Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
skincare remaja

10 Produk Skincare Buat Remaja Supaya Tak Ditelan Usia

Penjagaan kulit semestinya bermula dari usia remaja!

Pada peringkat umur 16 tahun ke atas merupakan tahap yang sesuai untuk mengenal pasti basic skincare untuk remaja.

Ini kerana, hormon yang terdapat pada seseorang sedang berubah dan boleh menyebabkan masalah kulit yang dialami menjadi berterusan jika tidak dijaga. 

Jadi kami senaraikan skincare yang sesuai untuk remaja supaya anda boleh cuba dan lihat keberkesanannya pada kulit anda.

Jom lihat senarai berikut.


Senarai 10 Produk Skincare Untuk Remaja

Safi Naturals Facial Moisturiser - Mangosteen & Habbatus Sauda
mulai
RM8.25
Semak Safi Naturals Facial Moisturiser - Mangosteen & Habbatus Sauda harga dibawah:
add_circle Mampu mencerahkan kulit
add_circle Tekstur yang tidak melekit
add_circle Mengandungi estrak manggis
remove_circle Mengandungi pewangi

Sebab menjadi pilihan utama:

Harga jenama keluaran Safi ini sangat berpatutan terutama bagi remaja dan stok mudah didapati secara online atau di drugstore.

Ciri-ciri:

Pelembap muka ini bukan saja sesuai untuk orang dewasa tapi untuk remaja juga sesuai.

Lagipun bagus untuk remaja yang sering terdedah pada sinaran dan kotoran luar yang menyebabkan kulit kusam.

Jadi dengan bahan Niacinamide serba sedikit dapat membantu mencerahkan kulit wajah anda serta meratakan tona kulit.

Tambah pula pelembap ini mengandungi ekstrak manggis yang dapat memberikan keserian pada wajah secara semulajadi. 

Paling utama pelembap ini tidak memberi kesan melekit dan berminyak kerana tektsur pelembap ini seakan watery gel. 

Review:

“Teksturnya yang seperti gel mudah menyerap, membuatkan kulit wajah terasa sejuk dan segar bila dipakai. Walaupun dalam keadaan berpeluh, pelembap ini tidak membuat kulit menjadi berminyak.’’

Skincare untuk remaja lelaki
Nano White
mulai
RM18.00
Semak Nano White Refining Treatment Toner harga dibawah:
add_circle Dirumuskan dengan nanotechnology
add_circle Menggunakan ekstrak bilberry
add_circle Tidak memedihkan
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Size botol agak besar

Toner dari Nano White ini bebas alkohol dan sesuai bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Ini kerana kandungannya dirumuskan dengan nanotechnology, Omega White-C, allantoin, orange extract, lemon extract, dan bilberry extract. 

Semua elemen di atas juga main peranan untuk mengecilkan liang pori, membersihkan kulit wajah dari berminyak tanpa mengeringkannya. 

Bila pori makin mengecil, masalah seperti jerawat juga akan berkurang dan kulit anda bebas minyak. 

Jadi dengan harga yang berpatutan, mudah didapati di drugstore, anda wajib cuba toner dari Nano White ini. 

Skincare routine untuk remaja
Sunplay
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
mulai
RM28.79
Semak Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel harga dibawah:
add_circle Bahan utama seperti Hyaluronic Acid dan Collagen
add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot
add_circle Mempunyai Vitamin B5, C & E
remove_circle Sedikit kering selepas pakai

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian. 

Skincare untuk remaja kulit kombinasi
COSMODERM
serum
mulai
RM30.52
Semak COSMODERM - Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan putih
add_circle Mengurangkan penghasilan minyak
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Teksturnya tak melekit
remove_circle Kulit menjadi sensitif pada sinar UV

Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum serum gel ini berasaskan air dimana dapat mengawal pertumbuhan jerawat.

Malah mempunyai ekstrak buah bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah terutamanya di kawasan T-Zone (dahi, hidung, dagu).

Bahan digunakan adalah AHA, Lemon, Aloe Vera, Fruit Extract  dan Tea Tree Oil untuk menjadikan kulit anda menggelupas.

