Keibubapaan

17 Stroller Travel Terbaik Malaysia 2026 (Ringan & Berkualiti)

Kalau anda suka bawa anak jalan-jalan, boleh beli kereta tolak baby atau stroller baby terbaik. Jom lihat senarai stroller travel dan jenama stroller terbaik.


Editor · Updated 10 Jul 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

17 Stroller Travel Terbaik Malaysia 2026 (Ringan & Berkualiti)

Bagi pasangan yang ada anak dan sukakan berjalan, stroller travel terbaik adalah perkara utama yang mereka akan fikirkan.

Lebih-lebih lagi jika ingin melancong ke luar negara, pasti memerlukan kereta tolak baby cabin size terbaik untuk memudah naik kapal terbang. 

Kandungan

Apa yang menjadi tanda tanya sekarang, mana satu stroller baby terbaik?

Jom lihat jenama stroller terbaik untuk baby ataupun anak anda yang sudah berumur 2 tahun ke atas di bawah.


Senarai 17 Stroller Travel Terbaik

Prego Sultan Two Way Facing Baby Stroller
Stroller untuk anak berat 30 kg 1 daripada 17
Prego Sultan Two Way Facing Baby Stroller
Prego
Dari RM599
Boleh tampung beban 30kg
Mudah dilipat dan dibawa
Harga sedikit mahal
1 lagi
Bahagian canopy boleh tutup habis

Prego Sultan Two Way Facing Baby Stroller mempunyai tempat duduk yang boleh diterbalikkan dengan cepat dan mudah untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda. 

Turut mempunyai kanopi XL yang panjang memberikan perlindungan terhadap matahari dan angin, manakala bahagian roda memastikan perjalanan yang lancar dan selesa di atas mana-mana permukaan jalan. 

Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 30kg (lebih kurang 5 tahun).

Ia bukan stroller saiz kabin tetapi dapat dimuatkan dengan mudah di bahagian belakang kereta seperti MyVi atau Axia. 

Dengan berat 8kg, ia kukuh dan sesuai untuk penggunaan harian. 

Selain itu, turut dilengkapi bakul penyimpanan yang besar untuk menyimpan barang penting seperti beg lampin dan mainan.

Manakala bar perlindungan yang boleh ditanggalkan memastikan akses mudah dan untuk keselamatan anak anda.

Stroller lipat payung 2 daripada 17
Foreverbaby Stroller Baby Lightweight Foldable Umbrella
Foreverbaby
Dari RM169
Boleh lipat payung
Ringan untuk travel
Berat maksimum 15kg
1 lagi
Ada tali pinggang keselamatan

Untuk yang selalu pergi travel dan mahukan stroller yang murah dan ringan untuk dibawa, boleh guna Foreverbaby Stroller Baby Lightweight Foldable Umbrella ni.

Stroller ringan ini sesuai untuk bayi dengan berat antara 7-15kg, dan turut dilengkapi dengan brek belakang yang berkesan.

Selain itu, reka bentuk stroller ini juga trendy dan tidak mengabaikan keselamatan dengan dilengkapi seat belt.

Selamat digunakan dan boleh dilipat seperti bentuk payung untuk memudahkan anda membawanya.

Mamakiddies Reverso Baby Stroller
Stroller dengan car seat 3 daripada 17
Mamakiddies Reverso Baby Stroller
Mamakiddies
Dari RM698
Multifungsi
Sesuai untuk semua cuaca
Agak berat (11.5kg)
2 lagi
Dapat sekali baby carseat
Boleh pakai bersama baby carseat

Baby stroller dari Mamakiddies ini jenis travel system dan mempunyai multifungsi 2 in 1.

Maknanya boleh digunakan sebagai stroller dan juga car seat tapi carseat yang disediakan hanya sesuai untuk newborn saja iaitu anak berumur 0-3 bulan.

Bahagian backseat stroller boleh adjust kepada 3 posisi berbeza iaitu duduk, sandar dan baring.

