Apabila tiba bulan Disember, sudah pasti ramai yang mengadakan majlis perkahwinan juga majlis pertunangan. Ini kerana, musim cuti sekolah ini memudahkan saudara dan sahabat handai dari jauh datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis anda. Untuk artikel kali ini, kami akan memberikan anda checklist yang anda boleh rujuk untuk menyediakan hantaran tunang.Â
Berapakah jumlah dulang yang diperlukan untuk hantaran pertunangan?
Jika diikutkan adat Melayu, dulang hantaran haruslah berjumlah angka ganjil dan pihak perempuan akan memberi jumlah dulang yang lebih banyak daripada pihak lelaki. Sebagai contoh, apa yang biasa kita lihat adalah pihak lelaki akan memberi 7 dulang hantaran, manakala pihak perempuan akan membalas dengan 9 dulang hantaran.Â
Antara hantaran yang wajib pada hari pertunangan adalah, pihak lelaki akan memberikan satu dulang berisi tepak sirih bersama cincin tanda dibalas pula satu dulang berisi sirih junjung oleh pihak perempuan. Ayuh lihat senarai untuk hantaran;
8 Hantaran Pertunangan Dari Pihak Lelaki :
Pemberian coklat pada hari pertunangan adalah kemestian. Ianya melambangkan kemanisan cinta antara dua hati. Gubah coklat ikut kreativiti seperti kek coklat bertingkat-tingkat, pasti ianya menjadi tumpuan. Jangan lupa hiasi dengan bunga-bunga untuk gaya lebih romantis.
Telekung ini diperbuat daripada material viscose yang sejuk dan tidak jarang, sesuai untuk beribadah. Ianya mempunyai double layer lace menjadikan si pemakai kelihatan manis dan ayu. Telekung ini tidak mempunyai saiz namun boleh dipakai oleh sesiapa sahaja dari saiz S hingga XL.Â
Dengan harga yang murah, anda boleh dapatkan telekung ini dalam lebih 20 variasi warna.
Dengan harga yang murah anda boleh dapatkan baju kurung moden ready-made ini sebagai tanda kasih. Baju kurung ini mempunyai unsur lace dihiasi embroidery pada lengan dan dipadankan dengan kain dipenuhi pearl untuk gaya yang anggun dan mahal. Ianya boleh dipakai pada majlis bertandang.
Dilengkapi lebih dari 5 jenis bahan mandian, set berasaskan mangga ini wangi dan sesuai dijadikan sebagai hantaran. Produk yang ditawarkan bebas kimia merbahaya dan tidak mengandungi lemak haiwan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan usah risau akan kulit iritasi atau merengsa. Manjakan diri dengan sesi mandian ala spa dirumah anda.
Set ini di datangi dengan krim siang, krim malam serta mask muka untuk kulit yang sentiasa tampil awet muda. Kesemua produk ini diperbuat daripada ekstrak bunga teratai (lotus). Ianya juga membantu menyeimbangkan tona dan melembapkan kulit. Lakukan penjagaan kulit ini sebagai rutin harian anda untuk kulit yang tampil fresh dan glowing.
Perfume dengan botol yang unik dari Bvlgari ini dipenuhi dengan bauan sitrus serta haruman lebih woody dan musky. Ianya memberi wangian yang fresh sesuai untuk kegunaan harian. Bakal pasangan anda pasti menggemari bauannya!Â
8 Hantaran Pertunangan Dari Pihak Perempuan :
Dengan harga murah, anda boleh memiliki sejadah setebal 22mm dilengkapi corak timbul menarik serta lapisan bawah ambalnya adalah anti-slip. Ianya amat selesa untuk beribadah. Sejadah eksklusif ini gebu dan berbaloi dengan harga yang berpatutan.
Set ini lengkap dengan anak patung beruang ini hanya perlukan sedikit penambahan hiasan untuk dijadikan hantaran tunang yang comel. Anda akan mendapat lebih dari 10 keping bar coklat beraneka perisa.
Baju Melayu cekak musang dengan reka gaya slim fit ini sesuai untuk dijadikan busana majlis bertandang. Kainnya berkualiti tinggi, tidak jarang, mudah diseterika dan tidak panas. Ambillah warna sedondon dengan cik tunang, barulah sepadan.
Gabungan bauan Bergamot dan Woody Musk memberi bau 2-dalam-1 yang segar serta maskulin. Sesuai digunakan pada siang mahupun malam hari, wangian daripada Dior ini adalah top seller 2019 untuk wangian lelaki.
Tablet ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya juga mempunyai ciri asas tablet jika anda hanya mahukan gadget ekstra untuk kegunaan seharian. Dengan harga yang murah, tablet ini menawarkan kamera yang berkualiti dengan paparan visual dan bunyi terbaik. Ianya boleh digunakan dengan simkad ataupun WiFi.
Jam tangan kronograf dengan 3 dail dilengkapi strap leather ini tampak bergaya, berkualiti dan dijual pada harga sangat berpatutandan dilengkapi dengan 10ATM kalis air. Jam tangan ini juga berwarna classic brown akan membuatkan si pemakai kelihatan classy. Pastinya menjadi tumpuan pada hari pertunangan nanti.