Kelengkapan Rumah

13 Tilam Murah & Berkualiti di Malaysia 2026 (Bawah RM500)

13 tilam murah & berkualiti bawah RM500 di Malaysia, harga disemak 21 Sep 2026. Pilihan terbaik: Dr. Macio Latex King, dari RM360.05, tahan lama & selesa.


Editor · Updated 21 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Tilam Murah & Berkualiti di Malaysia 2026 (Bawah RM500)

Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan kami untuk tilam murah berkualiti di Malaysia ialah Dr. Macio 8” Synthetic Latex King Mattress, dari RM360.05 di Shopee Malaysia (harga disemak 21 September 2026). Ia sesuai untuk sesiapa yang mahukan tilam getah asli yang selesa tanpa perlu bayar harga tilam spring yang mahal.

Pemilihan tilam yang bagus mungkin akan mempengaruhi rutin harian seseorang kerana rehat dan tidur yang mencukupi amat penting untuk memulakan hari yang baru.

Kandungan

Sebelum membeli jenama tilam yang bagus dan murah, anda perlu tahu jenis tilam, saiz tilam yang anda idamkan, jenis cadar tilam sedia ada dan bajet yang anda hadkan.

Ramai beranggapan tilam yang empuk dan berkualiti tinggi atau jenis tilam terbaik dijual dengan harga yang mahal.

Namun sebenarnya ada sahaja tilam murah dan berkualiti RM500 ke bawah yang anda boleh beli.

Jenama tilam yang bagus dan murah pun dah makin banyak di pasaran dan anda boleh lihat harga tilam queen atau king dan buat perbandingan bijak.

Tapi kalau anda mahukan jenama tilam terbaik untuk tulang belakang atau tilam terbaik untuk kesihatan, mungkin anda perlu keluarkan bajet lebih.

Jom lihat kedai tilam online di bawah dengan saiz dan harga tilam yang mampu milik di pasaran.


Senarai 13 Harga Tilam Bawah RM500

Terbaik Untuk Tahan Kulat: SpinaRez 3" Latex Feel Foam Tri Fold Foldable Mattress

Dr. Macio 8” Synthetic Latex King Mattress
Tilam terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
Dr. Macio 8” Synthetic Latex King Mattress
Dari RM360.05
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Fabrik lateks
Sistem pengudaraan bagus
Berat
1 lagi
Tebal dan besar

Sebab jadi pilihan utama:

Tilam jenama Dr.Macio ini menawarkan kualiti tilam yang lembut dan juga tebal, buatkan tidur malam lebih lena dan selesa.

Ciri-ciri:

Tilam saiz King ini berukuran 190cm x 183cm x 20cm boleh memuatkan dua orang dewasa dan seorang atau dua orang kanak-kanak. 

Material tilam ini sangat lembut dan selesa serta dapat mengelakkan daripada kegatalan kulit kerana fabrik latex yang berkualiti tinggi direka anti-hama.

Jadi anda tak perlu beli atau tukar tilam dengan kerap selama beberapa tahun jika ia dijaga rapi. 

Tilam ini turut mempunyai sistem pengudaraan yang bagus yang akan membantu mengurangkan masalah berpeluh ketika tidur.

Review:

"Kualiti tilam memang terbaik. Berat tapi cantik, tebal dan selesa. Overall memang puas hati walaupun rasa macam keras, tapi bila dah baring atas tu selesa je sebab tilam jenis takde spring."

Terbaik Untuk Camping: OSUKI Natural Coconut Fibre Foldable Single Mattress

Tilam lipat 2 daripada 13
GOODNITE Spinahealth Rebond Foam Foldable Mattress
Dari RM363
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat daripada rebonded foam berkualiti
Anti hama & habuk
Tilam nipis
2 lagi
Sesuai untuk bilik bermain anak-anak
Mudah disimpan

Ciri utama tilam ini adalah ia boleh dilipat, sesuai untuk travel jadi mudah untuk di bawa ke mana-mana seperti berkhemah atau rumah saudara.

Jika rumah anda sering menerima tetamu, tilam ini perlu disediakan di rumah anda untuk dijadikan tempat mereka tidur.

Fabrik bahagian luar tilam mempunyai ketebalan 2 inci ini dan diperbuat daripada kain jenis damask yang diimport.

Tambahan pula, tilam ini juga telah disanitasi untuk melindunginya daripada bakteria dan kulat. 

