Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Susu Terbaik untuk Bayi Sembelit 2024 (Newborn - 3 Tahun)

Paling penting, pilih susu yang sesuai dengan bayi anda!

Pulihkan bayi sembelit dengan susu formula terbaik untuk bayi sembelit ini. Pastikan beli susu untuk bayi sembelit dari senarai susu untuk bayi sembelit ini. Bayi dan kanak-kanak juga boleh mengalami masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar. 

Situasi ini boleh terjadi jika tabiat pemakanan kanak-kanak itu kurang air atau kurang serat makanan. 

Ada banyak produk berasaskan tenusu juga boleh menyebabkan sembelit, tambah-tambah lagi jika anak anda suka tahan berak.

Bagi mengelakkan dan mengurangkan masalah sukar membuang air besar, anda boleh berikan susu formula untuk bayi sembelit. 

Pelbagai jenis susu sembelit untuk anak atau susu elak sembelit di pasaran, jadi anda boleh beli susu formula terbaik untuk bayi sembelit mengikut umur dan jenama pilihan anda.

Jom lihat senarai susu untuk bayi sembelit terbaik yang boleh bantu anak anda lawaskan sistem penghadaman mereka.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 16 Susu Untuk Bayi Sembelit Terbaik

Susu untuk bayi sembelit terbaik secara keseluruhan
Novalac Novamil Kid IT 1-10 Years Old (800g)
Novamil
Novamil Kid IT 1-10 Years Old (800g)
From
RM110.10
Check Novalac Novamil Kid IT 1-10 Years Old (800g) price below:
add_circle Bebas sukrosa
add_circle Melancarkan pencernaan
add_circle Melembutkan najis yang keras
add_circle Tinggi kalsium untuk tulang sihat & kuat
add_circle Menyokong perkembangan anak
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun

Sebab menjadi pilihan utama:

Susu Novalac untuk bayi sembelit ini sesuai untuk bayi dan kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun yang mengalami masalah sembelit atau enggan ke tandas untuk membuang air besar. 

Ciri-ciri:

Selain boleh bantu melancarkan pergerakan usus, susu ini jug sesuai untuk anak yang pilih makan atau picky eater dan tidak aktif. 

Turut kaya dengan Vitamin B kompeks untuk meningkatkan selera dan tahap tenaga anak-anak. 

Terdapat juga karbohidrat susu yang mengandungi Bifidogenic dimana dapat menyokong kesihatan usus anak anda.

Selain itu, susu elak sembelit ini tinggi dengan omega 3 dan 6 yang berasaskan tumbuhan untuk menyokong perkembangan mental dan visual si manja anda. 

Review:

"Susu terbaik untuk baby 1 tahun keatas yang sembelit. Bau susu tak berapa kuat dan ia kurang manis."

Susu untuk bayi kembung dan sembelit
Morinaga BF-1 Infant Formula (0-12 months)
Morinaga
susu morinaga
From
RM106.00
Check Morinaga BF-1 Infant Formula (0-12 months) price below:
add_circle Boleh mengatasi cirit-birit
add_circle Susu seakan susu ibu
remove_circle Harga mahal

Susu Morinaga BF-1 Infant ini mengandungi pelbagai khasiat penting seperti susu ibu.

Antaranya Nukleotida, Taurina, Beta-Karotena, dan banyak lagi nutrien penting, vitamin & mineral dalam nisbah seimbang.

Ingin diingatkan jika si kecil yang mengalami kerap cirit-birit, sangat disarankan beli susu ini untuk mereka supaya dapat membuang dengan bagus.

Tapi anda juga boleh bagi anak anda jika ingin mengelakkan dari mengalami masalah cirit-birit dari awal. 

Susu untuk bayi pramatang
Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g)
Nestlé
From
RM31.60
Check Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g) price below:
add_circle Membantu tumbesaran
add_circle Mengandungi karbohidrat & protein
add_circle Mengandungi DHA, ARA & minyak MCT
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi lactose intolerant

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), doktor menasihati agar ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang sentiasa memastikan bayi mereka mendapat jumlah kalori dan nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran. 

Susu Pre NAN® merupakan susu formula khas untuk bayi pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau dilahirkan kurang daripada 2.5 kg. 

Susu ini dapat dapat melengkapi keperluan untuk tumbesaran bayi sehingga 4 kg. 

Kandungan protein dan karbohidrat untuk tenaga serta DHA, ARA dan minyak MCT adalah suplemen yang dapat memberi kesan positif kepada si kecil. 

Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan agar merujuk paediatrician bagi tempoh yang ditetapkan untuk mendapatkan greenlight memberikan susu ini kepada si manja anda. 

Susu kambing untuk bayi sembelit
KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm)
Karihome
Karihome Goat Milk Step 1
From
RM66.50
Check KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm) price below:
add_circle Ada minyak sayuran & laktosa
add_circle Sesuai untuk bayi alergik susu lembu
remove_circle Kandungan hanya 400 gram

Susu jenama Karihome telah menjadi pilihan ramai ibu bapa dan ia juga antara susu kambing yang paling laris dijual di farmasi.

Ini kerana jenama Karihome Step 1 diformulasikan khas untuk bayi umur 0-6 bulan.

Susu ini juga bagus diminum jika mempunyai si kecil yang tidak boleh minum susu lembu.

Jangan risau, produk dari New Zealand ini telah disahkan halal oleh persatuan Islam negara.

Jadi para ibu tak perlu ragu-ragu untuk memberikan susu terbaik ini pada si comel. 

Lagipun sangat membantu sistem pencernaan anak-anak.

Malah produk susu kambing untuk bayi ini dirumuskan dengan nukleotida yang boleh membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Selain dari kandungan nukleotida , terdapat juga bahan CLA yang akan meningkatkan kekuatan tulang anak-anak anda. 

Kandungan Sn-2 Palmitat dalam jenama susu kambing terbaik di Malaysia ini pula boleh membuatkan bayi tidur lebih lama dan membantu bayi menyerap kalsium. 

Jangan lupa untuk ikut arahan yang terdapat pada pembungkusan produk untuk membancuh dengan betul. 

Susu untuk anak sembelit 2 tahun
WYETH S26 Gold Progress Stage 3
S-26 GOLD
From
RM73.32
Check WYETH S26 Gold Progress Stage 3 price below:
add_circle Kandungan DHA tinggi
add_circle Dapat melembutkan najis
add_circle Meningkatkan imunisasi badan
remove_circle Harga mahal

Walaupun S-26 Fold Progress mempunyai Nutrilearn System iaitu nutrien yang direka khas untuk pembelajaran, tumbesaran dan perkembangan si kecil.

Tapi, susu formula ini bagus juga untuk sistem penghadaman si kecil kerana mengandungi Oligofructose.

Kandungan ini dapat membantu meningkatkan jumlah bakteria baik untuk usus dan melembutkan najis supaya proses pembuangan lebih mudah.

Sekaligus anak anda tidak mengalami kesukaran berak atau sembelit.

Ditambah pula dengan kandungan 2’-FL yang mengandungi prebiotik dapat menyokong imunisasi badan si comel.

Susu soya untuk bayi sembelit
ISOMIL Plus (850g)
Isomil
ISOMIL Plus (850g)
From
RM80.00
Check ISOMIL Plus (850g) price below:
add_circle Halal
add_circle Tanpa susu lembu
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak 1-10 tahun
add_circle Kalsium untuk pertumbuhan tulang & gigi
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi pramatang

Susu berasaskan soya dari Isomil ini tidak mengandungi susu lembu, jadi sesuai diminum oleh bayi dan kanak-kanak yang mengalami alahan dengan protein susu lembu. 

Diperkaya dengan protein dan zink yang sangat penting untuk pertumbuhan nutrisi dalam badan anak-anak. 

Vitamin D dalam susu ini pula membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk kuatkaan tulang. 

Manakala kandungan DHA dan AA serta Lutein membantu memberikan kesihatan mata yang baik untuk anak-anak. 

Malah, ada kajian mendapati bahawa susu soya dapat melembutkan najis dalam untuk anak-anak yang ada masalah sembelit.

