Gaya Hidup

Sediakan Checklist Lengkap Untuk Kuarantin COVID-19, Luangkan Masa Bersama Keluarga

COVID-19 memberi impak kepada rakyat Malaysia sehingga PKP dikuatkuasakan. Kami sediakan shopping checklist lengkap untuk kuarantin/PKP.


Editor · 24 Mar 2020, 1:37pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sediakan Checklist Lengkap Untuk Kuarantin COVID-19, Luangkan Masa Bersama Keluarga

Gelombang kedua penularan wabak COVID-19 benar-benar memberi impak dan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga perintah untuk mengurangkan pergerakan dikuatkuasakan selama 14 hari.

Perintah ini menegaskan bahawa rakyat haruslah mengehadkan pergerakan dan berkuarantin di rumah masing-masing kecuali terdapat urusan penting untuk diuruskan diluar. Sehubungan dengan itu kebanyakan kita telah pun membuat pembelian stok untuk barangan rumah.

Kandungan

Berapa banyakkah barangan yang diperlukan sepanjang tempoh kuarantin ini dijalankan?

Kita hanya perlu makanan dan barangan dapur yang mencukupi selama 14 hari sahaja. Ianya juga bergantung kepada saiz isi rumah anda. Namun, haruslah diingatkan bahawa tidak sepatutnya berlaku situasi ‘panic buying’ yang menyebabkan orang ramai membeli lebih dari apa yang diperlukan. Jangan anda mementingkan diri dan ingatlah kepada warga tua serta golongan yang lebih memerlukan. 

Kerajaan juga telah menjamin bahawa bekalan makanan akan sentiasa ada dan urusan pembelian barangan dapur masih boleh dijalankan seperti biasa, cuma perlu hadkan sahaja aktiviti yang selalu anda lakukan.

Contohnya, anda tidak boleh ‘melepak’ di kedai mamak atau berlegar-legar di luar selepas membeli barangan. Terus pulang ke rumah masing-masing setelah mendapatkan apa yang diperlukan.

Seiringan dengan itu, kami sediakan senarai barangan penting yang boleh anda stock-up untuk tempoh kuarantin ini. Senarai ini pasti akan mengelakkan anda daripada menjadi panic buyer!

Checklist  Lengkap Semasa Kuarantin/Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  • Air 

Seperti yang kita tahu, virus ini menyerang tekak dan sistem pernafasan. Untuk mengurangkan risiko jangkitan, pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan meminum air masak, sekurang-kurangnya 53 liter untuk tempoh 14 hari.

  • Makanan tahan lama

Makanan yang boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan mudah untuk dimasak.

Makanan dalam tin – mudah dan ringkas 1 daripada 20
Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce
Partnership with Ayam Brand
Dari RM5.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Sardin merupakan makanan dalam tin ‘go-to’ yang wajib ada. Ianya mudah untuk dihidangkan dan boleh diolah menjadi pelbagai bentuk juadah. Disamping itu, ianya juga diperkaya dengan Vitamin B12 dan Omega 3 yang baik untuk kesihatan.

Sediakan hidangan ala-ala Western 2 daripada 20
Prego Spaghetti Sauce Traditional
Partnership with Prego
Dari RM6.37
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kebanyakan sos pasta sebegini boleh dimakan begitu sahaja setelah dipanaskan. Jika anda mahu hidangan yang lebih berkhasiat, apa kata tumis sos ini dengan sayur seperti brokoli, lobak merah atau cendawan. Hidangan ini tidak memakan masa untuk disediakan, namun, tetap enak untuk dinikmati bersama keluarga.

Makanan frozen (sejukbeku) – menu simple untuk hari ini 3 daripada 20
Ayamas Chicken Frankfurters
Partnership with
Dari RM4.69
Lihat harga di Tesco Malaysia

Sosej ayam daripada Ayamas ini tidak mengandungi lemak trans dan diyakini halal. Anda boleh membeli sosej sebagai stok kerana ianya juga boleh disajikan dalam pelbagai cara. Antaranya ialah sosej masak sos dan anda juga boleh membuat roti sosej. Anak-anak pasti suka menikmati juadah berasaskan sosej.

Nikmati juadah petang bagaikan di mamak 4 daripada 20
Kawan Plain Paratha 5 Pieces
Partnership with
Dari RM3.95
Lihat harga di Tesco Malaysia

Tidak perlu lagi pergi ke kedai mamak untuk menikmati paratha. Paratha frozen ini mudah untuk disediakan dan sesuai untuk minum petang. Sajikan dengan kari ayam ataupun sardin goreng untuk hidangan seperti di kedai mamak.

Pastikan stok beras anda mencukupi untuk 14 hari ini 5 daripada 20
Faiza Emas Beras
Partnership with
Dari RM26.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Beras merupakan bahan asas dan wajib ada di dalam isi rumah. Dapatkan beras daripada Faiza untuk kuantiti 10kg dengan harga yang berpatutan. Jika saiz isi rumah sebanyak 4-5 orang, memadailah membeli 1 paket dahulu. Asalkan cukup untuk beberapa hari sebelum anda keluar membeli sebagai stok tambahan.

Sediakan pelbagai hidangan dengan pasta ini 6 daripada 20
San Remo Spaghetti Italian Pasta
Partnership with San Remo
Dari RM4.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda gemar ke dapur, pasti anda tahu bahawa pasta bukan hanya sesuai dijadikan sebagai spagetti, malahan anda boleh mempelbagaikan resipi untuk hidangan dengan menggunakan pasta ini. Hanya rebus pasta dan hidangkan bersama sos spagetti instan. Hidangan ini mudah dan pantas untuk disediakan. 

Selain itu, pasta ini juga boleh dijadikan pasta goreng. Buat para ibu, kala waktu kuarantin ini tunjukkan skil memasak anda bagaikan chef di hotel 5 bintang.

  • Agen pembersih

Pastikan rumah anda sentiasa bersih untuk mengelakkan daripada penyakit berjangkit. Tidak perlu setiap hari tetapi bersihkan rumah anda setiap 2 – 3 hari sekali bagi menjaga kebersihan sekaligus untuk elakkan anasir yang tidak diingini. Ini adalah untuk menjimatkan bahan pembersih agar stok mencukupi selama 14 hari.

Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci tangan 7 daripada 20
Dettol Skincare Anti-Bacterial Hand Soap
Partnership with Dettol
Dari RM9.80
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jadikan amalan untuk membasuh tangan dengan kerap setiap kali sebelum anda keluar dan pulang. Sabun Dettol ini mampu menghilangkan 99.99% kuman dan masih mengekalkan kelembapan kulit. Haruslah diingatkan bahawa mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat lebih berkesan dalam membasmi kuman dan virus. Ianya adalah pilihan utama berbanding menggunakan hand sanitizer.

Maka, anda dinasihatkan untuk mencuci tangan setiap jam bagi mengelakkan dijangkiti wabak penyakit ini.

Kebersihan dalam rumah haruslah menjadi keutamaan 8 daripada 20
Clorox Bleach Total Disinfects Cleans (2L)
Partnership with
Dari RM6.70
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Mydin

Untuk memastikan rumah anda bebas daripada sebarang bakteria atau virus, gunakan bahan peluntur seperti Clorox yang lebih mesra poket berbanding alkohol. Anda hanya perlu menggunakan ratio : 1 cawan Clorox dan 9 cawan air bersih. 

Selain memutihkan pakaian, Clorox boleh digunakan untuk mengelap permukaan, membersih lantai dan macam-macam lagi. Tetapi selepas melakukan bancuhan, pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu. Takut nanti pedih pula terkena kulit. 

Jangan lupa untuk selalu sanitize sebelum dan selepas keluar rumah 9 daripada 20
Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml)
Partnership with Dettol
Dari RM9.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Saiz yang kecil
Tidak melekit
Bau yang agak kuat

Diperkaya dengan Aloe Vera, hand sanitizer Dettol ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya tidak mengeringkan tangan dan tidak melekit setelah dipakai. Tangan akan terasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan kuman.

Disinfectant wipes untuk hapuskan kuman dan bakteria 10 daripada 20
Pureen Antibacterial Wipes
Partnership with Pureen
Dari RM6
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Selain hand sanitizer, pastikan anda mempunyai tisu basah ini. Diformulasi dengan ekstrak Aloe Vera dan timun, mengelap dengan menggunakan tisu ini mampu membunuh 99.9% kuman serta bakteria. Ianya juga diperkaya dengan Vitamin E untuk kebaikan kulit. 

Tisu basah ini sesuai untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak kerana ia bebas alkohol, paraben dan bahan pewangi tiruan.

  • Kesihatan

Pastikan stok barangan ini mencukupi untuk masa-masa kecemasan. Bukan hanya untuk kuarantin selama 14 hari sahaja tetapi bekalan kecemasan harus ada setiap masa.

Bekalan kecemasan yang wajib ada di rumah 11 daripada 20
First Aid Kit 19pcs Lightweight And Durable For Home Emergency
Partnership with
Dari RM18.88
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Kit ini bersaiz kompak dengan casing yang tahan lasak dan kalis air serta mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya mengandungi 19 jenis barangan first aid kit yang asas seperti gauze, disinfectant, bandage, plaster, face mask, patch dan lain-lain lagi . 

Kit ini amat penting dan harus ada di dalam sesebuah rumah bagi menangani kecederaan sebelum mendapatkan rawatan susulan.

Elakkan masalah batuk yang berpanjangan 12 daripada 20
Prospan Cough Syrup
Partnership with Prospan
Dari RM25.54
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi ekstrak herba tradisional
Sesuai untuk semua peringkat umur
Perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering

Ubat batuk ini sesuai untuk seisi keluarga, daripada bayi berusia setahun. Ianya tiada campuran alkohol, gula tambahan dan pewarna. Ubat batuk Prospan ini diperbuat daripada ekstrak daun kering Ivy yang melegakan dan mengurangkan simptom batuk dan sakit tekak. 

Tekak anda tidak akan mudah merengsa atau terasa kering akibat batuk berterusan. Elakkan daripada mendapat simptom yang tidak dikehendaki. Jika anda masih batuk tanpa henti untuk beberapa hari, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Jauhi selesema dengan ubat ini 13 daripada 20
Hurix's 600 Fluaway Capsule Improved
Partnership with
Dari RM9.13
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Buat anda yang mudah dijangkiti selesema, ubat daripada Hurix ini adalah ‘must-have item’ yang perlu ada dalam checklist anda. Ianya menggunakan herba tradisional untuk membantu melegakan ketidakselesaan akibat selsema tanpa menyebabkan rasa mengantuk dan kelesuan. Ubat ini juga digunakan untuk melegakan hidung berair dan tersumbat.

Legakan sakit kepala dengan berkesan 14 daripada 20
Panadol Actifast 10 Tablets
Partnership with
Dari RM9
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh melegakan sakit kepala
Tidak mengganggu perut
Tidak sesuai dimakan oleh individu yang alergi
2 lagi
Harga murah
Tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi

Panadol merupakan ubat tahan sakit paling selamat untuk digunakan. Ianya mampu memberi kelegaan tatkala kesakitan dan demam menyerang. Panadol Actifast ini diserap dua kali lebih cepat dan ianya tidak menyebabkan ketidakselesaan perut walaupun diambil ketika perut kosong.

Sediakan stok pad ini agar tidak perlu keluar membeli 15 daripada 20
Libresse Maxi Non Wing 24cm (3 x 20s)
Partnership with Libresse
Dari RM16.25
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Buat si gadis, jangan pernah biarkan stok tuala wanita terus kosong. Tuala wanita Libresse ini mempunyai Deep Flow Channels untuk menghadapi hari kitaran deras. Teknologi SecureFit pula menjanjikan keselesaan kepada si pemakai agar boleh bergerak bebas sepanjang hari. Sediakan stok untuk kegunaan masa hadapan.

Buat stok untuk keselesaan si kecil menukar selalu 16 daripada 20
Petpet Tape Diapers Mega Pack (S80/M76/L60/XL48)
Partnership with
Dari RM26.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dengan ciri Fast Dry 360 AirThru Comfort, si manja akan berasa kering sepanjang hari. Ianya lembut dan tidak merengsakan kulit. Lampin pakai buang ini direka dengan bijak agar tidak mudah berlaku kebocoran.

  • Hiburan

Untuk mengisi masa lapang, apa kata selitkan sesi game dalam rutin harian anda sekeluarga agar tidak bosan terpaksa memerap sahaja di rumah. Aktiviti sebegini juga mampu menjana minda dan menguji perkembangan otak si manja anda.

Sesuai untuk orang dewasa, masa untuk tunjukkan skil 17 daripada 20
Papan Congkak Bercorak
Partnership with
Dari RM9.60
Lihat harga di Shopee Malaysia

Permainan congkak merupakan  permainan tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Anda boleh meluangkan masa bermain congkak bersama keluarga d irumah dengan set congkak dengan guli ini. Inilah masanya untuk mengasah bakat dan menunjukkan semula skil yang sudah ‘berhabuk’ itu.

Terbaik untuk semua ahli keluarga bermain sekali 18 daripada 20
SPM Compendium Of 30 Multiplayer Board Games (30 in 1)
Partnership with
Dari RM49.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Set permainan board ini mempunyai 6 jenis papan yang memberi 30 jenis permainan berbeza. Ianya sesuai untuk semua pringkat umur. Antara permainan yang ada adalah snake & ladder dan permainan dam. Masa lapang anda tidak akan mengenal erti bosan.

Untuk si kecil asah daya kreativitinya 19 daripada 20
DIY Water Magic Sticky Beads With Accessories Set
Partnership with
Dari RM15.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Buat anak-anak, asah kreativiti dan imaginasi dengan manik berwarna-warni ini. Anda boleh membantu si manja mereka imej kegemaran mereka dengan mudah. Hanya lekatkan manik keatas corak yang dipilih untuk mendapatkan hasil seni menarik.

Buat anak tumpu pada daya fokus dan solving problem skill 20 daripada 20
Small Wooden Puzzle (60pcs)
Partnership with
Dari RM6
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Permainan jigsaw puzzle sebegini membantu mengembangkan minda anak-anak dalam mencari dan memadankan puzzle sehingga lengkap. Set puzzle ini dinomborkan dibahagian belakang buat ibu bapa untuk membantu anak-anak dalam aktiviti ini. Ini untuk menguji daya tumpuan, fokus dan cara menyelesaikan masalah buat si kecil.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation