Perkakas Rumah

10 Mesin Basuh Panasonic Terbaik 2026 (Dari 7kg Hingga 16kg)

Mesin basuh Panasonic merupakan antara jenama yang dipercayai di Malaysia. Ini senarai harga mesin basuh Panasonic 7kg sehingga 16kg untuk rujukan anda.


Editor · Updated 9 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Mesin Basuh Panasonic Terbaik 2026 (Dari 7kg Hingga 16kg)

Mesin basuh ialah satu peralatan elektrik yang wajib anda ada dirumah untuk memudahkan kerja pembasuhan harian. 

Namun, dengan pelbagai jenama dan versi yang memeningkan kepala, pasti anda keliru ketika ingin memilih yang mana sesuai untuk kediaman anda. 

Kandungan

Sama ada anda mempunyai keluarga yang ramai dan memerlukan mesin basuh yang besar, ataupun anda tinggal seorang diri dan inginkan mesin basuh yang mudah digunakan tanpa ciri-ciri teknologi yang mengelirukan, Panasonic ada jawapannya!

Jom lihat senarai harga mesin basuh Panasonic, termasuk mesin basuh inverter yang jimat tenaga elektrik ini.

Jawapan ringkas: mesin basuh Panasonic terbaik keseluruhan ialah Panasonic 8KG Front Load Washer NA-128XB1, RM1,920 di Shopee Malaysia (harga disemak 9 September 2026).


Senarai 10 Mesin Basuh Panasonic Terbaik

Panasonic 8KG Front Load Washer NA-128XB1 NA-128XB1WMY
Mesin basuh Panasonic terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Panasonic 8KG Front Load Washer NA-128XB1 NA-128XB1WMY
Dari RM1,920
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Fungsi tetapan suhu air panas atau sejuk
Boleh basuh baju bayi tanpa rosakkannya
Perlu mencangkung untuk masukkan pakaian
2 lagi
Skrin paparan LED
Sah SIRIM

Sebab menjadi pilihan utama:

Mesin basuh Panasonic berkapasiti 8kg ini sesuai jika anda ingin cuci baju dengan suhu air yang berbeza sama ada panas atau sejuk. 

Ciri-ciri:

Pilihan suhu air panasnya pada suhu 60°C atau 90°C terbaik untuk menghilangkan kotoran dan membasmi bakteria atau alergen yang melekat pada pakaian anda yang terlalu kotor atau berpeluh. 

Memang patut digunakan jika anda ada kulit sensitif. Selain itu, mesin ini juga menghalang bau busuk pada baju selepas dicuci, jadi tiada lagi bau kepam. 

Paling penting, ia boleh juga digunakan untuk basuh fabrik besar seperti cadar, tuala dan selimut. Kerja-kerja mencuci baju juga boleh siap dalam masa 15 minit sahaja kerana ia mempunyai ciri Rapid Wash.

Review:

“Mesin basuh berfungsi dengan baik. Bunyi pun tak kuat ketika berfungsi. Panel paparan skrin pun mudah difahami untuk digunakan.”

Mesin basuh Panasonic 7kg 2 daripada 10
Panasonic Front Load Washer NA-127XB1 (7kg)
Panasonic
Dari RM1,299
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga berpatutan untuk mesin front load
Fungsi tetapan suhu air panas atau sejuk
Perlu mencangkung ketika masukkan pakaian
3 lagi
Boleh membasuh cadar dan tuala
Rapid Wash 15 minit sahaja
Menghilangkan bakteria

Mesin basuh front load Panasonic berkapasiti 7kg ini sesuai untuk individu bujang atau anda yang mempunyai keluarga kecil. 

Yang bagusnya, ia boleh menghapuskan kotoran dan alergen seperti debu dan peluh yang berkumpul pada cadar, selimut dan baju bayi anda dengan sempurna agar tiada lagi kuman yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif. 

Selain suhu air sejuk, ia juga lengkap dengan ciri suhu air panas (60°C atau 90°C) untuk membasmi bakteria ketika proses cucian.   

Fungsi Tub Clean pula akan membersihkan mesin basuh agar tiada keladak yang berkumpul atau kulat yang membiak di dalam tub cucian.