Stroller ini boleh dilipat dengan menggunakan satu tangan saja jadi tidak ada masalah jika sebelah tangan lagi anda dukung bayi.

Menariknya, terdapat bahagian untuk ibu dan ayah meletakkan gelas atau cawan minuman mereka. Sangat parents-friendly.

Terdapat juga bakul bahagian bawah untuk menyimpan barangan keperluan bayi seperti susu, pampers atau mainan.

Stroller ini sesuai untuk bayi 13kg (car seat) dan 18kg (stroller).

Nuna TRIV Compact Urban Stroller
Stroller budak besar 4 daripada 17
Nuna TRIV Compact Urban Stroller
Dari RM2,529
Brek mudah ditekan
Tayar kalis pancit
Harga mahal
2 lagi
Boleh berdiri lepas dilipat
Ketinggian pemegang boleh dilaraskan

Berat si kecil mencecah 20kg? Tiada masalah dengan stroller kompak Nuna ini.

Dilengkapi dengan poket dan bakul simpan barang yang besar serta tempat duduk yang boleh dibaringkan, si comel pasti selesa. 

Selain itu, tempat duduknya juga boleh menghadap ke depan dan belakang, jadi lebih mudah untuk anda awasi si kecil. 

Paling penting, bahagian kanopinya kalis air boleh ditarik ke depan agar bayi terlindung dari matahari. 

Sesuai untuk anak yang berusia 3-5 tahun.

Magic Stroller Baby
Magic stroller terbaik 5 daripada 17
Magic Stroller Baby
Dari RM118
Ada tali pinggan keselamatan
Boleh ubah kerusi hadap depan & belakang
Lapik kerusi nipis
2 lagi
Ada pelindung matahari & hujan
Kerusi boleh dibaringkan

Magic Stroller Baby ini sesuai untuk anda yang mahu mencari stroller yang mudah dilipat dan kerusi boleh alih kedudukannya menghadap depan dan belakang. 

Mempunyai ciri pusingan tayar 360 darjah, amat mudah untuk anda tolak stroller dan boleh menampung berat anak sehingga 25kg atau sehingga umur 6 tahun. 

Turut mempunyai lapik kerusi yang nipis, stroller ini juga sesuai untuk bayi kerana boleh dibaringkan dan ada pelindungan matahari dan hujan. 

Rekaannya yang ringkas dan compact, stroller ringan ini ada tempat letak bekas air, ada ruangan simpanan kecil di bahagian bawah dan ada 3 mode larasan kerusi. 

  • Seat mode:boleh dilaras 95°
  • Semi-recumbent mode:boleh dilaras 128°
  • Lie down mode:boleh dilaras 152°
Foldable Magic Baby Stroller
Stroller untuk budak 5 tahun 6 daripada 17
Foldable Magic Baby Stroller
Dari RM69.99
Mudah dilaras
Mudah lipat
Tidak sesuai untuk bayi
2 lagi
Ringan
Ada pelindungan hujan

Untuk anda yang mahukan pemegang stroller yang mudah laras untuk anak berusia 5 tahun ke atas, anda boleh beli Foldable Magic Baby Stroller ini. 

Bukan sahaja mudah dilipat, stroller ini boleh menampung berat anak sehingga 50kg dan direka dengan sistem brek manual untuk menjamin keselamatan anak anda. 

Selain itu, stroller ini juga ringan hanya 4.3kg dan mempunyai cover pelindung hujan untuk memastikan anak anda tidak terkena tempias hujan ketika anda berada di luar.

Menariknya, kerusi stroller ini menghadap depan dan mempunyai tali pinggan keselamatan supaya anak anda duduk dengan selesa dan selamat. 

Cara pasang stroller ini sangat mudah, anda hanya perlu perlu tarik, tegakkan bahagian lipatan kerusi, pastikan anda klip di bahagian kerusi di bawah, belakang dan tepi. Sudah siap untuk digunakan!

bugaboo baby stroller
Stroller lipat terbaik 7 daripada 17
Bugaboo Butterfly Baby Stroller
Bugaboo
Dari RM3,374
Mampu tahan berat hingga 22kg
Boleh dilipat & dibuka dengan mudah
Harga mahal
3 lagi
Terdapat kanopi untuk lindung bayi dari matahari
Bakul bawah tempat duduk yang besar
Fabrik boleh dibasuh mesin

Walaupun harga stroller 4 tayar ini mahal tapi percayalah, pembeliannya sangat berbaloi.

Ini kerana dapat memberikan keselesaan berpanjangan kepada bayi berusia seawal 6 bulan hingga 5 tahun. 

Selain itu, stroller ini mempunyai tempat letak tangan sekali sentuh yang boleh bersandar dengan mudah ke hampir rata sepenuhnya (143°), membolehkan kanak-kanak tidur sebentar dengan selesa.

Dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan yang mudah diklik, dilaras dan mempunyai alas bahu yang selesa serta mempunyai sokongan kaki bersepadu dengan 5 kedudukan boleh laras.

Bukan itu sahaja, mempunyai kanopi dan tingkap lutsinar yang membantu mengekalkan kesejukan dan keselesaan kanak-kanak ketika cuaca panas di luar. 

Paling menarik, jenama stroller baby terbaik ini bersaiz kabin, jadi tiada masalah untuk anda bawa bersama ke dalam penerbangan.

baby stroller
Stroller baby murah untuk travel 8 daripada 17
BABY THRONE Advance Baby Stroller Travel
Baby Throne
Dari RM289
Mudah dilipat, dibuka dan ditolak
Mempunyai bakul simpan barang yang luas
Tidak sesuai untuk 5 tahun ke atas
3 lagi
Penutup bumbung matahari UVF 30+
Pemegang botol boleh laras
Ada brek

Ibu bapa yang gemar melancong dengan anak berusia 0-4 tahun memang disarankan untuk miliki stroller ini kerana boleh dibawa bersama ke penerbangan. 

Mempunyai 4 roda yang lengkap dengan penyerapan hentakan jadi bayi boleh tidur atau minum susu dengan selesa di dalam kerana tempat duduk boleh dibaringkan. 

Stroller dengan berat 5.8 kg ini boleh menampung berat anak hingga 20 kg. Bahagian tempat letak bayi boleh dilaras hingga 175°, sesuai untuk bayi yang baru lahir.

Mempunyai perlindungan yang lebih lebar dan menyeluruh sehingga melindungi kaki bayi. Ia mudah dilipat, dilipat balik, dan ditekan dengan satu tangan sahaja.

Ada bumbung suria UVF 30+ yang boleh disesuaikan dengan tiga kedudukan yang berbeza dan dilapisi dengan bahan tahan air dan mudah bernafas. 

Evenflo GB Pilot Cabin Size Stroller
Stroller terbaik secara keseluruhan 9 daripada 17
Evenflo GB Pilot Cabin Size Stroller
Evenflo
Dari RM699
Ringan
Bersaiz kabin & kompak
Harga mahal
2 lagi
Terdapat bakul simpan barang
Boleh dilipat dengan sebelah tangan sahaja

Sebab menjadi pilihan utama:

Stroller baby terbaik dari Evenflo bukan hanya sesuai untuk bayi yang baru lahir tapi boleh digunakan hingga anak anda berusia 3-4 tahun.

Ciri-ciri:

Bingkai stroller ini diperbuat daripada aluminium menjadikan tahan lama dan kukuh. 

Memang terbaik untuk dibawa bersama ketika anda dan keluarga melancong atau bersiar-siar. 

Tambahan pula, tempat duduknya boleh direbahkan hinggga 170° yang membolehkan si kecil anda duduk atau minum susu dengan selesa. 

Lagi best, stroller berwarna hitam elegan ini turut ada tempat letak kaki yang boleh dilaraskan kedudukannya, jadi kaki anak tidak akan lenguh. 

Selepas dilipat, stroller ini mampu berdiri dengan sendirinya sekaligus menjadikan lebih mudah untuk dibawa masuk atau keluar dari bonet kereta. 

Review:

"Stroller sangat cantik dan saiznya ngam-ngam, tak besar dan tak kecil. Senang untuk bawa travel bersama naik flight nanti. Mudah ditolak walaupun sebelah tangan sebab ringan. Muat juga masuk dalam boot kereta Myvi."

Mikubi (V6-1) Compact Cabin Stroller
Stroller compact terbaik 10 daripada 17
Mikubi (V6-1) Compact Cabin Stroller
Dari RM279.90
Mampu tampung berat hingga 20kg
3 pilihan warna, merah, hitam, kelabu
Hanya sesuai untuk bayi 0-36 bulan
2 lagi
Armrest boleh ditanggalkan
Boleh bawa dalam kapal terbang

Stroller ini direka khas boleh dilipat dengan mudah walaupun menggunakan sebelah tangan saja. 

Sangat ringan, hanya 6kg dan tempat duduknya jenis fleksibel kerana boleh dilaraskan ikut kesesuaian sama ada si kecil ingin tidur, duduk, baring atau minum susu. 

Bahagian tayar belakang boleh dikunci dan ada brek manakala tali keselamatannya pula akan pastikan bayi baru lahir anda tidak akan terjatuh daripada stroller Mikubi ini.  

Stroller cabin size terbaik ini juga boleh ditarik dengan mudah walaupun dalam keadaan terlipat.

Recaro Stroller - Easylife Elite
Stroller ringan untuk travelling 11 daripada 17
Recaro Stroller - Easylife Elite
Recaro
Dari RM1,299
Tayar boleh dikunci
Ringan, hanya 6 kg
Harga mahal
4 lagi
Brek mudah ditekan
Mempunyai 8 tayar yang kukuh
Terdapat bakul di bawah tempat duduk
Tiada stok warna hitam

Stroller ini memang direka untuk dimuatkan dalam kabin kapal terbang dan disimpan dalam bonet kereta.

Dengan kemampuan menahan berat hingga 15 kg, sangat jika anda sering melancong atau balik kampung.

Selain itu boleh dilipat dan dibuka dengan sebelah tangan saja dan posisi tempat duduk juga boleh diturunkan agar bayi boleh tidur, duduk dan baring. 

Memang selesa untuk bayi berusia 6 bulan hingga 3 tahun kerana tempat duduk dan bahagian tali pinggang direka dengan foam padding. 

Malah mempunyai tingkap kecil yang diperbuat daripada fabrik mesh untuk pengaliran udara dan memudahkan ibu bapa melihat keadaan anak kecil. 

Dalam masa yang sama dapat melindungi bayi daripada sinaran matahari yang terlalu terang dan hujan.

Stroller ini juga telah direka dengan 4 lapisan kanopi kalis air yang boleh ditarik ke hadapan.

Sweet Cherry Lightweight Cabin Size Stroller LD650
Stroller anak 2 tahun 12 daripada 17
Sweet Cherry Lightweight Cabin Size Stroller LD650
Dari RM274.55
Tempat sandar belakang boleh diturunkan 165°
Pemegang depan boleh ditanggalkan
Tidak sesuai untuk anak 4 tahun keatas
3 lagi
Mampu tahan berat 15 kg
Ada kelambu nyamuk
Fungsi auto-lock

Stroller Sweet Cherry bersaiz kabin ini sangat ringan iaitu 6.5kg sekaligus menjadikan perjalanan anda lebih mudah untuk pulang ke kampung atau ke luar negara.

Sesuai untuk bayi dari usia 0 hingga 36 bulan dan lengkap dengan bakul bawah untuk simpan lampin atau mainan anak. 

Pada bahagian belakang pula, terdapat lubang berjaring pada kanopi bagi mudahkan anda awasi si kecil.

Jangan risau, sangat kukuh dan selamat sebab diperbuat daripada aluminium dan terdapat tali pinggang keselamatan. 

Selain itu, mudah ditolak walaupun dengan 1 tangan kerana tayar depannya boleh berpusing 360°. 

Paling penting, boleh dilipat dengan mudah walaupun hanya dengan sebelah tangan sahaja. 

Quinny Zapp Flex
Stroller 3 roda terbaik 13 daripada 17
Quinny Zapp Flex
Quinny
Dari RM2,565
Design lawa
Mudah dilipat
Harga mahal
1 lagi
Boleh digunakan hingga usia anak 5 tahun

Stroller dari jenama Quinny mempunyai tiga roda padat supaya ibu atau ayah dapat menolak stroller dengan stabil.

Ditambah pula bahagian pemegang stroller jenis Zapp yang ikonik.

Bahagian tempat duduk pula jenis Flex dimana boleh menghadap dua hala dan kedua-duanya boleh bersandar.

Stroller ini direka bukan untuk newborn tapi untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun yang mempunyai berat sehingga 15kg.

Nama stroller Zapp Flex ini direka untuk mereka yang mempunyai kehidupan di bandar kerana design dan saiz yang compact.

Paling menarik, fabrik stroller ini jenis water-resistant jadi mudah dibersihkan kalau anak tertumpahkan apa-apa minuman.

Joie Tourist Auto Fold Lightweight Compact Stroller
Stroller cabin size 14 daripada 17
Joie Tourist Auto Fold Lightweight Compact Stroller
Dari RM819
Sesuai untuk bayi baru lahir
Tayar depan boleh dikunci
Harga mahal
3 lagi
Terdapat bakul besar
Bersaiz kabin
Mudah dilipat

Dengan berat 5.92kg, stroller travel terbaik Joie ini memudahkan ibu bapa membawanya ke mana saja. 

Dilengkapi dengan kanopi yang boleh ditarik ke depan dan diperbuat daripada fabrik yang kalis air, jadi si kecil anda akan dilindungi daripada cuaca panas dan hujan. 

Ketinggian pemegangnya boleh dilaras mengikut kesesuaian anda dan turut mempunyai tempat letak kaki yang boleh dilaras.

Jadi anda tidak perlu risau jika bayi mengantuk ketika bersiar-siar sebab tempat duduknya boleh dibaringkan.

Terdapat juga tali keselamatan yang selesa dan lembut, stroller yang mampu tampung berat hingga 15 kg (anggaran umur 3 tahun).

Quinton Gold Stroller
Stroller untuk newborn 15 daripada 17
Quinton Gold Stroller
Dari RM809
Saiz kompak
Ringan, hanya 6.8kg
Harga mahal
3 lagi
Terdapat brek mudah dikunci
Saiz akul penyimpanan besar
Tempat duduk selesa & lembut

Untuk ibu bapa yang merancang untuk bawa anak berusia bawah 3 tahun melancong, jangan lupa untuk dapatkan stroller Quinton yang mudah dilipat dengan sebelah tangan dalam 1 saat ini. 

Direka dengan tingkap jaring di bahagian belakang untuk pengaliran udara akan memastikan si comel tidak berpeluh. 

Ibu juga boleh sentiasa awasi keadaan bayi sebab ada tingkap kecil di bahagian kanopi.

Jangan risau sebab kanopinya pula boleh ditarik ke bahagian depan untuk melindungi anak daripada panas terik mentari.

Tiada lagi masalah untuk naik bas, kereta atau kapal terbang sebab tempat sandar belakang dan tempat rehat kaki pada stroller ini boleh dilaraskan.

Sekali gus bakal memastikan keselesaan bayi sepanjang perjalanan.