Tapi jangan risau kerana proses ini membuang sel mati pada wajah sekaligus mengelakkan pori-pori tersumbat sehingga boleh menyebabkan kemunculan jerawat.

Perlu diingatkan, disebabkan produk ini mengandungi AHA, jadi kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar UV.

Apa yang anda harus lakukan adalah sapu sunblock jika menggunakan serum pada siang hari.

Skincare untuk memutihkan wajah remaja
Garnier
mulai
RM21.67
Semak Garnier Light Complete Whitening Serum Cream SPF 19 (50ml) harga dibawah:
add_circle Mengurangkan masalah kulit kusam
add_circle Serap pantas ke dalam lapisan kulit
add_circle Wangian lemon citrus
remove_circle Kulit mudah kering

Krim Garnier Light Complete dengan formulasi baru ini sangat ringan dan mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk beri kesan kulit wajah sihat dan berseri. 

Ini kerana diperkaya dengan ekstrak buah lemon Yuzu yang bertindak untuk memastikan wajah anda bebas dari jeragat dan melembutkan kulit yang kasar. 

Krim ini juga mengandungi Vitamin C dapat menjadikan kulit tampil cerah selepas beberapa hari menggunakannya.

Malah, tiada lagi masalah kulit kusam kerana krim ini dapat bertindak untuk melindungi cela dan parut jerawat yang muncul pada permukaan kulit wajah. 

Jangan risau sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak akan menyebabkan kulit menjadi iritasi terutamanya bagi kulit sensitif dan kering.  

Skincare untuk remaja perempuan
Wardah
Wardah Hydra Rose Gel to Foam Facial Cleanser
mulai
RM11.00
Semak Wardah Hydra Rose Gel to Foam Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Anti penuaan
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
add_circle Mampu melindungi kulit wajah
add_circle Mengatasi masalah kulit kering
add_circle Memberikan kelembapan sehingga 72 jam
remove_circle Mempunyai pewangi

Seawal remaja lagi jenis kulit boleh dikenal pasti jadi anda untuk pencuci muka ini sesuai untuk remaja yang mempunyai masalah kulit kering. 

Mampu mengunci tahap kelembapan pada wajah sehingga 72 jam walaupun selepas membasuh muka.

Kotoran luar secara langsung setiap hari merosakkan tekstur kulit jadi pencuci ini mengandungi antioksidan untuk melindungi kulit wajah.

Rose oil pula bagus untuk merawat masalah kulit kering, kehadiran tanda penuaan. 

Tak kan muda-muda dah ada masalah kulitkan, jadi lindungi kulit anda bermula hari ini.

Skincare untuk remaja 12 tahun
OXY
mulai
RM21.40
Semak OXY 5 Acne Pimple Medication harga dibawah:
add_circle Mengecutkan jerawat
add_circle Benzoyl peroxide membunuh bakteria
add_circle Memudarkan parut hitam akibat jerawat
add_circle Tidak membuatkan liang pori tersumbat
remove_circle Rasa sedikit pedih pada kulit

Jerawat dan remaja terutama perempuan memang tak dapat dipisahkan kerana perubahan hormon. 

Bila ada masalah jerawat, benzoyl peroxide adalah bahan terbaik untuk melawan bakteria yang menyebabkan masalh ini. 

Hanya dengan 3-4 kali penggunaan jerawat mula mengecut, memang cepat produk ini berkesan.

Malah walaupun jerawat dah kecut, anda teruskan pakai sebab parut jerawat hitam juga akan pudar tau. 

Pastikan bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, guna produk ini okay?

Skincare untuk remaja kulit berminyak
Simple
simple micellar water
mulai
RM28.40
Semak Simple Kind To Skin Micellar Cleansing Water (400ml) harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan liang pori tersumbat
add_circle Meningkatkan kelembapan pada wajah
add_circle Tidak menyebabkan iritasi
remove_circle Masih terasa perlu membilas wajah

Pembersih muka atau nama lain adalah micellar water untuk membersih kulit dari bahan kimia kotoran luar. 

