Air fryer atau penggoreng udara menjadi perkakas penting bagi mereka yang ingin memanaskan makanan
Selain air fryer untuk panaskan makanan, ia turut menjadi alat memasak untuk turunkan berat badan atau mengamalkan gaya hidup sihat.
Air fryer tentunya selamat digunakan, dan anda mesti mahukan air fryer terbaik dan murah.
Jenama air fryer terbaik tak semestinya mahal, dan review air fryer terbaik kebanyakannya dalam lingkungan harga mampu milik.
Jadi jom lihat senarai air fryer terbaik dan tentunya kami kongsikan harga air fryer terbaik untuk anda buat perbandingan bijak.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 19 Air Fryer Terbaik Untuk Kegunaan Anda
Sebab menjadi pilihan utama:
Air fryer Philips ini bagus untuk anda yang sentiasa sibuk kerana boleh digunakan untuk panaskan semula lauk lebihan semalam.
Ciri-ciri:
Sesuai untuk gril ayam, bakar kek dan menggoreng makanan.
Jenama air fryer terbaik ini menggunakan teknologi Rapid Air untuk memasak makanan.
Maksudnya hidangan jadi lebih sedap dan sihat yang lembut di dalam dan masak dengan sempurna kerana tidak perlu guna minyak.
Paling penting, tidak mengeluarkan bunyi terlalu bising ketika sedang digunakan.
Kapasiti 4.1 liter memang sesuai untuk masak hingga 5 hidangan makanan.
Warnanya hitam menawan pula sesuai diletakkan di pelbagai jenis tema dapur.
Review:
"Pengalaman guna air fryer ni memang best, makanan dimasak dengan baik. Kalau guna dengan betul, makanan boleh jadi lebih sedap. Pembelian yang berbaloi!"
Gemar makan burger dan kentang goreng? Dapatkan segera air fryer Khind ini untuk menikmati french fries dan nugget ayam yang rangup dan tidak berminyak.
Selain itu, dengan kapasiti 3L, air fryer ini boleh panggang ayam dan buat kek dengan sangat mudah!
Jangan risau selamat digunakan kerana bakul menggorengnya ada gril yang diperbuat daripada stainless steel.
Turut dilengkapi dengan ciri Auto Shutdown jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini ketika sedang memasak.
Mudah untuk dikendalikan kerana terdapat paparan digital serta penyepit dan makanan tetap masak sempurna walaupun tidak diterbalikkan.
Air fryer PerySmith ini perlu menjadi milik anda yang gemar memasak terutama lamb chop, kentang, ayam panggang, lobster atau ikan salmon.
Air fryer ini mampu membakar makanan dari suhu serendah 80°C hingga 200°C tanpa menjejaskan rasa makanan yang di masak.
Produk dengan kapasiti 4.8 liter ini sesuai untuk yang sedang menjaga kesihatan kerana menggunakan teknologi ECOHEALTH.
Bakulnya pula direka dengan penapis yang akan mengasingkan minyak daripada makanan.
Jika terdapat kerosakan, anda tidak perlu risau sebab dilengkapi jaminan selama 2 tahun dan selamat digunakan kerana telah mendapat sijil pengesahan daripada SIRIM.
Paling penting, sangat mudah untuk dibersihkan kerana bahagian bakulnya boleh ditanggalkan. Anda tidak perlu sental lagi!
Bagi anda yang inginkan air fryer jimat elektrik, produk Nakada ini memang terbaik sebab menggunakan kuasa 1100W.
Selain mudah dibersihkan, anda juga hanya perlu pusingkan knob untuk mengawal masa dan suhunya. Sangat mudah!
Jadi boleh digunakan untuk buat stik, bakar pizza, kek serta roti bersama keju kerana boleh masak makanan hingga suhu 230°C.
Dengan suhu tinggi ini, nak goreng keropok lekor dan ikan bilis pun tiada masalah.
Bahagian keselamatan agak bagus kerana pemegangnya jenis anti-haba yang tidak akan membahayakan tangan anda.
Terdapat juga ciri Open Pause Mode di mana air fryer akan secara automatik terhenti seketika jika penutupnya dibuka dan berfungsi semula selepas ditutup kembali.
Usah khuatir jika anda mempuyai bajet yang terhad untuk miliki air fryer kerana air fryer ini berharga bawah RM200.
Walaupun murah, Samu Giken ini mampu masak ayam atau kentang goreng yang akan mengurangkan 80% lemak.
Jangan risau, makanan akan jadi lebih rangup di bahagian luar dengan pemanasan maksimum 200°c.
Malah, anda tak perlu lagi beli ketuhar yang berasingan sebab boleh panggang, gril daging serta bakar kek di dalam alat ini. Best kan?
Bahagian bakul grilnya pula jenis tidak melekat dan boleh dipisahkan agar mudah dicuci.
Sistem Advanced Heat Pulse untuk pengedaran udara panas pula akan memastikan makanan anda dimasak dengan cepat dan sekata walaupun tanpa minyak.
Air fryer mini dengan kapasiti 3L ini sesuai untuk individu bujang, pelajar kolej atau pasangan yang baru berkahwin.
Walaupun bersaiz kecil, anda boleh masak pelbagai menu, antaranya ayam goreng, kentang, panggang ikan dan udang serta bakar roti tau.
Dengan berat 2.4kg, air fryer ini menggunakan teknologi 360° Rapid Air di mana masak menggunakan minyak yang dikeluarkan dari makanan itu sendiri.
Haba juga akan mengelilingi makanan agar masak dengan sempurna dan rangup di luar.
Tambahan pula, ciri automatic power-off juga tersedia pada air fryer ini.
Sangat senang dikendalikan kerana boleh kawal suhu menggunakan tombol dan makanan juga boleh dikeluarkan bila-bila masa walaupun ketika sedang dimasak.
Dengan kuasa 1700W yang dimiliki air fryer ini, masa memasak anda akan jadi lebih mudah kerana mampu memasak sekitar 7-9 hidangan dengan lebih cepat.
Dengan suhu 65 – 200°C, anda boleh membakar pizza sebesar 10 inci.
Produk Russel Taylors turut dilengkapi dengan 8 program memasak yang telah diset jadi anda hanya perlu tekan butang untuk mula memasak.
Selain boleh goreng kentang, air fyer ini juga boleh masak kebab, stik, buah kering dan bakar kek.
Turut tersedia dengan fungsi mesin defrost untuk memudahkan tugas di dapur.
Lagi bagus, direka dengan lampu dan tingkap kaca di depannya, jadi anda boleh perhatikan proses memasak sekaligus elakkan makanan daripada hangit.
Nak guna air fryer tapi takut bil elektrik melambung? Jangan risau, air fryer Giselle boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Kuasa digunakan air fryer ini 1000W berbanding jenama lain, 1500W.
Mempunyai fungsi 5 dalam 1 selain berfungsi sebagai air fryer kerana boleh jadi oven, microwave, grill daging dan buat BBQ.
Memang sesuai untuk yang suka makan stik sebab boleh masak daging dengan mudah.
Malah, mampu masak makanan lebih cepat berbanding oven biasa dengan suhu maksima 250°C.
Air fryer Primada ini bukan sahaja boleh menggoreng tanpa minyak, malah boleh panggang ayam putar, kebab, bakar kek dan piza, serta gril daging.
Boleh juga buat udang kukus, buah kering dan gajus panggang dengan kapasiti sebesar 14 liter.
Anda juga tak perlu risau rumah berbau setiap kali memasak sebab alat ini tak akan keluarkan asap.
Nutrisi makanan juga akan tidak akan hilang, jadi memang sihat dan selamat digunakan untuk seisi keluarga.
Turut mempunyai penutup yang boleh nampak dari luar yang membolehkan anda untuk meninjau proses memasak tanpa perlu buka air fryer.
Jangan risau terdapat tempoh jaminan 2 tahun.
Untuk yang gemar buat kek tapi belum ada bajet untuk beli ketuhar, kami sarankan untuk dapatkan air fryer terbaik Haier ini.
Lagipun air fryer ini mempunyai ciri dapat mengurangkan penggunaan minyak hingga 80%, jadi sesuai untuk yang ingin makan makanan sihat.
Selain itu, boleh digunakan untuk gril stik, goreng ikan, udang, kentang goreng dan panggang seekor ayam dengan kapasiti 2.5 liter.
Menariknya lagi, bakul menggorengnya tidak melekat dan boleh ditanggalkan supaya mudah untuk dibersihkan.
Turut dilengkapi dengan auto shut off yang menjadikannya selamat digunakan.
Air fryer jenama Giselle ini sememangnya dipercayai ramai dan hadir dalam kapasiti 3L.
Dengan kawalan mekanikal, timer, kawalan suhu maksimum hingga 200℃, automatik power off dan mudah dibersihkan, ia menjimatkan masa di dapur.
Tambahan lagi, ia dilengkapi non-stick coating pan yang memudahkan anda menyediakan hidangan sedap dan sihat dengan cara yang pantas.
Dengan Rapid Air Technology, peralatan dapur ini mencipta tekstur rangup yang anda gemari dengan kalori yang lebih rendah.
Sesuai untuk menyediakan pelbagai hidangan termasuk kentang goreng, steak, daging, kek, ikan, dan kepak ayam lembut dengan sedikit atau tanpa minyak langsung.
Air Fryer Gaabor ini mempunyai beberapa ciri-ciri menarik seperti pemanasan udara 3D yang seragam, kawalan suhu pintar, dan paparan suhu yang jelas.
Selain itu, bakul yang tidak lekat memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa.
Ciri lain yang berguna kepada pengguna termasuk teknologi penyingkiran lemak berlebihan yang membantu menjadikan hidangan anda lebih sihat dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin diet.
Dengan kapasiti 4.5L, ia sesuai untuk seisi keluarga dan membantu anda menyediakan hidangan sihat tanpa minyak berlebihan.
Morgan Air Fryer MAF-MINI 2 mampu mencapai suhu dari 80°C hingga 200°C dengan pemanasan yang pantas.
Selain itu, air fryer ini mempunyai kapasiti 2.0 Liter dan pengguna boleh menetapkan masa hingga 30 minit.
Terdapat juga pot yang boleh dilepaskan dengan lapisan anti-lekat, memudahkan lagi proses memasak dan membersihkan air fryer.
Dilengkapi dengan frying grill dan perlindungan daripada pemanasan berlebihan.
Sangat ideal untuk memanggang, menggoreng, dan menggoreng tanpa minyak dalam jumlah kecil untuk seorang atau dua orang hidangan.
Jadi sekiranya anda mempunyai keluarga kecil atau masih bujang, memang sangat sesuai untuk menggunakan air fryer dari jenama Morgan ini.
Tefal Ultra Fry menggunakan teknologi air fryer yang mengalirkan udara panas untuk memberikan hidangan yang rangup dan keemasan.
Dilengkapi dengan 8 program pra-tetap termasuk fries, kek, pizza, roti bakar, ayam, daging, udang, dan ikan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses masakan.
Selain itu, mempunyai kawalan knob, paparan LED, pre-set timer, kawalan suhu hingga 200°C, kapasiti 4.2L yang sesuai untuk 6 orang, dan paparan digital yang mudah digunakan.
Inilah salah satu penyediaan makanan tanpa minyak yang cepat dan mudah, tanpa perlu pemanasan awal.
Ideal untuk gaya hidup yang sibuk dan mudah digunakan, satu perkakasan elektrik untuk pelbagai resepi!
Dengan panel kawalan digital dan paparan LED, anda boleh mengawal suhu dari 60°C hingga 200°C dan memilih daripada 8 program pratetap yang termasuk french fries, pizza, roast, steak, ikan, ayam, kek, dan panaskan semula makanan.
Air fryer jenama Pensonic ini juga dilengkapi dengan pemasa selama 60 minit, menjadikannya sesuai untuk menggoreng, memanggang, bakar, dan rotisserie.
Selain itu, mempunyai kapasiti 10L dan pintu boleh tanggal bagi memudahkan anda membersih.
Anda juga akan mendapat aksesori seperti drip tray, rotating rotisserie fork, mesh tray, frying basket dan banyak lagi.
Masaklah dengan cara lebih sihat dan crispy dengan oil free frying menggunakan fries drum!
Bagi mereka yang mencari air fryer untuk memasak untuk keluarga besar atau rakan-rakan, dapatkan je Nexon Air Fryer dengan kapasiti besar sebanyak 12 liter.
Dengan 8 butang pra-tetap sentuh sahaja dan tetingkap air fryer XL yang jelas, memudahkan pemantauan proses memasak.
Selain itu, mempunyai pegangan yang mudah digunakan, cool touch housing, paparan digital LED dan pusingan automatik untuk pemanasan yang lebih sekata serta reka bentuk kes kipas udara pusingan 360 dengan kelajuan tinggi.
Air fryer ini turut menyediakan fungsi perlindungan daripada pemanasan berlebihan serta fungsi menggoreng melalui pemanasan udara, rotisserie, dan pengeringan.
Aksesori termasuk bakul berlubang berputar dan alat pengambilan, drip tray, rak wayar, rak boleh dilepaskan, garfu rotisserie dan set skewer.
Air fryer Cornell hadir dengan ciri-ciri keep warm, kawalan suhu, dan pre-set timer, jadi anda boleh memasak dengan lebih sihat tanpa minyak dan tiada risiko terbakar.
Ia juga boleh memasak lebih cepat, menjimatkan masa dan tenaga sehingga 50%, dan dengan teknologi penuapan stim automatik, makanan juga menjadi lebih rangup.
Malah, bakul mengoreng boleh dimasukkan ke dalam mesin pencuci pinggan dan dengan pusingan pemanasan udara 360 darjah, makanan dimasak lebih sekata.
Jangan risau kalau anda seorang pelupa, kerana air fryer ini mempunyai timer 60 minit dan automatik shut-off.
Dengan suhu maksimum 200°C, kaki yang tidak mudah tergelincir dan perlindungan daripada pemanasan berlebihan, air fryer ini sangat selamat digunakan.
Mayer Air Fryer bagi model MMAF505 ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Keep Warm, kawalan knob, penjuru masa pra-tetap, dan kawalan suhu sehingga 200°C yang memudahkan anda dalam proses memasak.
Anda boleh memasak dengan selesa dengan bakul penggorengan yang boleh dilepaskan berkapasiti 4.2L, penunjuk lampu dan timer sehingga 30 minit.
Selain itu, mempunyai ciri keselamatan termasuk automatic cut-off switch, perlindungan daripada pemanasan berlebihan, pemegang sentuhan yang sejuk, dan kaki yang tidak mudah tergelincir.
Jangan risau, anda juga akan mendapat jaminan selama 2 tahun dan tersedia dalam warna hitam sahaja.
ELBA Air Fryer Model EAF-K5130D(SS) menggunakan kuasa sebanyak 1400W dan berkapasiti 5.0L.
Rekaan badan keluli tahan karat memberikan rasa mewah, manakala panel kawalan sentuh dan paparan LED menjadikannya sangat mudah digunakan.
Teknologi pusingan udara panas tinggi 360 darjah memastikan hidangan masak lebih sekata dan sihat.
Malah, terdapat fungsi keep warm sehingga 120 minit, frying basket yang boleh dikeluarkan, tetapan suhu 80-200°C dan pemasa yang boleh diubah hingga 60 minit serta buku resepi percuma.
Selain itu, terdapat pelbagai ciri keselamatan seperti perlindungan daripada pemanasan berlebihan, kaki getah anti-slip, cool touch body & grip handle, dan penutup keselamatan untuk butang pelepasan bakul.
Dengan ELBA Air Fryer, anda boleh menggoreng tanpa minyak, menggril, membakar, dan BBQ dengan mudah.
Bagaimana Cara Pilih Air Fryer?
Kini semakin ramai orang yang teruja dengan perkakas dapur baru iaitu air fryer!
Air fryer adalah satu mesin yang membolehkan anda memasak makanan tanpa minyak.
Tapi, macam mana nak pilih air fryer yang sesuai untuk kegunaan harian anda?
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih air fryer:
1. Kapasiti
Pastikan air fryer yang dipilih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk keperluan anda.
Adakah anda memasak untuk satu atau dua orang, atau untuk keluarga besar?
Jika anda memerlukan air fryer yang besar untuk keluarga besar, pastikan pilih yang mempunyai kapasiti yang besar.
2. Ciri-ciri
Beberapa air fryer mempunyai ciri-ciri yang unik seperti pemasa yang dapat mengubah suhu, fungsi paparan, auto shut off, dan banyak lagi.
Pastikan air fryer anda mempunyai beberapa fungsi tambahan seperti menggoreng, memanggang, membakar dan mengukus supaya senang anda nak masak pelbagai jenis makanan.
3. Jenis
Terdapat dua jenis air fryer iaitu yang menggunakan pengayun dan yang tidak menggunakan pengayun.
Air fryer yang menggunakan pengayun boleh memberi keputusan yang lebih baik dalam menghasilkan makanan yang seragam.
Tapi air fryer yang tidak menggunakan pengayun lebih mudah untuk dibersihkan.
5. Jenama
Pilih air fryer dari jenama yang terkenal dan boleh dipercayai.
Jenama yang baik biasanya mempunyai jaminan yang panjang dan mempunyai banyak ulasan positif dari pengguna yang lain.
6. Harga
Pastikan anda memilih air fryer yang sesuai dengan bajet.
Air fryer yang lebih mahal mungkin mempunyai ciri-ciri yang lebih baik, tapi jika tidak memerlukan ciri-ciri tersebut, lebih baik pilih air fryer yang lebih murah.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Air Fryer?
Air fryer, perkakas dapur yang sedang menjadi trend dan semakin popular di kalangan penggemar masakan sihat.
Di sini, kami akan menyenaraikan kelebihan dan kekurangan air fryer.
Kelebihan air fryer:
- Kurang minyak - Air fryer menggunakan udara panas yang terdapat di dalamnya untuk memasak makanan, jadi tak perlu lagi gunakan banyak minyak yang boleh menghasilkan masakan yang lebih sihat dan kurang berlemak.
- Lebih cepat - Memasak menggunakan Air fryer lebih cepat berbanding dengan memasak menggunakan oven biasa.
- Kawal suhu & masa - Anda hanya perlu meletakkan makanan yang hendak dimasak di dalam peranti dan kemudian menetapkan suhu dan masa yang diperlukan. Peranti akan mengeluarkan bunyi beep sekiranya makanan telah siap.
- Mudah dibersihkan - Air fryer lebih senang untuk dibersihkan kerana ia tidak terdedah kepada minyak yang melekat.
- Banyak fungsi - Air fryer bukan sahaja boleh digunakan untuk menggoreng, tetapi juga untuk memanggang, menggoreng, mengukus, dan banyak lagi. Anda boleh mencuba resepi-resepi baru dengan menggunakan air fryer.
Kekurangan air fryer:
- Harga yang mahal - Air fryer mungkin agak mahal berbanding perkakas dapur lain. Namun, ini sepadan dengan faedah kesihatan yang diperoleh.
- Perlu dipantau - Seperti juga memasak menggunakan teknologi lain, air fryer perlu dipantau agar makanan tidak terbakar atau terlebih masak.
- Ruang penyimpanan besar - Ini kerana air fryer memerlukan ruang yang mencukupi untuk mengalirkan udara panas dan memasak makanan dengan baik.
Adakah Makanan Yang Disediakan Dengan Air Fryer Sihat Untuk Dimakan?
Makanan yang dimasak dalam air fyer selalunya lebih sihat dan kurang kalori berbanding digoreng biasa dalam kuali kerana tidak menggunakan minyak.
Memasak dengan air fryer juga dikatakan lebih sesuai untuk orang yang sedang berdiet.
Jom tonton video berikut untuk mengetahui lebih lanjut.
Tips Cara Guna Air Fryer?
Ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk memaksimakan penggunaan air fryer di rumah. Antaranya:
- Pastikan terdapat ruang sebanyak 5 inci di belakang air fryer untuk pengaliran udara.
- Panaskan (pre-heat) air fryer selama 2-3 minit sebelum masukkan makanan mengikut suhu yang diinginkan.
- Sebaiknya lapik makanan dengan baking paper atau aluminium foil agar tak akan melekat pada air fryer sekaligus lebih mudah untuk dikeluarkan dan dibersihkan.
- Boleh oleskan atau sembur sedikit minyak pada makanan agar ia lebih crispy dan tak melekat. Cuma, tips ini sesuai untuk makanan yang tak keluarkan minyak seperti sayuran.
- Jangan masukkan makanan seperti nugget atau kentang sehingga terlalu penuh di dalam bakul air fryer. Ini menyebabkan makanan tidak masak dengan rata.
- Sesetengah air fryer memerlukan anda untuk terbalikkan makanan agar kedua-dua belah masak dengan sempurna.
Akhir sekali, jika nak air fryer anda tahan lama, pastikan anda tidak membuat perkara ini. Jom tonton video berikut.