Menariknya lagi, tilam ini mempunyai beg khas dengan pemegang untuk disimpan dengan mudah di dalam almari selepas penggunaan.

Paling bagus, bahagian luar tilam single ini boleh dicuci untuk mengekalkan kebersihan dan keselesaan ketika tidur.

Oleh sebab tilam ini agak nipis, kami sarankan anda tidak baring terlalu lama bagi mengelakkan sakit belakang.

Terbaik Untuk Topper Tilam: DO Tilam Tatami Thicker Tatami Mattress Topper

Dunlopillo Single 5 Inch StayFresh Mattress
Tilam super single 3 daripada 13
Dunlopillo Single 5 Inch StayFresh Mattress
Dari RM368
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti habuk & hama
Premium fabrik
Pilihan warna terhad
2 lagi
Tahan lama
Berat

Tilam saiz super single ini direka khas untuk mereka yang suka tidur bersama timbunan bantal kerana saiznya lebih lebar berbanding tilam single biasa. 

Saiz tilam ini 107cm x 190cm x 13cm dengan ketebalan 5 inci di mana tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. 

Tidak perlu risau jika ada sebarang kerosakan pada tilam sebab terdapat waranti selama lima tahun. 

Kemudian, pada kedua-dua bahagian atas dan bawah tilam boleh digunakan, jadi anda boleh mengubah kedudukan mengikut keselesaan dan keperluan. 

Menariknya lagi, tilam ini direka tanpa spring tapi mampu memberikan sokongan yang terbaik untuk badan anda. 

Jika tilam ini digunakan oleh anak-anak yang tidur bersama adik beradik, mereka tak akan terganggu walaupun si kakak atau adik bergerak-gerak ketika tidur. 

Terbaik Untuk Sakit Belakang: Lucrezia Marino (10 Inch) Spine Support Spring Mattress

SpinaRez Foam Star 5” Latex Feel Foam Mattress - Queen
Tilam foam 4 daripada 13
SpinaRez Foam Star 5” Latex Feel Foam Mattress - Queen
Dari RM290.61
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kurangkan bunyi gangguan
Ketebalan 5 inci (12.5 cm)
Harga mahal
1 lagi
Foam hypoallergenic

Sekiranya anda inginkan tilam bersaiz queen yang selesa untuk anak-anak atau ibu bapa, kami syorkan tilam dari SpinaRez kerana tilam jenis foam. 

Tilam ini  dapat memberi keselesaan yang terbaik ketika tidur kerana diperbuat daripada foam yang mempunyai tahap ketumpatan yang tinggi.

Menariknya tentang tilam ini ialah ia mempunyai sistem pengudaraan yang baik, jadi anda akan dapat tidur dengan selesa tanpa rasa berpeluh atau panas. 

Selain itu, tilam SpinaRez ini antara jenama tilam yang bagus dan murah, sekali gus menjadikannya pilihan terbaik untuk kita dapatkan tidur yang cukup dan nyenyak. 

Bahagian luar tilam pula diperbuat daripada fabrik damask yang dikait dan berkualiti tinggi, jadi kulit anda akan rasa selesa. 

Produk jenama ini mampu mengurangkan bunyi gangguan ketika tidur, jadi anak-anak yang sedang tidur tidak akan mudah terjaga. 

Malah, bagus untuk tulang belakang dan rekaannya dilengkapi Italian Border yang ringkas dengan warna cerah sekali gus menjadikan bilik anda terasa lebih luas.

Tilam ini berukuran 190 x 150 x 12.5cm sesuai juga diletakkan di bilik tetamu kediaman anda. 

Terbaik Untuk Rasa Latex: SpinaRez Foam Star 5” Latex Feel Foam Mattress - Queen

Queen Mattress Rebond Foam
Tilam rebond 5 daripada 13
Queen Mattress Rebond Foam
Dari RM340
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat daripada rebond foam berkualiti
5 tahun waranti
Harga mahal

Tilam jenis rebond foam merupakan sejenis tilam yang diperbuat daripada pelbagai jenis material foam yang telah dicarik-carik dan dicantumkan semula kemudian dijadikan sebuah tilam. 

Hasilnya, tekstur tilam memberikan sokongan yang bagus dan ia juga lembut. 

Produk ini mempunyai ketebalan 8 inci, ia selesa digunakan untuk mendapatkan rehat yang cukup dan memberikan sokongan yang bagus pada seluruh badan anda.

Rekaannya yang ringkas mudah di sesuaikan dengan pelbagai jenis tema bilik tidur anda.

Mudah kata, mereka yang tidur atas tilam ini akan dapat tidur yang berkualiti dengan bantuan tilam jenis rebond foam ini.

Terbaik Untuk Saiz Super Single: Dunlopillo Single 5 Inch StayFresh Mattress

Tilam Kalis Air PVC
Tilam yang tak tenggelam 6 daripada 13
Tilam Kalis Air PVC
Dari RM85
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mudah dikendalikan
Kalis air
Perlu diguna dengan cadar jenis kapas (cotton)
1 lagi
Tahan lasak

Tilam jenis kalis air ini sesuai untuk orang tua yang tak boleh banyak bergerak atau anak kecil yang sering kencing atas tilam.

Jadi, anda tak perlu risau untuk bersihkan tilam jika terkencing ketika tidur. 

Jangan risau, permukaan tilam ini sangat mudah dicuci, hanya perlu lap dengan air bersih selepas guna semburan cecair sabun. 

Tilam ini berukuran 75 inci x 36 inci x 4 inci diperbuat daripada bahan yang telah menjalani ujian density (ketumpatan) SIRIM.

Selain itu, ia amat mudah dikendalikan dan anda boleh gunakannya dalam tempoh yang lama kerana ia tahan lasak.

Terbaik Untuk Bajet Rebond: Queen Mattress Rebond Foam

Mr Q Online Shop Single Size Rubber Foam Mattress
Tilam latex 7 daripada 13
Single Size Rubber Foam Mattress
Dari RM179.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
2 pilihan ketebalan
Saiz single sahaja
1 lagi
Rekaan ringkas

Jika anda sukakan tilam dari bahan latex dan keras, anda boleh dapatkan Rubber Foam Mattress ini dengan harga yang sangat murah.

Tilam ini bersaiz 190cm x 90cm dan mempunyai dua pilihan ketebalan iaitu 5 inci dan 8 inci.

Diperbuat daripada material foam yang mempunyai ketumpatan yang tinggi dan mempunyai waranti selama 5 tahun. 

Walaupun murah tapi tetap mampu memberikan sokongan yang diperlukan badan untuk menjadi lebih selesa dan tidak mudah rosak kerana menggunakan bahan berkualiti.

Terbaik Untuk Simpanan Mudah: GOODNITE Spinahealth Rebond Foam Foldable Mattress

Dazzler Max 8” Silver Max Queen Mattress
Tilam queen 8 daripada 13
Dazzler Max 8” Silver Max Queen Mattress
Dari RM385
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti bakteria & anti kulat
Rekaan kelihatan mewah
Harga mahal
1 lagi
Mengurangkan tekanan badan

Tilam Dazzler saiz Queen ini sangat sesuai untuk pasangan pengantin baru atau anda baru memiliki rumah.

Mempunyai ketebalan 8 inci, ia dapat memberi anda dan pasangan rehat yang cukup.

Tilam ini mempunyai sistem pengudaraan yang baik jadi tak akan menyebabkan anda berpeluh ketika tidur. 

Rekaan ergonomik tilam ini sesuai untuk semua jenis posisi tidur kerana bahan foam yang terdapat pada tilam ini memberi ketumpatan tinggi ketika tidur.

Jangan risau, tilam ini dikatakan anti hama atau habuk membuatkan ia kekal bersih.

Jadi, untuk mereka yang mempunyai alahan atau alergik tilam ini adalah pilihan yang bijak!

Terbaik Untuk Saiz Queen: Dazzler Max 8” Silver Max Queen Mattress

6” Premium Grade Single Mattress - Body Balance Tech
Tilam single 9 daripada 13
6” Premium Grade Single Mattress - Body Balance Tech
Dari RM169
Lihat harga di Shopee Malaysia
Ketumpatan material foam tinggi
Bahagian luar tilam jenis quilt
Hanya terdapat dalam saiz single
2 lagi
Rekaan tilam terkini
Tidak panas

Mereka yang ingin dapatkan tilam murah saiz single, kami cadangkan tilam jenis ini.

Walaupun harganya murah, tapi kualiti produknya tetap berkualiti setanding dengan harga.

Rekaan tilam ini ergonomik jadi dapat memberi tidur yang berkualiti dan keselesaan yang tidak kurang hebatnya seperti tilam mahal.  

Tilam single mempunyai ketebalan 6 inci ini menggunakan teknologi body balance yang akan menjaga belakang badan anda. 

Selain itu, mereka yang ada alahan habuk boleh berehat di atas tilam tanpa masalah kerana menggunakan material anti habuk-hama. 

Bahagian luar tilam pula diperbuat daripada fabrik lembut yang dikait dengan gaya quilt yang mewah. 

Tilam ini berukuran 6” x 36” x 75” diperbuat daripada foam getah sintetik mempunyai pelbagai lapisan untuk membantu tilam agar bertahan lebih lama.

Terbaik Keseluruhan: Dr. Macio 8” Synthetic Latex King Mattress

Lucrezia Marino (10 Inch) Spine Support Spring Mattress
Tilam untuk sakit belakang 10 daripada 13
Lucrezia Marino (10 Inch) Spine Support Spring Mattress
Lucrezia Marino
Dari RM254
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti bakteria
Mengikut bentuk badan
Harga mahal
2 lagi
Dapat memberi sokongan leher & belakang
Anti debu

Jika anda mencari tilam untuk sakit belakang atau untuk ibu bapa, tilam Lucrezia Marino ini adalah pilihan tepat.

Tilam ini dapat memberi sokongan pada bahagian leher, badan belakang dan mengikut bentuk badan ketika tidur.

Tilam ini juga menggunakan Bonnel Spring di mana spring yang dibuat adalah bahan spring menyediakan struktur spring pepejal.

Dalam masa yang sama, dapat memastikan pengaliran darah dengan baik serta dapat memberi anda kualiti tidur yang maksimum.

Terdapat empat saiz dan semua saiz ini berbeza dan anda boleh pilih mengikut kesesuaian penggunaan di rumah.

  • King - 190cm x 180cm x 25cm
  • Queen - 190cm x 150cm x 25cm
  • Super Single - 190cm x 107cm x 25cm
  • Single - 190cm x 90cm x 25cm

Terbaik Untuk Saiz Single: 6” Premium Grade Single Mattress - Body Balance Tech

dodo tatami tilam
Toto tilam 11 daripada 13
DO Tilam Tatami Thicker Tatami Mattress Topper
Dodo
Dari RM50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah dilipat
Anti alergi
Tidak sesuai untuk sakit belakang
3 lagi
Anti bakteria
Jenis ergonomik
Mengikut bentuk badan

Tilam ini seperti toto tapi ia lebih tebal dan anda akan rasa lebih selesa jika dibentang atas lantai.

Fabrik tilam Tatami ini menggunakan kualiti tinggi, anda mungkin tak perlu risau tentang bakteria tetapi ia perlulah dibersihkan dengan kerap.

Disebabkan ciri tilam ini mudah dilipat jadi tilam ini sesuai digunakan jika terdapat kawan atau saudara bermalam di rumah.

Tilam ini menggunakan material bulu angsa tiruan yang berkualiti akan mengikut bentuk badan anda ketika baring.

Bagaimanapun, kami nasihatkan jika anda mengalami sakit belakang, tilam ini bukanlah pilihan yang baik untuk anda.

Terbaik Untuk Kalis Air: Tilam Kalis Air PVC

OSUKI Natural Coconut Fibre Foldable Single Mattress
Tilam untuk camping 12 daripada 13
OSUKI Natural Coconut Fibre Foldable Single Mattress
OSUKI
Dari RM249
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat dari serat kelapa
Menyokong leher dan tulang belakang
Saiz single sahaja
2 lagi
Ringan dan boleh lipat
Anti kulat dan bakteria

Tahukah anda ada sejenis tilam selesa yang diperbuat daripada serat kelapa?

Jika tidak, inilah peluang anda meneroka kehebatan tilam jenama Osuki ini yang menawarkan keselesaan tidur malam tetapi dengan cara lebih alami. 

Memang terasa lebih dekat dengan alam bila guna tilam ini semasa pergi camping.

Terdapat dua ciri-ciri tentang tilam ini yang menjadikan ia pilihan popular.

Pertama, serat kelapa secara semulajadinya tahan melawan debu, kulat dan bau busuk, sesuai untuk individu yang mengalami alergi atau masalah pernafasan.

Kedua, ia memberikan sokongan kukuh kepada belakang badan, bermakna ia juga terutamanya kepada orang yang mengalami sakit belakang.