Susu formula dengan kandungan DHA tinggi
Dumex Mamex Step 1
Dumex Mamex Step 1
From
RM66.15
Check Dumex Mamex Step 1 price below:
add_circle Mengandungi serat dan prebiotik
add_circle Dapat memberi kesihatan usus
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi alergi susu lembu

Susu Dumex Mamex ini mengandungi campuran Oligosaccharide GOS/IcFOS yang membantu meningkatkan bifidobacterium dalam usus.

Campuran ini akan mengekalkan persekitaran yang baik pada usus si comel anda.

Susu rumusan bayi ini juga diformulasikan dengan protein, kalsium, zink, iodine, Vitamin A, Vitamin D dan K agar si manja akan mendapat nutrien yang cukup untuk pertumbuhannya. 

Susu ini boleh diberikan kepada bayi berusia 0-12 bulan tetapi tidak sesuai diberikan kepada bayi yang ada alahan pada susu lembu. 

Turut mengandungi DHA untuk perkembangan otak dan mata bayi dan AA pula membantu dalam pembentukan membran sel dan sistem imun bayi.

Susu untuk bayi sembelit 1 tahun
Nestle Nankid Optipro Stage 3 BIB
Nestle Nankid Optipro Stage 3 BIB
From
RM109.00
Check Nestle Nankid Optipro Stage 3 BIB price below:
add_circle Halal
add_circle 0% sukrosa
add_circle Mengandungi probiotik
add_circle Untuk bayi dari 1 hingga 3 tahun
add_circle Diformulasi dengan DHA & ARA
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi baru lahir

Dirumus dengan probiotik, susu formula Nestle Nankid akan memastikan keseimbangan bakteria baik dalam usus dan boleh mengurangkan masalah cirit-birit. 

Manakala kandungan  2’-FL Oligosaccharide pula boleh menguatkan dinding usus dan mengurangkan bakteria jahat dalam usus.

Ibu bapa tidak perlu risau gigi bayi akan rosak sebab diperbuat 100% laktosa tanpa gula tambahan. 

Oleh itu, pengambilan susu ini bakal menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat buat si comel anda.

Susu murah untuk bayi sembelit
Nestle Lactogrow 3 Milk Powder (1.3kg)
From
RM42.90
Check Nestle Lactogrow 3 Milk Powder (1.3kg) price below:
add_circle Halal
add_circle Diperakui KKM
add_circle Perut anak lebih selesa
add_circle Membantu menguatkan sistem pertahanan badan
add_circle Mengandungi kalsium yang tinggi & DHA
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi baru lahir

Susu Lactogrow untuk bayi 1 tahun hingga 3 tahun ini di rumus dengan probiotik Lactobacillus reuteri yang boleh membantu meningkatkan fungsi usus. 

Probiotik tersebut juga boleh membantu mengurangkan risiko sembelit dalam kalangan kanak-kanak. 

Dalam masa yang sama, si kecil juga akan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum kerana pergerakan usus mereka dalam keadaan baik. 

Paling penting, susu ini tidak mengandungi sukrosa tambahan untuk elakkan perut si manja tidak selesa.

Susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun sembelit
Similac Total Comfort Plus (820g)
Similac Total Comfort Plus (820g)
From
RM82.88
Check Similac Total Comfort Plus (820g) price below:
add_circle Protein mudah dicerna
add_circle Menyokong perut sensitif
add_circle Mengurangkan risiko alahan
add_circle Tidak mengganggu perut kanak-kanak
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak atas 4 tahun

Susu formula keluaran Similac ini diformulasikan dengan 2'-FL dan Nucleotides untuk menyokong sistem pertahanan tubuh. 

Selain itu, susu ini juga diperbuat daripada protein yang mudah dihadam untuk tidak menyebabkan anak sakit perut. 

Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda masalah pencernaan seperti sembelit, akan menangis kerana tidak selesa.

Jadi, jika anak ada sembelit atau colic sangat sesuai untuk minum susu Similac kerana boleh bantu kurangkan masalah tersebut. 

Similac Total Comfort Plus mempunyai Eye Q System dimana 10 nutrien seperti DHA, Lutein, zat besi dan Vitamin E digabungkan untuk perkembangan otak si comel anda.

Susu Frisolac untuk bayi sembelit
Frisolac Comfort New Packaging Frisolac AR 400g
Frisolac Comfort New Packaging Frisolac AR 400g
From
RM52.90
Check Frisolac Comfort New Packaging Frisolac AR 400g price below:
add_circle Dapat melegakan perut bayi kolik
add_circle Boleh diberi pada bayi baru lahir
add_circle Mengandungi 5 jenis nukleotida
remove_circle Hanya untuk bayi 0-12 bulan saja

Susu formula Frisolac Comfort sesuai untuk bayi berusia 0-12 bulan.

Jadi jika anda mempunyai masalah susu badan pada awal kelahiran si kecil, sebaiknya guna susu ini untuk elak sembelit.

Bukan itu saja, susu ini dapat mengatasi masalah penghadaman seperti kolik, muntah dan sembelit.

Ini kerana susu formula ini mengandungi nutrien penting seperti Linoleic Acid, 5 jenis nucleotides dan carob bean (serat tebal).

Untuk pengetahuan anda, serat tebal ini mampu menolong bayi yang mengalami masalah penghadaman.

Susu tanpa laktosa untuk bayi sembelit
Dale & Cecil Miwako Milk Powder 700gm
Dale & Cecil Miwako Milk Powder 700gm
From
RM89.90
Check Dale & Cecil Miwako Milk Powder 700gm price below:
add_circle Sesuai untuk bayi alergi susu lembu
add_circle Tidak mempunyai bahan pengawet
add_circle Mengandungi Prebiotik FOS dan serat
remove_circle Harga mahal

Jika dilihat bahan yang terkandung dalam susu ini tidak hairanlah mengapa harganya mahal.

Rumusan yang berasaskan tumbuhan dan diperkaya dengan nutrisi dan vitamin lengkap menjadikan sesuai untuk kanak-kanak alergi dengan susu lembu.

Susu ini tidak mempunyai tenusu, laktosa, soya, gluten, telur, kacang atau gula tambahan.

Tapi mengandungi millet, quinoa dan beras perang dimana sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun hingga 6 tahun dan vegetarian.

Malah dengan kandungan prebiotik FOS dan serat, sangat bagus untuk kesihatan usus dimana membantu penghadaman si kecil jadi lebih lancar.

Jadi jika bayi anda mengalami masalah sembelit dan kolik, susu ini adalah pilihan yang tepat kerana susunya mudah dihadam.

Susu untuk bayi sembelit 0-12 bulan
HiPP BILAC Organic Infant Formula Step 1 (0-12 months)
HiPP BILAC Organic Infant Formula Step 1 (0-12 months)
From
RM115.00
Check HiPP BILAC Organic Infant Formula Step 1 (0-12 months) price below:
add_circle Bebas daripada racun perosak & serangga
add_circle Mengandungi 100% laktosa organik semula jadi
add_circle Mengandungi DHA & ARA untuk perkembangan otak, sel saraf & penglihatan
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi yang alah dengan susu lembu

Untuk ibu bapa yang mahukan susu formula yang organik untuk bayi berusia 0-12 bulan, boleh cuba susu HiPP Bilac.

Ini kerana susu HiPP Bilac bebas daripada GMO dan tidak mengandungi hormon pertumbuhan. 

Paling penting, susu organik ini sesuai dijadikan susu elak sembelit untuk anak kerana mengandungi prebiotik Galacto-oligosaccharides (GOS) organik.

GOS ini yang menyokong pertumbuhan bakteria baik di dalam usus dan pastikan perut anak kekal selesa.

Dengan pengambilan susu ini akan membantu anak anda menghasilkan najis yang konsisten dan kerap.

Susu untuk anak sembelit 3 tahun
Enfagrow A+ MindPro Step 3 Gentlease Susu Milk Formula Powder (800g)
Enfagrow A+ MindPro Step 3 Gentlease Susu Milk Formula Powder (800g)
From
RM90.00
Check Enfagrow A+ MindPro Step 3 Gentlease Susu Milk Formula Powder (800g) price below:
add_circle Protein mudah dihadam
add_circle Tanpa gula tambahan
add_circle Mengandungi DHA
add_circle Kadar laktosa rendah
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi pramatang & 1 tahun kebawah

Susu Enfagrow A+ ini di rumus dengan partially hydrolyzed protein yang lebih mudah dihadam dan diserap oleh anak anda yang mempunyai perut sensitif. 

Ini kerana saiz proteinnya yang lebih kecil berbanding susu lembu biasa. 

Buat ibu bapa yang mencari susu formula dengan kadar laktosa rendah, susu Enfagrow untuk bayi berusia 1 hingga 3 tahun ini memang terbaik. 

Lapan daripada 10 ibu bapa setuju bahawa susu Enfagrow A+ dapat mengurangkan bayi menangis akibat ketidakselesaan perut, gas dan muntah dalam kalangan anak-anak. 

Turut mengandungi DHA yang membantu dalam pembentukan, pertumbuhan sel-sel saraf dalam otak bayi dan mempengaruhi perkembangan penglihatan bayi.

Susu formula dengan probiotik
Aptamil Infant Formula C-SynB Step 1
Aptamil Infant Formula C-SynB Step 1
From
RM85.00
Check Aptamil Infant Formula C-SynB Step 1 price below:
add_circle Halal
add_circle Untuk bayi 0-12 bulan
add_circle Mengandungi kalsium, zat besi & zink
remove_circle Tidak sesuai untuk yang berusia 1 tahun keatas

Kandungan probiotik Bifidobacterium breve dalam susu Aptamil ini boleh membantu memperbaiki fungsi usus. 

Campuran prebiotik GOS/IcFOS (9:1) pula membantu mengekalkan persekitaran yang baik untuk usus bayi sekali gus membantu penghadaman si comel. 

Dirumus juga dengan DHA dan AA untuk menyokong otak baby yang masih kecil agar berhubung dengan baik. 

Manakala vitamin A, C, D, E dan K pula bagi membekalkan nutrisi yang penting untuk si manja anda yang baru lahir hingga berusia 12 bulan.

Susu dumex mamil untuk sembelit
Dumex Mamil Step 3 (1.8kg)
Dumex Mamil Step 3 (1.8kg)
From
RM117.00
Check Dumex Mamil Step 3 (1.8kg) price below:
add_circle Tanpa sukrosa
add_circle Mengandungi prebiotik dan DHA
add_circle Mengekalkan persekitaran usus yang sihat
remove_circle Kurang sesuai untuk umur bawah 1 tahun

Susu Dumex Mamil Step 3 mengandungi campuran prebiotik unik GOS/lcFOS (9:1) yang menyokong penghalang pelindung usus yang lebih kuat.

Selain itu, boleh meningkatkan bakteria baik dalam usus dan membantu melembutkan najis bayi yang keras.

Tambah lagi, susu yang sesuai untuk bayi sembelit ini dari lembu yang diberi makan rumput dan tinggi Protein, kalsium serta Vitamin D.

Setiap tiga gelas susu formula ini turut membekalkan 96mg DHA dan nutrien penting lain untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.


Sebab Kenapa Bayi Sembelit

Apabila bayi menangis semasa buang air besar atau najis bayi kelihatan keras, ibu bapa pasti susah hati melihat keadaan mereka.

Oleh itu, kami bantu anda menyenaraikan faktor kenapa bayi mengalami sembelit:

  • Perubahan Diet

Apabila bayi mula menerima makanan pepejal selain susu ibu, sistem penghadamannya perlu menyesuaikan diri dan ini boleh menyebabkan sembelit sementara.

  • Kekurangan Cecair

Jika bayi tidak mendapat cecair yang mencukupi seperti air susu ibu atau bancuhan susu yang salah, najisnya akan menjadi keras dan sukar dikeluarkan.

  • Faktor Ubat-ubatan

Sesetengah ubat seperti suplemen zat besi atau ubat penahan sakit yang diambil oleh ibu sepanjang tempoh menyusu badan juga boleh menyebabkan sembelit kepada bayi.

  • Perubahan Persekitaran

Antaranya perubahan cuaca panas, perjalanan atau tidur yang tidak teratur boleh mengganggu tabiat pembuangan bayi.

  • Masalah Kesihatan

Bayi pramatang atau bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti dehidrasi, sistem pencernaan, masalah usus, perut kelihatan bengkak, alahan protein susu dan pembesaran yang terbantut juga boleh menyebabkan sembelit.


Bagaimana hendak mengenali situasi anak sembelit? 

Walaupun masih kecil, bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah sembelit atau sukar membuang air besar. 

Jika bayi tak membuang air besar dalam masa beberapa hari, boleh menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan sering menangis. 

Oleh itu, jom kenali situasi atau tanda-tanda anak sembelit. 

  • Najis mereka kurang daripada biasa dan teksturnya keras dan kering. 
  • Meneran dengan lebih kuat daripada biasa dan sesetengah kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi ‘menderam’ & wajah menjadi kemerahan akibat meneran.
  • Tekstur najis berubah dari lembik bertukar menjadi seperti tekstur batu yang kecil dan keras. 
  • Perut anak kelihatan kembung atau buncit dengan gas.
  • Kadang-kala, ibu bapa boleh rasa ketulan najis yang keras pada perut anak. 

Apabila si kecil mengalami masalah ini, apa yang anda perlu lakukan adalah cuba urut perut anak.

Jom saksikan langkah mengurut bayi yang betul mengikut praktikal yang ditunjukkan dalam video dibawah. 

Selain itu, boleh juga cuba buat gerakan pada kaki bayi seperti sedang mengayuh basikal untuk membantu pergerakan usus. 


Cara Bancuh Susu Bayi Sembelit 

Tidak susah pun nak bancuh susu untuk bayi anda yang sembelit kerana ibu bapa atau penjaga hanya perlu ikut sahaja arahan yang disediakan pada pek atau tin susu. 

Berikut adalah langkah-langkah untuk mencampur susu bayi sembelit:

  1. Bersihkan tangan anda dengan sabun dan air sebelum memulai proses bancuhan susu bayi.
  2. Pastikan semua peralatan yang digunakan, termasuk botol susu, puting botol, penutup botol, dan alat pengukur, telah dicuci dan disterilkan dengan baik. 
  3. Ikuti arahan pada kemasan susu bayi yang anda gunakan dan baca dengan teliti tentang jumlah air dan jumlah susu yang perlu digunakan. 
  4. Panaskan air hingga mencapai suhu hingga 40-50 darjah Celsius. 
  5. Tuangkan air yang dipanaskan ke dalam botol susu sehingga mencapai jumlah sukatan yang ditetapkan. 
  6. Pastikan anda menggunakan alat pengukur yang disertakan dengan susu bayi atau alat pengukur yang tepat untuk menambahkan air.
  7. Tambahkan jumlah susu bayi yang diperlukan ke dalam botol susu. 
  8. Pastikan anda mengukur susu dengan teliti dan sesuai dengan jumlah sukatan yang disarankan.
  9. Pasang puting botol ke dalam botol susu dan pastikan dipasang dengan baik dan selamat.
  10. Goncang botol dengan lembut untuk mencampur susu bayi dengan air dan pastikan semua serbuk susu larut sepenuhnya dan tidak ada gumpalan yang tertinggal.
  11. Periksa suhu susu bayi dengan titiskan beberapa titisan air susu pada pergelangan tangan anda. 
  12. Sediakan bayi dengan posisi yang nyaman untuk menyusu. 
  13. Berikan susu bayi dengan menggunakan botol susu dan pastikan bayi meneguk dengan tenang dan perlahan.

Jika bayi anda masih mengalami masalah sembelit yang berlanjutan atau masalah pencernaan lainnya, segera dapatkan konsultasi dengan doktor pakar kanak-kanak. 


Artikel Berkaitan

End of Article