Micellar water ini bukan hanya untuk membuang makeup tapi bagus untuk membersihkan kulit wajah seperti mengurangkan masalah kulit berminyak. 

Anda ada masalah kulit kering, perlu cuba micellar water ini kerana 90% mampu memberikan kelembapan pada wajah walaupun seharian diluar. 

Bagusnya produk ini, anda tidak perlu membilas wajah dah tau. Menjimatkan wang dan masa malah berbaloi!

Skincare untuk menghilangkan bekas jerawat remaja
YOU The Radiance White Series Active Night Gel For Whitening Skin
mulai
RM23.92
Semak YOU The Radiance White Series Active Night Gel For Whitening Skin harga dibawah:
add_circle Mengandungi 10x vitamin C
add_circle Mampu mengecilkan pori
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Mempunyai aroma Lavender
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap

Bila rasa kulit kusam, anda disyorkan guna night cream dari jenama YOU ini.

Ini kerana kandungannya terdapat vitamin C ada 10x ganda untuk melindungi kulit dari radikal bebas apabila kulit terdedah.

Kulit kusam serta tona tidak sekata dapat diselesaikan dan ditambah dengan bahan niacinamide dimana dapat memberikan kulit yang glowing.

Malah dengan aroma lavender, serba sedikit dapat membantu memberikan ketenangan ketika tidur.

Skincare untuk remaja 13 tahun
Cetaphil
mulai
RM54.35
Semak Cetaphil Gentle Skin Cleanser (500ml) harga dibawah:
add_circle Tanpa sabun
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk semua jenis kulit

Kulit remaja biasanya masih sihat dan tidak terdedah pada bahan kimia seperti orang dewasa.

Jadi sesuai gunakan Cetaphil kerana berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah dan memberikan kelembapan pada kulit.

Walaupun tidak memberikan sebarang kelebihan lain seperti mencerahkan, tetapi bahannya bagus untuk kulit sensitif hingga normal. 

Paling sesuai untuk kulit remaja yang masih lagi sihat dan tidak mempunyai masalah kulit yang serious.

Rutin Skincare Terbaik Untuk Remaja

Rutin skincare terbaik sama saja untuk semua orang tidak kira untuk remaja, wanita dewasa atau lelak.

Cuma apa yang membezakan adalah kepentingan seseorang mengikut jenis dan masalah kulit yang di alami.

Tapi jika anda igninkan kulit sihat dan bersih, pastikan pilih skincare yang sesuai dengan jenis kulit serta lakukan rutin dengan betul dan konsisten. 

Paling utama ini adalah step yang wajib anda turuti untuk dapatkan hasil yang terbaik.

  • Gunakan pembersih wajah yang mesra untuk semua jenis kulit
  • Pastikan anda guna produk yang mengunci kelembapan wajah
  • Wajib scrub kulit wajah seminggu dua kali
  • Rawat masalah jerawat menggunakan acne cream/toner dan lain/lain skincare
  • Gunakan produk yang mempunyai spf untuk perlindungan sinaran UV
  • Guna micellar water untuk membersih kulit yang kotor akibat persekitaran luar

Nak tahu berkesan atau tidak anda patut cuba tips ini dan pastikan anda tahu jenis kulit anda supaya masalah kulit dapat diatasi.

Jom lihat video di bawah untuk mengetahui skincare routine dengan betul.

Apakah Cara Tepat Untuk Remaja Dapatkan Kulit Bersih?

Kulit sebenarnya terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan sel lemak tisu.

Perubahan hormon menjadi antara penyebab kulit alami masalah seperti jerawat, jeragat, kering dan sensitif.

Kelenjar minyak akan menjadi aktif dan menyebabkan penghasilan sebum berlebihan dari biasa. 

Cara yang tepat untuk remaja mendapatkan kulit bersih daripada cela adalah haruslah rajin ikuti langkah penjagaan kulit dengan betul. 

Bersenam, amalkan diet seimbang dan lindungi kulit dari sinaran UV merupakan antara perkara yang wajib dilakukan agar kulit kekal segar serta bermaya. 

End of Article