Di samping itu, pengudaran udara yang baik hasil daripada struktur serat kelapa membolehkan tilam ini kekal bersih dan kering. 

Jadi, dengan tawaran harga yang diberikan, tilam ini semestinya berbaloi.

Terbaik Untuk Getah Asli: Single Size Rubber Foam Mattress

SpinaRez 3" Latex Feel Foam Tri Fold Foldable Mattress
Tilam tahan kulat 13 daripada 13
SpinaRez 3" Latex Feel Foam Tri Fold Foldable Mattress
SpinaRez
Dari RM242.54
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Fabrik Aloe Vera
Mudah dilipat dan dibawa
Saiz single sahaja
1 lagi
Ketebalan 7.5 cm

Mungkin ada dalam kalangan kita yang lebih menyukai tilam yang tebal berbanding nipis. 

Jika anda sebahagian daripada kumpulan ini, sebuah lagi tilam berukuran 7.5cm tebal daripada Spinarez ini mungkin dapat memenuhi cita rasa anda. 

Walaupun tebal, jenama Spindarez memastikan anda tetap selesa dengan ciri-ciri tahan kulat dan reka bentuknya yang memudahkan ia dibawa ke mana-mana. 

Pembuatan fabrik daripada serat aloe veranya juga menarik perhatian kerana ia mampu mengekalkan suhu rendah semasa tidur, memberikan keselesaan berganda khususnya kepada mereka yang perlu tidur di siang hari. 

Sama ada anda mahu membeli tilam terbaik untuk kegunaan homestay ataupun sekadar digunakan di rumah, tilam ini boleh berfungsi untuk kedua-duanya. 


Berapa Julat Harga Tilam Single, Super Single, Queen & King?

Harga tilam berbeza mengikut saiz, jenis, kategori (bajet, pertengahan, mewah) dan jenama.

  • Tilam single = harga bermula RM350 dan ke atas.
  • Tilam super single = harga bermula serendah RM400 dan ke atas. 
  • Tilam saiz queen = harga bermula RM550 ke atas.
  • Tilam king = harga bermula RM800 dan keatas.

Tapi ada juga tilam dijual dengan harga yang lebih mahal dan ada boleh mencecah sehingga RM1000 ke atas walaupun ia tilam bersaiz single. 


Ada Berapa Jenis Tilam?

Selain saiz tilam seperti single, queen dan king, tilam juga dibahagikan kepada beberapa jenis.

Sebagai pengguna bijak, anda perlu tahu jenis tilam sebelum anda boleh membuat pilihan bagus sebelum membeli.

Tilam latex - Tilam yang diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu getah dan selalunya tidak mempunyai spring. 

Tilam angin - Tilam yang perlu dikembangkan menggunakan angin, dan ia perlu dipam dengan alat pam angin. 

Tilam lipat - Tilam yang boleh dilipat dan mudah dibawa ke mana saja.

Tilam memory foam - Tilam yang mengikut bentuk badan kita dan akan kembali ke bentuk asal setelah bangun dari katil. Sesuai untuk individu yang sedang sakit kerana kelembutannya boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Tilam polyfoam - Jika anda ingin dapatkan tilam jenis ini, pastikan anda periksa terlebih dahulu tahap ketumpatannya kerana semakin tinggi ketumpatan tilam, semakin lama tilam itu mampu bertahan.  


Bagaimana Cara Pilih Tilam?

Tilam adalah antara satu kelengkapan penting dalam bilik tidur untuk memberikan anda keselesaan tidur yang cukup setiap malam.

Dengan tilam yang selesa, anda boleh tidur dengan lebih lena dan badan anda dapat berehat dengan baik.

Namun, kadangkala sukar untuk mencari tilam yang sesuai lebih lagi setiap orang mempunyai kehendak dan keingin tersendiri seperti ada yang sukakan tilam yang lembut, nipis atau ada juga yang suka tilam yang bersaiz besar.

  • Jenis tilam

Terdapat pelbagai jenis tilam di kedai seperti tilam spring, tilam lateks, tilam busa, dan tilam bulu.

Tilam yang diperbuat daripada bahan hypoallergenic boleh membantu mencegah alahan dan bahan anti-bakteria boleh membantu memastikan tilam bebas daripada kuman dan bakteria.

  • Keselesaan

Anda memerlukan tilam yang akan memberikan sokongan yang mencukupi untuk memastikan tidur malam yang selesa.