Chicco Double Buggy OHlalà Twin Stroller
Stroller baby kembar 16 daripada 17
Chicco Double Buggy OHlalà Twin Stroller
Chicco
Dari RM1,199
Boleh lipat dan buka dengan 1 tangan
Kain penutup stroller boleh dibasuh
Harga mahal
2 lagi
Tempat letak kaki boleh dilaras
Terdapat bakul dan rain cover

Bagi anda yang mempunyai anak kembar, usah risau lagi untuk bawa mereka berjalan kerana stroller ini penyelamat anda.

Double stroller ini mampu menampung berat hingga 30 kg ini (15 kg setiap bayi). 

Si kembar anda boleh tidur atau minum susu dengan selesa dalam stroller Chicco kerana mempunyai tempat sandar belakang dan boleh diturunkan dan ditegakkan ikut keperluan. 

Boleh digunakan sejak bayi baru lahir lagi dan terdapat tali pinggang untuk melindungi anak kecil daripada terjatuh. 

Terdapat juga pemegang yang dapat memudahkan ibu bapa bawa bersama stroller berwarna hitam elegan ini ke mana-mana.

Stroller untuk anak 4 tahun 17 daripada 17
Mamakiddies Aviant Baby Stroller
Mamakiddies
Dari RM323
Terdapat tingkap kecil
Boleh duduk dan baring
Kurang sesuai untuk anak 5 tahun keatas
3 lagi
Saiz bakul penyimpanan besar
Muat dalam kabin kapal terbang
Sesuai untuk newborn hingga 4 tahun

Stroller Mamakiddies ini sangat ringan dan bersaiz kompak, jadi mudah bagi pasangan yang sering melancong. 

Mampu menahan berat badan hingga 18kg walaupun beratnya sendiri hanya 5.9kg. 

Kerusinya selesa dan selamat kerana dilengkapi dengan tali pinggang, foot rest yang boleh dilaras ketinggiannya.

Malah, terdapat jaring nyamuk agar anak tak digigit dengan serangga. 

Stroller yang boleh dilipat dengan sebelah tangan ini juga muat disimpan dalam bonet kereta tanpa makan ruang yang banyak. 


Adakah Stroller Dibenarkan Untuk Dibawa Naik Ke Dalam Kapal Terbang? 

Anda tak perlu risau kerana stroller dibenarkan untuk menaiki kapal terbang. 

Cuma, polisinya mungkin berbeza-beza mengikut penerbangan. 

Ingin diingatkan terdapat banyak syarikat penerbangan yang membolehkan penumpangnya menyimpan stroller di bahagian kabin sebagai bagasi ekstra. 

Tapi, selalunya hanya stroller yang bersaiz kompak dan boleh dilipat sahaja dibenarkan.

Bagaimanapun, ada juga yang hanya membenarkan stroller untuk digunakan di setakat di luar pintu pesawat sahaja. 

Dan ada juga yang perlu didaftar sebelum masuk ke dalam perut kapal terbang. 

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada polisi sesebuah syarikat penerbangan dan lapangan terbang itu sendiri. 

Paling penting, jangan lupa untuk check dulu penerbangan tersebut benarkan atau tidak stroller di bawa sebelum melancong. 

Kalau stroller boleh dibawa masuk, anda perlu tonton video ini.


Apa Kebaikan Menggunakan Stroller Bayi?

Untuk ibu bapa yang masih ragu sama ada mereka patut guna kereta sorong untuk bayi atau pun tidak.

Ketahui manfaat menggunakan stroller untuk anak-anak.

  • Memastikan keselamatan anak 
  • Memudahkan ibu bapa ketika keluar berjalan-jalan/melancong
  • Banyak barang boleh diletakkan dalam bakul stroller 
  • Bayi boleh duduk & tidur dengan selesa ketika bersiar-siar 
  • Boleh mengelakkan bayi daripada sakit belakang 
  • Mudah dibawa ke mana-mana (stroller boleh dilipat) 

Tapi sebelum membeli stroller, pastikan anda ketahui stroller yang sesuai untuk kegunaan anda supaya pembelian yang berbaloi.


Apa Perbezaan Antara Stroller & Pram?

Stroller dan pram mempunyai fungsi yang sama iaitu kerusi atau kereta sorong yang mempunyai tayar khas untuk bayi dan kanak-kanak.

Mudah cerita, kerusi yang si comel boleh duduk sambil ditolak oleh penjaga. 

Tapi apa yang membezakan adalah pram merujuk kepada model stroller yang ada bassinet atau permukaan tidur yang rata. 

Manakala stroller pula lazimnya merujuk kepada model yang ada tempat duduk tegak

Cuma zaman sekarang, kebanyakan stroller telah direka untuk membolehkan bayi duduk dalam kedua-dua jenis posisi. 

Anda boleh dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.


Cara Pilih Stroller Travel

Bagi ibu bapa yang sentiasa dalam perjalanan, stroller baby adalah barangan bayi yang mesti ada.

Ini akan membolehkan mereka membawa bayi mereka ke mana sahaja mereka pergi, tanpa perlu risau tentang keselamatan bayi mereka.

Untuk membantu anda memilih stroller travel terbaik untuk si manja anda, jom lihat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan.

  • Keperluan

Pertimbangkan keperluan anda sebelum membeli stroller dan entukan sama ada anda kerap menggunakannya di luar atau di dalam rumah. 

Adakah anda memerlukan stroller travel yang mudah dilipat, diangkut ke mana-mana atau boleh dikongsi antara keluarga dan saudara-mara?

Dapatkan stroller yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan mudah dibersihkan.

  • Reka bentuk

Selain itu, pilih stroller yang ringan, roda yang tahan lasak, mudah dilipat dan sesuai dengan gaya hidup anda.

Ini membolehkan anda memasukkan stroller ke dalam kereta atau pesawat tanpa mengambil banyak ruang.

Pastikan stroller juga mudah dibuka semula dan boleh dilakukan dengan satu tangan sahaja.

  • Keselesaan bayi

Pastikan stroller yang anda beli mempunyai tempat duduk yang selesa dan bersaiz yang mencukupi untuk si manja anda.

Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi mereka dan menghalang pergerakan anda.

Periksa stroller jika ada sistem tali keselamatan dan ketinggian yang mencukupi untuk memastikan bayi anda selamat.

  • Keselamatan

Apabila memilih stroller, ibu bapa perlulah utamakan keselamatan bayi anda.

Pastikan mempunyai tali pinggang yang selamat, tali penahan yang kuat dan roda berfungsi yang boleh dikunci dengan mudah untuk mengelakkan sebarang pergerakan apabila dihentikan.

Bukan itu sahaja, brek juga berfungsi dengan baik dan mudah digunakan untuk mengawal kelajuan stroller.


Kelebihan Dan Kekurangan Stroller Travel

Salah satu kelebihan stroller travel adalah mudah digunakan, mudah dilipat dan senang dibawa ke mana-mana. 

Turut mempunyai reka bentuk yang ringkas dan mempunyai penutup yang boleh melindungi bayi anda dari cahaya matahari dan hujan.

Stroller juga memudahkan pengguna untuk membawa anaknya ke tempat awam.

Stroller travel memberikan keselesaan kepada anak dan anak anda boleh duduk dengan selesa dalam stroller travel sementara ibu bapa menjalankan urusan harian mereka.

Selain itu, juga mempunyai tali keselamatan untuk memastikan bayi anda selamat semasa berada dalam stroller travel.

Tapi kekurangan utamanya ialah stroller travel mempunyai roda yang besar dan boleh menjadi lebih sukar untuk dilepaskan atau dipasang semula.

Beberapa stroller travel juga agak berat dan sukar untuk dibawa ke tempat yang tidak rata atau ruang sempit dan boleh menjadi penghalang kepada orang lain yang ingin melalui ruang yang sama.

Stroller travel juga boleh menjadi sangat mahal bergantung kepada jenama dan model yang dibeli.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation