kelihatan eksklusif serta mewah.
Ciri-ciri:
Cat ini dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang boleh berikan sentuhan kemewahan pada ruang dalaman rumah anda.
Dengan palet yang luas, mengandungi warna-warna yang kaya dan cerah, cat premium ini pasti membuatkan anda terasa seperti tinggal dalam tempat mewah.
Antara kelebihan cat ini adalah ia mempunyai komponen yang bertindak sebagai anti kulat dan bakteria, menjadikan kerja pembersihan dinding rumah menjadi mudah.
Cat dari JOTUN ini menggabungkan teknologi eksklusif TrueColour, iaitu formulas unik dari bahan berkualiti tinggi yang menjamin warna yang tepat, konsisten, dan tahan lama.
Review:
“Cat yang baik, tidak cair dan tidak terlalu pekat, dan tidak berbau. Keluarga sangat suka, termasuk jiran pun suka. Warna menyejukkan mata, nanti boleh repeat lagi.”
Jika anda ingin mengekalkan warna dinding kayu untuk rumah kampung, sebaiknya gunakan cat varnish yang berona kekayuan.
Bukan apa, cat ini dapat menjaga kualiti kayu berbanding anda menggunakan cat dinding biasa yang mungkin akan menampakkan kayu anda kelihatan pelik.
Cat ini mempunyai cirinya tersendiri antaranya kalis air dan juga anti-fungus.
Jadi, rumah kayu anda akan tahan lebih lama dan kelihatan seperti baru.
Dulux Inspire Interior merupakan cat yang berkualiti tinggi dan tahan lama kerana menggunakan teknologi Chroma Brite.
Dimana teknologi ini untuk memastikan rumah anda kelihatan baru dan lebih segar untuk masa yang lebih lama.
Cat ini memberi kemasan kilauan yang licin dan memberi selaput permukaan yang baik.
Malah melalui teknologi yang digunakan, warna cat ini jauh lebih cerah berbanding cat biasa.
Antara kelebihan cat ini adalah bau yang tidak kuat jadi tak perlu pening ketika mengecat rumah.
Cat ini mempunyai lebih 80 pilihan warna dan anda pasti menjumpai warna sesuai dan menarik untuk ruang rumah.
Cat ini berasaskan air dan jika mempunyai kotoran seperti diconteng dengan anak kecil, lap saja dengan air.
Jangan risau, warna cat tidak akan luntur atau terkopek.
Selain itu, cat ini kurang berbau kerana tidak mengandungi lead dan merkuri. Paling penting, anti bakteria.
Cat dinding dari jenama Sancora ini mempunyai tekstur untuk dinding rumah bahagian dalam kerana mempunyai beberapa ciri yang khas.
Antaranya mempunyai cairan yang mudah melekat secara menyeluruh pada permukaan dinding.
Anda juga tak perlu risau jika cat dinding ini tidak bertukar setiap tahun kerana bersifat anti kulat.
Paling penting, cat Sancora Silverlite Wall Emulsion Paint ini mempunyai wangian lemon jadi tidak perlu lagi pewangi rumah kerana cat dinding anda mengeluarkan bau tersebut.
Tekstur cat Vinyl Glow dari KCC seperti mutiara dan secara tidak langsung apabila cat ini disapu pada dinding, ruangan rumah anda kelihatan berkilau dan berseri.
Cat ini berbeza dengan cat rumah yang lain kerana tiada campuran bahan merkuri atau plumbum tapi jangan risau, cat KCC jenis ini tidak mengeluarkan bau yang busuk.
Paling penting, cat ini boleh dilap atau dipadam jika si kecil conteng atas permukaan cat.
Anda tak perlu risau untuk membilas cat lagi untuk menutup kesan conteng.
Bagi yang tidak tahu, cat Economy Undercoat merupakan bilasan cat sebelum membilas warna cat yang lain.
Tekstur cat jenama Nippon Paint Economy Undercoat ini berasaskan alkali dan diubah suai kepada tekstur minyak bagi memudahkan proses pengeringan.
Jangan risau, cat ini tidak mempunyai campuran plumbum atau merkuri dan tahan lama.
Cat ini khas untuk mengecat perabot dan kayu.
Tempoh masa cat ini untuk kering sebelum membilas warna cat yang baru adalah 4 jam.
Selalunya cat ini digunakan pada banggunan yang besar dan tinggi bagi mengelakkan daripada kebakaran yang teruk.