Panasonic Washing Machine (12KG) Twin Tub Semi Auto Washer NA-W120G1VRT
Mesin basuh semi auto Panasonic 3 daripada 10
Panasonic Washing Machine (12KG) Twin Tub Semi Auto Washer NA-W120G1VRT
Dari RM1,215
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kapasiti besar, 12kg
Boleh spin pakaian hingga 8kg
Harga mahal
2 lagi
Mempunyai pulsator yang kuat
Boleh hilangkan kotoran dengan berkesan

Tiada masalah untuk mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak dengan mesin basuh dari Isonic berkapasiti 12 kg ini. 

Bukan sekadar boleh cuci baju dan seluar, malah fabrik yang berat seperti selimut atau tuala tebal juga boleh dibasuh dengan mesin ini tanpa memakan masa yang lama. 

Fungsi Air Dry pula membantu mempercepatkan proses mengeringkan pakaian kerana kelembapan akan disingkirkan melalui proses spin-drying. 

Bahagian kaki mesin direka tinggi (110mm) untuk memudahkan anda untuk membersihkan kawasan bawah mesin basuh. 

Turut mempunyai Pulsator dengan ciri Ag Clean untuk menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria dalam mesin. 

panasonic washer dryer
Mesin basuh Panasonic dengan pengering 4 daripada 10
Panasonic 10KG Wash & 6KG Dry CARE+ Edition
Dari RM5,249
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Teknologi hygine dry menghapuskan 99% bakteria
Mengelakkan fabrik mengecut
Harga mahal
3 lagi
Ciri AI Smart Wash dan sambungan WiFi
Boleh menghilangkan kotoran degil
Penjagaan kebersihan sepenuhnya

Mesin basuh 2 in 1 Panasonic sangat sesuai untuk keluarga kecil dengan kapasiti mencuci 10kg dan kapasiti kering 6kg.

Dilengkapi teknologi dry hybrid yang mengeringkan pakaian tanpa mengecutkan fabrik dan Hygienic Drying yang boleh menghapuskan 99% bakteria serta alergen.

Menawarkan total hygiene care yang merangkumi pencucian sejuk, pencucian panas, pengeringan, dan auto tub care yang menjaga kebersihan mesin.

Ciri AI Smart Wash boleh mengesan cucian anda dengan bijak untuk memaksimumkan prestasi mencuci dan menjimatkan elektrik.

Terdapat 16 program untuk dipilih termasuk basuh harian, kapas, penjagaan bayi, bedding, active speed 38, dan StainMaster+ untuk sos berminyak, alergi dan lumpur.

Tambahan pula, terdapat kunci kanak-kanak, penjagaan tab auto dengan cahaya UV diaktifkan oleh Blue Ag+, Alpha Drum, sistem Active Foam, Active Speed Wash dan auto restart.

Dengan mesin basuh Panasonic, pakaian anda bukan sahaja bersih tetapi juga selamat dipakai!

Panasonic 8KG Top Load Washer NA-F80VB7HRT
Mesin basuh Panasonic 8kg 5 daripada 10
Panasonic 8KG Top Load Washer NA-F80VB7HRT
Panasonic
Dari RM928
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jimat air & elektrik
Boleh basuh selimut tebal
Kapasiti hanya 8kg
2 lagi
Ciri keselamatan Child Lock
Panel kawalan mudah difahami & digunakan

Mesin basuh Panasonic berkapasiti 8kg jenis top load ini terbaik untuk kegunaan cucian harian anda kerana ia boleh mencuci pelbagai jenis fabrik termasuklah tudung dengan 10 pilihan program cucian. 

Selain butang tetapan cucian normal untuk basuh baju yang dipakai harian, ia juga mempunyai fungsi cucian Delicate di mana fabrik seperti satin atau bermanik akan dibasuh secara perlahan agar tidak akan berkedut, koyak atau turun warna. 

Manakala cucian Baby Care pula untuk basuh baju bayi. Turut lengkap dengan ciri Air Dry (90 minit) agar baju lebih cepat kering apabila dijemur. 

Paling bagus, terdapat 6 aras air yang boleh dipilih bergantung pada saiz muatan baju kotor, jadi tak membazir air.

Harga mesin basuh automatik Panasonic ini juga berpatutan.

PANASONIC 13.5KG Top Load Washing Machine NA-FD135X3BT
Mesin basuh Panasonic 13.5kg 6 daripada 10
PANASONIC 13.5KG Top Load Washing Machine NA-FD135X3BT
PANASONIC
Dari RM2,388.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menghilangkan bau busuk pada pakaian
Mempunyai fungsi auto Tub Clean
Harga mahal
2 lagi
Boleh basuh selimut tebal & toto
Dilengkapi ciri Child Lock

Mahukan mesin basuh yang besar untuk membasuh fabrik yang tebal dan berat seperti selimut atau toto? Inilah mesin yang sesuai untuk anda kerana kapasitinya 13.5 kg. 

Ketinggian bahagian depan mesin basuh Panasonic jenis top load ini rendah, jadi badan tidak lenguh untuk mengeluarkan baju yang siap dibasuh. 

Menggunakan teknologi StainMaster dan Water Bazooka yang berkesan menghilangkan kotoran degil seperti lumpur, peluh atau kesan tumpahan sos dan kicap pada baju. 

Manakala ciri Aroma pula akan menguatkan bau wangi pencuci dan pelembut fabrik pada baju anda sekaligus tiada lagi bau kepam.

Panasonic 16KG Inverter Top Load Washing Machine NA-FD16V1
Mesin basuh Panasonic 16 kg 7 daripada 10
Panasonic 16KG Inverter Top Load Washing Machine NA-FD16V1
Panasonic
Dari RM3,249
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ciri Water Bazooka agar baju lebih bersih
Sesuai untuk basuh baju bayi & selimut tebal
Harga mahal
2 lagi
Fungsi Speedy Wash & Tub Hygiene
Jimat penggunaan air & elektrik

Walaupun harga mesin basuh Panasonic jenis top load ini mahal, tapi ia adalah pilihan terbaik untuk kerja-kerja mencuci baju anda yang mempunyai keluarga besar kerana kapasitinya 16kg.

Dilengkapi dengan pelbagai program cucian seperti Delicate, Blanket, Baby Care dan Soak,  ia boleh mencuci bermacam jenis fabrik tanpa merosakkan pakaian anda sekeluarga. 

Mesin  basuh inverter ini sangat sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah kulit sensitif kerana alergen pada fabrik dapat dibasmi. 

Ia mampu menghilangkan kotoran degil seperti minyak, lumpur dan kotoran kicap yang tumpah kerana mempunyai ciri StainMaster+ dan pilihan suhu air panas 40°C dan 60°C pada built-in heater. 

Turut lengkap dengan ciri Air Dry 90 minit untuk mempercepatkan pengeringan pakaian. 

Panasonic NA-F100A9DRT 10KG Top Load Washer
Mesin basuh Panasonic 10kg 8 daripada 10
Panasonic NA-F100A9DRT 10KG Top Load Washer
Dari RM1,599
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Paparan digital
Auto Power Off
Tiada fungsi pengering (dryer)
2 lagi
Ciri keselamatan Child Lock
6 pilihan aras air, bergantung saiz muatan baju

Mesin basuh Panasonic jenis top load ini pula menggunakan sistem ActiveFoam di mana kotoran kesan makanan tumpah seperti sos dan kicap, lumpur dan daki pada kolar baju dapat ditanggalkan menggunakan penghasilan buih halus dari pencuci. 

Dengan saiznya yang agak besar membuatkan mesin basuh ini mampu memuatkan pakaian sehingga 10kg. Selimut tebal pun boleh muat! 

Paling bagus, saiz bukaan pada bahagian atas mesin cuci ini lebar untuk mudahkan anda isi muatan pakaian yang ingin dicuci dan keluarkannya semula setelah siap dibasuh.

Panasonic Inverter & Hot Wash Top Load Washer (14kg)
Mesin basuh Panasonic 14kg 9 daripada 10
Panasonic Inverter & Hot Wash Top Load Washer (14kg)
Dari RM2,184
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh pilih suhu air panas atau sejuk
Saiz bukaan bahagian atas lebar
Harga mahal
2 lagi
Berkesan hilangkan kotoran degil
Ciri Auto Tub Clean & Air Dry

Jika anda suka tukar cadar dan tuala dengan kerap, mesin basuh automatik Panasonic Inverter memang sesuai untuk anda. 

Selain berkapasiti besar 14kg untuk basuh selimut tebal, ia juga lengkap dengan teknologi StainMaster+ yang dapat menghapus kesan kotoran degil daripada lumpur dan kesan makanan berminyak. . 

Turut dilengkapi ciri Water Bazooka dan sistem Active Foam yang menghasilkan buih dari cecair pencuci agar kotoran dapat disingkirkan lebih mudah. 

Tak perlu lagi ke dobi untuk cucian khas kerana ia boleh mencuci semua jenis fabrik termasuklah jeans, linen, sintetik. 

Malah, ia mempunyai mod cucian khas untuk baju bayi agar ia tidak merengsakan kulit sensitif anak anda. 

Paling best, anda tak perlu berada depan mesin untuk tunggu cucian siap kerana ia mempunyai skrin paparan masa.

Panasonic 11KG Front Load Washer NA-V11FX2LMY
Mesin basuh Panasonic front loading 10 daripada 10
Panasonic 11KG Front Load Washer NA-V11FX2LMY
Dari RM4,015
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cucian cepat, siap sepantas 38 minit
Hapuskan bakteria hingga 99.99%
Harga mahal
2 lagi
Jimat penggunaan air & tenaga
Kapasiti cucian 11kg

Mesin basuh automatik Panasonic model ini pula sesuai untuk anda yang mahukan mesin jenis front load seperti di kedai-kedai dobi. 

Dilengkapi dengan teknologi Auto Tub Care dimana berfungsi untuk menyingkirkan pertumbuhan kulat dan bakteria dalam tub pencuci.

Semua jenis kotoran degil seperti sos berminyak pada pakaian dapat dihapuskan kerana mesin ini menggunakan ActiveFoam System di mana buih-buih halus akan terhasil untuk mengangkat kotoran dari fabrik. 

Manakala teknologi StainMaster+ pada mesin ini mampu menyingkirkan allergen dan bakteria menggunakan cucian air panas. 

Turut menawarkan 14 program cucian iaitu cucian normal untuk kegunaan harian, mod fabrik sintetik, Delicates untuk kain seperti lace dan tali leher, Bedding untuk cadar dan selimut serta mod Cotton untuk fabrik kapas. Jika dibasuh mengikut program yang sesuai, barulah pakaian tak cepat koyak kan.


Cara Cuci Mesin Basuh Panasonic 

Jangan ingat mesin basuh pakaian tak perlu dicuci tau sebab apabila sering digunakan, kotoran, habuk-habuk serta keladak air akan melekat di dalam tub cucian.

Kalau tak dibersihkan, pakaian yang dicuci juga tak akan bersih sepenuhnya dan bau juga tidak wangi. 

Di sini kami kongsikan cara mudah untuk cuci mesin basuh dengan mudah. Anda boleh guna sabun cuci yang dikhaskan untuk mencuci mesin basuh. 

  • Boleh juga guna baking soda dan cuka jika tiada pencuci khas. 
  • Selepas pencuci dituangkan, pilih program basuhan yang paling lama yang ada pada mesin basuh. Biarkan air dalam mesin berpusing tanpa ada pakaian di dalamnya. 
  • Setelah siap, buang airnya menggunakan proses rinse. 
  • Kemudian, bersihkan juga penapis mesin kerana di sinilah semua kotoran berkumpul. 
  • Cuci juga tempat letak cecair pencuci baju dan pelembut fabrik. Guna berus gigi kecil yang tidak lagi digunakan untuk bersihkan ruang tersebut jika ia tidak dapat dicabut. 
  • Anda boleh ulangi proses tadi beberapa kali sehingga tiada lagi kotoran yang keluar. Jika mesin basuh tak pernah dicuci sepanjang bertahun-tahun penggunaannya, proses cucian mesin mungkin lebih lama. 

Lebih mudah, kebanyakan mesin basuh sekarang memang direka dengan mod Tub Hygiene untuk membersihkan mesin dengan mudah. 

Untuk lebih faham, boleh tonton video tutorial di YouTube ini untuk proses cucian mesin basuh jenama Panasonic. 


Fungsi Air Dry Mesin Basuh Panasonic 

Fungsi Air Dry atau proses kering udara direka khas untuk mengeringkan pakaian yang diperbuat daripada kain sintetik seperti jersi.  

Ia akan menghilangkan sebahagian besar kelembapan yang ada pada pakaian yang telah siap dicuci, jadi apabila dijemur, ia lebih cepat kering. 

Namun, proses ini mengeringkan pakaian bukan menggunakan pemanas seperti dryer, jadi sesetengah pengguna mungkin rasa kain cucian adalah sejuk. 

Pengeringan kain cucian menggunakan fungsi ini mungkin tidak cukup kering kerana ia bergantung kepada saiz muatan, jenis pakaian, suhu dan kelembapan.  

Tonton video tutorial ini untuk lebih faham tentang fungsi Air Dry. 


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation