Kecantikan

10 Pencuci Muka Dengan pH Rendah, Kulit Wajah Bebas Daripada Iritasi

Pencuci muka pH rendah, seimbang & bagus untuk kulit berminyak, kering, berjerawat pasir yang boleh melembap & memutihkan kulit dari Safi, Himalaya & Simple


Editor · Updated 19 Jun 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Pencuci Muka Dengan pH Rendah, Kulit Wajah Bebas Daripada Iritasi

Kebaikan menggunakan pH berkadar rendah adalah bagi mengelakkan kulit timbul masalah seperti iritasi atau merengsa akibat produk tidak sesuai buat wajah anda. Ini akan memudahkan anda menghilangkan jerawat, kulit kusam dan masalah kulit kering. Kulit yang bermasalah seperti sensitif juga boleh menggunakan pencuci muka jenis ini. 

Kandungan

Mengapakah anda perlu menggunakan pencuci kadar pH rendah?

Menukar pencuci wajah anda kepada jenis kadar pH yang rendah akan memastikan wajah sentiasa lembap dan seimbang. Kulit kita mempunyai kadar pH 5.0 atau 5.5. Ini kerana kulit mempunyai penghadang yang dikenali sebagai acid mantle yang mengunci lembapan dan melindungi kulit daripada bakteria dan radikal bebas.

Acid mantle akan cepat rosak jika anda menggunakan produk yang mengandungi kadar pH tinggi daripada skala 6 - 14. Ini akan membuatkan produk lain yang ingin diaplikasikan tidak mudah meresap dan bekerja dengan baik pada wajah anda. Ayuh lihat senarai pencuci muka dengan kandungan pH rendah sesuai untuk semua jenis kulit;

10 Pencuci Muka Dengan Kandungan pH Rendah

Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
Pencuci wajah untuk kulit kombinasi – menyegarkan dan membersih 1 daripada 10
Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel
Partnership with Simple
Dari RM27.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Triple purified water dan vitamin
Bebas sabun 100%
Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit
1 lagi
Non-comedogenic

Pencuci ini amat ringkas dengan senarai bahan yang sedikit, ianya terbukti sebagai pencuci yang mengandungi pH yang rendah. Dengan menggunakan bahan yang mesra dengan kulit wajah, ianya dapat menanggalkan kotoran dengan lembut dan juga mengawal minyak pada wajah. 

Dengan kandungan pH yang rendah, pencuci ini juga idak akan mengeringkan wajah dan sentiasa mengekalkan lembapan tanpa membuat wajah berminyak.

Pencuci muka yang memutihkan wajah dengan kuasa Alpha Arbutin 2 daripada 10
Hada Labo Arbutin Premium Whitening Face Wash
Partnership with Hada Labo
Dari RM41.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kandungan Tranexamic Acid untuk kulit lebih glowing
Kurangkan masalah kulit tegang akibat pencemaran
Kesan efektif yang lebih lama
1 lagi
Kulit bertambah anjal dan awet muda

Kebanyakan pencuci yang memulihkan selalunya sudah mempunyai kadar pH rendah kerana bahan pencerahan yang akan mengimbangi kadar pH pencuci tersebut. Seperti Hada Labo Arbutin Whitening Face Wash ini yang bukan sahaja membantu memutihkan wajah, ianya juga mengembalikan seri kepada wajah. 

Terbaik dalam melembapkan kulit dan menggalakkan acid mantle yang menjaga lapisan lembapan kulit supaya tidak mengering.

Pencuci muka pH rendah terbaik dari Watsons 3 daripada 10
Sebamed Clear Face Teenage Cleansing Liquid (150ml)
Partnership with Sebamed
Dari RM46.20
Lihat harga di Shopee Malaysia

Pencuci muka ini amat sesuai untuk merawat kulit wajah ‘breakout’. Produk daripada Sebamed ini mempunyai pH 5.5 yang sama dengan kadar pH kulit kita sendiri. Disebabkan itu, walaupun pencuci ni dikhaskan untuk merawat kulit berjerawat, ianya tidak akan mengeringkan wajah anda dan menyebabkan kulit anda kehilangan lembapan.

Pencuci muka untuk kulit berminyak – lindungi wajah anda 4 daripada 10
Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml)
Partnership with Himalaya Herbals
Dari RM9.35
Lihat harga di Lazada Malaysia
Matikan bakteria pada wajah
Menggunakan bahan semulajadi
Bergantung kesesuaian kulit individu
1 lagi
Tidak akan meninggalkan kesan sampingan

Pencuci ini amat sesuai untuk kulit normal sehingga berminyak. Dengan menggunakan khasiat daun Neem sebagai bahan aktif bersifat antibakteria, pencuci wajah dengan pH 5.5 ini terbaik dalam merawat kulit masalah jerawat. 