Cari tilam yang memberikan sokongan untuk bahagian utama badan, seperti belakang atau pinggang.

Pertimbangkan tilam yang boleh menyerap haba dan lembapan untuk memastikan anda rasa sejuk dan kering sepanjang malam.

  • Saiz tilam

Sebelum membeli tilam baru, pastikan anda mengukur saiz katil anda untuk memastikan tilam sesuai dengan ruang yang digunakan.

Anda juga harus mempertimbangkan sama ada anda akan tidur bersendirian atau bersama pasangan.

Jika anda tidur dengan pasangan, pastikan tilam yang anda pilih mempunyai ruang yang cukup untuk memuatkan dua orang.

  • Ketebalan tilam

Tilam yang terlalu nipis mungkin tak memberikan sokongan yang mencukupi untuk badan anda.

Manakala, tilam yang terlalu tebal mungkin tak dapat ditampung jika rangka katil and kecil.

  • Kualiti tilam

Pastikan tilam yang dipilih mempunyai jaminan kualiti dan tahan lama.

Tilam berkualiti tinggi akan memberikan keselesaan dan sokongan yang lebih baik dan akan bertahan lebih lama.

  • Cuba tilam sebelum anda membeli

Anda boleh menguji tilam di kedai untuk mengetahui sama ada ia sesuai untuk anda.

Selain itu, anda juga boleh baca ulasan daripada pelanggan lain sebelum membuat keputusan.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Tilam?

Antara kelebihan tilam ialah boleh memberikan anda keselesaan optimum apabila anda tidur.

Ini akan membuatkan anda berasa lebih segar dan bertenaga apabila anda bangun waktu pagi.

Selain itu, terdapat tilam yang boleh membantu menstabilkan suhu badan dan menghalang anda daripada berpeluh semasa tidur.

Tilam juga membantu meningkatkan tahap kesihatan kerana dengan tidur yang secukupnya akan mengurangkan tekanan dan keletihan.

Tambah lagi, tilam juga menyediakan sokongan yang diperlukan untuk tulang belakang dan bahagian badan yang lain.

Dengan tilam yang betul, anda boleh mengurangkan risiko sakit belakang dan kesakitan lain di bahagian tertentu badan.

Salah satu kekurangan utama tilam ialah ia boleh mengumpul habuk dan debu yang boleh menyebabkan alahan serta kegatalan.

Oleh itu, penting untuk membersihkan tilam dengan kerap untuk mengelakkan masalah alergi.



Bagaimana Kami Memilih & Panduan Pilih Tilam Ini

Kami menyemak harga sebenar di Shopee dan Lazada Malaysia pada 21 September 2026, membandingkan jenis bahan (foam, latex, rebond, spring), saiz yang ditawarkan dan jumlah jualan/ulasan pembeli sebelum memasukkan mana-mana tilam ke dalam senarai ini.

Untuk memilih tilam yang sesuai, tumpukan kepada tiga perkara: jenis bahan (foam padat untuk sokongan, latex untuk sejuk dan tahan habuk), saiz yang muat dengan rangka katil anda, dan bajet sebenar anda sebelum tergoda dengan jenama mahal.

Soalan Lazim Tilam Murah & Berkualiti

Apakah jenis tilam yang bagus?

Tilam foam padat atau latex biasanya paling sesuai untuk kebanyakan orang kerana ia memberi sokongan tanpa terlalu keras, tahan lebih lama berbanding tilam span biasa, dan tidak mudah lekuk di bahagian tengah.

Berapakah harga tilam single yang murah?

Tilam single berkualiti boleh didapati bermula dari bawah RM100 untuk jenis span asas, sehingga RM200-RM250 untuk tilam foam atau latex yang lebih tebal dan tahan lama (harga disemak 21 September 2026).

Berapakah harga tilam queen?

Tilam queen di senarai ini bermula dari sekitar RM290 untuk jenis rebond foam, sehingga RM400 ke atas untuk tilam dengan lapisan latex atau silver max yang lebih tebal.

Apakah tilam yang paling mahal di dunia?

Tilam termahal di dunia boleh mencecah puluhan ribu dolar kerana bahan mewah seperti kulit unta atau logam berharga, tetapi untuk kegunaan harian di Malaysia, tilam RM200 hingga RM500 di senarai ini sudah memberikan keselesaan dan sokongan yang mencukupi.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation