Wah, bila nampak je resepi Maggi terus klik ya! Mesti la! Kita sebagai rakyat Malaysia mesti semangat bila waktu hendak menjamu selera. Lagi-lagi Maggi ni sudah menjadi makanan ‘wajib’ rakyat Malaysia. Tapi Maggi kosong biasa je bosan lah kan? Ha, harini jom kita belajar cara-cara nak upgrade resepi Maggi jadi lagi best!
Adakah Maggi baik untuk kesihatan?
Jika diambil secara sederhana, mee segera ini tidaklah mendatangkan penyakit berbahaya dan tidak ada apa-apa kesan kesihatan negatif. Walaubagaimanapun, mee segera adalah sejenis mee kurang nutrisi. Jadi kalau kerap memakan mee segera, anda tidak akan mendapat nutrisi penting sepenuhnya yang akan memberi tenaga, zat besi dan bermacam lagi kebaikan dalam badan anda.
Tambahan pula, penggunaan mee segera yang kerap dapat dikaitkan dengan kualiti diet yang buruk dan boleh meningkatkan lagi risiko metabolic syndrome. Sekali sekala…tidak mengapa. Jom kita belajar cara masak Maggi dibawah!
11 Resepi Maggi Kari Unik dan Sedap
#1 Maggi Kari Goreng Simple
Kalau dah bosan dengan Maggi Kari bersup, cuba lah maggi kari goreng yang ringkas ni. Anda hanya perlukan 4 bahan je untuk resepi ini. Rasa dia pula…kalah Maggi goreng mamak!
Bahan-bahan:
- 2 paket Maggi Kari
- 2 biji telur
- 2 paket perencah Maggi Kari
- 2 batang cili padi
- Sehiris limau nipis
Cara-cara:
- Goreng telur dan masukkan 1 pkt perencah kari Maggi, gaul sampai hancur.
- Masukkan pula mee Maggi yang telah lembut direndam dan satu lagi pkt perencah Maggi.
- Masukkan hirisan cili padi dan jus limau nipis.
- Gaul rata dan sedia dihidang
#2 Maggi Kari Letup Seafood
Ha, resepi ni pula sesuai untuk sesiapa yang sukakan rasa ekstra kari yang penuh ‘kick’. Kalau nak pelbagaikan lagi, cuba lah gabungkan perencah Maggi Kari Letup dengan perencah Mee Goreng Adabi. Lagi Umphh kalau masukkan seafood! Jom baca macam mana nak buat Maggi Kari Letup Seafood!
Bahan-bahan:
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Perencah Mee Goreng Adabi
- Perencah Maggi Kari Letup
- Seafood (Sotong Dan Udang)
- Air
- Tauhu Goreng
- Maggi Kari Letup
- Sawi
- Telur
Cara-cara:
- Tumis bawang-bawang yang dah dihiris.
- Masukkan perencah mee goreng Adabi dan serbuk perencah magi kari letup.
- Kemudian masukkan Seafood. Masak seketika sebelum masukkan air.
- Selepas memasukkan air, masukkan tauhu goreng yang telah dipotong dan mee Maggi yang telah direndam.
- Akhir sekali masukkan sayur sawi dan telur.
- Masak sehingga mendidih, dan boleh dihidang.
#3 Maggi Kari Goreng Basah
Siapa yang gemarkan mee goreng basah atau mee hailam, mesti anda sukakan resepi Maggi yang ini sebab ianya menggunakan sos kicap dan sos tiram. Campur pula dengan perencah Maggi Kari, pehh, memang terangkat!
Bahan-bahan:
- 4 bungkus Maggi Kari
- 2 ketul dada ayam
- 4 ulas bawang putih
- 3 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 cawan air
- Sayuran (sawi, kucai, cili besar)
Cara-cara:
- Mula-mula rendamkan mee Maggi 2 minit dalam air mendidih supaya lembut dan senang untuk digoreng selepas ini.
- Selepas panaskan minyak, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan isi ayam yang dipotong dadu. Kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan perencah Maggi Kari (2 pkt) dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan kicap manis dan sos tiram dan gaul rata.
- Masukkan air, dan biarkan mendidih sebelum masukkan mee Maggi.
- Akhir sekali masukkan sayuran sawi, kucai, cili besar.
#4 Maggi Kari Pedas Dengan Cili Api
Siapa suka kan Maggi Kari pedas-pedas, resepi ni memang untuk anda. Resepi ni menggunakan cili sos dan cili padi untuk rasa pedas yang manis serta berlemak. Tak ada lah bosan sangat kan asyik buat Maggi kosong je. Boleh tambah telur dan sayur kalau nak sihat sikit.
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili api
- Maggi Kari
- Telur
- Sawi
- Sos cili
- Air
Cara-cara:
- Tumiskan bawang putih dan merah serta cili api sampai naik bau. Cili ditumis sekali supaya rasa pedas lebih kuat.
- Masukkan perencah Maggi Kari dan cili sos bersama.
- Masukkan pula air dan biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan mee Maggi, sayur dan telur.
- Tutup periuk untuk membiarkan telur masak sepenunya.
- Boleh dihidang selepas telur masak dan kuah mendidih.
#5 Maggi Kari Goreng Basah Dengan Telur
Maggi goreng basah atau Maggi kering (kurang kuah) ni pula sesuai kalau rasa macam nak makan Maggi tapi takut tak habis sebab sup Maggi boleh buat anda cepat kenyang. Disalut pula dengan telur yang membuatkan Maggi goreng ini lebih berlemak dan basah.
Bahan-bahan:
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Cili Api
- Maggi Kari
- Air
- Telur
Cara-cara:
- Tumiskan bawang-bawang dan cilia pi sampai keluar bau.
- Masukkan perencah Maggi kari dan air sedikit sahaja hanya untuk merendam mee sehingga kembang.
- Selepas mee kembang, masukkan telur dan kacau mee dengan telur.
- Biarkan telur masak dan sudah boleh dihidang!
#6 Maggi Kari Dengan Cheese Mozarella Creamy
Wah, ini makanan untuk champion! Selalu nampak resepi Samyang dengan cheese. Kali ini Maggi kari berkuah pula nak buat kemunculan dengan cheese mozzarella yang semestinya berkrim dan berlemak. Siapa suka gabungan western dan oriental ni boleh lah cuba!
Bahan-bahan:
- Maggi Kari
- Telur
- Mozarella Cheese
Cara-cara:
- Masakkan Maggi kari anda seperti biasa.
- Masukkan telur dan cheese.
- Tunggu sehingga telur masak dan cheese cair.
- Sudah boleh dihidang panas-panas.
#7 Maggi Kari Goreng Mamak
Tak lengkap la kalau takde Maggi goreng mamak kan. Tapi kali ni kita nak ajar cara buat Maggi goreng mamak ‘homemade’. Anda boleh campurkan bahan daging/seafood kesukaan sendiri. Kebiasaannya maggi goreng mamak akan ada tauhu, cucur, sayur sawi dan telur. Tapi resepi ni guna udang segar dan penambah perisa kicap char kuey tiaw dan sambal udang bercili! Rasa masih sama macam dekat mamak tau.
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Tomato
- Lobak merah
- Cili merah
- Cili padi
- Sawi
- Udang segar
- Kicap char kuey tiaw
- Sambal udang bercili
- Sos tiram
- Telur
- Maggi Kari
Cara-cara:
- Goreng udang sehingga kulitnay kemerahan dan diangkat. Letakkan dalam mangkuk yang berasingan.
- Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan tomato sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan sambal udang bercil, sos tiram dan gaul rata.
- Masukkan sebiji telur dan kacau sehingga hancur.
- Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi dan mee Maggi yang siap direndam.
- Taburkan 1 ½ perencah maggi kari dan kicap char kuey tiaw.
- Masukkan sayur sawi, lobak merah dan cili merah kemudian kacau rata.
- Mamak style is doneee.
#8 Maggi Pedas Giler Salted Egg Yolk
Okay resepi yang ini pula unik sikit. Resepi dia ringkas je, Cuma bahan-bahan yang digunakan sangat tidak dijangka. Resepi Maggi ni menggunakan serbuk salted egg yolk dan ayam goreng. Dengan rasa Maggi Pedas Giler yang sememangnya pedas gilerrr, tambah pula dengan serbuk salted egg yolk yang masin dan manis, pasti mengujakan deria rasa anda. Tambah pula ayam goreng yang rangup. Em...
Bahan-bahan:
- Maggi Pedas Giler pilihan anda
- Telur separuh masak
- Ayam goreng
- Cili padi
- Salted egg yolk powder
Cara-cara:
- Sediakan Maggi cara anda sendiri kemudian masukkan satu sudu kecil salted egg yolk powder.
- Masukkan cili padi dan telur separuh masak untuk menambah rasa pedas dan creamy.
- Akhir sekali tambah ayam goreng sebagai pengikat rasa.
#9 Maggi Kari Tumis
Maggi kari tumis ni apa? Maggi tumis ni disediakan dengan menumis bawang, cili dan perencah Maggi sebelum memasukkan mee Maggi dan air. Rasa Maggi tumis lebih sedap berbanding Maggi yang dimasak secara kosong kerana bawang yang ditumis memberi perasa tambahan pada Maggi anda.
Bahan-bahan:
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Cili Padi
- Maggi Kari
- Telur
- Air
- Sayur Sawi
Cara-cara:
- Tumiskan bawang-bawang dan cili api sehingga naik bau.
- Masukkan air dan perencah Maggi. Biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan mee telur.
- Setelah telur masak, masukkan mee Maggi dan biarkan sehingga lembut.
- Masukkan sayur dan sudah boleh dihidang.
#10 Maggi Kari Ketam
Yang ini pula Maggi istimewa selepas gaji dah masuk. Ye lah ketam kan mahal sikit. Siapa yang sukakan ketam, boleh mencuba resepi istimewa Maggi ketam ni. Kuah yang penuh pekat ditambah pula dengan rasa ketam mesti buatkan anda berasa nak lagi! Ha, kalau nak lagi, boleh lah belajar cara nak masak Maggi ketam ni.
Bahan-bahan:
- Ketam
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Tomato
- Daun Ketumbar
- Limau Nipis
- Maggi Kari
- Telur
Cara-cara:
- Rebus ketam sehingga isi ketam masak.
- Sementara itu, tumis bawang-bawang sehingga naik bau.
- Masukkan air rebusan ketam ke dalam tumisan tadi dan masukkan perencah Maggi kari.
- Masak sehingga mendidih sebelum memasukkan tomato, daun ketumbar, jus limau nipis dan telur.
- Setelah telur masak, masukkan ketam dan biarkan mendidih lagi supaya ketam betul-betul masak.
- Hidangkan panas-panas.
#11 Maggi Kari Udang
Ha, kalau dah suka ketam mestilah suka udang juga kan? Kalau nak Maggi yang lain daripada yang lain, boleh cuba resepi ni. Dah macam mee rebus udang pula bila tengok resepi ni. Cara masak pun lebih kurang cara mee rebus udang!
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili besar
Maggi Kari
Udang kering
Sos tomato
Kicap
Fishcake
Udang segar
Tauhu goreng
Sawi
Cara-cara:
- Kisar bawang merah, bawang putih, cili besar, perencah Maggi kari, udang kering bersama sedikit air.
- Tumis bahan kisar sampai menggelegak.
- Masukkan sos tomato dan kicap lalu digaul rata.
- Masukkan fishcake, udang segar dan mee Maggi.
- Selepas mee lembut, masukkan tauhu dan sayur sawi.
- Dah siap!