Ianya juga berfungsi untuk melindungi penghadang kulit anda supaya tidak mengering dan iritasi akibat kulit bermasalah. Khasiat kunyit di dalam pencuci ini akan membantu melindungi cela seperti parut jerawat.

Pencuci muka pH rendah terbaik untuk lelaki – semua dalam satu! 5 daripada 10
First Aid Beauty Face Cleanser
Partnership with First Aid Beauty
Dari RM70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Pasti leceh bukan sebagai lelaki, anda perlu memikirkan sesuatu yang sesuai dengan kulit anda namun tidak tahu yang mana satu untuk dipilih. Nah, pencuci muka First Aid Beauty dengan kadar pH 5.5 tanpa mengeringkan minyak semulajadi pada kulit. 

Pencuci ini akan menghilangkan lebihan minyak, kotoran dan radikal bebas yang berformula antioksidan. Bukan sahaja kulit akan sentiasa lembap dan bersih, malah akan melindungi daripada penuaan pramatang juga!

Hapuskan masalah kulit kusam dengan mengembalikan seri wajah 6 daripada 10
COSRX Low Ph First Cleansing Milk Gel (150ml)
Partnership with COSRX
Dari RM46.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Pencuci wajah ini mengandungi pH 5.5 yang amat sesuai untuk semua jenis kulit. Diperkaya dengan Witch Hazel dan Allantoin, pencuci ini akan menenangkan kulit serta melembapkan kulit kering sambil mengekalkan kadar lembapan di dalam lapisan kulit. Ianya juga sesuai untuk kulit kusam dan hilang seri yang disebabkan oleh radikal bebas yang menggelapkan wajah.

Pencuci ini akan menanggalkan lapisan radikal bebas tersebut dan membuatkan wajah kekal lembap, anjal dan berseri dari dalam.

Untuk kulit kering – merawat skin barrier dengan mudah 7 daripada 10
Dr. Jart+ Dermaclear Micro Ph Foam Facial Cleanser (120ml)
Partnership with Dr. Jart+
Dari RM30
Lihat harga di Sephora Malaysia

Pencuci ini mempunyai pH 5.5, diuji secara dermatologi untuk kulit kering dan sensitif yang  akan membantu mengembalikan keseimbangan serta lembapan pada wajah. Pencuci ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa yang mengalami masalah kulit ekzema kerana ianya tidak mengandungi bahan yang akan membuatkan kulit pedih dan iritasi. 

Pencuci yang amat ringkas ini bertekstur gel, sesuai untuk kulit kering kerana tidak akan memedihkan kulit.

Pencuci muka pH rendah yang merawat jerawat pasir 8 daripada 10
CeraVe Renewing SA Cleanser (8oz)
Partnership with CeraVe
Dari RM85
Lihat harga di Lazada Malaysia

Jerawat pasir atau fungal acne amat degil untuk hilang. Caranya hanya melalui chemical exfoliating menggunakan asid Salicylic bagi menghapuskan jerawat pasir yang timbul pada kulit wajah. Namun, sesetengah pencuci muka yang mengandungi asid Salicylic boleh mengeringkan wajah dan menyebabkan kulit menjadi sensitif.

Pencuci CeraVe ini mempunyai kandungan asid Salicylic dengan pH 5.5 yang akan membantu menghilangkan jerawat pasir. Tesktur kulit wajah anda tidak akan menjadi kering dan pencuci muka ini juga sesuai untuk kulit sensitif.

Pencuci pH rendah untuk jeragat dengan kuasa chemical exfoliating 9 daripada 10
Pixi Glow Tonic Cleansing Gel (135ml)
Partnership with Pixi
Dari RM98
Lihat harga di Shopee Malaysia

Tahukah anda apa itu kegunaan asid Glycolic untuk kulit wajah? Asid Glycolic di dalam pencuci ini mampu memudarkan masalah jeragat anda dengan menggunakan teknik chemical exfoliant. Ianya juga membantu menstabilkan kadar pH pencuci ini supaya seimbang dan tidak mengeringkan wajah anda.

Pencuci muka pH rendah yang melembapkan kulit wajah 10 daripada 10
Alpha-H Balancing Cleanser (185ml)
Partnership with Alpha-H
Dari RM141
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Pencuci muka bertekstur berkrim ini berformula 3-dalam-1 yang membantu mengembalikan keseimbangan pH di kulit dan melembap kulit dengan ekstrak Aloe Vera. Ianya juga menghilangkan radikal bebas yang mengakibatkan kulit kusam dengan kuasa Vitamin E.

Sesuai digunakan oleh kulit jenis sensitif juga, pencuci ini akan mengekalkan kadar pH yang sihat untuk lapisan kulit anda.

Lagi daripada ProductNation