Tapi jika anda mementingkan keselamatan rumah, cat Seamaster Fire Proof Paint Coating Water Base adalah pilihan yang terbaik.
Cuma jangan salah faham, cat ini hanya mengurangkan rumah anda terjejas dari terbakar, bukan menghalang dari tidak terbakar.
Apabila dinding rumah terdedah dengan api, anda akan dapat lihat bahagian cat ini mengeluarkan buih karbon mikro dimana akan bertindak mengurangkan rumah terbakar teruk.
Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion merupakan pilihan terbaik anda untuk cat rumah yang berkualiti tinggi dengan harga murah.
Cat ini dirumus khas untuk meningkatkan dan melindungi pelbagai permukaan, termasuk dinding batu, siling, dan papan gentian.
Selain itu, cat ini mudah digunakan dan akan memberikan anda hasil cat yang cantik dan menyeluruh.
Cat jenama Nippon Paint ini memberikan hasil yang memuaskan tanpa membebankan anda, menjadikannya pilihan terbaik.
SYK Seamaster Wall-Tex boleh jadi pilihan utama anda untuk mendapatkan kemasan matte yang menakjubkan pada dinding dalaman rumah anda.
Cat dari Seamaster ini bukan sahaja direka berkualiti tinggi, tetapi cat ini juga tidak akan membebankan anda kerana harganya murah.
Selain itu, cat ini juga boleh menghalang kulat dan alga dari naik ke permukaan dinding rumah anda.
Jika anda mahu cat dinding rumah kayu, anda boleh gunakan cat Seamaster ini kerana ia turut sesuai digunakan pada permukaan kayu.
Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan primer untuk kesan yang lebih optimum.
JOTUN Jotaplast Max boleh dikatakan sebagai cat serbaguna yang menawarkan pilihan warna menarik.
Cat ini mampu untuk menyembunyikan sebarang kesan calar atau kecacatan pada dinding dengan baik bagi memastikan permukaan dinding nampak sempurna.
Cat jenama JOTUN ini juga boleh meliputi kawasan permukaan yang lebih luas dengan penggunaan cat yang sedikit, menjadikannya pilihan yang cekap dan menjimatkan.
Selain itu, ia juga mudah digunakan dan sesuai digunakan bagi anda yang baru membeli rumah dan mahu mencantikkan ‘casa impian’ anda.
Jotun Essence Cover Plus merupakan satu cat emulsi akrilik berasaskan air yang sempurna untuk dinding, siling, dan permukaan simen rumah anda.
Cat berkualiti tinggi ini menawarkan kemasan halus dan tahan lama serta liputan unggul dengan hanya dua lapisan.
Selain itu, ia dihasilkan dengan formula mudah dibersihkan bagi membolehkan anda menghapuskan kesan degil dengan mudah, menjadikan dinding anda kelihatan bersih.
Jotun Essence Cover Plus juga merupakan cat mesra alam dengan tahap VOC rendah dan bau yang minimum, memastikan pengalaman mengecat yang menyenangkan.
Tambahan lagi, cat ini bebas dari bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat untuk keluarga anda.
Cat Apple EcoPlus merupakan cat ekonomi yang menjimatkan wang anda, boleh mengecat satu rumah anda dengan satu tong cat pada harga murah.
Cat ini juga sesuai digunakan untuk seni mural, dinding dalaman, siling, plaster, kerja bata, dan papan simen.
Dengan formulasi canggihnya, cat Apple EcoPlus memastikan kemasan yang tahan lama dan berkualiti tinggi, serta meningkatkan keindahan ruang anda.
Anatar ciri-ciri utama cat ini adalah:
- Tahan Kulat: Melindungi dinding anda daripada kulat dan cendawan yang tidak diingini.
- Liputan & Lekatan Terbaik: Menyediakan lapisan yang licin dan rata, melekat dengan baik pada pelbagai permukaan.
- Breathable Film: Membenarkan kelembapan keluar, mengelakkan pengelupasan dan gelembung cat.
Cat Apple EcoPlus sempurna untuk aplikasi kediaman dan komersial, serta mesra alam.
KCC Weatherforce 90000 adalah cat luar rumah yang premium, menggabungkan ciri mesra alam dengan ketahanan luar biasa.
Direka untuk melindungi rumah anda daripada sinaran UV berbahaya, kotoran, alga, pengapuran, dan pengelupasan, cat KKC ini memastikan dinding luar anda kekal bersih sehingga 6 tahun.
Warna yang dilindungi UV mengekalkan kecerahan, sementara ciri tahan kotoran dan liputan yang unggul memberikan kemasan yang licin dan tahan lama.
Selain itu, cat ini diperakui oleh SIRIM Eco-Label, menawarkan perlindungan dan kelestarian yang hebat.
Cat KKC ini boleh menjadi pilihan ideal untuk pemilik rumah yang mencari cat luar yang boleh dipercayai.
Bagaimanapun, cat ini hanya terdapat dalam warna putih sahaja.
Nippon Paint EasyWash merupakan cat premium dan juga moden yang memberikan kemasan matt klasik yang licin pada dinding dalaman rumah anda.
Cat ini bebas daripada bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri, diformulasikan khas dengan VOC yang rendah dan bebas Alkyd Phenol Ethoxylate, jadi ia selamat digunakan.
Selain itu, cat ini menawarkan ciri unik iaitu mudah membersihkan kotoran atau kesan contengan pada dinding.
Bayangkan anak kecil pintar anda gemar menconteng dinding, dengan cat ini anda lebih mudah membersihkan kesan contengan tanpa perlu menyental kuat.
Cat ini akan memastikan kemasan yang tahan lama dan cantik untuk dalaman rumah anda.
Cat Majestic True Beauty Sheen dari Jotun ini menggabungkan ciri keanggunan moden dan keselesaan pembersihan mudah, menjadi antara warna dalam rumah terkini di pasaran.
Cat ini berasaskan air yang menawarkan pengalaman warna sejati, membuatkan rumah anda menjadi ruang yang indah dan elegen.
Dengan kemasan yang halus dan mudah diberishkan ini, dinding anda akan meninggalkan kesan yang sangat cantik.
Selain itu, ia mempunyai teknologi eksklusif True Colour™ dari Jotun untuk memastikan warna yang tepat dan seragam.
Ia diformulasikan dengan bahan berkualiti tinggi, juga ditambah dengan EcoHealth™ dari Jotun yang akan memastikan cat ini selamat untuk anda dan alam sekitar.
4 Jenis Cat Yang Anda Perlu Tahu
Apabila ingin memulakan sesi mengecat dinding rumah, paling utama adalah anda perlu tahu jenis cat supaya hasil cat tidak berbelak.
Jenis-jenis cat ini ada tugasannya tersendiri dan perlulah digunakan mengikut peringkat.
Jumlah jenis cat adalah 4 iaitu cat primer, cat undercoat, cat akhir dan cat top coat.
- Cat primer:
Cat ini memberikan daya lekat yang baik.
Jadi sebelum membilas cat yang diingini, bilas cat primer ini terlebih dahulu sebelum memulakan cat yang seterusnya. Cat ini digunakan pada permukaan besi, kayu atau plester.
- Cat undercot:
Cat undercoat atau cat dasar selalunya memiliki tekstur berminyak dan akan dibilas di atas cat primer.
Fungsi jenis cat ini menghaluskan permukaan cat primer serta melindungi cat primer terdedah dengan sinar UV.
- Cat akhir:
Cat akhir atau cat finishing dicat pada proses yang terakhir selepas cat undercoat.
Cat ini berfungsi untuk mencantikkan lagi serta menaikkan seri ruang. Bahagian ini selalunya digunakan pada dinding atau siling atas.
- Cat top coat:
Cat ini paling akhir dibilas kerana mempunyai sistem metalik.
Fungsi top coat ini beri warna cat dinding lebih berkilat dan segar.
Jadi bagi mereka yang inginkan mengecat rumah apa kata tonton dulu video ini dulu untuk mengetahui cara mudah cat dengan betul.
Cara Pilih Cat Rumah
Dengan pemilihan cat yang terbaik, rumah anda akan menjadi lebih menarik dan selesa untuk didiami.
Namun, dengan begitu banyak jenis cat di pasaran, sukar untuk memilih yang terbaik untuk keperluan kita.
Jangan risau, kami akan bantu anda memilih cat yang terbaik untuk rumah anda.
-
Perhatikan kualiti cat
Jika anda ingin memastikan cat rumah anda tahan lama dan mempunyai kemasan yang baik, pastikan anda memilih cat yang berkualiti tinggi.
Jangan terlalu fokus pada harga yang murah kerana biasanya cat yang murah tidak tahan lama dan warnanya cepat pudar.
Oleh itu, pilih cat daripada jenama terbaik pada harga yang berpatutan dan pastikan ia tahan lama.
Dengan cara ini, anda tidak perlu menghabiskan wang dengan mengecat semula rumah anda.
-
Jenis permukaan
Sebelum memilih cat rumah, pastikan anda mengetahui jenis permukaan rumah anda kerana jenis permukaan akan mempengaruhi jenis cat yang sesuai digunakan.
Terdapat beberapa jenis cat iaitu cat berasaskan air, cat minyak, cat epoksi dan banyak lagi.
Jika anda tidak pasti, dapatkan nasihat daripada penjual cat rumah.
-
Warna cat
Warna cat rumah anda boleh memberi impak yang besar kepada suasana rumah.
Anda boleh memilih warna yang sepadan dengan tema, hiasan atau suasana di dalam rumah yang ingin anda cipta.
Tambah lagi, pilih cat yang mesra alam dan tidak mengandungi bahan kimia atau toksik yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda.
-
Kegunaan
Jika anda ingin mengecat dinding luar rumah, pastikan cat luar rumah yang anda pilih tahan cuaca hujan dan panas dan biasanya cat jenis ini lebih mahal berbanding cat biasa.
Sebaliknya, jika anda ingin mengecat bahagian dalam rumah, pilih cat dengan kemasan akhir yang menarik dan ciri teknologi anti stain, jadi si ibu mudah membersihkan kesan contengan anak-anak mereka.
Pilih cat rumah yang mudah digunakan, tidak menyebabkan masalah semasa aplikasi, mudah kering dan tidak meninggalkan kesan berkilat.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Cat Rumah?
Antara kelebihan cat rumah ialah produk ini boleh memperbaiki penampilan rumah.
Dengan cat rumah yang betul, rumah anda akan kelihatan lebih menarik dan nampak selesa.
Anda boleh memilih daripada pelbagai warna dan tekstur untuk mencipta suasana yang sempurna untuk anda dan personaliti anda.
Selain itu, anda boleh ubahsuai rumah dengan kos yang rendah dan mengecat rumah adalah salah satu cara termudah untuk upgrade rupa rumah anda.
Jika anda bosan dengan warna lama atau ingin memberikan dinding anda rupa baru, mengecat rumah boleh memberi impak besar dan menjadikan rumah lebih menarik.
Cat rumah juga membantu melindungi dinding rumah anda mudah rosak akibat hujan dan cuaca panas yang teruk.
Sekaligus, mengelakkan kerosakan pada permukaan rumah anda dan memastikan ia bertahan lebih lama.
Salah satu kelemahan utama cat rumah ialah harga cat rumah yang tinggi, terutamanya cat rumah yang berkualiti tinggi.
Anda juga perlu mempertimbangkan kos pekerja yang terlibat jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk melakukannya sendiri.
Cat rumah boleh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, jadi penting untuk memilih cat yang sesuai untuk bahagian rumah anda.
Tips Memilih Warna Cat
Sebelum anda membuat pembelian cat rumah, anda boleh lihat dahulu tips memilih warna cat yang sesuai dengan rumah atau tema rumah anda.
-
Perhatikan pencahayaan rumah anda
Pertimbangkan cahaya yang masuk ke dalam ruangan rumah anda. Warna cat akan terlihat berbeza dalam cahaya yang berbeza, jadi uji dahulu warna pada dinding dalam keadaan cahaya seperti di rumah anda.
-
Tetapkan tema rumah
Pilih warna yang mencerminkan gaya dan keperibadian anda. Apakah Anda suka penampilan atau mood yang tenang, atau lebih suka warna-warna yang cerah dan berani?
-
Selaraskan dengan dekorasi rumah
Pastikan warna cat sesuai dengan perabut dan dekorasi rumah anda agar setiap ruang rumah anda tidak kelihatan janggal atau tidak blend dengan warna dinding.
-
Pilih Sampel Warna
Sebelum membeli cat dalam jumlah besar, beli dahulu sampel cat kecil untuk dicuba dahulu di dinding. Ini membantu untuk melihat bagaimana warna sebenar dalam konteks rumah anda.
Akhir sekali, jika masih tidak tahu atau keliru untuk memilih warna yang sesuai, anda boleh dapatkan pandangan daripada interior designer yang boleh beri nasihat lebih mendalam terhadap pemilihan cat warna yang sesuai dengan harga cat dinding yang berbaloi.