Kecantikan

10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Normal Beri Lembapan Sepanjang Hari

Jika anda miliki kulit normal, hampir mana-mana pelembap sesuai digunakan. Ini senarai moisturizer terbaik dari jenama drugstore & Korea untuk kulit normal.


Editor · Updated 18 Jun 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Normal Beri Lembapan Sepanjang Hari

Tidak kira apa jua kondisi kulit anda, memakai krim pelembap adalah penting dalam rutin penjagaan harian. Ia akan memastikan kulit anda kekal terhidrat dan terlindung dari sinaran UV. Tambahan pula, memakai pelembap juga dapat mencegah tanda-tanda awal penuaan dan rekahan kulit.

Kandungan

Pentingkah memakai moisturizer sekiranya anda memiliki kulit normal? 

Jika anda memiliki kulit normal, hampir mana-mana produk sesuai digunakan di muka anda. Yang terbaiknya, gunakan pelembap yang mengandungi Hyaluronic Acid kerana ia akan membantu menjadikan kulit anda kekal sihat dan segar sepanjang hari.

Jadi, kesimpulannya, walaupun anda memiliki kulit normal, amatlah wajib bagi anda untuk menggunakan pelembap. Berikut, kami menyediakan beberapa produk yang sesuai untuk anda;

Moisturizer drugstore yang bagus
Pelembap untuk kulit normal kombinasi dengan harga mampu milik 1 daripada 10
Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream (150ml)
Partnership with Himalaya Herbals
Dari RM32
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung kering
Kulit kekal anjal dan tampil awet muda
Agak 'greasy' dan meninggalkan kesan residu
2 lagi
Bertekstur ringan
Melindungi kulit dari radikal bebas

Dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit, Hiamalaya Herbals Nourishing Skin Cream ini amat sesuai untuk penggunaan harian. Ia menyediakan sistem lembapan yang berkhasiat serta memberi perlindungan terhadap kesan minyak sepanjang hari. Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry dan Pokok Kino, krim pelembap ini akan menjaga kulit anda sepenuhnya dari polusi dan pencemaran alam sekitar. Kini, anda tidak perlu risau tentang kerosakan kulit lagi!

Moisturizer water-based – terbaik untuk remaja
Pelembap paling sesuai untuk remaja berkulit normal - berminyak 2 daripada 10
Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna
Partnership with Safi
Dari RM20.20
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Dengan harganya yang mampu milik, Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna ini amat sesuai untuk para remaja yang sedang berjinak dengan alam kecantikan. Bertekstur gel dan water-based, pelembap ini berkesan dalam merawat dan mencerahkan kulit wajah yang kusam agar ia nampak lebih segar sepanjang hari. 

Dengan kandungan Hyaluronic Acid, Arbutin, Nano Biowhite dan Kiwi, kini kulit anda akan mendapat rawatan nutrisi yang secukupnya. Pelembap ini juga sesuai buat para remaja yang alami masalah kulit berminyak.

Moisturizer organik untuk kulit kering
Pelembap untuk kulit normal terbaik dan sesuai digunakan setiap hari 3 daripada 10
Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream (1oz)
Partnership with Organic Aid
Dari RM16.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Glycerin & Vitamin E untuk elak kulit kering melampau
Menyerap pantas ke dalam kulit
Bertekstur ringan
2 lagi
Lindungi kulit dari sinaran UV
Kesan perubahan agak lama

Ringan dan lembut pada wajah, Organic Aid Vitamin Moisturizing cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kondisi kulit, dari normal hingga ke sensitif. Dengan kandungan asid Amino serta Vitamin E, krim pelembap ini membantu kulit anda agar kekal terhidrat sepanjang hari hanya dengan satu sapuan. 

Pelembap ini juga bebas dari kesan melekit dan berminyak, membuatkan kulit anda kelihatan bermaya sepanjang hari.

Moisturizer untuk memutihkan wajah
Pelembap paling popular di drugstore, sesuai untuk semua jenis kulit 4 daripada 10
Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30
Partnership with Garnier
Dari RM30.52
Lihat harga di Shopee Malaysia
Melembapkan kulit
Sesuai untuk kulit sensitif
Aroma floral yang kuat
3 lagi
Mencerahkan kulit
Kulit lebih lembut
Kesan hasil lebih lama

Garnier Sakura White Day Cream ini sangat popular kerana kepantasannya yang berkesan dalam menyerap serta mencerahkan kulit. Pelembap yang serasi dengan semua kondisi kulit ini mengandungi kandungan SPF21 yang tinggi demi memberi perlindungan secukupnya buat kulit anda. Ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan C di dalamnnya pula akan membuatkan kulit anda terasa lebih lembut, gebu dan licin selepas hanya 4 minggu menggunakannya.

Pelembap untuk kulit normal dan semua jenis kulit - bersifat anti penuaan 5 daripada 10
OLAY Total Effects 7 in 1 Day Cream Normal
Partnership with
Dari RM48.70
Lihat harga di Shopee Malaysia

Krim anti penuaan dari jenama Olay ini bukan sahaja mampu melambatkan kesan penuaan, malah menghalang dari terjadinya penghasilan minyak yang berlebihan. Krim yang dilengkapi dengan bahan-bahan bernutrisi tinggi seperti Green Tea, Vitamin Pro-B5, B3 dan E ini juga sesuai dijadikan sebagai asas make up atau atau primer. Dengan kandungan SPF15 di dalamnya, kini kulit anda bebas dari sebarang kedutan, garis halus serta pori tersumbat!

Pelembap untuk kulit normal dengan kandungan SPF 6 daripada 10
Simple Kind to Skin Protecting Moisture Cream SPF30 (50ml)
Partnership with Simple
Dari RM26.80
Lihat harga di Watsons Malaysia

Diformulasikan dengan bahan seperti Vitamin E dan B3, Glycerin serta Sweet Almond Oil, krim pelembap ini mampu mengekalkan hidrasi sehingga 24 jam. Simple Protecting Moisturizing Cream ini juga diformulasikan dengan bahan anti-lekit, menjadikan kulit anda bebas kilau serta tampil cerah berseri sepanjang hari. Kini, tiada lagi penampilan kedut atau garis halus pada kulit wajah anda! 

Pelembap yang mengandungi asid Hyaluronik – terbaik untuk kulit normal 7 daripada 10
CLINELLE PureSWISS Hydracalm Refining Cream (40ml)
Partnership with Clinelle
Dari RM67
Lihat harga di Watsons Malaysia

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream ini mengandungi kepekatan asid Hyaluronik yang tinggi, menyerap pantas ke dalam lapisan kulit anda dan memberi lembapan sehingga 72 jam lamanya. Dilengkapi dengan Bio-Calm Complex dan Pure Swiss Thermal Spring, krim bertekstur ringan ini dapat menenangkan ketegangan serta memperkuatkan sistem pertahanan kulit agar kekal awet muda sentiasa. Selamat tinggal kesan kedutan! 

Pelembap untuk kulit normal cenderung kering 8 daripada 10
Bio Essence Be Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel
Partnership with Bio Essence
Dari RM50.31
Lihat harga di Watsons Malaysia
Mengandungi Niacinamide
Ringan dan terbaik untuk kulit normal dan kombinasi
Tidak sesuai untuk kulit sensitif
2 lagi
Pulihkan keanjalan kulit
Beri hidrasi secara intensif

Bio-Essence Hydra Aqua Moisturizing ini mengandungi 3x penyerapan terus ke dalam lapisan kulit demi menjaga keanjalan dan penghidratan kulit wajah. Krim pelembap yang bersifat gel ini sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama di saat cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini. 

Mengandungi bahan-bahan organik yang sihat seperti ekstrak Cranberry, minyak zaitun dan alga Jeju Marine, pelembap ini akan sentiasa melindingi kulit anda dari polusi serta radikal bebas yang berbahaya. Hebat kan?

Pelembap untuk kulit normal dan cenderung jerawat 9 daripada 10
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream
Partnership with Kiehl's
Dari RM155
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh sapu pada kulit setiap pagi & malam
Pantas meresap ke dalam kulit
Harga mahal
2 lagi
Menghaluskan pori-pori
Menyegarkan kulit

Sekiranya anda mempunyai kondisi kulit yang normal tetapi cenderung kepada tumbuhnya jerawat, Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini mungkin menjadi penyelesaiannya. Teksturnya yang bebas minyak dapat menghalang dari terbentuknya penghasilan jerawat pada kulit, sekaligus membuatkan wajah anda tampak berseri. Pelembap ini juga bebas paraben dan pewangi tiruan.

Dengan ekstrak Cylindrica Root, Antarcticine dan Cucumber, krim pelembap ini juga dapat melindungi kulit anda dari pencemaran udara. Cubalah!

Moisturizer bahan dasar air
Pelembap dari Korea dengan teksturnya water-based 10 daripada 10
Laneige Water Bank Moisture Cream 50ml
Partnership with Laneige
Dari RM128.69
Lihat harga di Shopee Malaysia

Laneige Water Bank Moisture Cream ini memberi lembapan sepenuhnya buat kulit anda dengan formula asid Hyaluronik yang tinggi. Krim pelembap dari Korea ini turut membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan agar kulit anda kekal selesa, bersih dan segar sepanjang hari. Telah diuji secara klinikal, krim ini akan memastikan kulit anda dilindungi melalui bahan dasar air atau water based formula di dalamnya.

Lagi daripada ProductNation